LAMA Ikram
menunggu. Sengaja dia tidak
telefon Marina. Ingin tahu, jam
berapa pula, Marina akan
pulang. Apa yang diberitahu
Insyirah kepadanya tadi, sangat
menyakitkan hati. Siapa pula
lelaki yang dimaksudkan
Insyirah? Siapa lelaki itu? Pasti
lelaki itu yang
menghantarnya ke sekolah,
setelah dia tidak
dapat menghantar.
Membakar-bakar api
cemburu itu. Jam di dinding
dipandang . Jam sudah melonjak
ke pukul 8 malam. Saat ini,
Marina tetap juga
tidak pulang.
Pintu bilik terkuak
luas. Marina masuk menapak
ke dalam bilik dengan lemah. Ledakan kemarahan
yang disimpannya tadi, hanya
menunggu masa untuk
dilepaskan.
“Awal abang
balik hari ni? Selalunya
malam baru balik.”tegur
Marina. Tuala yang tersangkut, dicapainya.
“Kenapa? Terkejut?”
“Mestilah terkejut. Selalunya abang
tu, kalau pergi kerja, selalu
balik lewat. Malam-malam baru
nak balik.”
“Kenapa? Tak suka? Rina
pergi mana tadi? Lewat
begini baru balik.”
Marina tersenyum. Mana ada
lewat. Ada-ada sahaja
suaminya itu. “Rina
pergi beli barang
sikit.”
“Dengan siapa?”serius
sahaja wajah Ikram
memandang Marina.
“Seoranglah. Kenapa pulak
abang tanya macam
tu?”
“Bukan dengan
lelaki?”
“Apa
yang abang merepek
ni? Rina pergi dengan Kak
Aini. Rina tumpang Kak
Aini, lepas tu, Rina balik
dengan teksi. Abang ni
fikir yang bukan-bukan
ajelah.”tergelak kecil Marina
dengan soalan cemburu
suaminya.
“Bohong! Pandai Rina
tipu abang sekarang
ni ye?”meninggi suara
Ikram.
Terkesima Marina. Tidak
ada angin, tidak ada
ribut, tiba-tiba sahaja Ikram
mengamuk. Apa pula masalah
kali ini?
“Apa
abang ni?”
“Rina cakap
betul-betul dengan abang. Rina
keluar dengan siapa
tadi? Cakap betul-betul.
Sekejap cakap keluar
sendiri. Lepas tu, dengan kak
Aini. Mana satu yang
betul ni?”
Marina tidak
bersuara. Kenapa Ikram begitu
marah sekali padanya. Mulanya, dia yang
ingin merajuk dan
marah kepada Ikram, tetapi
sebaliknya pula yang
berlaku. Ikram pula menonong marahkannya.
“Rina ingat, abang
tak tahu, apa yang
Rina buat di belakang
abang.”
“Ya
Allah, bang. Cuba abang bertenang. Tanya Rina
baik-baik. Ini tak, abang terus
nak tuduh Rina
melulu, tanpa usul periksa.”terguris hati
Marina dengan tindakan
Ikram. Bagaikan ada yang
sudah menyucuk Ikram, hingga
begitu marah sekali
Ikram kepadanya.
“Rina cakap
terus-terang dengan abang. Dengan
siapa Rina balik
tadi?”
“Teksi.”jawab Marina
gugup.
“Tengahari tadi?”
“Ka..ka..kawan.”
“Siapa? Lelaki kan? Berani
Rina tipu abang
sekarang ni, kan?”
Laju
Marina menggelengkan kepalanya. Semua itu
tidak seperti yang
disangkakan. Semua itu salah faham. “Abang
dengar dulu penjelasan
Rina.”
“Argh! Penjelasan apa
lagi? Abang tak sangka, Rina
sanggup buat abang
macam ni. Selama ni, tak
cukup lagikah kasih
sayang yang abang
berikan kepada Rina? Tak
cukupkah?!”merah muka Ikram. Begitu
marah sekali kepada
Marina.
“Abang, maafkanlah Rina. Sebelum
abang tuduh Rina, abang
izinkanlah Rina jelaskan
kedudukan sebenar. Semua tu
cuma salah faham. Muiz
cuma tumpangkan Rina
aje. Masa nak balik
tengahari tadi, kereta Rina
tiba-tiba meragam. Kebetulan Muiz
lalu, dan tumpangkan Rina. Itu
aje,bang.”
“Lagi?”
“Muiz tu, cikgu
yang mengajar di sekolah
yang sama Rina
kerja. Dah dia kenal
Rina, sebab itu dia
tolong Rina.”terang Marina.
“Oh, habis tu, kalau
ada jantan mana-mana
nak tolong, kau terima
lah?”kali ini, bahasa Ikram
mula kasar. Jantung Marina
makin terhiris dengan
bahasa yang digunakan Ikram
kepadanya. Hingga cakap beraku...kau..
“Abang...”
“Susah sangat
ke, nak elak semua
tu? Kalau kereta dah
rosak, tunggu aje teksi. Naik
teksi balik rumah. Tak
payah nak gatal
tumpang orang.”marah Ikram.
Marina bukan
sengaja ingin menumpang
Muiz Lukman. Tetapi dia
tidak dapat berfikir
dengan baik tadi. Apa
yang berlaku tadi, terlalu
pantas. Insyirah sibuk inginkannya
pulang dan diperjalanan
tiba-tiba sahaja keretanya
meragam.
“Kau
tahu, kau keluar dengan
lelaki lain tak
beritahu aku. Kau nusyuz
tahu tak? Derhaka! Buat sesuatu
tak guna otak.”gertak
Ikram kasar.
“Abang, maafkan Rina
bang. Rina minta maaf. Rina
janji, Rina takkan buat
lagi. Tolonglah maafkan Rina, bang. Tolonglah jangan
kasar begini dengan
Rina.”merayu Marina dihujung
kaki Ikram. Sudah kedengaran
tangisannya. Dia tidak mahu
jadi isteri nusyuz. Dia
tidak mahu jadi
isteri derhaka. Marina terus-terusan
meminta ampun dari
suaminya.
MUIZ LUKMAN
berhentikan keretanya di hadapan
rumah milik Marina. Terlupa pula
ingin meminta nombor
telefon Marina. Tetapi takkan
dia mahu pergi
menapak masuk ke kawasan
rumah orang melulu. Dan
nanti apa pula, andaian
suami Marina kepadanya. Timbul salah
faham pula.
Esok
sahajalah, ditanya. Nombor
telefon Marina ingin
ditinggalkan kepada pemilik
bengkel kereta kawannya
itu. Jika kereta Marina
sudah siap, boleh mereka
telefon Marina terus. Tak
perlulah, dia datang berjumpa
Marina selalu.
Enjin keretanya
dihidupkannya kembali.
Sebelum hendak berlalu, dia
memandang ke arah rumah
banglo mewah itu. Ditenyeh-tenyeh matanya. Rasanya dia
tidak tersalah lihat
tadi. Kain yang terselak
tadi menampakkan apa
yang berlaku di dalam. Jika tidak
salah, itu Marina. Tetapi kenapa Marina
diperlakukan begitu?
Muiz
Lukman keluar dari
keretanya. Merapatkan dirinya ke pagar
rumah. Terjengul-jengul Muiz Lukman
dihadapan pintu pagar.
“Takkanlah aku
tersalah pandang tadi?”Muiz
Lukman berbicara sendiri.
Kehulur kehilir
Muiz Lukman di hadapan
pagar rumah itu. Sekali-sekali dia
berpaut di pagar auntomatik
itu. Sekali lagi di pandang
ke arah bilik atas. Mana
tahu, sekali lagi tirai
itu terselak di tiup
angin.
“Ma..”mulutnya kembali
terkunci. Takkan dia mahu
memekik memanggil Marina
pada malam begini. Lain
pula masalah yang
timbul. Lama juga Muiz
Lukman berdiri di pagar
rumah itu. Dan akhirnya
dia mengambil keputusan
untuk pergi. Baru mahu
melangkah masuk ke perut
kereta, pagar itu terbuka.
Keluar seorang
lelaki dari dalam
menghampirinya. Gugup Muiz Lukman. Mahu
tidak mahu, Muiz Lukman
menyapa tuan rumah. “Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam...”jawab Ikram
serius. “Awak ni siapa? Dari
tadi, saya nampak awak
kat bawah ni. Awak
nak jumpa sesiapa
ke?”soal Ikram.
“A'ha. Saya nak
cari kawan saya. Kalau
tak salah, betullah alamat
yang di berikan ni. Nombor 4, Taman Delima.”
“Iya
betul tu. Awak nak
jumpa siapa?”soal Ikram. Dari
atas hingga ke bawah
Muiz Lukman dipandangnya. Pandangan yang
tidak puas hati. Yang
berada difikiran Ikram, mungkin lelaki
inilah yang di maksudkan
Insyirah.
“Intan. Boleh saya
jumpa Intan?”soal Muiz
Lukman. Entah kenapa nama
itu yang muncul
di bibirnya. Melihat ketegasan
Ikram, dia tidak jadi
untuk berjumpa Marina. Lihat
wajahnya saat ini
pun, Muiz Lukman sudah
gerun. Bengis sahaja wajah
itu.
“Tak
ada nama Intan
di sini. Kalau Marina atau
Insyirah ada lah.”jawab Ikram. Masih
mengesyaki lelaki dihadapannya
itu.
“Eh siapa pulak
tu. Saya nak jumpa
Intan Natasha.”
“Masalahnya, rumah ni, tak
ada nama Intan. Marina
awak nak jumpa?”sinis
Ikram.
Muiz
Lukman ketawa. “Saya nak jumpa Intan. Intan
Natasha. Bukan Marina. Kalau
tidak, gasaknya dihentam suami
Marina.
Bukannya niat
untuknya menipu. Dia ingin
beritahu perkara yang
sebenar, tetapi melihat keadaan
yang bagaikan kurang
baik itu. Dia menarik
balik niat baiknya
itu. Mahu tidak mahu, dia
terpaksa menipu.
“Sekejap saya
telefon.”
Muiz
Lukman. Mendail nombor seseorang. “Assalamualaikum...Intan, you dah
siap ke belum? Saya dah
sampai ni. Rumah awak
nombor 4, kan. Awak takda pun..”mata
Muiz Lukman menangkap
jendela yang sekali
lagi di tiup angin
itu. “Nombor 2, lorong 4. Okey..okey, I salah
rumah. You tunggu sekejap. Nanti I
sampai.”Muiz Lukman menggaru-garukan kepalanya.
“Kenapa?”soal Ikram.
“Salah rumahlah, bang. Minta maaflah. Lorong 4, bukan
rumah nombor 4. maaf
ya, kacau malam-malam ni.”Muiz
Lukman segera berlalu.
Jauh
sedikit dari kawasan
rumah itu, Ikram meledakkan
tawanya sendiri. “Hah! Gila!
Nombor 2, lorong 4
tu rumah aku. Hei...”Muiz Lukman
terus ketawa. Lorong 4
sudah pun di masukinya. Kereta perdananya
terus masuk ke dalam
kawasan rumahnya.
Masih bersisa
tawanya itu. Ketawa itu
terhenti begitu sahaja. Sikapnya yang
tadi ceria, mula berubah
muram. Ingatannya kembali dengan
apa yang dilihatnya.
GUGUP Marina. Dari
sebalik tirai tadi, dia
sempat melihat ke bawah. Lelaki yang
berada di luar rumah
yang di jumpai Ikram
tadi, adalah Muiz Lukman. Sudah
tidak senada degupan
jantungnya kali ini.
Tidak keruan hatinya, memikirkan nasib
yang bakal menimpa
dirinya sebentar nanti. Pasti
Muiz Lukman dan
Ikram berbual tentang
dirinya. Terasa seperti kakinya
sudah tidak dapat
menapak ke bumi lagi.
“Gila!”bentak Ikram.
“Ke..ke..kenapa bang?”soal
Marina gugup.
“Lelaki mana
entah datang. Cari Intan. Rumah
nombor 2 Lorong
4 yang dicarinya. Ini lorong
3. Nak cari rumah
orang, tak mahu tanya
betul-betul.”rungut Ikram.
Marina menghelakan
nafas lega. Mujur Muiz
Lukman pandai. Kalau tidak, entah
apa pula nasibnya. Mungkin Ikram
akan bertambah memarahinya.
Ikram memandang
tunak ke wajah
Marina. “Entah-entah Intan tu, Rina?”uji
Ikram.
Laju
Marina menggelengkan kepalanya.
Ikram terus
berlalu meninggalkan Marina
sendiri. Langsung tidak terasa
ingin memujuk Marina. Masih
bersisa lagi amarahnya
itu kepada Marina, walaupun berkali
Marina memohon ampun
kepadanya.
Berketap bibirnya
lama. Kenapa Ikram melayannya
begini? Sedangkan kemaafan dari
Ikram, sudah pun dipinta. Siap
berlutut dihujung kaki, memohon maaf. Ikram tetap
keras hati. Tetap tidak
mahu memaafkannya. Bagaikan, dia sudah
melakukan kesalahan yang
tidak dapat di maafkan
lagi.
“Abang, sampai hati
buat Rina macam
ni.”keluh Marina sendiri. Hatinya yang
terguris ini, langsung Ikram
tidak peduli. Dibiarkan begitu
sahaja. Sepatutnya dia yang
merajuk dengan kejadian
siang tadi. Tapi sebaliknya
pula.
Pintu bilik
diketuk. Kelihatan Insyirah berada
di depan muka pintu
sambil mendukung Nasuha bersama.
Cepat-cepat Marina mengusap
airmatanya itu.
“Kak
Rina...”lembut suara Insyirah
memanggil namanya.
“Iya, Syirah, ada apa?”
“Akak nangis
ke?”soal Insyirah, ingin tahu.
“Eh, tak adalah. Mana
ada akak nangis. Mata
akak masuk habuk, masa
mengemas bilik tadi. Agaknya
banyak sangat habuk
di dalam bilik ni.”tipu
Marina.
“Betul ni?”
Laju
Marina menganggukkan kepalanya. Mengiyakan sahaja.
“Syirah nak
minta tolong akak
sikit boleh tak?”Insyirah
menghampiri Marina.
Dihenyakkan punggung disebelah
Marina. “Boleh tak, akak
tengokkan Nasuha. Syirah nak ke
klinik sekejap.”terang Insyirah.
“Kenapa? Syirah demam
ke?”dahi Insyirah dipegangnya. Memang terasa
panas suhu badan
Insyirah. Sekali-sekali
kedengaran Insyirah terbatuk-batuk kecil.
“Entahlah kak. Dari
petang tadi, rasa tak
sedap badan pulak. Syirah
bagitahu abang Ikram. Abang
ajak Syirah pergi
klinik. Malam-malam begini, takkan
nak bawa Nasuha
sekali. Lagipun dah lewat.”
Ditelan liurnya
laju. Sekali lagi, Marina terasa
tertampar dengan semua
ini. Insyirah dan suaminya
akan keluar bersama?
“Boleh tak
kak?”
Marina menganggukkan
kepalanya. Nasuha kini diambilnya
dan diletakkan diribaannya. Kucupan hinggap
diwajah bayi kecil
yang comel itu. “Pergilah. Akak boleh
jagakan Nasuha.”
Pelbagai bisikan
seakan menghalangnya. Tetapi Marina
biarkan sahaja. Takkan dia
mahu biarkan sahaja, Insyirah demam. Bahaya
juga. Marina terus meneyedapkan
hatinya dengan memujuk
sendiri.
No comments:
Post a Comment