DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR - BAB 3

HABIS saja waktu kerja petang itu, Edlin singgah
ke tempat Adelia. Keadaan masih sama. Hati Edlin sayu. Teman
baiknya hanya bersendirian tiada sesiapa menemani. Sungguh
kasihan. Kemudian seperti biasa Edlin merapikan Adelia sebaik
mungkin. Selepas itu, Edlin keluar mengambil wuduk dan
kembali semula bersama surah Yasin. Edlin bacakan surah
Yasin semoga teman baiknya mendapat keberkatan zat-zat dari
surah itu.
“Harap kau cepat bangun, ya,” kata Edlin perlahan.
Kemudian menghela nafas panjang.
Edlin berpusing.
“Eh!” Terkedu dengan kehadiran doktor anaest di
muka pintu. Renungan lelaki itu kelihatan sangat sayu.
“Doktor...” Edlin senyum nipis menegur doktor anaest
itu.
Lelaki itu juga tersenyum nipis.
“Saya keluar dulu.” Edlin minta diri. Tiada sepatah
perkataan keluar dari mulut lelaki itu membuatkan Edlin
kurang selesa. Baik dia balik. Bagi ruang kepada lelaki itu untuk
bersama temannya.
“Tunggu saya, lima minit!” pinta Irfan tiba-tiba.
Dua kali Edlin terkedu di situ. Tidak percaya dengan
apa yang baru didengari. Suruh tunggu ke?
Edlin tunggu di luar. Dari cermin kaca Edlin melihat
doktor anaest itu memeriksa keadaan teman baiknya. Edlin
toleh jam di tangan. Sudah hampir ke pukul sebelas malam.
Cuak juga kalau balik lewat malam sangat. Buat Edlin jadi
kurang sabar nak menunggu. Resah!
“Jom!” ajak Irfan selepas lima belas minit di dalam.
Bukan lima minit, okey! Nasib baik bukan pakwe, kalau tak dah
lama dia merajuk.
“Ada apa, doktor?” tanya Edlin selepas keluar dari unit
ICU. Mereka berdua berada di depan lif.
“Panggil saya Irfan. Saya Irfan Farel...” Irfan kenalkan
dirinya. Rasa kurang selesa apabila jururawat itu membahasakan
dirinya doktor.
“Ooo... Panggil saya Ed aje.” Edlin tak bagi nama
penuh. Hanya nama pendek sahaja. Bukan apa, malas nak
beritahu namanya yang sebenar. Edlin Ebrezza binti Sidin.
Sikit punya glamor nama yang mak bagi. Semuanya disebabkan
majikan lama mak. Majikan mak orang putih, Madam Joanne.
Madam Joanne yang bagi nama tu. Masalahnya, nama tu hebat
sangat. Tak padan dengan orangnya. Kulit tak berapa nak
cerah tapi nama macam anak orang putih. Tapi dia bangga
anak kampung sepertinya punya nama seperti itu. Kalau mak
ikut nama kampung-kampung, mungkin namanya Senah binti
Sidin. Oh, hilang glamor...
“Ed? Eddy atau Edmund?” Irfan mengusik. Nama
macam panggilan untuk lelaki. Itu yang buat Irfan mengusik.
“E... D... ED!” Edlin siap mengeja namanya dengan
perasaan sedikit bengang. Pandai juga doktor ni buat lawak
susah nak gelak. Ingatkan jenis lemau. Yalah, selalu jumpa
serius. Kalau tak serius, monyok!
“E... D... maksudnya emergency department, awak...”
usik Irfan lagi. Tiba-tiba datang mood mengusik. Dah lama tak
macam ni.
“Edlin Ebrezza binti Sidin!” Senafas, geram punya
pasal! Main-main pula dengan namanya. Tak patut!
“Wow, beautiful name tapi kenapa panggil Ed aje?”
Irfan jadi banyak cakap pula hari ini. Macam pelik!
“Saja!” Sepatah. Muka lelaki itu langsung tidak
dipandang. Bengang!
“Saya bergurau ajelah awak,” pujuk Irfan. Tersengih.
“Doktor suruh saya tunggu, kenapa?” tanya Edlin
masih membahasakan lelaki itu doktor. Sengaja, sakit hati
punya pasal! Lagipun macam tak kena saja kalau panggil lelaki
itu Irfan atau panggil Farel.
“Ed... panggil saya Irfan pun dah cukup. Awak kawan
dengan Adelia, secara automatik saya jadi kawan awak,” balas
Irfan. Senyuman mekar di bibir. Irfan senang dengan gadis itu
kerana gadis itu banyak menolong Adelia. Irfan cukup terharu
melihat gadis itu telah membacakan surah Yasin untuk Adelia.
Bukan mudah mencari teman sebegini.
“Macam tak kena tapi tak apalah kalau itu yang doktor
nak.”
Irfan ketawa kecil. Edlin boleh terkedu buat kali ketiga.
Terkejut. Lelaki itu ada saraf ketawa juga rupa-rupanya.
“Lucu juga awak ni, kan...”
“Nak tanya ni, doktor suruh tunggu kenapa?”
Pertanyaannya belum dijawab oleh lelaki itu. Dia tak boleh
lama-lama. Malam semakin larut. Skuter pula sudahlah tak
berapa sihat. Karang dibuat semput tengah jalan malam-malam,
siapa nak tolong?
“Tak, saya nak ucap terima kasih kerana tolong
Adelia. Awak sangat baik hati,” ucap Irfan. Sungguh, dia sangat
berterima kasih dengan gadis itu kerana menjaga perempuan
yang dicintainya.
“Itu aje? Okeylah doktor, saya balik dulu.” Edlin
menekan butang lif. Ingat apa tadi, rupa-rupanya nak berterima
kasih saja. Buat apa nak berterima kasih dengannya? Dia bukan
buat apa pun.
“Mungkin biasa-biasa pada awak tapi bagi saya sangat
bermakna,” ujar Irfan. Apa yang dia rasakan sangat mendalam.
“Tak apa, Adel kawan saya juga.” Edlin senyum faham.
Bertuah kau, Adel. Ada lelaki sayangkan kau macam ni. Edlin
tumpang jealous. Dia juga yang sorang-sorang tak ada teman
lelaki.
“Awak nak balik ke?”
“Habis tu?”
“Saya ingat awak baru nak masuk kerja.” Irfan tayang
sengih. Tekaannya silap.
“Rupa saya yang serabai ni rupa orang nak masuk kerja
ke, doktor?” perli Edlin. Sebenarnya rasa diri yang kena perli.
Maknanya, hari-hari dia pergi kerja penampilannya memang
tak semenggah dan tak segak. Baru rasa sedar diri. Kalau pergi
kerja esok kena tilik diri betul-betul dahulu sebelum keluar.
Irfan ketawa lagi. Budak seorang ni mungkin calon
Raja Lawak Astro agaknya. Pandai sangat buat orang ketawa.
Perasaannya yang tidak tentu hala sejak dua menjak ini agak
terhibur dengan gadis itu. Irfan sangat senang dengan gadis itu.
“Jadi, nak baliklah ni?” Irfan tanya lagi.
“Habis tu, nak buat apam balik?” Edlin perli lagi.
Sebaik pintu lif terbuka, Edlin terus saja masuk
“Bye...” Edlin terus tekan butang G. Malas nak melayan
perangai sengal doktor itu lagi. Baik dia balik cepat. Mood dia
swing semacam. Entah-entah nak datang bulan.
“Eh, tunggu!”
“LAMBAT balik, kak!” tegur Shasha, teman serumahnya.
Edlin angguk. Lesu. Perut rasa memulas-mulas semacam. Buka
pintu, capai tuala, terus ke bilik mandi. Selesai membersihkan
diri dan memakai pakaian tidur, Edlin lepak seketika di depan
tv. Tiada siaran tv yang menarik minatnya lantas dia menutup
TV.
“Kak, tak tidur lagi?” tanya Shasha yang baru keluar
dari bilik.
Terteleng kepala Edlin menoleh ke arah Shasha.
“Belum, kejap lagi nak masuk tidur dah,” jawab Edlin.
“Ooo... Kawan akak tu dah sedar belum?” tanya Shasha
kemudian terus merebahkan punggung di sebelah Edlin.
Remote tv dicapai lalu dia membuka tv.
“Tak sedar lagi.” Edlin jawab dengan suara lemah.
“Dah dekat sebulan, kan?” Shasha masih sibuk bertanya
sedangkan Edlin macam malas nak menjawab.
“Hurmmm...” Edlin menyandarkan badannya ke sofa
sambil menghela nafas panjang.
“Sabarlah, kak. Harap kawan akak cepat sedar.” Shasha
pegang bahu Edlin untuk memberi semangat.
“Harap begitulah.” Edlin menekan perutnya. Sakit
masih belum hilang.
“Sha pergi tidur dulu. Esok nak kerja pagi.” Shasha
menutup tv kemudian terus bingkas bangun. Edlin hanya
mengangguk. Memang dia betul-betul tiada mood. Segalanya
terasa malas

No comments:

Post a Comment