SUDAH hampir
seminggu Riyadh berusaha untuk melupakan apa yang terjadi di dalam hidupnya
sejak akhir-akhir ini. Namun, semakin jauh dia cuba untuk melupakan semakin
kuat ingatannya terhadap Aqilah dan Fazmizie. Entah makan ke tidak?Tapi stok
makanan yang dia beli dahulu memang rasa mencukupi untuk Fazzura dan
anak-anaknya. Dia letih. Rasanya lebih letih dari melayan kerenah Annis.
Seminggu ini jugaklah dia sepi tanpa Annis di sisi.
Puan Noriah yang
sedang menyiram pokok bunga di taman memandang anak lelakinya itu dengan seribu
satu pertanyaan. Lain dari kebiasaan. Riyadh yang memakai baju t’shirt merah
dan berseluar track duduk termanggu di atas gazebo. Entah apa yang mengganggu
fikiran anak lelaki tunggalnya itu.
“Handsome sangat ke anak ummi ini?” soal Riyadh
apabila sedar dirinya sedang di perhatikan umminya.
“Selalunya hari
minggu macam ni kalau matahari tak terpacak di atas kepala jangan harap nak
nampak muka kamu. Mana Annis? Seminggu ummi tak nampak dia?”soalan terakhir
dari ummi tentang Annis. Dia sendiri pun rasa sunyi jugak bila Annis tak ada.
Maklumlah sudah tujuh tahun dia dengan Annis. Dalam mengada-ada Annis, wanita
itu jugaklah yang menjadi teman setianya selama ini. Tapi, itulah masalahnya.
Ajak kahwin tak nak.
“Hari minggu
yang membosankan ummi. Annis tak ada. Travel
ke Singapore.” balas Riyadh perlahan. Fikirannya lebih menerawang kepada Aqilah
dan Fazmizie. Entah apalah yang diaorang sedang lakukan sekarang. Boleh ke
Fazzura jaga diaorang. Huh! pedih rasa bila memikirkan semua itu. Yang peliknya
kenapa mesti dia fikirkan tentang dia orang. Padahal bukan dia ada kaitan apa
pun.
“Ummi suruh kau
kahwin dengan Annis tu cepat-cepat Riyadh. Apalagi yang kau orang berdua
tunggu. Ke hulu ke hilir tanpa ada ikatan yang sah. Malu nanti kalau tak jadi.”
ujar ummi lagi.
“Bukannya saya
tak nak ummi. Annis yang tak nak.”
“Kau tu lembut
sangat dengan dia. Cuba kau berkeras sedikit. Jangan ikutkan sangat permintaan
dia tu. Buat apanya bercinta lama-lama tanpa ikatan yang sah.”
“Nantilah...” balas
Riyadh semula. Tak ada hati untuk dia berbicara tentang Annis sekarang.
Sedangkan jiwanya sekarang bukan terarah kepada hal yang di bangkitkan. Dia
memandang ummi yang begitu leka menyusun pasu-pasu kecil yang tertanam bunga
cactus di sekeliling kolam kecil itu. Itulah ummi dan walid. Suka pada
keindahan alam semulajadi.
“Walid mana ummi?”
soalnya kemudian.
“Katanya nak
pergi ke rumah Pak Su Ramlee kau tu.”
“Buat apa?”
“Adalah hal dia
orang adik beradik. Ummi tak campur.” balas Puan Noriah semula.
“Ummi...”panggil
Riyadh perlahan.
“Ada apa kau ni Riyadh.
Apa benda yang kau nak beritahu pada ummi. Raut wajah kau tu pun ummi dah dapat
agak ada sesuatu yang kau sorokkan dari ummi kan?”
“Ummi, Riyadh
belum cakap lagi ummi dah dapat baca kan?”
“Ummi yang
melahirkan kau Yadh, semua gerak geri kau ummi dah boleh agak.” Tambah Puan
Noriah lagi. Dia perasan semenjak seminggu ini anak lelakinya itu tak banyak
cakap. Pergi kerja balik kerja. Tak seperti kebiasaan.
“Ummi nak jumpa anak-anak Yadh?” tuturnya
selamba. Orang tua tu dah terlopong mendengar kata-katanya. Riyadh ketawa kuat.
Puan Noriah urut dada sambil geleng kepala. Tak kanlah dia nak beritahu pada ummi.
Nanti tak pasal-pasal dapat serangan jantung pula orang tua ni. Tapi,
keluarganya jenis open minded. Kalau
dia beritahu pun rasanya ummi boleh terima. Jangan ummi mintak dia kahwin
dengan Fazzura sudah. Eh? Tapi okey apa kalau kahwin dengan Fazzura pun. Cantik
kut! Status tak penting.
“Ummi suruh
menikah kau tak nak. Kau tu bukannya muda lagi pun. Sekarang ni kau sebut pasal
anak pula. Kau dah gila ke apa Yadh? Kau jangan main-main Yadh.”ujar ummi
serius.
“Masalahnya si
Annis tu yang tak nak. Kalau ikutkan hati Riyadh sekarang pun boleh.” jawab Riyadh
sambil garu kepala yang tak gatal.
“Kau cari je lah
orang lain. Ramai lagi di luar sana Yadh.”
“Memanglah
ramai. Tapi...”
“Tapi apa? Apa
yang kau cari? Kalau kau hanya pandang kecantikan je Yadh tak guna. Cuba kau
bukak mata luas-luas ramai lagi perempuan kat luar sana tu yang cantik-cantik.
Yang lagi bagus. Yang boleh jaga kau. Jaga maruah kau.”
“Ummi, Yadh
kenal Annis. Walaupun dia macam tu...seksi. Dia baik ummi.” Riyadh cuba
mempertahankan Annis. Dia sedar yang ummi tak berkenan pada Annis. Walid
lagilah.
“Kalau kita pilih
orang yang bagus sebagai kawan kita, kita pun akan ikut bagus. Jangan silap
memilih Yadh. Soal masa depan jangan di buat main-main. Kalau kau dah rasa
serius sangat dengan Annis. Kahwin je. Sampai bila nak macam ni.” bebel Puan
Noriah. Kalau dia cakap macam mana pun Riyadh
tetap mempertahankan si Annis tu.
“Masalahnya
Annis tu belum bersedia lagi ummi. “
“Kau tu yang
bagi muka sangat pada dia. Kau tegas tapi dengan Annis kau ikut je. Sayang
jangan sampai menyusahkan diri sendiri. Umur dah makin meningkat. Apa lagi yang
dia tak bersedia.”
“Susah-susah Yadh
kahwin dengan jandalah. Senang.” Riyadh ketawa berdekah-dekah. Wajah ummi
kelat.
“Kau ni dah
kenapa? Mak janda mana pulak yang kau berkenan ni?”
“Gurau je ummi.
Tapi kalau betul pun ummi tak kisahkan?” soalnya sekali lagi.
“Terpulang pada
kaulah. Kalau betul ada yang berkenan bawa jumpa ummi dan Walid. Tapi, si Annis
tu kau nak letak mana. Kau jangan buat hal. Ummi tak nak dia datang menangis,
meraung kat sini. Kalau dah tak nak lepas elok-elok. ”
Riyadh terus
ketawa kuat. Ummi…ummi, tak kanlah dia nak kahwin dengan si Fazzura tu. Orang
tu baru je kena cerai. Agak-agaklah. Dia gurau aje.
“Kenapa kau dah
ada pilihan lain selain si Annis tu?” soal Puan Noriah lagi. Riyadh sengeh.
“Eh! ummi…mana ada. Si Annis itu aje pilihan
yang saya ada ummi.” ujarnya semula. Apa kaitan pula dengan Fazzura. Mana dia
ada hati langsung kepada Fazzura. Tapi pada Aqilah dan Fazmizie tu confirm separuh jiwa raganya ada pada
mereka berdua. Huh! Giler ke apa dia
sekarang. Mengenang budak-budak dua orang tu. Penasaran di buatnya.
“Kalau begitu ummi
nak korang berdua cepat-cepat kahwin. Jangan sampai ummi paksa kau orang berdua
kahwin!” tutur Puan Noriah sebelum berlalu meninggalkan Riyadh yang
terpinga-pinga.
“Ummi…saya setuju
cakap ummi tu..tapi Annis yang tak nak…” luah Riyadh perlahan. Memang sah-sah
nak kena paksa jugak si Annis tu. Gumam hatinya pula.
PINTU rumah itu
diketuk berulang kali. Setelah seminggu dia menahan perasaan dari menjenguk
mereka. Tetapi, hari ini perasaan itu tidak mampu di bendung lagi. Kerinduan
mengajarnya menjadi manusia yang tekad. Keresahan memaksa dirinya untuk berada
di sini. Bukan kerana cinta tetapi kerana kasih kepada Aqilah dan Fazmizie.
Terpacul di muka
pintu wajah Fazzura yang cengkung dan lesu. Pandangan mereka bertaut. Fazzura
bungkam di situ. Terkejut dengan kehadiran Riyadh. Perasaan bersalah kembali
menjalar di jiwanya. Tidak sepatutnya dia menghalau Riyadh seminggu yang lalu.
Dia resah sendiri.
“Assalammualaikum.
Boleh saya masuk?” soal Riyadh memecah kesunyiaan di antara mereka.
“Err...Waalaikummusalam.
Rumah awak kan? kenapa pula tak boleh.” jawab Fazzura tergagap-gagap. Riyadh
senyum simpul. Soalan apa yang aku tanya. Dah sah-sah rumah aku. Ikut suka
akulah kan nak keluar masuk. Gumam hatinya pula.
“Uncle!”jerit Aqilah sebaik sahaja
terpandang tubuhnya yang berdiri berhampiran pintu. Terus berlari kanak-kanak
itu menghampirinya.
“Hai sayang!Ya
Allah…rindu sangat uncle kat korang
berdua ni.”
Bertalu-talu
ciumannya jatuh ke wajah Aqilah. Kemudian menuju pula ke arah Fazmizie yang
sedang bermain botol air mineral kosong itu. Fazmizie terkebil-kebil
memerhatikannya. Kanak-kanak yang sekecil itu apalah yang dia faham. Lainlah
Aqilah yang masih setia mengingatinya. Terus digomolnya Fazmizie. Melepas rindu
yang menjadi penghuni setia seminggu yang lalu. Pipi si comel itu terus menjadi
perhatian bibirnya.
“Hai sayang uncle ni. Baru seminggu uncle
tak datang dah lupa uncle ye?” Tubuh
kecil Fazmizie diusap-usap perlahan. Kemudian beralih pula kepada Aqilah. Di
peluk kedua-duanya bagaikan melepaskan rindu yang sarat. “Uncle rindu korang berdua sangat.”ujarnya perlahan.
“Mana uncle pergi. Aqilah dan adik rindu kat uncle.” soal Aqilah sambil memeluknya
dari belakang.
“Sorry sayang…uncle sibuk.” jawab Riyadh sambil menghadiahkan satu senyuman yang
manis.
“Uncle sibuk. Papa pun sibuk. Aqilah
rindu papa.” Mendengarkan kata-kata Aqilah hatinya sedikit tercuit. Bukan dia
sengaja tetapi keadaan memaksa agar dia tidak berjumpa dengan mereka. Lagipun
siapalah dia dan apa perlunya kehadiran dia. Dia bukan papa mereka.
Tapi dia lupa
sekurang-kurangnya kerinduan Aqilah terhadap papanya mungkin dapat di ubati
dengan kehadirannya di sisi. “Maafkan uncle
sayang…” tutur Riyadh perlahan namun cukup jelas di pendengaran telinga
Fazzura. Tak ada niat untuk dia lari dari semua ni.
“Apa perlunya
awak mintak maaf Riyadh?”soal Fazzura ingin tahu.
“Sebab tak
menyahut panggilan Aqilah seminggu yang lalu.” jawab Riyadh cuba berlagak
biasa. Padahal waktu itu kalau di ikutkan kata hati tak sanggup dia nak berlalu
pergi macam tu sahaja.
“Hmm...awak nak
air?” Hatinya tertanya-tanya tujuan Riyadh ke sini. Mungkin ingin menghalaunya
keluar atau apa sahaja. Dia pasrah kerana sejak dari mula dia hanya menumpang.
Bahkan dengan apa yang terjadi seminggu yang lalu dia sepatutnya lebih sedar
siapa yang harus melangkah kaki meninggalkan rumah ini. Bukan Riyadh tapi dia.
“Tak!tak! awak
jangan susah-susah. Saya nak pinjam dia orang sekejap. Saya bawa mereka ke
taman permainan di bawah tu aje. Awak izinkan tak?”
“Err...tak
menyusahkan awak ke?”
“Eh? Apa pulak
yang susahnya. Budak-budak sekecil ni manalah diaorang reti nak menyusahkan
orang. Kalau menangis pun senang aje nak pujuk. Bagi susu diamlah dia orang.
Tapi kalau yang dah besar panjang memang susahlah sikit. Tak menyusahkan tapi
sedikit memeningkan.”
“Awak perli saya
ke apa ni?”
“Eh! Eh! Ada orang makan cili ke ni? Jom
sayang…ikut uncle kita makan ice- cream.” terus tubuh Fazmizie
didukungnya. Mengekek ketawa Aqilah bila melihat Fazmizie yang meronta di dalam
dukungan Riyadh.
“Awak nak ikut
tak?Makan ice-cream?Bukan makan cili.”
Fazzura geleng
kepala. Terasa sakit hati mendengar kata-kata dari lelaki itu. Dia cuba untuk
buat muka serius tapi Riyadh terus ketawa melihat raut wajahnya yang tak puas
hati dengan kata-kata dari lelaki itu.
“Apalah ibu tu kan…uncle tanya aje, dia menangis pulak.” tutur Riyadh sekali lagi
sebelum berlalu menuju ke muka pintu.
“Saya tak
izinkan pun awak bawak keluar anak-anak saya. Kenapa awak sesuka hati aje bawak
diaorang.” tegur Fazzura tegas. Langkah kaki Riyadh terhenti.
Lelaki itu
pandangnya serius. “Saya tak beri keizinan pun.” ulang Fazzura lagi.
“Kenapa pulak
awak tak bagi? Awak nak kurung diaorang dalam rumah ni? Tak payah tengok dunia?
Macam tu? Nak ikut mood awak yang
bersedih. Zurra, dia orang ni budak-budak lagi. Tak tahu apa-apapun. Jangan nak
kurung mereka dalam dunia kesedihan awak tu.Okey.” balas Riyadh tegas.
Fazzura terpana
seketika. Dia pandang wajah Aqilah yang turut memandang ke arahnya. Jari jemari
itu kemas berada di dalam pegangan Riyadh. Begitu juga Fazmizie. Selesa di
dalam dukungan lelaki itu.
“Pergilah...”
balasnya perlahan. Mengalah dengan keadaan.
Riyadh senyum.
“Kesedihan tak akan bawa diri tu ke mana-mana.” tuturnya lagi sambil menarik
pintu. Fazzura membatu. Kau tak rasa apa
aku rasa. Boleh la cakap macam tu. Bisik hatinya pula.
Ah!Aqil…kau
bunuh semuanya. Entah bila kesakitan ini akan lenyap. Kau buat aku macam
sampah. Segalanya masih jelas terbentang di depan mata. Lafasan ceraimu
terhadapku, kemesraanmu bersama wanita lain di hadapanku. Ah! hati ini terlalu
sakit. Terlalu dalam luka yang kau berikan Aqil! Hatinya memberontak lagi kala
sendiri.
RUANG masa yang
ada di isi dengan sebaik-sebaiknya. Matanya tidak terlepas dari memerhatikan
Aqilah dan Fazmizie yang berkejar ke sana ke mari tidak jauh darinya. Perasaan
ingin memiliki zuriat sendiri membuak-buak.
Tapi dengan siapa? Annis nasih dengan dunianya.
“Uncle...uncle...”panggil Aqilah.
“Ya sayang, jangan main jauh-jauh sangat tu. Mari
dekat sikit.” sahutnya pula. Aqilah berlari menghampirinya.
“Kenapa tinggal adik sorang-sorang tu?” soal Riyadh.
Dia bangun dari bangku yang di dudukinya. Tangan Aqilah dipimpin untuk menuju
ke arah Fazmizie yang sudah terduduk di atas rumput itu. Tangan si kecil itu
mula bermain-main dengan rumput dan tanah.
“Sayang uncle…jangan main tanah ni. Kotor nanti
sakit lagi. Ibu susah hati. Kesian kat ibu. Dah la jom uncle bawa korang makan ice-cream.
Dah lama tak makan ice-cream kan.”
ujar Riyadh terus mendukung tubuh Fazmizie. Aqilah ketawa melihat adiknya itu
merengek-rengek ingin turun.
“Kakak ketawa
kat adik ye…” bisiknya sambil tersenyum memandang Aqilah.
“Adik nak
jalan..tak nak uncle dukung.” tutur
Aqilah petah.
“Kalau macam tu uncle dukung Aqilah bagi adik jalan? Okey?”
Terus Aqilah
geleng kepala. “Kenapa tak nak pula?” soalnya lagi.
“Aqilah dah
berat. Nanti susahkan uncle.” balas
si kecil itu. Riyadh ketawa.
“Bijaknya dia.”
tuturnya sambil tersenyum. Perasaan Riyadh semakin kuat untuk memiliki anak
sendiri. Saat itu juga dia tekad. Tekad untuk mengahwini Annis. Tekad untuk
memaksa wanita itu walau dalam apa cara sekalipun. Yang pasti saat ini hanya
Annis wanita yang ingin dinikahinya. Dia nekad! Dia akan berkahwin dan memiliki
anak sendiri bersama si kekasih hati.
“Dah lama tak
makan ice- cream.” ujar si kecil itu.
“Uncle pun dah lama tak makan.” balasnya pula
sambil membuka plastik ice-cream
perisa chocolate. Perisa kesukaan
Aqilah dan Fazmizie.
“Papa dah lama
tak belikan. Ibu pun tak nak belikan.”
“Uncle kan ada sayang. Kalau Aqilah nak
apa-apa cakap je uncle boleh
belikan.”
“Seronok you? Anak siapa pulak yang you bawak
ni? Terus Riyadh panggung kepala. Annis! Dia hampir-hampir tak kenal dengan
fesyen terbaru rambut Annis. Cantik! Terpana dan terkejut bercampur jadi satu.
“You? Siapa
budak-budak dua orang ni?Anak siapa ni? Bukan anak abang dengan kakak you kan…”
soal Annis manja.
“Cantik rambut
baru you. I suka.” Riyadh tanpa menjawab soalan dari Annis.Warna terang pada
rambut Annis membuatkan wajah Annis makin berseri-seri. Dengan pancaran
gelombang lembut yang membuatkan Annis betul-betul nampak segar. Blonde style.
“Ala-ala korea la ni.” sambungnya lagi. Terfikir kata-kata ummi pagi tadi. Betul ke dia jatuh cinta pada rupa? Kalau rupa
semua tu hanya nafsu. Kalau pandang pada
rupa memang Annis langsung tak ada cacat cela.
“Tapi kalau you
pakai tudung lagi cantik.” tambah Riyadh lagi.
“Apa yang you
merepek ni sayang? I tanya you ni sayang? Siapa budak-budak dua orang tu?” soal
Annis lagi. Muncungnya diarahkan ke arah kanan-kanak itu. Riyadh hela nafas
panjang. Tak boleh cerita. Annnis tak akan faham. Bisik hatinya semula.
“Yang girl tu Aqilah. Yang boy tu Fazmizie. Anak jiran I. Baru
pindah.”
Annis kerut
kening. “Tolonglah… you jangan nak tipu I. I tak tanya pun nama diaorang.”
“Tadi you tanya
siapa diorangkan?” soal Riyadh balik. Bergurau sambil mencari jawapan selamat.
“Tak
sayang…serius ni.” balas Riyadh. Sekejap-sekajap matanya dikerling ke arah
Aqilah dan Fazmizie. “Macam mana you boleh datang sini pulak? Kenapa tak cari I
dekat rumah je tadi. Bukan ke you cakap lambat lagi nak balik?” gilirannya pula
yang menyoal Annis bertubi-tubi.
“I pergi rumah
you. Nampak kereta you tak ada. I call you,
susah sangat nak jawabkan.”
Baru Riyadh
teringat. Telefonnya tadi tertinggal. Dia pun dah malas nak patah balik. Riyadh
langut pandang ke arah kondominium miliknya. Tiba-tiba dia rasa susah hati.
Hesy! Macam mana Annis nak jujur kalau dia sendiri pun sekarang tak jujur
dengan Annis. Bukan dia tak nak cerita kat Annis. Tapi dia tahu yang Annis ni jenis
yang tak akan faham.
“You, baliklah
dulu. Nanti malam kita jumpa ya sayang. I pun nak hantar diaorang balik.”
tuturnya pula. Dia bangun mendapatkan Aqilah dan Fazmizie. “Aqilah, adik, jom
kita balik.”
“Sebab tu la
yang you beria-ia ajak I kahwin. Sebab tak sabar sangatkan nak ada anak.”
“Aqilah, salam
dengan untie.” ujar Riyadh.
“Heeee…apa
ni?You tak nampak ke tangan diorang tu kotor dengan ice-cream. Hesy!kotor…gelilah!” tempelek Annis. Dia menepis tangan
Aqilah.
“Apa yang you
buat ni Annis?You, jangan nak berlagak sangat dengan budak-budak-budak ni.”
balas Riyadh geram tatkala melihat kelakuan Annis terhadap Aqilah.
“Oh! Ssekarang
you beria-ia nak mempertahankan budak-budak ni pulak. Entah anak siapa yang you
bawak ni. Kusut masai. I jijiklah!” balas Annis geram. Riyadh tarik Aqilah
dekat dengannya.
“Dahlah sayang,
jangan layan mak cik ni. Dia ingat orang kusut masai tak boleh masuk syurga
agaknya.” ujar Riyadh geram. Dia pandang pula Fazmizie yang berada dalam
dukungannya.
“Ermm...kesian
kat mak cik ni kan adik. Jomlah kita balik.”
Muka Annis
kelat. Berubah 360 darjah mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Riyadh.
Argh!jantan tak guna. Sanggup cakap dia begitu. Mujur budak-budak lagi. Kalau
tak dah lama dia tarik-tarik rambut tu. Geram!
No comments:
Post a Comment