“Zarif!” Ceria
Afifi yang berdiri di tepi pagar memanggil Zarif Aimin yang baru keluar dari
perut kereta.
Zulaikha pula melemparkan senyum manis sebaik membuka pintu pagar.
‘Ya Allah, Engkau sejukkanlah hati-hati insan yang ku sayang dan Engkau
redailah apa yang aku lakukan hari ini demi kebahagian mereka yang sudah lama
terpisah…’ Doanya dalam hati sebaik sahaja melihat wajah Nur Imanina yang
sedang tersenyum. Kedatangan Nur Imanina sudah dimaklumkan kepada suaminya
sebelum ini.
“Assalamualaikum.” Ucap Iman Faliq yang tidak lokek dengan senyuman.
“Waalaikumussalam… Faliq anak Datin Farah kan?” Balas Zulaikha
mesra. Dia kenal dengan lelaki yang tiba bersama-sama Nur Imanina itu.
“Er… Ha’ah kak..” Jawab Iman Faliq dengan kerutan di dahi. Tidak ramai
yang menggelarkannya begitu.
Nur Imanina pula sudah tersenyum kelat. Faham maksud lirikan nakal
mata Zulaikha yang memandangnya.
“Jom masuk…” Pelawa Zulaikha selepas bersalaman dengan Nur Imanina.
“Kakak pergi ajak Zarif masuk…” Arahnya pada Afifi. Panggilan itu baru sahaja
digunakan untuk si kecil setelah dia disahkan hamil tiga bulan minggu lepas.
Tanpa berlengah si kecil itu hanya akur manakala Zarif Aimin tanpa
segan silu terus melangkah masuk.
“Er… Iman, jangan lupa call…”
Ujar Iman Faliq sebaik mengeluarkan semua barangan yang dibeli di pasar raya
tadi.
“Eh, nak ke mana tu Faliq? Jomlah masuk dulu rumah akak ni. Takkan
tak sudi nak masuk…” Tegur Zulaikha apabila melihat Iman Faliq mahu masuk ke
dalam kereta semula.
Nur Imanina saat itu pula tidak mampu berkata apa. Untuk menghalang
dia tidak punya kuasa.
“Er… Saya hantar Iman dengan Zarif aje…” Jawab Iman Faliq serba
salah. Dia faham Nur Imanina tidak selesa andai dia turut sama ada di situ.
“Alah… Dah alang-alang sampaikan. Masuklah dulu. Faliq ada apa-apa
hal penting ke lepas ni?” Tanya Zulaikha sembil mengerling wajah Nur Imanina
yang berubah kelat.
“Er… Takdalah penting sangat.. Tapi..” Serba salah Iman Faliq mahu
menerima pelawaan wanita itu.
“Sudah tu… Jom masuk. Dekat tengah hari ni. Nanti kita boleh lunch sekali.” Pintas Zulaikha sambil
menyambut beg plastik yang dihulurkan oleh Nur Imanina. “Iman, ajak Faliq tu
masuk. Apa yang tercegat lagi dekat pintu tu…” Lanjutnya apabila pasangan di
hadapannya itu hanya bertukar pandangan tanpa berganjak seinci sekalipun.
“Er.. Iyalah kak..” Jawab Nur Imanina serba tidak kena sebelum
menuruti langkah wanita itu masuk ke dalam rumah. Dia terpaksa akur yang Iman
Faliq akan menyertai mereka tengah hari itu.
“Duduk dulu Iman.” Pelawa Zulaikha pada Iman Faliq yang kelihatan
serba tidak kena sebelum berlalu ke dapur.
Nur Imanina pula langsung mengekori Zulaikha untuk menghantar barang
yang dibeli tadi kerana sudah berjanji dengan wanita itu yang dia akan memasak
nanti. “Kak, hari yang dijanjikan… Iman yang akan masak.” Ujarnya selepas
meletakkan barang-barang kering yang dibeli ke atas meja. Manakala Zulaikha
pula sudah meletakkan ikan dan daging ke dalam singki.
“Tu yang akak tunggu dari tadi tu…” Balas Zulaikha sekadar gurauan.
Nur Imanina hanya tersengih.
“Iman, sebelum tu… Iman tolonglah buatkan Faliq air. Mesti dia penat
jadi driver Iman hari ni…” Usik
Zulaikha lagi diiringi tawa. “Kordial ada dekat kabinet tu..” Lanjutnya sambil
menunjuk ke satu sudut ruang dapurnya.
Sekali lagi tidak punya pilihan, Nur Imanina terpaksa akur. Kelat
senyumannya. “Erm… Kak, saya tak nampak pun anak sulung akak. Akak berdua aje
ke?” Soalnya kemudian apabila perasan keadaan rumah yang agak sunyi.
“Anak sulung ikut suami akak pergi isi minyak. Kejap lagi baliklah
tu…” Jawab Zulaikha sambil menghulurkan dulang yang sudah pun berisi gelas.
“Dah, Iman pergi hantar dulu pada Faliq. Lepas tu kita boleh masak. Dah pukul
berapa ni. Nanti lambat kita makan. Akak tadi baru masak nasi aje.” Lanjut
Zulaikha lagi sebaik satu jag jus anggur siap dibancuh.
Akur lagi Nur Imanina. Terus sahaja membawa dulang ke ruang hadapan.
“Terima kasih.” Ucap Iman Faliq dengan senyuman lebar saat dia
menuangkan air ke dalam gelas.
“Assalamualaikum…” Ucap satu suara di luar rumah diiringi suara
seorang kanak-kanak lelaki.
“Waalaikumussalam…” Nur Imanina dan Iman Faliq menjawab hampir
serentak sebelum kedua-duanya berpaling ke arah yang sama. Seorang kanak-kanak
lelaki meluru ke arah Zulaikha yang baru keluar dari ruang dapur.
Kemudian muncul seorang lelaki di muka pintu membuatkan Nur Imanina
dan Iman Faliq terdiam dan terpaku di tempat masing-masing.
“Er…Abang…” Terketar-ketar bibir Nur Imanina menuturkan panggilan
yang sudah lama tidak diungkapkan saat seraut wajah yang cukup dikenali menyapa
ruang mata. Seorang lelaki yang begitu penting dalam hidupnya sebelum ini dan
tidak menyangka mereka akan bertemu semula.
“Adik…” Itu yang terluah dari bibir Aiman Iqbal apabila melihat
seorang gadis yang berdiri di ruang tamu rumahnya bersama seorang lelaki yang
juga turut dikenali. Sepanjang hari itu hatinya berdebar-debar setelah
dimaklumkan isterinya akan kedatangan Nur Imanina. Hanya dia tidak menyangka
akan bertemu juga dengan seorang lelaki yang menjadi sejarah hitam dalam hidup
adiknya.
“Iqbal..?” Tutur Iman Faliq perlahan pula dengan kerutan di wajah
sebelum dia terus terbangun dari duduk.
“Engkau?” Lanjut Aiman Iqbal
sebelum terus merapati Iman Faliq yang berdiri di belakang Nur Imanina. Dia
menolak sedikit tubuh Nur Imanina agar berdiri di belakangnya. Selepas ini dia
akan memastikan keselamatan adiknya itu lebih terjamin. Itu janjinya selepas
ketiadaan ibu bapanya dulu.
“Apa kau buat dengan adik aku! Kau tak puas lagi menyusahkan hidup
dia!” Tebak Aiman Iqbal kasar dengan wajah yang mula menegang. Kolar baju Iman
Faliq digenggam kemas. Peristiwa lalu terimbau kembali di ruang mata. Pelbagai
perasaan yang berbuku di hatinya kini. Baru dalam sebulan itu dia berjaya
menemui semula Nur Imanina setelah puas memujuk Ema jiran lamanya untuk
memberitahu di mana adiknya berada.
Nur Imanina yang sudah pun menitiskan air mata terus mendapatkan
Zulaikha. Dia faham kini kenapa Zulaikha terlalu baik dengannya. Tidak sukar
untuk mentafsir. Apa yang menghairankannya kini, hubungan abangnya dengan Iman
Faliq.
“Abang…” Zulaikha tidak senang melihat keadaan suaminya yang agak
tegang. Dia sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang telah berlaku antara Iman
Faliq dan suaminya. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.
“Papa!” Pada masa yang sama Zarif Aimin yang sejak tadi bermain bersama
Afifi sudah berdiri di anak tangga.
“Abang… Apa pun masalah abang dengan Faliq, kita boleh bincang
baik-baik. Tak elok anak-anak tengok bang…” Nasihat Zulaikha lembut yang cuba
merungkai ketegangan yang berlaku.
Aiman Iqbal terus melepaskan kolar baju Iman Faliq dan menolak tubuh
lelaki itu hingga terduduk di sofa. Rengusan kasar terlepas sambil bibirnya
beristighfar berkali-kali. Cuba menenangkan hati yang kian membahang.
Iman Faliq pula ketika itu hanya reda apa yang ingin dilakukan oleh
Aiman Iqbal. Dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang hukuman. Itu janjinya
kepada diri sendiri andai kesalahan yang dilakukan dahulu dapat ditebus semula.
Namun jauh di sudut hati, rasa syukur kepada yang Esa dipanjatkan kerana telah
menemukannya dengan orang yang dicari selama ini. Pertemuannya dengan Aiman Iqbal
hari ini telah menamatkan pencariannya. Tidak lagi perlu bertanya apa status
Nur Imanina dengan Aiman Iqbal dan juga Zulaikha. Gadis yang dicari selama ini
sedia di hadapan mata. Terlalu halus perancangan Allah untuknya. Allah telah
bukakan jalan kepadanya selama ini. Hanya dia yang buta untuk menilai. Terasa
ada air hangat yang merembes di hujung mata.
“Papa..” Zarif Aimin sudah memeluk erat tubuh bapa saudaranya.
“Abang…” Nur Imanina mendapatkan Aiman Iqbal dan memeluk erat tubuh
lelaki itu. Rasa marah dalam hati selama ini hilang begitu sahaja apabila
melihat wajah abangnya tadi. Sungguh dia merindui lelaki itu.
“Abang mintak maaf. Abang
tak jaga adik dengan baik selama ni. Dah lama abang cari adik.” Tutur Aiman
Iqbal perlahan.
Nur Imanina mula menangis teresak-esak. Dia sendiri terasa bersalah
kerana selama ini meletakkan segala kesalahan ke bahu abangnya. Dia menyalahkan
lelaki itu atas apa yang berlaku ke atas dirinya selama ini. “Adik pun mintak maaf sebab selama ni adik dah
salahkan abang…” Balas Nur Imanina cukup lirih.
Zulaikha yang memerhati turut sama menahan sebak. Rasa syukur
dipanjatkan kerana kedua-dua insan yang disayangi sudah berbaik semula.
Kedua-dua anaknya yang seakan-akan faham apa yang berlaku, hanya mendiamkan
diri. Kemudian matanya terhala ke arah Zarif Aimin yang sedang menangis dalam
pelukan Iman Faliq. Jelas ketakutan di wajah comel itu.
“Takpa. Abang
tak pernah salahkan adik pun. Yang salah dia ni! Kalau bukan sebab dia, kita
tak jadi macam ni!” Balas Aiman Iqbal seraya meleraikan pelukan. Jari
telunjuknya lurus ditujukan kepada Iman Faliq yang menunduk.
Iman Faliq hanya mampu mendiamkan diri. Seperti pesalah menanti
dijatuhkan hukuman. Jika disuruh bertanggungjawab ke atas Nur Imanina pun, dia
sudah bersedia. Itu janjinya dengan mama dan arwah papanya selama ini.
Nur Imanina menyeka air mata yang masih bersisa. Cuma
kini dia tidak faham apa yang diperkatakan oleh abangnya. Dia perasan mata
abangnya merenung tajam ke arah Iman Faliq yang mendiamkan diri sejak tadi.
“Er… Abang… Dia anak bos tempat adik kerja. Iman Faliq.” Tutur Nur Imanina
seraya memandang ke wajah keruh lelaki itu. Entah apa yang berlaku di antara
Iman Faliq dan abangnya, dia masih gagal meneka.
“Aku rasa, baik kau keluar dari rumah aku sekarang
sebelum aku call polis.” Ujar Iqbal dengan suara yang tertahan. Tegang
kembali wajahnya menikam ke wajah Iman Faliq.
“Abang…” Tutur Nur Imanina dan Zulaikha hampir
serentak.
“Iqbal… Aku…” Iman Faliq cuba menutur kata.
“Aku tak nak tengok muka orang yang dah menjahanamkan
hidup adik aku! Kau faham tak!” Melengking tinggi suara Iqbal membuatkan Zarif
Aimin yang memeluk Iman Faliq semakin teresak-esak menangis.
“Abang… Apa abang cakap ni?” Celah Nur Imanina yang
masih gagal manangkap maksud Aiman Iqbal. Dia tidak sampai hati melihat Zarif
Aimin berterusan menangis begitu. Dia tahu si kecil itu takut mendengar suara
tinggi abangnya.
“Er… Faliq, akak rasa elok Faliq balik dulu…” Celah
Zulaikha yang serba salah melihat keadaan yang tegang begitu. Walau apa pun
urusan Iman Faliq dengan suaminya, dia tidak mahu sebarang pergaduhan berlaku.
“Tapi saya…”
“Kau memang tak faham bahasa melayu ke apa!”
Melengking lagi suara Iqbal menyebabkan Zarif Aimin memeluk kejap tubuh Iman Faliq.
“Abang…” Seru Nur Imanina yang turut terkejut dengan
suara abangnya yang tiba-tiba meninggi. Dia sendiri takut melihat keadaan
abangnya begitu.
“Er.. Iman, awak baliklah dulu. Bawak Zarif sekali. Awak tak payah risaukan saya dekat sini.”
Sambung Nur Imanina lembut tanpa mengesyaki apa-apa pun terhadap lelaki itu.
Iman Faliq tidak punya pilihan. Dengan keadaan Zarif
Aimin yang sudah menangis, dirasakan waktu tidak begitu sesuai untuk dia
berbincang lanjut akan masalah yang ditanggung selama ini. Tanpa menunggu lama
dia bingkas sambil mengangkat tubuh anak saudaranya yang sedang menangis.
“Terima kasih sebab hantar saya hari ni. Sorry Iman.. Saya tak tahu benda macam
ni nak jadi.. Sebenarnya saya tak tahu pun ni rumah…” Ucap Nur Imanina serba
salah. Namun belum sempat dia menghabiskan kata, Iman Faliq cepat memotong.
“Saya yang patut mintak
maaf.. Kalaulah saya tahu awak… Er…” Tergagap-gagap Iman Faliq ingin meneruskan
kata.
“Awak bawak
Zarif balik. Kesian dia… Apa pun urusan awak dengan abang saya, awak uruskan
kemudian. Maaf ya Iman.” Balas Nur Imanina sambil mengusap lembut kepala Zarif
Aimin yang teresak-esak menangis di bahu Iman Faliq. “Sayang mama balik dengan
papa okey. Zarif jangan menangis macam ni. Zarif kan good boy. Good boy tak boleh menangis macam ni… Uncle tadi bukan
marah Zarif…” Pujuknya lembut pada si kecil.
“Mama Iman…” Rengek si kecil itu dalam tangisnya.
Tangan kecilnya menyapu wajah yang sudah berair mata.
Nur Imanina yang tidak sampai hati melihat Zarif Aimin
begitu, terus mengambil tubuh kecil itu dari dukungan Iman Faliq sebelum mereka
sama-sama beriringan ke kereta. “Zarif balik ikut papa tau. Jangan cry-cry macam ni lagi. Tak handsome dah anak mama ni…” Pujuk Nur
Imanina sambil menyapu wajah Zarif Aimin yang lembap dengan tapak tangannya.
Dikucup sekali pipi mungil si kecil.
“Mama.. Zarif tak nak friend uncle..” Adu si kecil itu lirih.
“Uncle bukan marah Zarif.. Uncle cuma..” Kelu lidahnya
mahu menyambung bicara. Tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada si kecil
itu agar faham apa yang berlaku. “Er… Iman, awak baliklah dulu…” Ujarnya
kemudian apabila perasan abangnya sudah berdiri di muka pintu.
“Er… Iman, saya akan bertanggungjawab atas semuanya
sekali.” Balas Iman Faliq sebelum kembali mengambil Zarif Aimin yang masih
menangis di bahu Nur Imanina. Faham akan maksud pandangan tajam Iqbal
kepadanya. Tanpa menunggu lama dia segera masuk ke dalam kereta dan beredar
dari situ dengan genangan air mata. Bergumpal-gumpal perasaan dalam hatinya
saat itu tidak mampu diungkapkan.
Nur Imanina sedikit terpinga-pinga. Tidak faham apa
yang dimaksudkan. Kini begitu banyak persoalan yang mula muncul dalam kepalanya
dengan ketegangan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment