DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR - BAB 4

EDLIN parkir skuternya di barisan parkir motosikal.
Tidak lama kemudian, Shasha pula tiba dengan motosikalnya.
Mereka berdua baru balik dari tempat kerja. Sewaktu berjalan
ke arah Shasha, tiba-tiba sebuah kereta Honda CRZ berhenti
di sebelah Shasha. Edlin nampak Shasha berbual-bual dengan
pemandu kereta mahal itu. Belum sempat Edlin sampai ke
tempat Shasha, Honda CRZ telah berlalu.
“Siapa tu?” tanya Edlin.
“Ooo... Tu Dr. Azrul, MO ENT...” beritahu Shasha siap
tersengih. Malu-malu.
“Bila masa pula kenal ni?” Pelik, masa bila pula teman
serumahnya berdating dengan doktor? Selama mereka tinggal
serumah, tak nampak pula Shasha ni ligat keluar dengan
mana-mana lelaki. Itu yang buat dia terkejut!
“Baru kenal semalam.”
Edlin buat muka curiga.
“Relakslah, kak... Semalam pergi ENT hantar pesakit.
Sha bagi fail pesakit sambil tu Sha selit call number Sha,”
terang Shasha tak habis tersengih dari tadi.
“Hah?” Edlin susah nak percaya. Biar betul Shasha ni?
Selamba gila!
“Relakslah kak... Untung-untung dia call Sha. Cuba
nasib aje. Doktor, kak... Siapa yang tak nak jadi kekasih encik
doktor?” Mudahnya budak seorang ini berkata-kata. Mana
perasaan malu seorang perempuan?
“Biar betul Sha? Tak malu eh?”
“Buat apa nak malu? Siti Khadijah isteri Nabi
Muhammad yang mulakan dahulu perhubungan dengan nabi
kita, inikan kita umatnya. Cuba aje. Lain-lain fikir kemudian...”
Edlin tak terkata.
“Sha tak rasa mudah sangat ke bagi call number
pada lelaki?” Perempuan yang mulakan dahulu seperti pergi
mencari timba. Nampak tak elok di mata orang. Shasha pula
begitu mudah memberi nombor telefonnya kepada lelaki. Kalau
terbagi kepada orang yang salah, yang berniat jahat, bagaimana?
Doktor pun belum tentu baik budinya. Tidak terfikirkah Shasha?
Tidakkah berbahaya?
“Call number aje, bukan nombor mesin ATM. Kalau
bagi pun berapa sen sangatlah yang ada kat dalam tu. Kenapa
nak susah sangat!” Tak habis-habis dengan selambanya.
“Sha, kalau terbagi pada orang yang salah bagaimana?
Gila seks ke?”
“Kak, nak bagi pun tengoklah dulu orangnya...”
Shasha sengih lagi. Teringat kembali bagaimana dia begitu
nekad memberikan nombor telefonnya. Shasha benar-benar
jatuh hati melihat Dr. Azrul mengagah dan mengambil bayi
yang berada di dalam babycot untuk dihantar ke NICU. Shasha
perhatikan doktor itu selamba memeluk dan mencium bayi
yang baru ditemui di hadapan lif tanpa rasa malu biarpun
ramai pelawat hospital melihat telatahnya. Sweet gila! Sebab
itu apabila terjumpa doktor itu di klinik ENT, tanpa rasa malu
Shasha terus nekad.
“Kak... Perasaan tu, bila tiba masanya, akak akan tahu
nanti,” ujar Shasha. Ada perkara tidak dapat diterangkan. Kena
praktikal dahulu baru tahu.
Edlin jeda, cuba nak faham tapi macam susah nak
faham.
“AWAK, awak... Ed...” Edlin pusing kepala. Siapa yang sibuk
panggil dia tengah-tengah alam macam ni? Kacau orang nak
berjoging aje! Edlin memandang sekeliling Tasik Putrajaya.
Terus tegak lehernya tatkala terlihat doktor anaest Adelia.
Istimewa sungguh Sleeping Beauty seorang itu ada doktor
anaest persendirian.
“La... Doktor ke?” Edlin terkejut. Boleh pula
terjumpa doktor lemau seorang ini di sini. Dari riak wajah
terkejut, bertukar riak curiga. Stalker ke apa ni? Selalu sangat
bertembung.
“Kat mana saya pergi selalu terjumpa doktor. Suratan
atau kebetulan? Atau doktor ni stalk saya?” soal Edlin dengan
keningnya diangkat sekali bersama renungan curiga.
“Anggap saja suratan sebab saya memang tak stalk
awak pun. Saya pun pelik selalu sangat bertembung dengan
awak sejak akhir-akhir ini padahal sebelum ni bertahun saya
kerja sebumbung dengan awak, saya tak perasan pun awak,”
kata Irfan sewaktu mendekati Edlin.
“Doktor perasan Adel aje, kan!” Edlin mencebik. Terasa
siot! Yalah, siapalah kita ni sampai nak buat orang perasan.
“Sorry, awak. Kehidupan kita memang macam tu,
kan?” Irfan memohon maaf.
“Hm... Betullah tu.” Kenyataan hidup.
“Kak Ed!” panggil Shasha yang baru sahaja sampai.
“Kawan saya dah sampai.” Edlin tunjuk ke arah Shasha
yang semakin mendekati mereka.
“Ooo...” Irfan tersenyum.
“Siapa ni?” tanya Shasha apabila sudah sampai di
depan mereka.
“Ni doktor kita juga, anaest!” beritahu Edlin.
“Ya ke? Patutlah tak pernah nampak. Selalu dalam
OT. Hmmm... Kenal Dr. Azrul tak?” tanya Shasha dengan
ramahnya. Sempat pula bertanya pasal doktor telinga, hidung
dan tekaknya. Edlin mencebik.
“Dr. Azrul, MO ENT tu?” tanya Irfan balik.
“Ha, betullah tu!” Semangat Edlin mengiakan
pertanyaan Irfan. Sengih-sengih.
“Sama-sama housemanship kat sini dulu, kenapa?”
Irfan bertanya lagi.
“Dia baik, kan?” Shasha sengih. Nampak gedik gila di
mata Edlin. Huuu... Orang tengah angau. Melotot mata Edlin
ke atas.
Irfan terkedu sekejap. Kemudian dia tersenyum. Baru
faham.
“Haah, baik sangat!” Irfan ya kan sahaja. Dia tak rapat
sangat dengan Azrul. Baik macam-macam itu sahaja.
“Ha, kan! Betul tak cakap Sha.” Riang sungguh Shasha
apabila lelaki pujaannya dikatakan baik.
“Hmm, yalah...” Edlin mencebik.
Irfan tumpang ketawa. Geli hati dengan telatah dua
orang gadis itu.
“Lupa, ini Shasha.” Edlin lupa nak kenalkan mereka
berdua. “Teman serumah!” sambung Edlin.
“Saya Irfan.” Irfan juga kenalkan dirinya. Senyum.
“Hai...” Shasha balas senyum sambil tunjuk peace dua
jari.
“Saya joging dulu, ya!” Irfan minta diri. Sudah hampir
ke pukul tujuh, satu pusingan pun dia tak pusing lagi.
“Kalau jumpa Dr. Azrul dalam OT, kirim salam ya!”
pinta Shasha tanpa malu.
“Oh, boleh, boleh...” Irfan ketawa. Sempat lagi.
“Doktor seorang aje ke? Mana isteri dan anak-anak?”
Shasha sibuk bertanya lagi padahal tahu doktor itu sudah
bersedia nak berjoging.
Edlin yang mendengar buka mata luas-luas. Apa pasal
sibuk sangat ni?
“Saya belum kahwin,” jawab Irfan hampir tersedak
mendengar pertanyaan gadis itu. Dia nampak macam suami
orang ke? Dan-dan itu juga tangan jatuh ke perut. Perut dah
boroi ke? Selalu orang lelaki yang sudah berkahwin perut
mudah sangat ke hadapan. Maklumlah, senang hati. Makan
pakai dijaga rapi. Sah kena buat sit up banyak kali nanti.
“Tak percaya. Semua lelaki akan cakap macam tu bila
jumpa perempuan comel, kan?”
“Saya akan cakap macam ni juga kalau jumpa
perempuan tak comel pun.” Irfan gelak kecil. Kawan Edlin
ni banyak benar celotehnya. Menghiburkan sampai niat nak
berjoging pun terbantut.
“Doktor pergilah joging. Jangan kisah pasal kami.
Budak ni kalau dilayan, tak habis-habis!” Edlin segan dengan
perangai lepas laku teman serumahnya. Sejak bila Shasha
selamba macam ni pun dia tak tahu.
“Tak apa, seronok juga berbual macam ni.” Irfan
senyum lagi.
Mereka rancak berborak..
“Kak Ed, lupa nak tanya pasal handphone akak. Saya
call akak banyak kali tadi tak dapat. Handphone akak hilang
ke?” Tiba-tiba Shasha bertanya pasal telefon bimbitnya.
Edlin kerutkan dahinya. Sebab Shasha tahu sangat
kalau mereka berdua berjoging, hanya dia seorang sahaja
yang membawa telefon bimbit. Shasha tidak pernah membawa
telefon bimbitnya sendiri. Katanya beratlah, takut hilanglah.
Telefon bimbitnya ada aje di dalam poket. Telefon bimbitnya
murah aje. Kecil sedikit daripada tapak tangan. Senang nak
dibawa ke sana dan ke mari. Tidak macam telefon bimbit
sekarang, semua leper-leper dan besar-besar. Peredaran model
telefon bimbit sekarang dah kembali seperti zaman dulu. Besar
cuma tak leper macam sekarang. Teringat model telefon bimbit
dulu yang macam botol air tu! Kenangan...
“Ada la...” Edlin baru nak seluk poket tetapi cepat pula
ditahan oleh Shasha. Lengannya dicengkam kuat.
“Cakap hilang. Ada ke?” Irfan juga sibuk bertanya.
“Apalah akak ni, handphone hilang pun tak sedar.”
Lengan Edlin masih dicengkam kuat. Mata Shasha memberi
isyarat. Edlin sungguh tak faham. Telefon bimbitnya ada aje.
Boleh terasa di dalam poket. Apa jadahnya cakap telefon
bimbitnya hilang? Tak fahamlah!
“Doktor tolong call number Kak Ed, boleh? Kutlah
terjatuh dekat-dekat sini aje,” pinta Shasha sungguh-sungguh.
Semangat betul nak menolong kakak serumahnya yang telah
kehilangan telefon bimbitnya. Mulia sungguh!
“Ah, okey!” Irfan setuju. Terus dikeluarkan telefon
pintarnya dari dalam poket. “Call number berapa?” tanya Irfan
siap sedia nak mendail.
Belum sempat Edlin membuka mulut nak bercakap
yang telefon bimbitnya ada di dalam poket, Shasha cepat-cepat
memberikan nombor telefonnya. Buat Edlin semakin tidak
faham dengan Shasha.
“Saya call sekarang.”
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi nada
dering dari dalam poket seluar Edlin. Buat Irfan dan Edlin
terpinga-pinga!
“Terima kasih, doktor! Ada kat dalam poket Kak Ed
rupa-rupanya. Kenapa tak cakap awal-awal ada dalam poket?
Akak ni, susahkan doktor aje!” Shasha tepuk bahu Edlin
kuat-kuat selepas itu ketawa.
Irfan juga ketawa. Macam faham sahaja niat kawan
serumah Edlin. Idea yang nakal dan comel. Irfan geleng kepala
dalam tawanya. Sungguh, dia terhibur. Hilang seketika perasaan
sedihnya apabila teringatkan Adelia yang masih belum sedar.
“Shasha...” Edlin tidak berpuas hati. Teringat strategi
Shasha mengurat doktor telinga, hidung dan tekaknya. Edlin
geleng kepala. Shasha, Shasha... Idea bengong tetapi menjadi
pula tu. Nak respek dan berterima kasih atau tidak ni? Dia
berkira-kira dalam hati.
Mereka berpisah selepas berborak lama. Irfan sudah
menghilang dengan Ducati Monster merahnya. Sudahnya,
langsung tak jadi nak berjoging. Masing-masing sibuk berborak.
Edlin pusing kepala ke arah Shasha. Serentak itu juga
tangannya ringan menyekeh kepala Shasha kuat-kuat.
“Adoi!” Shasha mengaduh sakit. Apa hal tiba-tiba kena
sekeh ni?
“Sha buat apa tadi? Malu akak tau!” Baru dapat lepaskan
perasaan tak puas hati yang tersimpan sejak tadi.
“Apa akak ni? Sakitlah...” Shasha gosok kepalanya yang
terasa sakit.
“Habis tu, handphone akak ada aje tadi, kenapa cakap
handphone akak hilang?” tanya Edlin.
“Akak ni, kepala tu jangan lurus macam rambut kena
rebonding, boleh...” kata Shasha. Mereka sudah sampai ke
motosikal masing-masing. Shasha terus naik motosikalnya.
“Apa?”
“Itu namanya strategi. Macam Sha tak tahu akak
suka kat dia, kan?” giat Shasha. Dari pandangan mata kakak
serumahnya kepada doktor anaest itu dah buat Shasha faham.
Kak Ed ada hati dengan doktor itu. Macam tak tahu!
“Akak ni slow sangatlah. Cuba kembangkan sikit otak
tu.” Selamba dia mengutuk kakak serumahnya.
“Sha, otak kau memang bengong!” Itu saja yang
mampu Edlin kutuk. Geleng kepala tetapi dalam hati berbunga
setaman pasal dapat nombor doktor anaest itu. Persoalannya,
siapa nak telefon dulu? Perigi cari timba? Edlin keliru sedikit
di situ.
“Yang penting, dia doktor! Tak nak ke jadi kekasih
encik doktor? Apa lagi, kak? Call number pun dah ada, cuma
tunggu akak aje. Guna sebaik-baiknya peluang yang ada ni,”
nasihat terejal seorang teman serumah.

No comments:

Post a Comment