HARI ini, Marina
kembali bertugas setelah
tiga hari bercuti. Pada
mulanya dia ingin
merehatkan dirinya dengan
rasa penat kerja
dan mengambil masa
untuk menyiapkan manuskrip
novelnya. Tetapi lain pula
yang jadi. Kerjanya bukan
setakat menulis novel
dan menguruskan suami tetapi
perlu menguruskan Insyirah
dan Nasuha juga.
Hari
ini, dia bangun seawal
subuh untuk masakkan
makanan buat Insyirah
sepanjang dia berada
di sekolah. Jika mahu tunggunya, petang nanti
baru dia dapat
pulang. Memang sudah tidak
sempat untuknya mengejar
pulang ke rumah pada
waktu tengah hari
seperti yang dirancangkan
Ikram.
Rasa
tanggungjawabnya pada Insyirah
dan juga Nasuha, semua
urusan rumah di siapkannya
sebelum ke tempat kerja. Tentang Ikram, dia
tidak begitu risau. Ikram
selalu makan di luar
sahaja, bila turun ke pejabat. Kadangkala, malam baru
dia pulang ke rumah
dan hanya pada
hari minggu sahaja, masa
Ikram di habiskan di rumah.
Tugasnya sebagai
pembantu pra, pada pendengaran
ianya cukup mudah. Tugasnya pasti
sudah hanya membantu
guru pra. Itu pada
dasar bila dilihat
daripada pandangan mata, kerjanya begitu
mudah. Tugasnya ini,
memerlukan kesabaran yang
tinggi dan juga
kepandaiannya dalam hal
anak-anak. Karenah anak-anak kecil
perlu dilayannya. Dia bagaikan
seorang ibu untuk
berpuluh pelajar di situ. Menjaga kebajikan
dan makan mereka
itu tanggungjawab yang
perlu dipikulnya.
“Rina ada
masalah ke?”sapa teman
setugasnya cikgu NurAini, yang
juga guru pra
sekolah.
Marina menggelengkan
kepalanya. Kini cikgu NurAini, satu-satunya teman
baiknya. Segala masalah pasti
akan dirujukkan kepada
cikgu NurAini.
“Letihlah kak.”rungut
Marina.
“Kenapa? Menulis sampai
tak tidur ke?”soal
cikgu NurAini.
“Tak
tahulah, Rina nak cakap
macam mana.”belakang tengkuknya
dipicit-picit. Kepalanya
memang terasa berat.
“Habis tu, bergaduh
dengan Ikram?”
Kepalanya digelengkan. Bukan sebab
itu. Sebenarnya dirinya begitu
letih. Insyirah seakan mahu
mengambil kesempatan dengan layanan baik
yang di berinya. Semua kerja
dari yang kecil, semua
dia yang perlu
uruskan. Takkan sampai hendak
basuh berak, tukar lampin pun,
hendak harapkan dia. Dia
bukannya orang gaji
Insyirah. Tetapi tuan kepada
rumah yang ditumpangi
Insyirah.
“Ceritalah. Lagipun takda
siapa pun di sini.”waktu tengahari
begini, memang sudah tiada
lagi anak-anak murid
di kelas. Semuanya sudah pulang
sejak jam 12
tengahari tadi. Kini hanya
tinggal cikgu NurAini
dan juga Marina
sahaja.
“Ikram bawa
adik iparnya balik
rumah kami.”terang Marina.
“Oh, itu masalahnya?”
Marina mengetap
bibirnya. Adakah rungutannya ini, nampak
seperti dia seorang
yang sangat kejam
dan tidak berperikemanusiaan? Dia cuma
ingin melepaskan lelahnya
dan runsing di hatinya
sahaja. Hendak di luahkan kepada
Ikram, balik-balik Ikram mintanya
bertolak-ansur dengan Insyirah. Katanya, kesian Insyirah
kerana suaminya tiada
di sisi.
Satu
persatu kisah yang
berlaku, Marina ceritakan kepada
cikgu NurAini. Punca yang
menyebabkan dia jadi
begitu.
“Takkan dia
tak boleh tinggal
dengan keluarga dia?”tanya
cikgu NurAini.
“Katanya, keluarga dia tak
ada. Semua pergi ke Sabah.”
“Habis tu, saudara-mara yang
lain tak ada
ke?”
Marina menjungkitkan
bahunya. Dia tidak berapa
tahu sangat tentang
hal itu. Lagipun Marina
dan Insyirah tidaklah
begitu rapat sebelum
ini. Bila Insyirah mahu
menumpang di rumahnya, dia juga
terkejut. Ini semua kerana
hati budi baik
Ikramlah.
“Rina serba-salah
nak cakap. Tak cakap, Rina
juga yang makan
hati. Sekarang ni tak
ada privacy.”
“Hmm, iyalah. Ada orang
luar. Kak Aini rasa, cuba
Rina cakap baik-baik
dengan Ikram. Apa yang
Rina rasa...apa yang
Rina tak puas
hati... Cakap aje pada
Ikram.”nasihat cikgu NurAini.
“Rina dah
cakap, kak. Dia minta Rina
bersabar. Bertolak-ansur
dengan adik ipar
dia tu. Kak Aini
pun tahu kan, Rina
jenis yang macam
mana? Rina ni bukannya
kejam sangat, tapi Rina
cuma nak kehidupan
kami tak terganggu
dengan kehadiran orang
luar.”luah Marina lagi. Kecil
hatinya pada Ikram, sebenarnya masih
bersisa. Bukannya Ikram mahu
mengerti pun, jika semua
itu diluahkan kepadanya.
“Rina sabar
ajelah. Rina pun, kena juga
jaga kesihatan diri. Patutlah mata
kuyu aje. Mesti letih
sangat, kan? Tambah-tambah
lagi hari ni
mula kerja balik.”hanya
cikgu NurAini sahaja
mengerti akan perasaannya. Sebab itu, Marina
selesa meluahkan gelisah
hatinya itu kepada
cikgu NurAini yang
sudah dianggap seperti
kakaknya sendiri.
“Memang kena
sabar ajelah, jawabnya.
Lama-lama nanti takut
terlebih makan hati. Jiwa
yang sakit kak. Mana
dokumen yang akak
nak Rina hantar
ke pejabat tadi? Biar Rina
hantarkan.”Marina mematikan bualan
kisah rumah tangganya
di situ. Takut juga, nanti terlebih
pula bercerita perihalnya
sekeluarga. Cukup-cukuplah
setakat itu sahaja.
“Boleh ke? Kalau
tak boleh, biar akak
yang hantarkan sendiri
nanti.”
“Tak
apa, kak. Lagipun ini,
memang tugas Rina. Mari
sini Rina hantarkan.”kertas-kertas yang
sudah siap di masukkan
ke dalam fail, disambut Marina. Dia
terus berlalu keluar
dari bilik darjah
yang kemas dengan
berwarna-warni coraknya.
Perlahan Marina
mengatur langkahnya ke bilik
pejabat yang berada
di tingkat 2, blok B
bangunan sekolah.
Difikirannya masih lagi
memikirkan keadaan Insyirah dan
Nasuha di rumah. Agaknya apa
yang Insyirah lakukan
di rumahnya? Bersendiri pula?
“Maaf! Saya tak
perasan tadi.”kalut suara
lelaki memohon maaf
darinya. Fail yang di bawanya, yang terjatuh
ke lantai itu, diambilnya kembali.
“Tak apa. Saya pun
salah juga.”Marina mengukir
senyuman buat lelaki
yang berdiri di hadapannya
itu. Rasanya tidak salah, diberikan satu
senyuman. Senyuman itukan,
satu sedekah. Tag nama
yang tertera di sebelah
kanan dada lelaki
itu diperhatikannya. Tertera nama
Muiz Lukman. Mungkin dia
juga guru di sini. Tapi
tidak pula, dia pernah
berjumpa dengannya sebelum
ini.
“Maaf. Saya pergi
dulu. Maaf ya.”
Marina hanya
menghantar lelaki itu
dengan pandangan matanya. Dia
juga mengatur langkahnya
ke arah blok B. Arah yang
sama di tuju lelaki
yang bernama Muiz
Lukman. Dokumen itu perlu
di hantarnya segera. Masih banyak
lagi kerjanya di kelas
yang tertangguh.
Setibanya di pejabat, Marina terus
berikan dokumen yang
di bawanya tadi kepada
kerani sekolah, iaitu Kak
Hamidah. Sempat juga dia
berbual-bual kosong dengan
Kak Hamidah. Sekali lagi, dia
bertembung dengan lelaki
yang berlanggar dengannya
tadi, keluar dari pejabat
guru besar.
Muiz
Lukman menghampiri Marina
dan Kak Hamidah
yang rancak berbual. Ditegur Kak
Hamidah ramah.
“Maaf, kalau tak
salah, cik ni la yang
saya terlanggar tadi.”Muiz
Lukman mula menegur. Marina hanya
mengangguk. Sekali lagi sedekah
senyuman di berikan.
“Cikgu Muiz, bukan
cik, tapi puan. Nanti terbekenan
isteri orang, susah pulak.”sampuk
Kak Hamidah dengan
sengehan yang melebar. Dia
perasan, Muiz Lukman bagaikan
terpegun bila melihat
Marina.
“Isy, Kak Dah
ni. Ada-ada ajelah.”malu Marina. Mukanya yang
putih itu, mula kemerah-merahan.
“Oh, maaf. Puan rupanya. Ingatkan masih
cik. Nampak feminin, macam belum
kahwin.”Muiz Lukman menggarukan
kepalanya yang tidak
gatal. “Maaf ya, tadi. Puan...”
“Marina!”laju Kak
Hamidah memperkenalkan Marina
kepada Muiz Lukman.
Marina menyambut
dengan tawa kecil. “Tak
perlulah nak panggil
saya puan. Rasa macam
puan besar pulak. Panggil aje
Rina.”
Muiz
Lukman menganggukkan kepalanya. “Saya Muiz
Lukman. Cikgu baru di sini. Hari
ni, tiga hari saya
mengajar di sini. Panggil aje
saya Muiz.”terang Muiz
Lukman.
“Rina ni, pembantu
Pra Gemilang.”sibuk sahaja
Kak Hamidah. Dia pula
yang menjawab lebih-lebih. Marina hanya
tersenyum melihat gelagat
Kak Hamidah. Tidak habis-habis
dengan cerianya. Memang ceria
sahaja, bila ada Kak
Hamidah di sini,
membangkitkan kesuraman.
“Kak
Dah ni, laju aje
jawab ye.”sinis Muiz
Lukman.
“Kak
Dah tolong jawab.”
“Rina minta
diri dululah, Kak Dah...cikgu
Muiz. Banyak lagi kerja
yang Rina nak
siapkan.”Marina meminta untuk
pergi. Pagi tadi, dia ada
berjanji dengan cikgu
NurAini, ingin membantu menghias
kelas pra Gemilang.
“Rina!”
Muiz
Lukman kini jalan
seiring dengan Marina. Cepat
juga langkahnya mengejar
Marina ke bawah. Marina hanya
buat-buat biasa. Di mana sahaja, pasti
akan ada kenalan
dan juga teman. Lagipun tidak
salah, jika dia mempunyai
ramai teman ditempat
kerja. Bukannya dia berselingkuh
di belakang suaminya. Dia tahu
batasnya sebagai seorang
isteri.
“Maaf ya
tadi. Tak tersengaja langgar
awak tadi.”sekali lagi
Muiz Lukman mengambil
kesempatan ini, meminta maaf
kepada Marina. Selepas berlanggar
tadi, hanya sempat meminta
maaf gitu-gitu sahaja. Ada
kesempatan ini, dia ingin
mohon maaf dengan
lebih jelas.
“Saya okeylah. Tak
ada apa-apa. Lagipun awak
dah minta maaf
tadi kan?”
Muiz
Lukman menganggukkan kepalanya. “Awak dah
lama kerja di sini?”soal
Muiz Lukman.
“Dah
empat tahun. Cikgu pulak, mengajar di sini, okey
ke?”soal Marina pula.
“Bolehlah, sementara nak
biasa. Sebelum ni, saya mengajar
di Sabah. Dapat tukar ke semenanjung pun, saya
dah cukup bersyukur. Dapat jugak, tinggal dekat
dengan keluarga.”
Marina menganggukkan
kepalanya. Dia mengerti.
Patutlah dia bertukar ke sini, dia sudah
pun berkeluarga. Memang itu
yang terbaik buat
Muiz Lukman dan
juga keluarganya. Tidaklah perlu
berjauhan lagi. Detik Marina
di dalam hati.
“Seronok ke jadi
pengasuh anak-anak di pra? Mesti
letih kan, nak layan
karenah mereka.” Muiz Lukman
memberi pendapatnya sendiri. Dia
sendiri mengerti, tugas sebagai
pembantu pra. Apatah lagi, sesetengah anak
murid yang masih
belum cerdik. Basuh beraknya, pun
mesti di buat Marina.
Marina hanya
tersenyum dengan telahan
Muiz Lukman. Biasalah itu
semua. Bukanlah pembantu pra
jika tidak mahu
buat kerja itu
semua. Itulah satu tugas
yang perlu di lakukannya, bila tiba
saat-saat sebegitu. Ikram pernah
memintanya berhenti sahaja
menjadi pembantu pra
sekolah, tapi dia tetap
mahu menyandang tugasnya
itu. Masih mahu mencari
pengalaman. Lagipun bosan tinggal
sendiri di rumah tanpa
teman. Menjadi pembantu pra, sekurang-kurangnya dia
dekat dengan anak-anak
itu semua.
“Biasalah cikgu
Muiz. Kalau dah nama
pengasuh tu... memang nak
kena layan karenah
mereka semua. Cuma mampu
tak mampu aje. Kalau
tak mampu nak
buat semua tu, dah
lama saya berhenti.”jawab Marina
sambil tertawa kecil.
“Iyalah. Baguslah macam
tu. Baiklah Marina, saya pun
ada kerja yang
nak di selesaikan. Nanti kita
jumpa lagi.”Muiz Lukman
meminta untuk pergi.
“Insya-Allah cikgu.”
Muiz
terus berlalu, meninggalkan Marina
yang terus melangkah
ke kelasnya dan Muiz
Lukman pula, membelok ke blok
C. Perkenalan mereka berakhir
di situ sahaja.
Jumpa lagi? Kenapa
perlu berjumpa lagi? Dia
nak jumpa dengan
aku lagi? Argh! Kenapa pulak, aku
nak fikirkan yang
bukan-bukan pulak. Memang sudah
kerja satu tempat. Pasti
ada waktunya kami
akan berjumpa lagi. Detik
Marina sendiri.
Kelas pra
Gemilang yang nampak
ceria itu, terus di hampirinya. Pintu yang
sentiasa terkuak luas
itu terus di majunya. Melangkah masuk
ke dalam. Cikgu NurAini sudah
pun mula menghias
kelas itu tanpa
menunggunya.
“Kenapa tak
tunggu Rina aje
kak?”tegur Marina, bila melihat
cikgu NurAini sibuk
menghias bilik kelas
itu sendiri.
“Tak
apalah. Akak buat apa
yang patut dulu. Lagipun
bukannya susah pun.”
“Kalau macam
tu, kita buat sama-sama
ya kak.”Marina mengambil
kertas origami yang
di buat pelajar pra
Gemilang. Ditebuk lubang kecil
di setiap bahagian atas
origami itu. Agar mudah
di masukkan benang dan
digantung.
“Rina dah
okey ke? Nanti pitam
pulak kat sini. Akak
tak larat nak
angkat nanti.”seloroh cikgu
NurAini.
“Rina baik-baik
ajelah kak. Jangan risaulah. Kuat lagi
ni. Hm, kak! Sekolah kita ni, ada
cikgu baru ya?”sudah
tahu, disoalnya pula.
Semacam tidak kena
sahaja soalannya itu.
“A'a. Cikgu Muiz
Lukman. Kacak
orangnya.”sambut cikgu NurAini.
“Hmm, dah kenal
pun.”
“Amboi, cepatnya kenal. Oh, pergi lama-lama
tadi, ada sesi kenallah?”usik cikgu
NurAini.
“Kenal sikit-sikit
aje kak. Lebih-lebih nanti, ada
pulak orang marah.”sambut
Marina dengan sengehan
melebar. Dia terbayangkan suaminya
Ikram saat ini. Jika
Ikram tahu, di sekolahnya ada
guru kacak, pasti sekali
lagi dia akan
cemburu. Sebelum berkahwin,
Marina menjadi wanita
idaman para guru
di sini. Siapa yang tidak
mahukan gadis yang
lemah-lembut dan manis
seperti Marina. Ramai yang
mengintai Marina sebelum
ini.
“Kalau Ikram
tahu, ada cikgu baru, mahu
di siasatnya pulak nanti. Takut
nanti terbekenan kat
isterinya yang cantik
ni.”
“Akak ni, ke situ
pulak.”
Telefon bimbitnya
yang berbunyi nyaring
dengan lagu Be
Mine dari Tasha Manshahar
itu dijawabnya. “Akak tak
boleh baliklah Syirah. Nanti
petang baru akak
balik.”
Cikgu NurAini
hanya mendengar sahaja
perbualan rakan setugasnya
itu. Dia sudah dapat
mengangak, siapa yang telefon
Marina.
“Iyalah. Tengok macam
mana nanti.”panggilan terus
di matikan. “Fuh!”keluh
Marina sambil kepalanya
yang tidak sakit
itu dipicitnya. Masalah betul
birasnya itu.
“Kenapa?”
“Syirah, biras saya
tu. Nak saya balik
sekejap.”terang Marina.
Wajahnya yang tadi
sudah nampak sikit
ceria, kembali suram.
“Apa
dia nak?”
“Minta saya
mandikan anaknya.”terang Marina.
“Ya Allah! Nak mandikan
anak pun tak
pandai. Buat anak pandai, nak
jaganya tak reti. Belajar-belajarlah sama.”Cikgu
NurAini pula yang
merungut melebih Marina. Marina hanya
menyambut kata-kata itu
dengan senyuman kelat.
“Tak
tahulah saya kak.”
“Habis tu, Rina
nak balik ke? Kalau
nak balik, pergilah balik. Sekarang pun, waktu rehat. Sempat
kalau Rina nak
balik sekejap.”cikgu NurAini
memberi cadangan.
“Kalau Rina
balik, akak tak kisah
ke?”
“Sekejap aje
kan?”
Marina menganggukkan
kepalanya. Sekejap sahaja,
dia akan
pulang. Lagipun waktu kerjanya
sama juga pekerja
am yang lain.
“Baliklah.”
“Kak
Aini tak apa-apa
ke?”
“Tak
apa-apalah. Lagipun nanti kita
boleh sambung balik.”
Senyuman diberikan
kepada cikgu NurAini. Cikgu NurAini
selalu memahaminya. Sekali lagi, cikgu
NurAini bertolak ansur
dengannya.
KERETA Viva , milik
Marina tersadai di tepian
jalan. Waktu begini pula, keretanya itu
mahu membuat hal. Sudahlah
waktu rehatnya tinggal
30 minit sahaja. Jika
tahu Insyirah mahunya
pulang, dari awal-awal rehat tadi
dia sudah pulang. Sudah
hampir waktu rehatnya, baru Insyirah
telefon meminta bantuan. Tidakkah itu, ingin
menyusahkan diri namanya.
Bonet kereta
bahagian depan di bukanya. Hanya mampu
memandang sahaja. Dia mana
tahu menahu tentang
kereta. Yang dia tahu, hanya
memandu sahaja. Jadi begini, terloponglah melihat
kerosakan yang sendiri
dia tidak tahu
apa puncanya.
Tayar keretanya
itu ditendang berkali-kali. Mulut mungilnya
yang comel itu, tidak
habis-habis membebel pada
kereta yang sahih
tidak bersalah itu. Geram! Marah! Semuanya sudah
merajai dirinya. Hanya 1
kilometer sahaja lagi, keretanya buat
hal. Jika berjalan, penat jugalah
yang dapat.
Perlahan kereta
Perdana silver berhenti
di bahu jalan. Mungkin ada
yang sudi menghulurkan
bantuan kepadanya. Sesusuk tubuh
dengan berkaca mata
hitam keluar dari
perut kereta menghala
ke arahnya.
“Kereta awak
rosak ke?”
Marina mengamati
wajah itu sekali
imbas sahaja. Jika tidak
salah, itu cikgu Muiz
Lukman. Asyik terserempak dengannya
sahaja hari ini.
“Hmm, tak tahulah
rosak apa? Tiba-tiba aje
meragam.”terang Marina.
Kali
ini Muiz Lukman
menyangkutkan kaca matanya
di hujung kepalanya. Makin terserlah ketampanannya itu. Patutlah Muiz
Lukman menjadi sebutan
hangat di sekolah. Rupanya cikgu
itu begitu sempurna
wajahnya. Tapi bagi Marina, ketampannan paras rupa
itu, tidak memberi apa-apa
makna buatnya. Apa yang
penting hatinya baik. Contoh
terdekat, pastinya Ikram suaminya.
Jam
ditangan dipandangnya. Sudah 10 minit
masa itu berlalu
begitu sahaja. Sempatkah dia
hendak kembali ke sekolah
semula? Rungut Marina, jauh di dalam
hatinya.
“Awak nak ke
mana ni?”soal Muiz
Lukman.
“Saya nak
balik rumah sekejap. Ada
hal.”resah Marina, bila melihat
waktu mula berginjak
dari saatnya.
“Jauh lagi
ke rumah awak?”
“Tak
jauh sangat. Lagi 1 km
aje.”
“Dekat dah
tu. Taman Delima ke?”Muiz
Lukman meneka.
Marina menganggukkan
kepalanya.
“Oh, kebetulan pulak. Saya
pun tinggal di Taman
Delima. Bolehlah awak tumpang
saya. Kereta awak ni, nanti
saya minta kawan
saya tolong tengokkan. Lagipun kedai
dia depan tu
aje.”Muiz Lukman memberikan
cadangan. Tidak salah, jika dia
menghulurkan bantuan kepada
sesiapa yang memerlukan. Apatah lagi, Marina
juga salah seorang
temannya juga.
“Eh, tak apalah. Saya
boleh ambil teksi. Tak pun, saya
boleh jalan kaki.”Marina
menolak. Dia tidak mahu, menyusahkan Muiz
Lukman nanti.
“Tak
susahnya. Lagipun satu jalan. Satu
taman. Lainlah saya nak
menghala ke lain. Marilah
saya tumpangkan.”Muiz Lukman
mempelawa Marina. Pintu keretanya
itu sudah dibukakannya
untuk Marina. Serba-salah juga
Marina ingin menapak
masuk ke dalam.
“Awak jangan
takutlah, Rina. Saya ni orang
baik.”
Teringat pula
kepada suaminya Ikram. Perangai Muiz
Lukman, persis suaminya juga. Suka
memuji-muji diri sendiri.
“Masuk ajelah. Saya
nak hantarkan aje. Lagipun
kita kan jiran
tetangga. Jiran sekerja. Tak salah
membantu.”
Marina akur. Dari
raut wajah Muiz
Lukman, dia sudah dapat
membaca, lelaki itu baik
orangnya. Tetapi benarkah tekaan
mata dan mindanya
itu? Argh! Apa yang hendak
di risaukan. Muiz Lukman salah
seorang teman sekerjanya. Alih-alih, wajah itu juga akan
dijumpanya di sekolah nanti.
“Terima kasih
sebab sudi tumpangkan
saya.”
“Sama-sama. Tak jadi
masalahlah.”Muiz Lukman mengukirkan
senyumannya. Jika
gadis-gadis diluar sana
pandang senyumannya itu, pasti
ada yang rebah.
Sepanjang perjalanan, Marina banyak
memandang ke arah luar
tingkap. Dia segan. Dan kalau
boleh dia tidak
mahu melebih-lebih. Berdua begini
pun, ada yang ke tiganya. Siapa lagi
kalau bukan iblis.
“Rina dah
lama tinggal di Taman
Delima?”soal Muiz Lukman, mematikan sunyi
sepi.
“Sejak kahwin. Rumah
tu, suami saya dah
beli sebelum kami
kahwin lagi. Sekarang tinggal
di Taman Delima dah
3 tahun jugak
la.”terang Marina. Sengaja dia
membangkitkan tentang suaminya.
“Oh, lama jugaklah. Saya ni, baru
minggu lepas masuk.”terang
Muiz Lukman dengan
diselangi tawa nipisnya.
“Oh...entah-entah kita
ni berjiran.”
“Itulah. Entah-entah kita
berjiran. Kalau berjiran,
bolehlah kita pergi
sekolah sama-sama.”Muiz Lukman begitu
ramah sekali. Seperti sudah
lama mengenalinya pula. Marina
tidak rasa kekok
berbual-bual bersama Muiz
Lukman. Cuma di kawal batas-batasnya.
“Kalau pergi
bersama, nanti timbul fitnah
pulak cikgu. Lebih baik
kita aturkan perjalanan
kita sendiri masing-masing.”
Muiz
Lukman tersengeh lebar. Ada
benar juga kata-kata
Marina. Apatah lagi, Marina statusnya
pula isteri orang. Jika
bukan isteri orang
sekali pun, memang tidak
manis di pandang. Lainlah mereka
berdua memang saudara
terdekat.
“Lorong mana
rumah awak?”
“Lorong 3. Rumah
hujung sekali.”terang Marina.
“Oh, rumah saya
lorong 4. Mujur tak
bersebelah.”Muiz Lukman melabuhkan
tawanya. Bukan main ceria
sekali Muiz Lukman.
Kereta perdana
silver itu berhenti
betul-betul di pagar banglo
dua tingkat itu. Sampai
juga Marina ke rumahnya. Kalut Marina
keluar dari perut
kereta. “Terima kasih cikgu. Tolong
tumpangkan saya.”
“Sama-sama.”senyuman tetap mekar
di wajahnya. “Marina!”kuat
nama penuh Marina
di panggil Muiz Lukman.
“Kereta Rina, nanti
saya minta kawan
saya tarik ke kedai. Dan
kalau ada apa-apa, saya
call bagitahu
Rina.”
Marina menganggukkan
kepalanya dengan secalit senyuman.
“Nanti jumpa
lagi.”
Marina terus
masuk ke dalam perut
rumah dengan terkocoh-kocoh. Kalut dia
melangkah ke dalam dan
terus naik ke atas.
“Syirah!”panggil Marina.
“Iya
kak. Syirah ada di
dapur ni.”jerit Insyirah
dari bawah.
Nasuha begitu
lena sekali. Marina mengatur
langkahnya ke dapur,
mendapatkan Insyirah yang
sedang menjamu makanan
yang di masaknya pagi
tadi.
“Di sini rupanya
Syirah. Akak ingat, Syirah ada
atas.”Marina melabuhkan punggungnya
di sebelah Insyirah.
“Laparlah kak.”gelojoh
sekali Insyirah makan. Marina
hanya tersenyum melihat
gelagat Insyirah. Bagaikan setahun
tidak makan lagaknya.
“Nyenyak sekali
Nasuha tidur?”
“Hmm...”air masak
suam diteguknya laju. “Lepas
mandi tadi, terus dia
tidur kak.”
“Siapa yang
mandikan?”berkerut wajah Marina. Tadi
bukan main lagi, mintanya pulang
segera. Sampai di rumah, katanya sudah
mandi pula.
“Abang Ikram.”
Laju
sahaja darah berderau
naik ke kepala. Ikram?
Kenapa pula dia
balik pada waktu
tengahari? Selalunya Ikram memang
tidak pernah pulang. Takkan Insyirah
telefon Ikram, minta bantuannya?
“Abang Ikram
balik ke tadi?”
Laju
Insyirah menganggukkan kepalanya. “Kebetulan lepas call
akak, abang balik. Abang
Ikram balik ambil
failnya yang tertinggal
tadi. Jadi Syirah minta
abang Ikram tolong.”
“Abang Ikram
mana pandai.”Marina masih
ragu-ragu.
“Kami mandikan
Nasuha sama-sama. Nasuha,
Syirah pegangkan dan abang Ikram
yang jiruskan Nasuha.”makin
panas hati Marina
mendengar cerita Insyirah. Sampai begitu
sekali. Dipujuk hatinya agar
tidak berprasangka yang
bukan-bukan.
“Oh. Kalau dah
selesai, tak apalah. Akak nak
kena masuk kerja
pulak nanti ni. Kalau
ada apa-apa, Syirah calllah akak
awal-awal sikit. Syirah tak
ada apa-apa dah
kan, nak minta tolong
akak?”
Insyirah bagaikan
berfikir. Lama juga dia
merenung wajah Marina
kosong. “Hmm, boleh tak akan
belikan Syirah bekalan
untuk Syirah makan, sepanjang akak
dan abang tak
ada.”minta Insyirah.
“Hmm, iyalah. Nanti akak
belikan, apa yang Syirah
boleh makan. Akak pergi
dulu ye.”Marina melangkah
keluar dari perut
rumahnya.
“Alamak! Kereta aku, kan
rosak. Macam mana aku
nak ke sekolah pulak
ni?”Marina terlupa. Perlahan ditepuk
kepalanya.
Telefon bimbitnya
yang berada di dalam
beg tangannya di ambil. Nombor telefon
Ikram di dail.
“Abang ada
kat mana ni?”terus
Marina menyoal. Sudah lupa
untuk memberi salam.
“Abang on the
way nak ke pejabat. Kenapa ni
sayang?”
“Rina ada
kat rumah ni. Kereta
Rina pulak rosak. Ada
tepi jalan. Tapi Rina
dah minta orang tolong
hantarkan ke kedai tadi.”cerita
Marina.
“Habis tu?”
“Rina nak ke
sekolah semula, bang. Abang patah
balik, ambil Rina. Boleh?”
“Sayang, abang dah
lambat ni. Tak sempatlah
kalau nak patah
balik. Abang ada meeting
sekejap nanti. Sayang
telefon teksi ye. Sorry sayang.”
“Takkan tak
boleh?”
“Tak
boleh sayang. Abang dah
lambat ni. Sayang panggil
teksi.”
“Iyalah. Rina panggil
teksi aje.”panggilan terus di matikan
begitu sahaja.
Keruh wajah
Marina. Hatinya memang terasa
sakit sekali. Rasa sebak sahaja.
Insyirah tadi, boleh pula
di bantunya. Sedang dia isterinya
sendiri pun tidak
mahu ditolongnya. Ikram jika
dengan orang lain, bukan
main sekali. Dengan dirinya, ada-ada sahaja
alasan jika diminta
bantuan.
Kali
ini, Marina berkecil hati
sekali dengan suaminya. Malah robek
hatinya. Tambah-tambah lagi,
bila mengingati apa
yang di beritahu Insyirah
kepadanya tadi.
Marina mengatur
langkahnya menuju ke jalan
besar. Jam ditangannya dipandang. Masih bersisa
beberapa minit sahaja
lagi waktu rehatnya. Perutnya juga
masih belum terisi. Sibuk
sangat dengan urusan
orang lain, diri sendiri
juga terbiar.
Mudah sahaja, airmatanya gugur
ke pipi. Diseka airmatanya itu, daripada
ianya dari terus
menitis. Nanti dipandang, lain
pula yang difikir.
Marina betul-betul
berada di depan jalan
besar. Menanti teksi yang
lalu lalang. Semua teksi
yang di tahannya, langsung tidak
berhenti. Semuanya sudah penuh
dengan penumpang. Dugaan sungguh
hari ini.
Jam
ditangannya berkali-kali dipandangnya. Mahu tidak
mahu, cikgu NurAini di telefonnya. Beritahu masalah
yang menimpa dirinya. Memberitahu, dia akan
sedikit lewat balik
ke sekolah. Tentang cikgu NurAini, dia
tidak berapa kisah
sangat. Takut guru besar
yang tahu nanti. Dia
juga yang susah. Guru
besar Sahak, memang tegas
orangnya. Bab-bab begini,
dia begitu tegas.
“Eh, Rina. Awak buat
apa di sini?”sapa Muiz
Lukman.
Terkejut Marina
dengan sapaan Muiz
Lukman. Hari ini, entah ke berapa
kali dia bertembung
dengan cikgu kacak
itu.
“Cikgu tak
balik lagi?”
“Saya lepak
kat kedai tu.”muncung
mulut Muiz Lukman
ke arah bengkel kereta
yang berada tidak
jauh dari perhentian
itu. Juga dilihatnya, kereta Vivanya
sudah tersadai di dalam
kedai itu. Cepat sekali.
“Saya tunggu
teksi. Nak balik ke sekolah.”terang Marina.
“Kenapa tak
cakap, awak nak balik rumah
sekejap aje. Kalau tak, saya
boleh tunggu tadi.”
“Eh, saya tak
mahulah susahkan cikgu. Cikgu
tumpangkan saya pun
dah cukup baik.”Marina
tidak suka mengambil
kesempatan. Cukuplah setakat itu
bantuan. Dia tidak suka
meminta lebih-lebih.
“Tak
susahlah.”
“Kereta saya, lambat
lagi ke siap?”tanya Marina. Jika
hanya 10 minit ke 15 minit,
rasanya tidak salah
dia menunggu.
Sekurang-kurangnya dia ada
alasan lewat ke sekolah.
“Esok! Yup, esok baru
siap.”
Sedikit sepet
mata Marina. Panas yang
memancarkan ke matanya,
membuat matanya berasa
bersilau. Tangannya menutup sedikit
bahagian matanya.
“Saya hantarkan. Marilah!”pelawa Muiz
Lukman sekali lagi.
Marina menggelengkan
kepalanya. “Tak payahlah.
Saya tahan teksi
aje. Hah, itu pun teksi.”tangannya melambai-lambai. Harapannya kali
ini ada teksi
yang berhenti.
Muiz
Lukman hanya tersenyum
sinis. Keningnya dijungkitkan berkali-kali. “Awak nak
tunggu teksi lagi? Sekarang ni, memang
susah awak nak
dapat teksi.”
Marina hanya
diam. Betul, memang waktu begini
susah hendak dapatkan
teksi. Dari tadi, teksi
yang ditahannya, langsung tidak
berhenti. Takkan sekali lagi, dia
mahu susahkan Muiz
Lukman.
“Marilah saya
hantarkan. Tak salah tolong
rakan sekerja.”
Marina akur. Sekali
lagi, dia menerima pelawaan
Muiz Lukman. Dia tiada
alasan lagi untuk
menolak pelawaan Muiz
Lukman. Kali ini, dia memang
memerlukan bantuan cikgu
kacak itu. Mujur Muiz
Lukman ada, sebagai penyelamatnya.
No comments:
Post a Comment