DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 8 March 2016

SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 6



TANGAN  Ikram  disalam  dahulu, sebelum  dia  melangkah  keluar  dari  perut  kereta. Sepanjang  perjalanan  ke sekolah, Ikram  langsung  tidak  menegurnya. Tegurannya  pula, langsung  tidak  berbalas. Ikram  sudah  menjadi  bisu.
            “Rina  pergi  dulu, ye  abang.”
            “Hmm...balik  nanti, abang  jemput. Jangan  pandai-pandai  balik  dengan  mana-mana  lelaki.”pesan  Ikram.
            Marina  menganggukkan  kepalanya. “Baiklah, bang.”
            Baru  Marina  ingin  melangkah  keluar, Ikram  memaut  lengan  isterinya  itu. Lama  wajah  suram  isterinya  itu  di renung.
            “Sayang, maafkan  abang.”
            Marina  diam. Diketap  bibirnya. Matanya  sudah  mula  berkaca. Benarkah  apa  yang  baru  di dengarinya. Ikram  meminta  maaf  darinya.
            “Abang  minta  maaf, sebab  berkasar  dengan  Rina  semalam. Abang  bukannya  apa. Abang...abang  tak  bolehlah  kalau  ada  lelaki  lain  dekat  dengan  Rina. Abang  takut  ada  orang  cuba  rampas  Rina  dari  abang.”terang  Ikram. Dia  sedari  juga  kesilapannya  semalam.
            “Terima  kasih, abang. Terima  kasih  kerana  sudi  maafkan  Rina. Abang  tolonglah  percayakan  Rina. Rina  tak  pernah  ada  orang  lain. Hati  Rina  cuma  untuk  abang  seorang.”
            “Betul?”
            Marina  menganggukkan  kepalanya. Semuanya  itu  benar. Sampai bila-bila  pun, cintanya  itu  hanya  untuk  suaminya  Ikram. Suaminya  Ikram  telah  mengunci  hatinya  dengan  selamat  sekali. Langsung  tiada  ruang  yang  dapat  menembusi  hatinya. Walaupun  Ikram  cuba  membuka  kuncinya  itu, tak  mungkin  ianya  akan  terbuka. Ianya  akan  terus  kekal  terkunci  selama-lamanya.
            “Rina  sayangkan  abang. Cuma  Rina  minta  pada  abang, tolonglah  percayakan  Rina.”
            “Abang  pun. Sayang  abang  pada  Rina, melebihi  segala-galanya. Sampai  abang  tak  boleh  berfikiran  dengan  waras.”
            Marina  memicit  hidung  mancung  Ikram  lembut. “Rina  sayang  abang.”
            “Balik  nanti, abang  jemput  sayang.”
            Marina  menganggukkan  kepalanya. “Rina  tunggu  abang.”senyuman  yang  cukup  manis, di berikan  kepada  suaminya.
            Selepas  Marina  masuk  ke kawasan  sekolah, Ikram terus  berlalu. Marina  berasa  lega  dan  gembira, bila Ikram  sudah  sudi  memaafkannya. Dia  bersyukur  sekali, kerana  Tuhan  mendengar  doanya. Ikram  kembali  sejuk. Namun  jauh  di fikirannya  terfikir, siapa  pula  yang  membawa  mulut  kepada  Ikram. Adakah  Insyirah  yang  membawa  mulut  dan  menokok  tambah  cerita  itu? Marina  masih  tiada  jawapan.
            “Rina!”
            Suara  Muiz  Lukman  memanggil-manggilnya. Laju  sahaja  Marina  melangkahkan  kakinya. Panggilan  itu, seolah  tidak  didengarinya. Membiarkan  sahaja  Muiz  Lukman  memanggil-manggil.
            “Rina!”sekali  lagi  Muiz  Lukman  memanggilnya  sambil  mengejar  langkahnya.
            Marina  tidak  mahu  ambil  sebarang  risiko  lagi. Pesanan  Ikram  padanya, perlu  diikutinya. Dia  tidak  mahu, dikatakan  isteri  nusyuz  atau  derhaka  oleh  suaminya  lagi. Dia  ingin  menjadi seorang  isteri  yang  solehah  kepada  sang  suami.
            “Rina, kenapa  laju  sangat  ni. Awak  maraton  ke?”kali  ini  Muiz  Lukman  menghalang  langkah  laju  Marina. Dia  betul-betul  berada  di hadapan  Marina. Tercungap-cungap  di mula  pagi  ini.
            “Eh,cikgu.”
            “Awak  tak  dengar  ke, saya  panggil  awak  dari  tadi?”soal  Muiz  Lukman.
            Marina  menggelengkan  kepalanya.
            “Saya  ada  hal  nak  cakap  dengan  Rina.”
            Berkerut  wajah  Marina. Apa  pula  yang  Muiz  Lukman  ingin  cakapkan  dengannya. Mungkin  sebab  itu, Muiz  Lukman  berani  bertandang  ke rumahnya  semalam. Memang  sungguh  mencari  masalah  Muiz  Lukman  ini.
            “Kenapa  awak  datang  rumah  saya  semalam?”Marina  terlebih  dahulu  menyoal  soalan  kepada  Muiz  Lukman.
            “Oh, saya  nak  minta  nombor  telefon  awak. Terlupa  pula  nak  minta  siang  kelmarin.”
            Hah! Gila  ke cikgu  Muiz  Lukman. Datang  bertandang  malam-malam  ke rumahnya, hanya  ingin  meminta  nombor  telefon.
            “Kenapa  cikgu  nak  nombor  telefon  saya  pulak?”soal  Marina, sambil  kakinya  melangkah  ke arah  kelasnya.
            “Nak  bagi  kat  tokei  kedai. Kalau  kereta  dah  siap, nanti  mereka  boleh  telefon  terus.”
            “Oh! Tak  apalah. Nanti  lepas  habis  kerja, saya  boleh  pergi  terus. Tak apalah  cikgu, saya  nak  masuk  kelas.”Marina  cuba  mengelak. Lagipun  banyak  kerja  yang  perlu  dilakukannya. Dia  perlu  menyediakan  sarapan  pagi  untuk  pelajar  pra  Gemilang.
            “Rina!”
            “Maaf  cikgu. Saya  sibuk. Apa-apa  pun, saya  minta  maaflah, sebab  kelmarin  susahkan  cikgu. Lepas  ni, saya  harap  semua  ni, tak  akan  terulang  lagi.”Marina  terus  masuk  ke kelas  pra  Gemilang. Kata-katanya  itu  merupakan  peringatan  buat  dirinya.
            Di tinggalkan  Muiz  Lukman  termangu-mangu  di luar  kelas. Sudah  tiada  apa-apa  lagi  yang  perlu  di bualkan. Dia  perlu  mengelak  dari  terus  berjumpa  dengan  Muiz  Lukman. Marina  tidak  mahu, ada  masalah  dengan  suaminya  nanti. Walaupun  dia  tahu, dirinya  tidak  pernah  melakukan  sebarang  kesalahan  kepada  Ikram, dan  tidak  akan  biarkan  ia  berulang  sekali  lagi.
            Selalunya  Marina   datang  ke sekolah  lebih  awal, untuk  menyiapkan  sarapan  pagi. Seawal  7  pagi, dia  sudah  pun  sampai. Tapi  hari  ini, dia  lewat  15  minit.  Persediaan untuk  30  orang  pelajar  baginya  tidaklah  begitu sukar. Pengalamannya  yang  hampir  4  tahun  itu, sudah  banyak  mengajarnya  dalam  urusan  sebegini.
            Sarapan  pagi  hari  ini, Marina  hanya  sediakan  roti  telur. Untuk  menyediakan  roti  telur  baginya  mudah  sahaja.
            “Menu  apa  hari  ni, Rina?”cikgu  NurAini  yang  baru  tiba, menyapanya.
            “Roti  telur  aje  kak. Tak  sempatlah  nak  masak  special  sikit. Second  round  nanti  baru  special  menu  makan  kita.”Marina  bagaikan  seorang  pakar  masak  di dapur. Pantas  sahaja  kerja  dapurnya.
            “Roti  telur  ni  pun, dah  lebih  Rina. Kalau  tempat  lain, pagi-pagi  jamu  biskut  aje. Rina  aje  rajin, masak  lebih-lebih. Takut  akak, nanti  ibu  bapa  pelajar  komplen  pulak.”
            Berkerut  seribu  wajah  Marina. “Kenapa  pulak  kak?”
            “Mana  tak  komplen. Hari-hari  makan  sedap, nanti  montel-montel  pelajar  pra Gemilang  ni. Sekali  dengan  akak  dah  montel.”gurau  cikgu  NurAini. Ingatkan  apa  pula. Marina  menyambut  gurauan  cikgu  NurAini  dengan  senyuman.
            “Akak  montel  tak  apa. Akak  montel, lagi  comel.”Marina  membalas  usikan  cikgu  NurAini.
            “Iyalah  comel. Abang  kat  rumah  pun  dah  komplen. Akak  makin  montel. Baguslah  dapat  pembantu  macam  Rina. Sampaikan  makan  minum  akak  pun, Rina  siapkan  sekali. Special  sungguh  pembantu  akak  ni. Tak  perlu  nak  pergi  kantin.”
            “Sama-samalah  kita  memontelkan  badan  kita  kak.”
            Cikgu  NurAini  duduk  di kerusi, belakang  Marina. Sekali-sekala, cikgu  NurAini  memanjangkan  kepalanya  di luar  kelas. Tadi  semasa  masuk  ke kelas, dia  terserempak  dengan  cikgu  Muiz  Lukman. Bila  disapa, dia  terus  berlalu. Kenapa  pula, cikgu  Muiz  Lukman  ke mari?
            “Tadi  cikgu  kacak  tu  datang  kelas  kita  buat  apa?”soal  cikgu  NurAini.
            Terkebil-kebil  Marina  dengan  soalan  cikgu  NurAini. Cikgu  kacak? Muiz  Lukmankah  yang  di maksudkan  cikgu  NurAini  “Siapa?”
            “Alah, siapa  lagi? Takkan  tak  tahu?”
            “Cikgu  Muiz?”soal  Marina, seraya  roti telur  yang  sudah  siap  di masaknya, dipotong  dua.
            “Pandai  pun. Dia  buat  apa  kat  sini? Jumpa  Rina  ke?”soal  cikgu  NurAini  ingin  tahu.
            “Eh, buat apa  pulak  nak  jumpa  Rina. Saja  je  kot, lalu  di sini.”tipu  Marina.
            “Iya  ke? Bukan  dia  datang  jumpa  Rina?”
            Liurnya  yang  terlekat dikerongkong  terasa  perit  sahaja. Memang  Muiz  Lukman, berjumpa  dengannya  tadi. Cuma  dia  sahaja  yang  mengelak  untuk  terus berjumpa  dengannya. Dia  tidak  mahu  akur  dengan  janjinya. Dia  tidak  mahu  rumah tangganya  hancur  kerana  salah  faham. Dia  tidak  mahu, suaminya  menganggap  dia  isteri  yang  tidak  tahu  menghargai. Dia  akan  jaga  rumah  tangganya  yang  dibina  itu  dengan  baik.
            “Tadi  akak  nampak...”
            “Nampak  apa?”sudah  lain  muka  Marina.
            “Akak  nampak  cikgu  kacak  tu  kejar  Rina. Baik  cakap  betul-betul. Tak  baik  tipu  tau.”
            Marina  melepaskan  keluhannya. Memang  sukar  untuknya  berahsia  dengan  cikgu  NurAini. Baru  mahu  berahsia, dia  lebih  pantas  mengetahuinya. Takkan  mahu  mengelak  pula, jika  memang  matanya  lihat  sendiri.
            Senyuman  terpaksa  dikuntumkan. “Saja. Bual-bual  kosong.”
            “Takkan  bual-bual  kosong, sampai  kejar-kejar?”sinis  sahaja  soalan  cikgu  NurAini.
            Marina  menggigit  bibirnya. Kali  ini, matanya  bertentangan  mata  cikgu  NurAini. Kening  cikgu  NurAini  sudah  dijungkit  tinggi.
            “Sebenarnya  kak, kalau  boleh  Rina  tak  mahu  cakap  lagi  tentang  cikgu  Muiz.”mendatar  sahaja  kata-kata  Marina. Iya! Dia  tidak  mahu  nama  itu  terus  menjadi  bualan. Kerana  nama  itu, salah  faham  antaranya  Ikram  terjadi.
            “Kenapa? Dia  kacau  Rina  ke?”
            “Bukan. Sebenarnya  kak. Kelmarin  semasa  kereta  Rina  rosak, cikgu  Muiz  yang  bantu  Rina. Cikgu  Muiz  tumpangkan  Rina  balik  rumah  dan  dia  juga  yang  hantarkan  Rina  datang  sekolah  jugak.”terang  Marina. Biarlah  dia  berterus-terang  sahaja. Lagipun, dia  bukannya  melakukan  kesalahan  besar. Biar  di ceritakan  sahaja  daripada  cerita  itu  sampai  dari  mulut  orang   lain. Nanti  jadi  fitnah  pula.
            “Iya  ke?”
            Angguk  Rina  lagi. “Dan  ada  orang  yang  beritahu  pada  Ikram. Akak  pun  tahukan, Ikram  tu  kuat  cemburu. Merajuk  pulak  Ikram  dengan  Rina.”sambung  Marina. Tidak  diceritakan  masalah  rumah  tangganya  itu  melebih-lebih. Tidak  baik, dia  menjaja  cerita  buruk  tentang  suaminya.
            “Siapa  pulak  yang  buat  cerita?”
            Bahunya  dijungkitkan. Bibirnya  dijuihkan. Dia  juga  tidak  tahu, siapa  pula  yang  beritahu  kepada  Ikram. Tetapi  itu  salahnya  juga. Tidak  sepatutnya  dia  menumpang  Muiz  Lukman. Semua  itu  sudah  mengundang  fitnah.
            “Akak  rasa, aku  tahu. Ini  mesti  kerja  biras  Rina  tu.”
            Marina  menggelengkan  kepalanya. Dia  tidak  mahu  menuduh  sesiapa. Dia  tiada  bukti  untuk  menudah  Insyirah  juga. “Rina  pun  tak  tahu  kak. Kalau  betul  memang  Syirah  yang  beritahu  Ikram, Rina  tak tahu  apa  motifnya. Takkan  dia  hendak  kami  berdua  bergaduh  pula.”Marina  menyangkal, walaupun  sekali-sekala  pandangan  itu  bermain  di mindanya. Dia  juga  ada  berfikiran  sebegitu. Tetapi  mungkin  itu  hanya  hasutan  hatinya.
            “Mana  kita  nak  tahu, dia  ada  niat  jahat. Memang  rambut  kita  ni  sama  hitam, tapi  hati  lain-lain. Rina  berjaga-jagalah. Banyak  perkara  yang  boleh  terjadi  tanpa  pengetahuan  kita. Banyak  perkara  yang  boleh  terjadi  tanpa  di duga  dek  akal  kita  ni. Beringat!”pesan  cikgu  NurAini  yang  lebih  banyak  tahu  asam  garam  kehidupan  ini. Jarak  usia  8 tahun  itulah, yang  membuatkan  cikgu  NurAini  lebih  memikir  lebih  jauh.
            “Inya-Allah, tak  ada  apa-apa  kak.”ditenangkan  hatinya,  yang  sebenarnya  masih  keliru  dan  was-was. Sebenarnya  kehadiran  Insyirah, begitu  tidak  disenanginya. Bertambah  tidak  senang  hati  lagi, bila  satu  persatu  perkara  yang  tidak  disenanginya  dilakukan  Insyirah. Cuma  dia  berdiam  sahaja.
            “Akak  doakan  yang  terbaik  untuk  Rina.”
           
MUIZ  LUKMAN  tersandar  di kerusinya. Buku-buku  yang  tersusun  di mejanya  disemak  sedikit  demi  sedikit. Baru  setengah  disemak, ingatannya  kembali  kepada  kejadian  semalam.
            Matanya  tidak  salah  memandang. Memang  matanya  melihat, Marina  di pukul  suaminya. Tangan  Marina  dikilas  kasar. Dia  bukan  hendak  ambil  tahu  urusan  rumah  tangga  Marina  dan  suaminya, tetapi  dia  risaukan  keadaan  teman  barunya  itu. Jika  bukan  dirinya  melihat, pasti  sesiapa  tidak  akan  tahu, apa  yang  suami  Marina  lakukan  padanya. Dan  jika  dia  tidak  membuka  mulut, pasti  sesiapa  tidak  akan  tahu, perlukah  dia  diamkan  sahaja?
            Dagunya dimain  dengan  urutan  jarinya. Digigit  bibirnya  yang  nipis  itu. Jauh  di hatinya  berasa  simpati  dan  kasihan. Marina  pula  seakan  melarikan  diri  darinya. Adakah  dia  jadi  begitu  kerana  dirinya? Soalan  terus  bermain-main  di benak  fikirannya.
            “Cikgu  Muiz, ada  orang  nak  jumpa  dengan  cikgu.”sapa  Pak  Mat, pengawal  yang  menjaga  kawasan  sekolah.
            “Kenapa  tak  minta  dia  datang  jumpa  saya  aje?”
            “Dia  nak  jumpa  cikgu  di luar.”terang  Pak  Mat  dan  terus  berlalu. Dia  perlu  mengawal  hadapan  sekolah. Tugasnya  menjaga  keselamatan  di sekolah.
            Matanya  yang  sedikit  sepet  itu, dicelekkan  seluas-luasnya. Pen  merah  ditangannya  di letakkan  ke meja. Tanpa  berfikir  panjang, Muiz  Lukman  mengatur  langkahnya. Siapa  pula  yang  ingin  berjumpa  dengannya  pada  waktu-waktu  begini.
            Bilik  pengawal  di hadapan  pintu  masuk  dihampiri. “Siapa  yang  nak  jumpa  saya  Pak  Mat? Mana  dia?”soal  Muiz  Lukman. Tidak  pula  terlihat  sesiapa  di bilik  pengawal  itu.
            “Ada. Itu  pun.”muncung  mulut  Pak  Mat  menjuihkan  ke arah  lelaki  yang  sedang  berbual  menggunakan  telefon  bimbitnya.
            Tidak  jelas  wajah  yang  membelakanginya  itu. Tanpa  berfikir  panjang, Muiz  Lukman  menghampiri  lelaki  itu  dan   menegurnya.
            “Maaf  encik. Encik  ke  yang  nak  jumpa  saya?”
            Termangu-mangu  Muiz  Lukman, bila  lelaki  dihadapannya  itu  mengalihkan  pandangan  ke arahnya. Mulutnya  terkunci. Lidahnya  kelu.

No comments:

Post a Comment