DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR - BAB 8

“KENAPA pandang saya macam tu?” Edlin rasa
tidak selesa Irfan memandangnya semacam. Lama pula tu tetapi
sepatah perkataan pun tak keluar.
Irfan senyum. Kemudian menggeleng. Tiada apa!
Geleng kepala? Okey, Edlin jeling, tak sanggup nak
pandang betul-betul. Edlin mengagak lelaki itu sedang berfikir
tentang sikap kebudak-kebudakannya tadi. Ala... Kalau bukan
kerana si Cici tu yang poyo sangat, tak adalah dia buat perangai
macam tu. Tak padan dengan budak sekolah, perasan bagus aje!
Edlin mencebik meluat.
“Ed...”
“Hmm...” Edlin terkejut namanya diseru.
“Bila Adel nak sedar?” tanya Irfan tiba-tiba. Pandang
Edlin teman rapat Adelia membuatkan dia teringatkan Adelia
yang sedang terbaring di ICU belum sedar-sedar lagi. Jiwanya
dibalut sayu. Dia rindukan senyuman dan gelak tawa wanita itu.
Sungguh, dia rindukan Adelia.
Edlin kelu. Dia juga turut merasa sayu. Beberapa hari
lagi cukup sebulan Adelia tidak sedarkan diri.
“Allah saja yang tahu...” Edlin mengeluh.
“Saya... saya selalu ingatkan dia. Saya tahu saya tak
patut kerana dia isteri orang tapi saya selalu ingatkan dia.” Suara
Irfan kedengaran seperti kesal tetapi pada Edlin kedengarannya
seperti rindu. Hati Edlin terus layu.
“Saya faham.” Edlin menjawab dengan nada lemah.
Nampak, nampak, memang dia tiada peluang dengan lelaki
itu. Tak usah bermimpi sampai ke bintang sangatlah, Ed! Cuba
berpijak di dunia nyata. Edlin menggigit bibir tanpa sedar.
“Kita nak ke mana selepas ini?” tanya Irfan sambil
menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencuri tenaga dari alam
semesta supaya dia lebih bersemangat meneruskan hidupnya.
“Balik kut!” Edlin dah tawar hati nak berjalan-jalan.
“Malam nanti kita keluar lagi, boleh?” ajak Irfan masih
ingin keluar dengan gadis itu lagi. Tidak tahu kenapa? Hatinya
tenang apabila bersama gadis itu.
“Keluar lagi?” Edlin garu dahi. Berkira-kira nak keluar
lagi atau pun tidak. Serius, hatinya dah kurang tahap keterujaan
nak keluar dengan lelaki itu lagi. Hatinya kuciwa tahu!
“Kita keluar pergi mamak pekena teh tarik, roti canai...
Amacam?” Irfan angkat keningnya. Matanya bersinar penuh
mengharap.
Sinar mata lelaki itu melemahkan jiwa Edlin yang
memandangnya. Edlin rasa tak sampai hati pula.
“Okeylah...” Edlin akhirnya bersetuju walaupun
separuh hati.
“Saya ambil awak di rumah, okey?” Irfan gembira
Edlin setuju lalu menawarkan diri menjemput gadis itu lagi di
rumahnya.
Edlin hanya mengangguk. Selepas makan, mereka
berdua keluar dari KLCC.
SEPERTI yan g dijanjikan, Irfan datang mengambil Edlin di
rumah. Irfan tersenyum di sebalik helmet fullfacenya. Hanya
matanya bersinar melihat Edlin dengan gaya sempoinya. Jean
half cut sampai ke bawah lutut dan sweater coklat berhud yang
kelihatan lusuh. Rambut pula diikat tocang satu. Sempoi tetapi
comel.
“Kita nak ke mana?” tanya Edlin. Tangannya
menyambut huluran helmet daripada Irfan. Di depan Irfan,
Edlin selamba menguraikan ikatan rambutnya lalu disebak
rambutnya supaya kemas sebelum menyarung helmet.
Mata Irfan terpejam tatkala terbau harum rambut gadis
itu. Bau yang mengkhayalkan. Irfan terpesona tanpa sedar.
“Jom!” Irfan tersedar ketika gadis itu menepuk
bahunya. Tidak semena-mena jantungnya menderu laju.
Hangat menelusuri setiap genap urat sarafnya. Irfan terasa pelik
dengan dirinya sendiri.
“Ah, okey...” Irfan tekan suis, enjin dihidupkan.
Edlin membuka helmet dan tertanya-tanya. Mereka
bukan di depan kedai mamak tetapi betul-betul di tengah-tengah
jambatan Putrajaya. Edlin turun dari motosikal. Hatinya teruja
ingin menikmati keindahan malam dari jambatan Putrajaya.
Edlin baru nak menjejakkan kakinya tetapi dia tidak sengaja
terjatuh dalam keadaan berlutut.
“Aduh...” Lutut Edlin luka!
“Ed, kenapa tak hati-hati?” Irfan berdecit kemudian
terus turun mendapatkan Edlin yang sudah duduk di atas jalan
membelek luka.
“Manalah saya tau nak jatuh...” Edlin mencebik.
“Ed, okey tak ni?” tanya Irfan. Dia berasa risau lalu
turut sama membelek luka di lutut gadis itu.
“Ah, okey... Okey... Tak teruk sangat pun!” Edlin
jauhkan tangan Irfan yang sibuk menyentuh lututnya. Edlin
tidak suka lelaki itu menyentuh lututnya sesuka hati. Kalau dah
tahu buat apa pakai jean separa lutut lu? Edlin kutuk dirinya
sendiri dalam hati.
“Betul ni?” Irfan tidak puas hati.
“Betul, jangan risaulah...” Edlin bingkas bangun.
Sengaja melompat-lompat cergas kononnya dia tidak apa-apa.
Edlin tayang sengih. Dalam menyengih Edlin cuba menahan
kesakitan.
“Okeylah kalau macam tu. Saya tengok banyak juga
melecet tu. Kalau mandi gerenti pedih,” kata Irfan. Matanya
dikecilkan sewaktu memerhati lutut Edlin. Macam sakit tapi
gadis itu nampak selamba sahaja.
“Oh, ya ke?” Edlin telan liur. Belum mandi sudah
terasa pedih kalau mandi apatah lagi. Tanpa sedar wajah Edlin
menyeringai. Irfan perasan riak wajah gadis itu.
“Kejap, rasanya ada plaster dalam wallet saya.” Irfan
baru teringat dia ada menyimpan plaster di dalam dompetnya.
Sebagai persediaan jika mengalami luka-luka kecil.
Irfan mendekat lalu duduk dengan gaya lelaki nak
melamar gadis pujaannya. Edlin kejung, tak sangka dalam
hidupnya ada lelaki sanggup berlutut dengan cara begitu.
Jantung apa lagi, bekerja keras mengepam darah laju-laju.
Sakan jantungnya berdebar.
Irfan bertindak menyingsing sedikit hujung jean yang
dipakai oleh Edlin. Kerana dek lutut togelnya, Edlin segan yang
amat dengan Irfan.
Akhirnya Irfan selesai menampal plaster di lutut Edlin.
“Sakit tak?” tanya Irfan sangat perhatian.
“Okey aje, tuan doktor,” jawab Edlin. Tayang sengih.
Sengih tahan sakit!
Irfan dapat melihat wajah Edlin yang berkerut
menahan sakit.
“Betul?” Irfan tidak yakin.
“Betul...” Edlin tayang sengih lucu.
“Sakit-sakit macam ni pun nak bergurau lagi.” Irfan
geleng kepala. Menyesal pula singgah di sini. Ingatkan nak
tengok keindahan malam dari jambatan sambil menghirup
udara segar tetapi lain pula jadinya.
“Sikit ajelah, doktor.” Edlin malas nak besar-besarkan
hal lantas terus ke tepi jambatan. Kedua-dua belah tangan dan
dagunya diletakkan di atas pagar. Dia memejamkan mata sambil
menghirup udara malam yang segar. Hmmm...
Edlin terasa hud sweaternya ditarik menyelubungi
ke seluruh kepalanya. Edlin membuka mata lantas berpusing
sambil bercekak pinggang di depan Irfan. “Apa?”
Irfan sengih. Saja nak bergurau dengan gadis itu.
“Awak ni cute la...” kata Irfan lalu ke tepi jambatan
sambil menyeluk poket. Sejuk angin malam menggigit seluruh
tubuh.
“Cute? Tahu tak makna cute tu apa? Pretty ugly, terima
kasih…” Edlin mencebik.
Irfan tergelak.
“Tapi bagi saya, makna cute tu buat orang senang hati
melihat orangnya. Sedap mata memandang,” ulas Irfan dengan
senyum kecilnya.
“Kalau macam tu, doktor pun cute jugalah. Alololoo...
Cutenya budak ni.” Edlin mendekati Irfan. Selamba saja
jari-jemari Edlin bermain-main di dagu licin Irfan. Sampai
sepet mata lelaki itu tersenyum. Gaya Irfan sudah macam
kucing kena manja.
“Lelaki kalau cute tak macho la awak...” Tiba-tiba,
Irfan pegang tangan Edlin lalu digenggam lembut. Kemudian
tangan gadis itu dijatuhkan ke tepi tetapi tidak pula dilepaskan
genggaman tangan mereka berdua. Mereka saling berpegangan
tangan.
Edlin kejung! Tak sangka tangannya berada di dalam
genggaman lelaki itu seperti pasangan kekasih. Jantung yang
mulai bertenang, melantun laju sekali lagi. Darah panas
menyimbah ke wajah.
“Er...” Edlin tarik tangannya supaya tidak terus hanyut.
Terasa jiwanya melayang terus ke angkasa. Betul-betul tidak
bagus untuk kesihatan hatinya.
Irfan hanya tersenyum. Edlin perhatikan, Irfan pergi ke
tepi pagar jambatan. Kedua-dua belah tangan Irfan memegang
pagar. Kaki Irfan bersedia seperti nak meloncat.
“Awak!” tangan Edlin terus terangkat menahan lelaki
itu. Gaya lelaki itu betul-betul macam nak meloncat.
“Saya... nak lepaskan perasaan kusut saya kat sini.
Hahhh!!!” Tiba-tiba Irfan terus meloncat sambil memegang
pagar dan menjerit sekuat-kuatnya. Edlin terkejut gila dengan
gaya gimnastik lelaki itu seperti nak terjun jambatan. Edlin
sangat tidak senang hati dengan tindakan Irfan yang sangat
membahayakan kesihatan jasmani kepada lelaki itu sendiri dan
gangguan emosi kepada dirinya pula.
“Eh, eh, awak...” Edlin tangkap pergelangan tangan
lelaki itu. Dia bimbang lelaki itu terjatuh ke bawah. Percuma
mati tak mengucap. Astaghfirullah...
“Sayang juga awak kat saya, ya?” Irfan tergelak. Dia
bukan nak terjun pun. Memang dia suka buat macam tu. Itu
cara dia melepaskan perasaannya.
“Sayang kalau awak mati tak sempat mengucap tahu
tak!” marah Edlin. Main lompat-lompat macam tu, bahaya tahu
tak! Sekali malang tak berbau macam mana? Kalau suka sangat
nak melompat pergi lompat bungee jumping. Baru puas hati!
“Saya saja nak lepaskan perasaan tension. Esok full day
duduk dalam gua,” kata Irfan. Bersiap sedia untuk esok kerana
dia akan bertugas sepanjang hari dalam dewan bedah.
“Huuu... Ingat nak terjun tadi. Jangan buat macam
tu lagi. Bahaya tahu tak!” Edlin masih marahkan Irfan. Tidak
kiralah apa pun alasannya. Tetap bahaya!
“Ya, awak... Tengok saya... Saya jauhkan diri saya
jauh-jauh...” Irfan bergerak ke belakang tanpa berpaling dengan
kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar. Dia menjauhkan
diri dari pagar jambatan.
“Tetap nak cakap, apa yang awak buat tadi, bahaya!”
Edlin masih mengingatkan Irfan.
“Okey...” Irfan tunjuk peace kemudian menyengih
nakal!
“Nakal, eh!” Edlin tergelak. Irfan rupa-rupanya nakal
juga.
“Awak lagi nakal. Cici pun tak boleh lawan!” Irfan
teringatkan kenakalan gadis itu di KLCC petang tadi. Memang
lucu gila!
“Oh, Cici tu... Kalau jumpa dia katakan kepada dia ‘mak
cik’ kirim salam. ‘Baik’ budaknya...” kata Edlin dengan senyum
dibuat-buat. Huuu... Sabor ajelah dengan budak berlagak diva
macam tu!
“Cici anak kawan umi saya. Manja sikit orangnya tapi
memang baik budaknya,” kata Irfan dengan yakin sekali.
“Betul, memang baik sangat!” Edlin ya kan dengan
mata melotot ke atas. Irfan tergelak. Telatah gadis itu sentiasa
menceriakan hatinya.

No comments:

Post a Comment