DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

ELUSAN KASIH - BAB 3



“AKU nak balik ke rumah atau tak itu aku punya pasal. Kau tak perlulah nak sibuk-sibuk hal aku Zurra. Berapa kali aku nak cakap. Berapa ribu kali pulak kau nak ulang soal aku dengan soalan yang sama.” jerkah Aqil kuat. Bergema suaranya di dalam rumah banglo 2 tingkat itu. Tubuh isterinya yang bersarung baju kurung dari kain cutton itu dipandang tajam.Tak ada apa yang menarik lagi padanya.
“Kalau abang bukan suami Zurra  sikitpun Zurra tak kisah abang. Masalah sekarang abang tu suami Zurra. Salah ke kalau Zurra sibuk bertanya ke mana abang nak pergi?” balas Fazzura semula. Wajahnya tenang memandang Aqil yang jelas menunjukkan riak bengis tatkala mendengarkan jawapan yang keluar dari mulutnya itu.
“Makin lama makin kau nak menyusahkan aku kan?” soal Aqil keras.
“Abang lupa yang abang ada anak! Anak tu sakit. Terlantar kat hospital berhari-hari. Dia orang tunggu abang datang. Tapi abang ke mana? Abang dengan siapa? Apa yang abang buat. Abang dah macam jauh menyimpang. Abang berfoya-foya entah dengan perempuan mana. Macam ni yang abang buat pada saya? Bapa jenis apa abang ni?Kalau abang tak mampu nak ada di sisi Fazmizie sewaktu di hospital pun sekurang-kurangnya abang duduklah di rumah. Ada di sisi dia.” balasnya panjang. Kesabarannya kian tipis.
“Aku ada ke tak ada ke? Dia orang tahu ke? Budak-budak kalau aku tak ada pun, apa yang dia orang tahu? Kau jangan nak kurang ajar tuduh aku aku yang bukan-bukan Zurra!” bidas Aqil sambil membetulkan kolar baju kemejanya.
“Budak-budak tu tak kisah pun aku ada ke tak! Kau yang sibuk-sibuk lebih!”sambungnya lagi.
“Saya kurang ajar? Abang jugak yang ajar saya jadi macam ni. Sebab saya ni dah tak cantik depan mata abang. Saya ni buruk. Sebab tu abang dah ada perempuan lain kat luar sana. Tak perlu abang nak menafi. Semuanya dah cukup jelas kat telinga saya ni!”
“Apa kau ni hah!” Aqil pandangnya tajam. “Oh! jadi kaulah yang call tempoh hari tu. Dia ketawa seolah-olah tak takut langsung atas perbuatannya. “Ya! memang aku ada perempuan lain. Perempuan lain yang jauh lebih bagus dan cantik dari kau. Aku ingatkan kau tak kisah.”
Terkedu Fazzura mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Aqil.
“Sampai hati abang kan buat saya dan anak-anak macam ni. Abang dah jauh berubah…” Fazzura kesal. Kata-katanya langsung tak meninggalkan bekas. Dahulu mereka seiring bersama. Dalam setiap permasalahan yang timbul mereka pasti akan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian. Bukan begini caranya. Bukan dengan kata-kata keras yang menyiksa jiwa dan raga.
“Ah!aku dah kerja teruk untuk senangkan kau orang semua. Untuk senangkan kau. Kau tak sedar lagi? Anak sakit pun kau nak mengharapkan aku lagi. Kenapa? Kau dah tak boleh sangat nak jaga anak!” tempelak Aqil sambil bercekak pinggang.
“Zurra tak mintak harta kekayaan abang sampai lupa segala-galanya. Sampai abang abaikan tanggungjawab abang pada keluarga. Abang lupa daratan macam ni. Zurra mampu jaga anak-anak. Abang tak perlu nak pertikaikan tanggungjawab saya. Tapi Zurra takut …Zurra takut kalau Tuhan tarik balik semua nikmat kesenangan yang abang dapat ni.” balas Fazzura semula. Selama ini dia berdiam. Hanya memerhatikan tingkah Aqil yang semakin hari semakin lupa daratan. Semakin hari semakin jauh hanyut dengan kesibukan duniawi. Berdoa dan berharap semuanya akan kembali pulih. Bukan dia tidak kisah tetapi dia mahu menjaga perkahwinan ini  semata-mata memikirkan dua anak yang sedang membesar. Yang memerlukan perhatian seorang bapa.Tetapi keadaan semakin hari semakin meruncing. Semakin hilang rasa bahagia itu.
“Nah!” Aqil melemparkan beberapa keping duit kertas lima puluh ringgit tepat ke wajahnya.“Kau jangan nak sibuk hal aku. Dan jangan nak susahkan aku. Teksi ada! Kereta pun ada. Kau boleh pandu sendiri ke mana pun kau nak pergi.” balas Aqil sebelum berlalu meninggalkan Fazzura. Langkahnya laju menuju ke arah muka pintu. Tak perlu diberitahu ke mana jejak langkah suaminya itu. Dari pakaian sudah cukup untuk memberikan Fazzura sebuah jawapan.
“Abang! Zurra tak akan sibuk kalau abang bukan suami Zurra.” jerit Fazzura. Berdesing telinga Aqil dibuatnya. Fazzura sengaja mahu mencabar kesabarannya. Laju langkah kakinya berpaling semula ke arah Fazzura.
Pangg!
Penampar itu hinggap lagi di pipi Fazzura untuk sekian kali. Perit dan pedih. Sakitnya lebih lagi di hati. Aqil dah mula naik tangan.
Pompuan tak reti nak bersyukur! Aku dah bagi duit pun kau nak cakap banyak lagi!” kepala Fazzura ditolaknya kuat. Jeritan Aqil bergema di dalam rumah. Air mata mula bertakung di kelopak mata Fazzura. Kejamnya Aqil memperlakukan dirinya.
“Lagi sekali aku nak pesan pada kau. Jaga sikit mulut kau tu. Jangan sampai aku buat kau tak boleh nak bercakap seumur hidup!” jerkah Aqil lagi sekali. Hatinya membara mendengarkan kata-kata Fazzura.
Aqil terus berlalu keluar dengan perasaan marah yang membuak-buak. Semakin lama semakin bosan rasanya dia dengan leteran-leteran Fazzura.   
Fazzura berlalu menuju ke atas dengan perasaan remuk dan redam. Hanya kerana menegur tingkah laku Aqil. Ini yang dia dapat. Terlalu banyak pengorbanan tetapi ini balasan yang Aqil berikan. Aqil bukan lagi suami penyayang seperti dahulu. Aqil sudah jauh berubah meninggalkan dia dan anak-anaknya di dunia yang penuh siksa. Sampai hati Aqil. Air mata semakin laju membasahi pipi.
Sekarang dia harus belajar untuk terima Aqil bukan lagi Aqil yang dia kenali suatu masa dahulu. Aqil bukan lagi lelaki penyayang yang sentiasa di sisi. Bukan lagi lelaki yang setia bersama dia di waktu susah dan senang. Bukan lagi seorang bapa yang begitu kasih terhadap anak-anaknya. Semuanya sudah hilang. Datangnya seperti pelangi. Berwarna-warni. Rupa-rupanya pelangi itu sekejap sahaja hadirnya.

 “KAHWIN?Apa yang you merepek ni? You dah gila ke apa?” kuat kata-kata itu menyapa di cuping telinganya. Riyadh  ketap bibir. Sakit hati di buatnya. Ajak kahwin pun di katanya gila. Habis kalau dah bercinta tak nak kahwin buat apa? Tak ada hala tuju hubungan. Hanya buang masa dan sia-sia sahaja. Sudah hampir tujuh tahun dia dan Annis bercinta. Ummi dan walid pun dah bising-bising.
“I tak gila tapi you tu yang gila. I ajak you kahwin. I nak kita hidup bersama. Ada family ada anak. I boleh jaga you. Kalau you sakit macam hari tu.”
Annis ketawa kuat mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Baginya  memang sudah gila. Sejak bila pula yang Riyadh ni teringin untuk hidup bekeluarga. Untuk ada anak. Padahal sebelum ni tak pernah langsung dia bangkitkan hal kahwin ini.
“Kenapa dengan you ni? I serius. I nak kahwin. Nak ada anak. I akan hantar rombongan meminang secepat yang mungkin.” Balas Riyadh  tenang tetapi berbaur paksa.
“I tak bersedia. Tolong jangan nak paksa-paksa I. You pun tahu kerjaya I sedang meningkat sekarang. I tak nak rosakkan karier I bila dah kahwin nanti.” balas Annis semula. Tak puas hati dengan kata-kata.Riyadh  lupa ke yang dia ni model. Model macam dia kalau dah kahwin sah-sahlah badan jadi tak cantik. Ada anak lagilah. Geleber sana sini. Ini pun puas dia diet sampai masuk hospital. Semata-mata nak kurus punya pasal.
“You tu bukan muda lagi. Sampai bila you nak kejar semua kerjaya you tu. Dah tiba masa kita untuk hidup berkeluarga. You nak sakit-sakit macam tu semata-mata nak kurus. I dah pesan pada you tempoh hari. Jangan you nak ulang-ulang lagi makan ubat kurus tu sampai sakit. I sayang you. I terima you seadanya. I tak kisah pun you gemuk ke apa. You tu je yang suka nak fikir lebih-lebih.Kita dah lama couple. Tak kanlah you tak kenal I macam mana? I kisah ke semua tu?” Riaydh soal  lagi. Dia nak Annis lebih jelas apa yang dia katakan.
“I tahu you sayang I. Sebab tu I nak buat yang terbaik untuk you sayang.” balas Annis manja.
“Kita kahwin. Itu je yang terbaik untuk kita.” Balas Riaydh  lagi. Susahnya memujuk si Annis ni kahwin. Entah kenapa, sejak bertemu dengan Fazzura dan anak-anaknya di hospital tempoh hari dia jadi tak keruan rasa. Celoteh Aqilah bermain di minda. Dulu dia berjanji untuk datang melawat mereka lagi. Tapi, kekangan masa menghalangnya. Kemudian, dia ada kembali ke Hospital lagi selepas empat hari mereka bertemu. Tapi malangnya, pesakit yang ingin di lawatinya telah mendaftar keluar sehari sebelumnya. Hatinya dipagut rindu yang menggila. Entah kenapa dia tidak tahu. Dia rasa nak call Fazzura. Tapi bimbang semuanya di salah erti. Jadi niat itu di simpan jauh di lubuk hati.
“You ni memang dah gila. Kenapa you dah kemaruk sangat nak kahwin?” Lamunannya terhenti apabila mendengar soalan dari Annis. Matanya memandang tepat ke wajah Annis. Cantik serba serbi. Sudah tujuh tahun mereka berkasih sayang. Kerjaya Annis sebagai seorang model pakaian seringkali menjadi penghalang untuk mereka ke peringkat seterusnya di dalam hubungan. Kalau di ikutkan dengan kemampuannya memang sudah layak untuk dia berkahwin. Ada perniagaan sendiri. Rumah, kereta apa lagi yang dia nak tunggu.
“ I nak kahwin. Nak hidup bekeluarga. I lebih dari mampu nak sara you. You ingat gaji you sebagai model tu besar sangat ke? Glamour je yang lebih. Terdedah sana sini. Terbuka sana sini. You tahu tak umur kita makin meningkat. Ummi dan walid dah bising. I tak seronok Annis kalau asyik berkepit tanpa hubungan yang halal. You kenal I macam mana kan? Kita bukan muda lagi Annis. Kalau I solat lima waktu sehari pun tapi dengan keadaan you yang seksi dan pegang-pegang I apa yang I dapat. I nak jaga solat I you tahu tak? I tak nak amalan yang I buat sia-sia.”
Berdesing teling Annis mendengar kata-kata yang keluar dari mulut. Semakin hari dah nak jadi macam ustaz pulak. Tegur sana tegur sini.
“Bukan you yang tanggung dosa I pun.” balasnya semula sambil menyedut fresh orenge di hadapannya. Selera makannya terus hilang dek kata-kata  sebentar tadi. Entah kenapa topik ini yang ingin diperkatakan oleh. Patutlah beria-ia mahu mengajaknya keluar ke restoran ini walaupun jam sudah menginjak ke angka 10 malam.
Yes, bukan I yang tanggung dosa you. But your father. Kalau you sayangkan diaorang, you tak akan buat macam tu. Kalau you tanggung dosa you sendiri macam I tak pe. I tak paksa you…tapi I nak you berubah step by step.”
Entah kenapa perempuan ini juga yang dia nak buat isteri. Kalau di ikutkan dengan kedegilan Annis yang melampau lampau ni sudah lama dia tinggalkan saja. Ramai lagi di luar sana yang boleh di buat calon isteri.
Dia akui, dia pun tak adalah sempurna mana. Sejak dua tiga menjak ni dia memang dah banyak berubah. Banyak memikirkan dosa pahala tentang hubungannya dengan Annis. Tapi dia tak pernah nak paksa Annis berubah. Kalau setiap kali mereka keluar, dia  berhenti solat sekalipun dia tak pernah nak paksa Annis solat sama. Salah dia ke sebab manjakan sangat Annis.
Tapi bab pujuk memujuk, rayu merayu memanglah dia akan gagal dengan si Annis ni. Yang tu memang tak ada sesiapa pun boleh lawan. Lelaki hebat macam mana pun kalau dengan pujukan perempuan cair jugak.
“You ni kenapa sayang? Kalau I setuju kahwin dengan you pun, belum tentu I bersedia nak ada anak.” Annis meraih jari jemarinya. Ada pujukan lembut di situ. Ah! dia tak mahu gagal lagi dengan pujukan-pujukan Annis. Dia bukannya muda lagi. Umurnya dah 32 tahun. Dia menarik tangannya dari genggaman Annis.
“I tahu you bagus! You jaga pergaulan you dengan I. Tapi sekarang I nampak you macam banyak sangat paksa I. I tak pernah paksa you untuk ikut I. Pernah you nampak I paksa you masuk kelab? Tak kan? Sekarang you tolonglah jangan nak paksa-paksa I, jangan nak berleter macam ustaz-ustaz.”
“I tetap dengan keputusan I. I akan hantar rombongan dalam masa terdekat. Yes, I paksa you sayang. Paksa you!.” ujar  Riyadh tegas.
“Kalau you nak sangat kahwin. You go! Cari mana-mana perempuan yang boleh mengandungkan anak you. Yang betul-betul bersedia untuk jadi isteri you. Bukan I. I tetap dengan pendirian I.”
“You jangan cabar I, Annis!” balas Riyadh geram.
Annis terus mencapai beg tangan dari jenama Louis Vuitton. Pantas Annis bangun meninggalkan  seorang diri di restoran itu. Beberapa pasang mata menoleh ke arah mereka. Menjadi saksi kisah cinta ini akan berakhir di sini atau tidak. Riyadh mendengus kasar. Bosan barangkali dengan apa yang terjadi. Kalau asyik terus-terusan begini sampai bila-bila pun dia tak akan kahwin dan ada keluarga sendiri.
Entah kenapa terbit satu perasaan aneh yang dia sendiri tidak tahu apa maknanya. Seolah-olah dia mahu berada di sisi Aqilah yang comel dan menemani Fazmizie yang sakit. Aneh, sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan selama ini. Dia rasa seperti mahu berkahwin dan memiliki anak. Oleh sebab itu dia beria-ia ajak Annis. Tapi, macam ni jawapan yang dia dapat.
Telefon bimbitnya dicapai. Pantas nombor Fazzura didail. Secara tiba-tiba nama itu yang terlintas di benaknya. Langsung tidak memikirkan yang jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Sudahlah yang di hubunginya itu isteri orang. Hatinya benar-benar rindu dengan Aqilah. Hatinya benar-benar resah memikirkan tentang Fazmizie. Hilang sudah sakit hati dek sikap Annis sebentar tadi. Lama dia menanti di talian sebelum panggilnya disambut suara wanita di hujung talian. ‘Kenapa dengan aku ni? Dah gila sangat!’
“Assalammualaikum.” Riyadh  memberi salam.
“Waalaikumusalam.” Suara Fazzura serak di hujung talian menjawab. Dia tahu ini . Mereka bertukar nombor telefon sewaktu lelaki itu ingin pulang dulu.
“Awak dah tidur? Maaflah kacau awak waktu-waktu begini.” ujar Riyadh memulakan bicara. Dalam hati bimbang juga. Buatnya suami Fazzura yang jawab tak ke jadi satu masalah pula. Hesy!serabut. Tak pe, yang penting niatnya bukan sebab Fazzura.
“Err...belum. Saya belum tidur lagi. Ada apa awak call saya malam-malam buta macam ni?”
“Ye ke belum? Saya dengar suara awak yang serak ni ingatkan dah tidur. Aqilah ada tak? Fazmizie macam mana? dia dah sihat?”soalnya  bertubi-tubi. Yang pasti soalan pertama dari  itu tak mampu untuk Fazzura jawab. Suaranya serak bukan kerana tidur. Tapi kerana bersedih memikirkan rumahtangganya yang sedang bergoncang kuat. Walaupun dia cuba untuk tidak menangis lagi. Dia gagal.
“Alhamdulillah, Fazmizie dah beransur baik. Terima kasih atas jasa baik awak tempoh hari. Saya tak tahu nak balas budi baik awak macam mana.” Fazzura berterus terang.
“Senang je, awak bagi saya pinjam anak-anak awak kejap esok…”
“Pinjam?”
Riyadh  di hujung talian ketawa serta merta. Suara Fazzura cemas bila dengar dia cakap begitu.
 “Maksud saya awak bagi saya keluar dengan anak-anak awak yang comel tu. Saya rindu betul kat dia orang berdua tu. Tak tahu kenapa.” Dia terus berterus terang dengan niat asalnya. Memanglah ayatnya tu ada salah. Ingat barang mainan ke nak pinjam-pinjam anak orang. Hesy! ni semua Annis lah ni. Orang ajak kahwin tak nak. Kalau tidak tentu tak payah nak pinjam-pinjam anak orang lagi.
“Awak buat saya takut...” balas Fazzura lambat.  di hujung talian sudah ketawa kuat.
“Itupun kalau awak dengan husband awak izinkan.”
“Dia tak kan pernah kisah pasal anak-anak lagi.” luah Fazzura perlahan tapi jelas di pendengaran . Dia terpampan dia talian. Apehal pulak Si Fazzura ni nak cakap macam tu.
“Awak ni macam ada masalah je? Boleh ke kalau saya nak tahu?”
Penyibuknya kau Riyadh. Masalah kau pun tak selesai-selesai. Sibuk nak jaga hal tepi kain orang pulak! Bentak hatinya sendiri.
Sorrylah saya sibuk je kan tanya. Jadi, awak bagi ke tak saya nak keluar dengan anak-anak awak ni?” dia terus kembali kepada topik asal. “Awak janganlah risau. Saya ni dalam kalangan orang yang baik-baik.” puji diri sendiri nampak . Blahlah kau Riyadh!
“Zaman sekarang ni manusia talam bermuka-muka.  Kita tak tahu apa ada dalam hatinya.” Fazzura bimbang.
“Ayat tu tak payahlah awak nak putar belit alam sangat. Kalau awak keberatan nak izinkan saya keluar dengan anak-anak awak tak pelah.Saya ni bukan jenis talam yang bermuka-muka pun. Tapi, kalau saya nak kena tanya dengan husband awak pun tak pe. Awak bagi saya cakap dengan dia.”
 Fazzura kian serba salah. Masalahnya sekarang Aqil pun entah ke mana. Entahkan berseronok dengan perempuan di luar sana.
“Zurra, kalau benda ni macam menyusahkan awak...tak payahlah.” tegurnya  semula. Dia yang ada masalah dengan Annis. Nak heret Zurra sekali buat apa. Perempuan tu tak ada kaitan pun. Tapi, sumpah dia rindu kat Aqilah. Rasa tenang bila pandang wajah comel tu. Allahuakhbar.
“Bila awak nak ambil dia orang?” Fazzura kembali menyoal.
“Esok boleh?” Mak ai, gila betul kau Riyadh.
“Okey, baiklah. Nanti saya beritahu di mana. Assalammualaikum.” ucap Fazzura. Talian diputuskan.
Riyadh            senyum lebar menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik. Kalau sebelum tadi wajahnya mencuka tapi sekarang sudah berkilo-kilo manisnya. Tidak sabar untuk menanti hari esok. Hilang resah dan gundahnya memikirkan pasal Annis yang tak nak kahwin tu. Asyik nak jaga sangat body dia tu. Lantaklah! Yang terbayang di mindanya sekarang celoteh Aqilah dan kemanjaan Fazmizie. Serius, anak-anak kecil itu buat jiwanya jadi kacau bilau.




No comments:

Post a Comment