DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 22 June 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 10

AKU baru sahaja menerima panggilan daripada
Jazmin yang memaklumkan bahawa Ian tidak ada di Hotel
Pan Pacific. Dia dan Noah cuba mencari Ian di sekitar kawasan
Sepang pula.
“Iman, aku rasa better kita separate. KLIA ni dahlah
besar. Jimat masa sikit kalau berpecah. Kau start cari area ni
and aku try area belakang sana. If salah seorang daripada kita
jumpa Ian, kita beritahu each other, okay,” cadang Auni.
Aku hanya mampu mengangguk sedangkan sedari
tadi aku tidak habis-habis memarahi Ian dalam hati. Kalau aku
jumpa mamat tu, siaplah!
“Aku tahu kau nak hempuk Encik Ian yang tersayang
tu. Sebab tu for now, kita kena cari dia dulu before kau boleh
hempuk dia sepuas-puas hati,” tambah Auni lagi.
“Sempat lagi kau buat lawak, ya,” komenku dan Auni
hanya tersengih.
“Aku dah boleh baca apa yang kau fikir time ni. Jangan
lupa baca bismillah. Insya-Allah, kita akan jumpa dengan Ian,”pesan Auni.
“Ya, mak cik.”
Aku dan Auni berpecah dan aku mula mencari Ian
dari satu kedai ke satu kedai. Benda gila seperti tunggu di luar
tandas lelaki selama 10 minit pun aku dah buat tetapi bayang
Ian masih tidak kelihatan. Aku duduk di deretan kerusi yang
disediakan oleh pihak airport sambil memerhatikan orang yang
lalu-lalang. Di dalam kepala, aku sudah memikirkan perkaraperkara
negatif yang bakal berlaku. Salah satunya, mungkin
aku tak jadi kahwin minggu ni. Haih!
Tiba-tiba anak mataku menangkap satu susuk tubuh
tinggi lampai. Eh, tu bukan Ian ke? Aku terus bangun lalu
mengejar lelaki tersebut.
“Yes, miss?” soal lelaki yang bertopi Nike hitam.
“Sorry, sir. I thought you are my friend,” jawabku
dan lelaki mat salih itu berlalu pergi. Aku mengeluh kembali.
Kat ceruk mana aku nak cari Ian ni? Ataupun dia memang dah
betul-betul melarikan diri?
Aku melangkah masuk ke dalam lot kedai Coffee Bean
and Tea Leaf, kedai pertama yang aku masuk tadi untuk mencari
Ian. Aku ke kaunter untuk memesan minuman dan mencari
tempat duduk untuk menunggu minumanku siap. Anak mataku
meliar memandang sekeliling kedai yang sememangnya sesak
dengan orang yang mempunyai pelbagai ragam. Aku sudah
berkira-kira untuk mengajak Auni balik selepas minumanku
siap.
Aku mencuri pandang ke arah seorang lelaki yang
mejanya terletak berhadapan denganku. Wajahnya kelihatan
terlindung di sebalik hoodies yang ditarik sehingga hampir
melindungi wajahnya.
“Teringin nak pakai tudung ke?” gumamku sendirian
sambil memerhatikan telatah lelaki itu yang masih setia
membaca sebuah buku.
Aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana
dia sedang menundukan wajah ketika membaca. Seolah-olah
mendengar monologku, lelaki tersebut mengangkat wajah dan
anak mata kami bertembung. Aku terus berdiri dan berjalan
laju menghampiri dia.
“Awak ni kan, memang!” ucapku keras dengan nada
suara yang cuba dikawal supaya tidak mengganggu para
pelanggan yang lain.
Hoodies yang tadinya menutup kepala ditarik ke
bawah. Sepasang anak mata kelabu cair itu menikam wajahku.
Dia nampak keliru.
“Awak tahu tak semua orang cari awak since the last
five hours? What is your problem actually? Everyone is worried
for you!” tambahku lagi. Terasa darahku mendidih dan aku
nampak Ian kelihatan semakin mengecil di hadapanku. Ada
jugak yang lebam biji mata lepas ni!
“I don’t understand,” jawab Ian tanpa nada.
Aku sudah beristighfar dalam hati. Kenapalah mamat
ni tak ada perasaan bersalah langsung? Dia ni spesies sejuk
macam beruang kutub utara ke?
“Awak tahu tak Jazmin dengan Abang Noah cari awak
kat sini? Sampai 3 jam?”
Ian menggeleng. Riak wajahnya masih sama. Boleh tak
aku nak cubit mamat ni sampai lebam?
“I waited for them but I didn’t see them around. That
is why I stayed here.” Ian beralasan.
“Why didn’t you call them?” soalku, geram.
“My phone’s battery is dead.”
“Do you even know what is the function of a cellphone?”
sindirku.
“To make calls, texting, and other functions.”
Ya Allah, kenapalah mamat ni macam ni? Aku sudah
terasa mahu menangis. Mataku mula terasa berair.
“Why didn’t you use a public phone then? Or just take
a cab and go home?”
“I don’t have any Ringgit Malaysia with me. I just have
my credit cards and cash in pounds.”
Aku pantas menyeluk telefon bimbit dari dalam poket
seluar lalu mendail nombor Auni.
“Weh, kau tolong datang Coffe Bean sekarang sebelum
lumat mat salih celup ni aku kerjakan.”
Tidak lama kemudian, Auni sampai. Mataku semakin
lama terasa semakin panas. Janganlah paip air mata ni pecah
dekat sini pulak. Aku hanya mampu duduk dan aku lihat Auni
sedang bercakap dengan Ian. Wajah Auni kelihatan sangat
serius. Telefon bimbitku yang masih kupegang, diambil oleh
Auni dan telingaku menangkap Auni bercakap dengan Jazmin.
Auni memberitahu Jazmin bahawa kami sudah berjumpa
dengan abangnya yang sangat bertuah ini.
“Jazmin dengan Noah on the way nak datang sini
untuk fetch Ian. Kau okey tak ni? Apasal muka kau merah?”
tegur Auni ketika kami bertiga duduk menunggu di satu sudut.
“Aku rasa jantung aku macam nak pecah. Kalau
aku ada darah tinggi, memang dah terlantar dekat hospital,”
jawabku dan wajah Ian yang masih kelihatan tenang kupandang
dengan geram.
“Sabar, Iman. Aku tak rasa real intention dia nak buat
macam tu. Ni semua pasal salah faham. Kau tarik nafas slowslow.
Selawat dan istighfar banyak-banyak,” balas Auni dan
sebelah tangannya memaut bahuku dengan erat.
“Lagipun aku dah marah dia kaw-kaw tadi. Kau jangan
sesakkan lagi kepala kau. Yang penting sekarang, kita dah
jumpa Ian. Alhamdulillah,” tambah Auni.
Aku hanya mengangguk sambil mengucap syukur
dalam hati. Jazmin dan Noah yang baru sampai pantas
mendapatkan kami. Jazmin terus memelukku dan aku dapat
lihat Noah bercakap sesuatu dengan Ian. Riak wajah Noah yang
sebelum ini selalunya kelihatan tenang, kini berubah menjadi
serius.
“Thanks a lot, Kak Iman, Kak Auni. We’re really sorry
to trouble kakak-kakak,” ucap Jazmin.
“No worries, dik. Yang penting kita dah jumpa Ian,”
balas Auni.
“Alhamdulillah. I think, we better make our move
now. Lagipun dah nak maghrib ni. Again, thanks a lot, ladies,”
tambah Noah sambil tersenyum.
Ian bangun lalu menggalas beg galas hitamnya.
“I am truly sorry. I didn’t mean to make things happen
like this,” tutur Ian perlahan.
Aku hanya mendiamkan diri. Aku ingat mamat ni tak
reti langsung nak mintak maaf. Wajah Ian kupandang dan baru
aku perasan yang riak wajahnya kelihatan serba salah.
MALAM ESOKNYA apabila angah baru tiba di rumah dari Hong
Kong, sempat lagi aku menangis dan mengadu.
“Iman tak nak kahwin dengan mamat sengal macam
tu,” aduku dan lengan angah kutarik-tarik.
“Mulut tu jangan merepek benda bukan-bukan boleh
tak? Tengah hari esok awak dah nak bernikah tau. Nak kena
gulai dengan mama?” balas angah sambil berbisik. Risau dia
kalau mama mendengar perbualan kami dua beradik.
“Iman rela kena gulai. Iman tak nak kahwin dengan
mamat ais ketul batu tu.”
“Iman, jangan main-mainlah, dik. Jangan dilayan
sangat perasaan tu. Kan Ian dah explain yang apa dah jadi
semalam tu salah faham aje?”
“Fine. Angah pun dah tak sayang Iman.”
“Sebab sayanglah angah buat macam ni.”
Aku pandang wajah angah yang sedang tersengih.
Geram betul cakap dengan abang yang suka sangat loyar buruk.
“Trust me, Ian is a good guy,” tambah angah.
“Based on what? Malaysian Law? British Law? Act of
Parliament? Or common law?”
Angah sudah tergelak-gelak.
“Based on Isyraf Adam’s Law.”
Aku sudah mencebik. Suka sangat loyar buruk !
“Iman, pergi tidur. Dah pukul 11 lebih ni. Bakal
pengantin mana boleh tidur lewat. Nanti mama tolong pakaikan
beg plastik dekat tangan dengan kaki supaya inai tu tak kena
bantal dengan cadar bila tidur nanti,” ucap opah yang sedang
berjalan ke arah aku dan angah.
“Iman, pergi tidur. Opah dah bising tu. Enjoy your last
moment being called a ‘cik’,” usik angah.
Pantas aku memukul lengannya.
“Iman, habis lengan angah kena inai Iman!”
Aku ketawa puas hati tetapi tidak lama kerana selepas
itu mama pula membebel memarahi aku.
AWAL-AWAL pagi lagi sanak saudara daripada kedua-dua belah
mama dan papa sudah datang berkumpul di rumah. Banglo dua
tingkat milik keluargaku ini sangat meriah. Tambahan pula
kami tidak selalu berkumpul ramai begini kecuali ketika hari
raya.
“Mak andam datang pukul berapa, Iman?” soal mak su.
“Dalam pukul 10 macam tu,” jawabku sambil anak
mata membaca kiriman pesanan ringkas daripada Jazmin.
Menurut Jazmin, Ian memang kena kurung di rumah.
Agaknya takut mamat tu lari lagi. Malam tadi sebelum tidur,
aku sempat menghantar pesanan ringkas kepada Ian. Aku
sempat mengingatkan bahawa dia perlu berlatih menyebut lafaz
akad dalam bahasa Melayu.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan tertera nama
Mat salih celup.
“Assalamualaikum. Iman, are you sure you want me to
say out the akad in Malay?”
Aku sudah menepuk dahi. Dia ni kan, pagi-pagi indah
ni dah nak buat drama kahwin paksa.
“Yes, sure. Very sure. Mister Ian, awak tu orang Melayu
tau. Jangan nak mengada-ada sangat, ya.”
“But…”
“No more buts. That’s why you need to practice.
Practice makes perfect.”
Hah, kan watak ibu tiri Cinderella dah keluar. Ian
senyap.
“Okay.”
Aku meletakkan Galaxy Note itu di atas meja.
“Kenapa Iman? Cik abang awak nak apa?” soal Kak
Zira, anak sulung mak su.
“Dia tak nak lafaz akad dalam bahasa Melayu,” jawabku.
“Dah tu, dia nak guna bahasa apa?”
“French kut !’’
Kak Zira ketawa geli hati.
“Habis tu macam mana?”
“Beranilah dia nak guna bahasa lain selain bahasa
Melayu.”
“Iman, awak ni dah macam bunyi ibu tiri Snow White
tau.”
“Iman tak ada mirror on the wall la, Kak Zira. Wah…
Kalau ada, memang seronoklah!”
“Hah, dah start la tu nak merepek yang bukan-bukan.
Cik adik, pergi mandi. Dah pukul berapa ni? Nanti bising mama
tengok anak dara dia still pakai baju tidur lagi.’’
“Baik, puan besar.”
Aku berlalu ke dalam bilik dan meninggalkan Kak Zira
yang hanya mampu menggeleng melihat telatahku.

No comments:

Post a Comment