DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 8 March 2016

SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 7



SEKALI  lagi  terjadi  pertelingkahan  antara  Marina  dan  Ikram. Disangkakan  cemburu  Ikram  kepadanya  akan  berakhir  begitu  sahaja, rupanya  tidak. Ikram  kembali  bertandang  ke sekolah, semata-mata  ingin  berjumpa  dengan  lelaki  yang  bernama  Muiz  Lukman.
            Nama  itulah  yang  bermain  dibutir  bibir  Marina  semalam. Dan  lelaki  itulah  yang  bertandang  semalam  ke rumahnya. Apa  yang  disangkakan  Ikram  adalah  benar. Lelaki  itu  menipunya, untuk  mengelak.
            Marina  hanya  tertunduk  membisu. Terpempan  dengan  tindakan  Ikram  kali  ini. Tangan  Ikram  sudah  berani  hinggap  ke pipinya. Terasa  pedih  dan  berpinar  sahaja, bila  tangan  Ikram  yang  lebar  itu  singgah  kuat  dipipi.
            Airmata  yang  menitis  tidak  mampu  untuk  melembutkan  hati  amarah  Ikram. Sangkanya  hubungan  mereka  yang  sudah  pulih  pagi  tadi  akan  terus  berterusan, berlaku  sebaliknya. Ikram  sekali  lagi  bersikap  dingin  dengannya.
            “Seronoklah  sebab  dapat  tipu  abang?”
            Marina  menggeleng. Tidak  mengerti  dengan  apa  yang  dimaksudkan  Ikram. Rasanya  sudah  tiada  apa-apa  lagi  yang  disembunyikan  Marina  kepada  Ikram. Semuanya  sudah diceritakan. Hubungan  mereka  berdua  juga  sudah  pulih  dan  Ikram  sendiri  sudah  memaafkannya.
            “Mesti  korang  berdua  seronok  gelakkan  abang. Senang-senang  korang  berdua  tipu  abang.”mendatar  sahaja  kata-kata  Ikram. Kecewa.
            “Rina  tak  faham. Apa  maksud  abang?”entah  kenapa, sejak  kebelakangan ini  airmatanya  itu  mudah  sangat  gugur? Entah  kenapa, hatinya  selalu terguris?
            “Faham  atau  buat-buat  tak  faham?”bulat  mata  Ikram  jegilkan  ke arah  Marina. Jelas  Ikram  betul-betul  naik  angin.
            “Abang  cakap  aje. Apa  kesalahan  Rina  pada  abang?”
            “Sanggup  Rina  tipu  abang. Siapa  lelaki  yang  bertandang  ke rumah  kita  semalam? Muiz  Lukman? Siapa  dia? Kekasih  Rina?”bertalu-talu  soalan  itu  diajukan  kepada  Marina.
            “Dia  bukan  sesiapa, bang. Dia  cikgu  sekolah. Kami  memang  tak  ada  apa-apa  hubungan. Sumpah, bang.”tangan  kanannya  diangkat  tinggi. Berani  sumpah  dengan  apa  yang  tidak  dilakukannya. Dirinya  tidak  bersalah. Untuk  apa  dia  takut  dengan  kesalahan  yang  tidak  dilakukannya.
            “Kalau  tak  ada  apa-apa, kenapa  dia  cari  Rina  di rumah  semalam? Tak  tahu, Rina  isteri  orang?”
            “Muiz  tahu  Rina  dah  kahwin.”
            “Dah  tahu, Rina  isteri  orang, kenapa  masih  mahu  ganggu? Sudah  tak  ada  perempuan  lain  yang  nak diganggunya?”tidak  senang  hati  Ikram. Marina  pun  satu, jika  tidak  melayan, takkanlah  cikgu  Muiz  Lukman  ingin  mengganggunya.
            “Abang  cuma  salah  faham  aje  tu.”
            “Dah  jelas  Rina. Sah-sah  korang  berdua  tipu  abang. Mesti  korang  berdua  dah  berpakat. Abang  izinkan  Rina  berkerja  bukan  sebab  untuk  berikan  Rina  peluang  bercinta  dengan  lelaki  lain.”Ikram  terus  dengan  bebelannya. Selepas  berjumpa  dengan  Muiz  Lukman, hatinya  terus  terbakar. Apatah  lagi, lelaki  yang  Marina  maksudkan  rupanya  lelaki  yang  bertandang  ke rumahnya  semalam.
            Hatinya  belum  puas, walaupun muka  Muiz  Lukman  lebam  ditumbuknya. Baginya  itu  masih  belum  cukup. Mujur  ada  pengawal  yang  menjaga  di situ. Kalau  tidak, memang  teruk  Muiz  Lukman  dikerjakannya.
            “Kenapa  nak  dibuka  kembali  cerita  semalam? Kan  kita  dah  sama-sama  janji  takkan  sentuh  lagi  hal  salah  faham  tu.”
            Tidakkah  Ikram  mempercayai  dirinya? Selama  tiga  tahun  perkahwinan  ini, takkan  Ikram  langsung  tidak  memahaminya. Sepatutnya  Ikram  tahu, betapa  mendalamnya  cinta  itu  buatnya. Tidak  perlu  dipersoalkan  lagi  akan  kejujurannya.
            “Argh! Itu  sebelum  abang  tahu, cerita  yang  sebenaranya.”dengus  Ikram  kasar.
            “Cerita  apa  lagi, bang? Kan  semuanya  dah  selesai. Rina  ingat  lepas  pagi  tadi, kita  akan  terus  berbaik. Tapi  lain  pulak  yang  jadinya.”mendatar  sahaja  luahan  hati  Marina  itu  diluahkan.
            “Muiz  tu, kekasih  Rina  kan?”tuduh  Ikram.
            “Tak! Muiz  bukan  sesiapa  pun. Cubalah  abang  faham  dan  percaya  isteri  abang  sendiri. Rina  ni  isteri  abang. Takkan  Rina  nak  buat  semua  tu, dibelakang  abang.”sungguh  tersentuh  dan  terluka  hatinya, bila  Ikram  mengesyaki  hati  dan  perasaannya. Tidakkah  Ikram  tahu, betapa  mendalamnya  perasaan  sayangnya.
            “Kalau  bukan  kekasih, siapa? Kekasih  gelap?!”
            “Ya Allah, bang! Apa  yang  abang  merepek  ni? Sepatutnya  abang  faham  diri  Rina. Sepatutnya  abang  kenali  siapa  diri  Rina. Ini  tidak, abang  tuduh  Rina  bukan-bukan. Abang  tuduh  perkara  yang  betul-betul  Rina  tak  buat.”suaranya  sudah  tenggelam  dengan  esakan. Bila  dirinya  disyaki  suaminya  sendiri, memang  dia  cukup  kecewa. Hatinya  cukup  terluka  dan  terguris. Kepercayaan  Ikram  padanya, bagaikan  sudah  terbang  ditiup  angin. Mudah  sahaja  ia  pergi  menghilang  begitu  sahaja.

INSYIRAH  menyediakan  sarapan  untuk  hari  ini. Rajin  pula  dia  hari  ini. Tidak  seperti  hari-hari  sebelum  ini. Walaupun  Marina  melarang  Insyirah  dari  melakukan  semuanya, Insyirah  tetap  tidak  mengendahkan.
            Marina  juga  berasa  pelik  melihat  kerajinan  Insyirah  hari  ini. Bangun  pagi  sahaja, sarapan  pagi  sudah  pun siap  terhidang.
            “Kenapa  Syirah  buatkan  semua  ni?”soal  Marina. Tidak  menyangka, Insyirah  akan  menyediakan  sarapan  pada  pagi  ini.
            “Alah, kak. Syirah  rasa  tak  sedap  hatilah  pulak. Sudahlah  Syirah  menumpang  di rumah  akak. Semua  akak  yang  buatkan  untuk  Syirah. Hari  ni, biar  Syirah  yang  buat  semua  tu. Lagipun  Syirah  pun  dah  rasa  sihat. Tak  sedap   hati  pulak, dah  dua  minggu  di sini, akak  yang  buatkan  semua  tu.”lembut  sahaja, Insyirah  menuturkan  bicaranya.
            “Terima  kasihlah  Syirah, susahkan  diri. Tapi  tak  perlulah  nak  buat  semua  ni  lagi. Selagi  Syirah  tak  habis  pantang, janganlah  Syirah  susah-susahkan  diri. Akak  ada, boleh  buat  semua  tu.”
            “Tak  ada  apa-apalah  kak. Dan  satu  lagi, Syirah  perasan. Akak  dengan  abang  Ikram  macam  ada  masalah. Akak  dengan  abang  Ikram  bergaduh  lagi  ke?”soal  Insyirah, walaupun  dia  sudah  tahu  kedudukan  sebenarnya  yang  terjadi  antara  Ikram  dan  Marina. Sengaja  dia  ingin  menyakitkan  hati  Marina  lagi  dengan  soalannya  itu.
            Marina  diam. Wajahnya  kembali  suram. Dia  juga  tidak  tahu, kenapa  hingga  ke saat  ini, hubungannya  dan  Ikram  sudah  tidak  seperti  dahulu. Sekelip  mata  sahaja  Ikram berubah  sikap  padanya. Marina  tidak  dapat  mengelak  lagi, dengan  apa  yang  berlaku  ini. Ikram  sendiri  yang  seakan  menjauhkan  diri  daripadanya.
            “Akak  bergaduh  dengan  abang  kan?”wajah  Marina  dipandang  simpati. Jemari  Marina  digenggamnya  rapi. Cuba  memberi  semangat  kepada  Marina.
            “Akak  tak  tahulah  Syirah, apa  dah  jadi  dengan  hubungan  kami  berdua  ni. Abang  asyik  dingin  aje. Abang  pun  macam  dah  tak  kisah  dekat  akak  lagi. Mungkin  dia  dah  tak  sayangkan  akak  lagi.”Insyirah  dipandangnya  kosong. Hingga  ke saat  ini, dia  begitu  makan  hati  dengan  layanan  Ikram  kepadanya. Takkan  semua  kemarahannya  itu, dibawa  hingga  berminggu?
            “Maafkan  Syirah  kak. Mungkin  kehadiran  Syirah  ni, yang  membuatkan  akak  dan  abang  Ikram  bergaduh. Maaflah  kehadiran  Syirah, menyusahkan  akak.”Insyirah  menyalahkan  dirinya  dengan  apa  yang  sudah  berlaku  antara  pasangan  suami  isteri  itu.
            “Syirah  tak  salah. Semua  ni  terjadi  sebab  salah  faham  dan  cemburu  abang. Abang  terlalu  percayakan  orang  lain, berbanding  akak  isterinya  sendiri. Akak  kecewa  sebenarnya  dengan abang.”
            “Sabarlah  kak. Tuhan  kan  sentiasa  dengan  orang  yang  benar.”
            Marina  membalas  dengan  senyuman  hambar. Jauh  ingatannya  kepada  suaminya  Ikram  yang  bekerja  luar. Kenapalah  hingga  ke saat  ini, Ikram  langsung  tidak  menghubunginya? Tidak  rindukah  Ikram  kepadanya.
            “Oh, lupa  pulak  kak. Semalam  abang  Ikram  ada  call  Syirah. Mungkin  hari  ni, abang  balik.”cerita  Insyirah.
            Marina  diam. Pandangannya  terus  menapak  ke wajah  Insyirah. Ikram  menelefon  Insyirah? Mengapa  Ikram  tidak  telefon  dirinya? Apakah  hubungan  Insyirah  dengan  Ikram? Sehinggakan  Ikram  begitu  lebih  mementingkan  Insyirah  dari  isterinya  sendiri. Marina  jadi  penasaran.
            “Abang  call  Syirah?”
            Insyirah  menganggukkan  kepalanya.
            “Apa  yang  abang  cakap?”
            “Abang  cuma  cakap  nak  balik  hari  ni. Dan  dia  cakap, dia  rindukan  Nasuha. Nanti  sampai  rumah, terus  nak  peluk  cium  Nasuha.”cerita  Insyirah. Langsung  tidak  dipedulikan  hati  Marina  yang  kini  cukup  terguris.
             Ikram  lakukannya  seperti  orang  luar. Seperti  dirinya  sudah  tidak  bermakna  apa-apa  lagi. “Itu  aje  yang  abang  cakap?”soal  Marina  lagi.
            Insyirah  menganggukkan  kepalanya. Senyuman  terus  mekar  dibibirnya. Sekali-sekali  Marina  mencuri  pandang  melihat  Insyirah  dengan  ekor  matanya. Adakah  Insyirah  ada  niat  sesuatu?
            “Akak  kenapa  tak  makan  lagi? Makanlah. Nanti  lewat  pulak, akak  pergi  kerja.”Insyirah  mempelawa  Marina  menjamu  makanan  yang  dimasakkannya  tadi.
            Setelah  selesai  bersarapan. Marina  terus  keluar. Lagipun  dia  sudah  terlewat  untuk  beberapa  minit. Tanpa  sebarang  pesanan  kepada  Insyirah, Marina  terus  berlalu.
            Insyirah  hanya  memerhati  Marina  keluar  dari  kawasan  rumah  melalui  jendela  yang  tirainya  sudah  terbuka  luas. Satu  senyuman  mekar  di wajahnya. “Bagus! Kau  akan  terus  sengsara  Marina. Kebahagiaan  kau, aku  akan  rampas  dari  genggaman  kau. Tunggulah  masanya!”Insyirah  terus  ketawa. Puas  dengan  rancangan  yang  diaturkannya  selama  ini. Rancangannya  benar-benar  berjalan  dengan  baik.
            Bunyi  kereta  diluar  rumah. Sekali  lagi  dia  memandang  ke luar  melalui  jendela. Kereta  Ikram  sudah  memasuki  ke kawasan  rumah. Tanpa  berlengah  lagi, Insyirah  terus  ke dapur. Pinggan  mangkuk  yang  banyak  terhimpun  disinki, dicucinya. Perutnya  pula  dipicit-picitkan. Dia  tahu, Ikram  pasti  akan  ke dapur  sebentar  nanti.
            “Aduh!”makin  kuat   memegang-megang  perutnya, sambil  mengaduh  kesakitan.
            “Eh, Syirah. Kenapa  ni?”
            “Aduh, sakit  perut  bang.”mengerang  kuat  Insyirah, bagaikan  benar-benar  sedang  mengalami  kesakitan.
            Ikram  menghampiri  Insyirah. Dipapah  badan  Insyirah  ke atas, hingga  ke bilik. Direbahkan  badan  Insyirah  ke katil.
            “Syirah  tunggu  sekejap, abang  call  doktor.”
            “Eh, tak  payahlah  bang. Sikit  aje  ni.”
            “Sikit  apanya  kalau  mengerang  macam  ni.”
            “Perut  Syirah  sakit, mungkin  sebab  banyak  sangat  buat  kerja. Banyak  berdiri.”tipu  Insyirah.
            “Kenapa  Syirah  buat  semua  tu? Kan  Kak  Marina  ada. Dia  balik  kerja  nanti, dia  buatlah  semua  tu.”
            Insyirah  menarik  muka  sedih. Kepalanya  digelengkan. Matanya  mula  berkaca. Mukanya  kalut  diraup  lama.
            “Hei, kenapa  ni  Syirah?”soal  Ikram  lembut.
            “Kak  Rina.. Kak  Rina  yang  paksa  Syirah  buat  ni  semua. Seminggu  abang  tak  ada, Kak  Rina  arahkan  Syirah  buat  macam-macam.”terang  Insyirah  dengan  juraian  airmata.
            Berketap  bibir  Ikram. Tergamak  Marina  lakukan  begitu  kepada  Insyirah. Bukan  Marina  tidak  tahu, Insyirah  bukannya  begitu  pulih  lagi  untuk  membuat  kerja-kerja  rumah. Marina  sudah  melampau. Getus  Ikram  dalam  hati. Kemarahannya  kepada  Marina  makin  membuak-buak.
            “Abang  nak  ke mana?”kalut  Insyirah  menarik  lengan  Ikram. Menghalang  Ikram  pergi.
            “Abang  nak  pergi  jumpa  Rina. Abang  nak  tahu, kenapa  dia  sanggup  buat  Syirah  macam  ni.”
            Insyirah  menggelengkan  kepalanya. “Jangan  bang. Abang  jangan  buat  hal  di tempat  kerja  kak  Rina. Kesian  akak  nanti. Malu  dia  nanti.”pujuk  Insyirah. Apa-apa  pun, dia  perlu  menghalang   Ikram  pergi  ke sekolah. Dia  tidak  mahu, banyak  yang  terlibat  dalam  perancangannya  nanti. Dia  tidak  mahu  rancangannya  nanti  bermasalah.
           
KALI  ini  hati  Marina  makin  robek. Dia  tidak  pernah  menyangka, Insyirah  mengkhianatinya. Prasangka  hatinya  sebelum  ini, adalah  benar. Layanan  baiknya  pada  Insyirah  di balas  dengan  tuba. Tergamak  Insyirah  memfitnahnya  begitu.
            Berkali-kali  Marina  menggelengkan  kepalanya. Tidak  mengaku  dengan  tuduhan  yang  Ikram  perjelaskan  kepadanya. Insyirah  memang  berhati  busuk.
            “Abang, apa  yang  Syirah  cakapkan  pada  abang  tu, semuanya  tak  betul. Itu  semua  fitnah.”
            “Fitnahnya  apa, kalau  macam  tu? Kenapa  Rina  berubah  teruk  sangat  ni? Tergamak  Rina  suruh  Syirah  buat  semua  kerja-kerja  rumah. Kalau  Rina  tak  mahu  tolong  tengokkan  Syirah, cakap  aje  awal-awal. Tak  payah  abang  minta  Rina  jagakan. Syirah  tu  amanah  Idlan  kepada  abang. Rina  tahu  tak?”kuat badan  Marina  digoyangkan.
            Bibirnya  digigit  kuat. Kali  ini, entah  ke berapa  kali  hatinya  luruh  dan  hancur  dengan  sikap  Ikram. Ikram  lebih  mempercayai  Insyirah  daripada  dirinya  sendiri. Semua  perasaan  yang  dipendam  dan  disimpannya  selama  ini, tidak  mampu  ditahan  lagi. Begitu  menyiksakan.
            “Amanah  Idlan, abang  ingat. Amanah  abah  untuk  abang  jaga  Rina, abang  tak  ingat?”
            Tangan  Ikram  yang  mahu  ditampar  ke pipi  terhenti, tepat-tepat  di wajah  Marina. Kuat  tamparan  itu  mengenakan  pipi  Marina. Sedikit  berganjak  Marina  dengan  tamparan  yang  baru  singgah  di pipinya  itu.
            Pipinya  yang  terasa  pedih, sakit  itu, baginya  tidak  begitu  siksa  seperti  mana  hatinya  rasakan  kini. Hatinya  begitu  pedih  dan  sakit  dengan  perbuatan  Ikram  kepadanya. Memang  Ikram  sudah  berubah  dan  tidak  seperti  dahulu  lagi. Tiada  lagi  layanan  baik  dan  tiada  lagi  kasih  sayang  yang  di berikan. Yang  ada  setiap  hari, hanya  jamahan  tengkingan  dan  amarah  Ikram.
            “Berani  Rina  nak  kurang  ajar  dengan abang. Berani  Rina  menjawab?”kasar  Ikram  melayan  Marina.
            Pipinya  yang  rasa  berpinar  dan  pedih  itu  terus  dipegangnya. “Sampai  hati  abang  buat  Rina  macam  ni. Sebab  Syirah, abang  buat  Rina  macam  ni. Rina  ni  amanah  abah  untuk  abang. Amanah  yang  Allah  berikan  kepada  abang. Boleh  pula  abang  sia-siakan! Amanah  yang  Idlan  berikan, senang-senang  sahaja  abang  ikut. Siapa  Rina  buat  abang? Abang  lebih  pentingkan  orang  lain  daripada  diri  Rina.”bergetar  badan  Marina. Suaranya  terus  ditenggelami  dengan  tangisannya. Laju  kakinya  mengatur  langkah. Tidak  dihiraukan  lagi  apa  yang  bakal  terjadi. Hatinya  betul-betul  sakit.
            “Nak  ke mana?”
            Marina  tidak  menjawab. Marina  terus  meredah  masuk  ke dalam  bilik  Insyirah. Apa  yang  bakal  terjadi, biarlah  terjadi.
            “Syirah!”
            Terus  dihampiri  Insyirah  yang  senang  berbaring  di katil. Bukan  main  lagi. Sudah  di beri  peha  mahunya  betis  pula.
            “Apa  ni  kak?”Insyirah  menarik  nafasnya, bila  Marina  menariknya  kasar.
            “Apa  Syirah  buat  pada  akak? Kenapa  Syirah  fitnah  akak? Apa  salah  akak  pada  Syirah?”bertalu-talu  soalan  itu  disoalnya. Genggamannya  tadi  dilepaskan. Mana  mungkin  dia  mampu  berkasar. Dia  tidak  sekejam  itu. Jika  mahu, diikutkan  amarahnya  itu, pasti  ditampar  dan  ditolak  Insyirah  keluar  dari  rumahnya.
            “Akak...tolonglah  kak. Tolonglah  jangan  buat  Syirah  lagi. Kesiankanlah  Syirah  kak. Janganlah  buat  Syirah  macam  ni.”wajah  Insyirah  yang  melebar  dengan  sengehan, tiba-tiba  sahaja  berubah. Dia  sendiri  yang  menapak  kehujung  kaki  Marina. Merayu-rayu.
            “Rina!”Ikram  menarik  Marina  kasar. Dilihat  dengan  matanya  dan  didengari  dengan  telinganya  sendiri. Insyirah  merayu-rayu  kepada  isterinya, supaya  tidak  memperngapakan  dirinya. Diheret  Marina  keluar  dari  bilik  Insyirah.
            “Abang, lepaskan  Rina.”
            “Rina  tak  puas  lagi  ke, siksa  Syirah? Tak  puas  lagi?”
            Terduduk  Marina  selepas  Ikram  menolaknya  kasar. Terhinggut  badan  Marina  dengan  tangisan  yang  makin  kuat. Airmata  yang  makin  laju  membanjiri  pipi, dibiarkan  sahaja.


No comments:

Post a Comment