Terjungkit
kening Amirul Haikal. Hati membungkam geram. Kalau ikutkan hati nak dihumban
saja manusia ni kat dalam parit! Menyibuk aje! Takpe demi si pujaan hati, kau
mesti bersabar Haikal! This could be it!
Your time to shine! Pergh! Kalaulah dapat, tak tunggu lama – lama aku
pinang aje Rose Raihanah ni, baru puas hati! 24 jam aku ajak berkepit, memadu
asmara.
Oh! Indahnya
hidup. Mesti anak – anak kami comel aje, yalah! Mummy and daddy dah lah drop
dead and gorgeous! Sudah pastilah gen tu diturunkan kepada anak – anak.
Anak – anak? Wah! Mesti best ada anak
dengan wanita seindah Rose Raihanah. Nak cari rumah jauh sikit dari bandaraya,
mesti tempat yang boleh dapatkan ketenangan, privacy is vital!
“Kita breakfast dulu ye? Laparlaaa...” Rengek
Sarinah membunuh khayalan indah Amirul Haikal. Amirul Haikal mendengus geram,
mak nenek sorang ni memang tak boleh tengok aku senang! Mata mencari wajah si
pujaan hati di sebelah kiri.
“Rose, masih
awal lagi ni, kita breakfast dulu
ye?” Wah! Lembut betul suara engkau Haikal, bukan makin kau main peranan jadik romeo! Telinga sendiri pun boleh protes!
Rose Raihanah
tersenyum segaris. Kepala diangguk perlahan.
“Rose nak breakfast di mana? Sa...”
“Alahai! Tak
payahlah jauh – jauh, kat Synergy Cafe je! Senang nak ke office afterwards!” sampuk Sarinah bersahaja. Amirul Haikal
menjeling Sarinah yang sedang menjengahkan kepala di antara dua kerusi hadapan
keretanya.
“Eh! Aku bukan
tanya engkau lah! Sibuk aje!”
“Apa pulak?
Rose ni bff aku okay? Apa aku cakap
dia pasti ikut aje! Kan, Rose?”
“Err...” Rose
Raihanah memalingkan muka melihat wajah keruh Amirul Haikal. Dah mula dah dua
orang ni, bertekak dari rumah sewa Sarinah lagi! Entah apa yang tak kena, mula
– mula aje berbaik – baik siap dengan panggilan Encik Haikal – Cik Sarinah,
lepas tu tukar saya – awak, karang ni dah siap aku – kau je!
“Eh! Kau tak
tau malu ek? Aku kan tanya Rose, maknanya jawapan kau tak relevan dalam ini
cerita okay? Rose I mean it, you just
tell me where do want to have breakfast.”
“Oh! Please, it’s so obvious and you’re trying too hard,
mister! Listening to you make me wanna puke! Uwekk!” Sarinah buat aksi nak termuntah.
“Babe!” Rose Raihanah bulatkan mata, eh!
Minah ni makin menjadi – jadi pulak!
“Oh! So what? Bff? Bff my foot, it’s between me and Rose
and it’s none of your damn business!” Balas Amirul Haikal bersahaja. Rose Raihanah terlopong,
amboi! Mamat sengal ni pun bukan main macam budak – budak!
“Orang tua –
tua kata, kalau selalu bertekak lama – lama boleh jadi jatuh cin...”
“Euwww! Pleaselah!” Serentak Amirul Haikal dan
Sarinah mencantas ayat yang belum lengkap daripada Rose Raihanah. Rose Raihanah
tergelak.
“Tengok belum
apa – apa dah seia dan sekata...” Tambah Rose Raihanah lagi.
“Dunia ni
kalau semua lelaki dah takde, tinggal dia ni aje dengan kambing, aku rela lagi
tinggal dengan kambing tu tau?” Ujar Sarinah bersahaja, namun kedengaran sinis.
Rose Raihanah jungkit kening. Laaa... ingatkan dah selesai!
“Eloklah tu,
memang pun kau layak dengan kambing tu aje!” Amirul Haikal tak lepas peluang
melawan balik.
“Wei!” Laju
sahaja tangan Sarinah menampar lengan Amirul Haikal.
“Oi! Apa raba
- raba anak teruna orang ni? Kau ingat aku ni kambing kau senang – senang nak
sentuh?”
“Eh! Tolong,
itu pukul bukan raba! Kalau bukan kau tengah memandu aku hempuk aje kepala
engkau tu dengan steering lock ni
biar alignment urat saraf kau lari!
Kalau ikut hati takdenye aku nak bersentuhan dengan kau! Geli okay? Lepas ni sah aku samak aje tangan
aku yang kira dah ternoda ni!”
“Kau ingat aku
ni najis ke nak samak – samak segala? Amboi! Sedapnya kau cakap nak hempuk
kepala aku, kau ingat aku senang – senang aje bagi kau hempuk? Kau fikir kepala
aku ni kau yang bayar zakat fitrah? Silap – silap kau dulu aku humban keluar
dari kereta ni, biar tergolek kat luar tu!”
“Sudah!” Suara
Rose Raihanah sudah naik seoktaf.
“Macam budak –
budak lah korang berdua ni! Pening tau kepala dengar korang bertekak dari rumah
lagi tak habis – habis. Naik muak dengar suara korang menjerit – jerit!” Bebel
Rose Raihanah laju.
“She started it!”
“No I’m not! You started it!”
“Cukup! Kita
sarapan kat Synergy Cafe je lepas ni, kalau korang berdua tak boleh berbaik,
esok Haikal tak payah lagi jemput dan hantar Rose dengan Sarinah, kitaorang
naik bas aje.”
“Rose, I’m sorry okay! My bad, I apologize, but please
let me keep my promise to fetch you and send you home everyday, at least until
your have your car back from the workshop!”
“I’m sorry too... I promise to keep my mouth shut
afterwards! Tak nak lah naik
bas, panas lah! Berhimpit – himpit lagi, kereta aku pun masih kene pinjam ngan
abang ngah kat kampung tu!” Rengek
Sarinah minta simpati. Susah juga kalau Rose Raihanah tolak budi baik mamat
sengal tu! Tak pasal – pasal balik ke zaman darurat, berhimpit – himpit dalam
bas dah macam ikan sardin dalam tin!
Rose Raihanah
toleh kepala mencari wajah dua orang yang perangai macam Tom & Jerry, muka Sarinah yang minta simpati, muka Amirul
Haikal yang bersungguh – sungguh hendak menjadi seorang budiman. Terlepas
keluhan ringan dari mulut.
“Ok! Tapi
janji, kalau tak boleh berbaik – baik pun sekurang – kurangnya cubalah jadi
orang yang lebih dewasa! Satu lagi...err...”
“And what is that?” Amirul Haikal koyak senyum lebar, phew! Thank God! Masih ada kesempatan nak lancar misi mencuri hati
si pujaan hati!
“Boleh tak
korang berdua cakap Melayu aje? Korang ingat korang ni kat mane? London? Orang
luar datang Malaysia pun berusaha nak belajar Bahasa Melayu, kita ni pulak
bukan main lagi nak agung – agungkan bahasa luar!”
Amirul Haikal
kerut dahi. Sarinah pula tersengih – sengih.
“Memang betul
Bahasa Inggeris tu penting, kalau tidak takkan jadi bahasa kedua di Malaysia
ni, tapi, janganlah sampai buang bahasa ibunda kita! Berpadah – padahlah. Geli
tau telinga ni dengar orang sesama Melayu bercakap bahasa luar! Jangan lupa,
bahasa jiwa bangsa!” Sambung Rose Raihanah lagi. Tak dapat bendung lagi rasa
tidak puas hati mendengar lidah Melayu menutur selamba bahasa yang bukan milik
sebenar bangsa Melayu.
Amirul Haikal
mengangguk perlahan. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia ditegur begitu.
Hampir semua orang di sekelilingnya pun berbahasa Inggeris. Kadang – kadang,
memang boleh lupa kaki ni berpijak di bumi mana. Paling tidak, bahasa rojak!
Sekejap Inggeris, sekejap Melayu. Mata melirik wanita yang sudah benar – benar
mencuri hatinya.
Okay! Kena pasak dalam minda! Si pujaan hati memang pencinta
bahasa ibunda! Mulai hari ini, kena asah lidah untuk bertutur dalam Bahasa
Melayu. Selamat berjaya Amirul Haikal!
####
Rose Raihanah
memanggung muka. Renungan tajam Sarinah buat dia tidak keruan. Mata mencari
kelibat Amirul Haikal yang sedang beratur mendapatkan kopi untuk mereka
bertiga.
“Apa?”
“Kau ni memang
kan? Macam takde perasaan aje aku tengok.” Sarinah menyilang tangan ke dada.
“Takde
perasaan apanya? Tak faham aku, cuba cakap terang – terang sikit!”
Sarinah menghela
nafas panjang. Semalam dia dikejutkan dengan hikayat kisah Rose Raihanah dengan
Hud Daniel. Itupun selepas puas dia memaksa, setelah terhidu bau – bau hanyir
tentang karenah Rose Raihanah yang seolah – olah menyembunyikan sesuatu. Ini
Sarinah lah... Tak sia – sia aku ni jadik peminat tegar siri kartun Detektif
Conan! Mana taknya aku curiga, tiba – tiba nak berlakon bagai. Aku yang tak
minat berlakon pun terjebak sama! Nasib baik aku ni memang ada bakat
semulajadi!
Pergh! Setakat
mamat sengal tu, kacang je aku auta! Rose Raihanah tu kononnya nak elak
daripada si mamat sengal! My foot!
Macam aku nak percaya ngan si Rose ni, nak membohong pun tak pandai, errr
sana... errr sini... Muka merah semacam aje! Yalah, budak suci, kalau membohong
nampak sangat! Lambat – laun bukak cerita jugak budak Rose ni, tapi, aku pulak
yang migrain dengan kisah hidup diorang, dah macam novel melayu!
“Hoi!
Berangan!” Sarinah tersentak.
“Amboi! Kau
berangan sampai mana dah babe?” Rose
Raihanah menahan gelak, lawak melihat muka terperanjat Sarinah.
“Hah! Gelak,
gelak! Kau dengan mamat sengal tu sama aje!”
“Kau janganlah
babe, syukurlah Haikal tu nak
tumpangkan kita, percuma pulak tu! Jimat duit tambang, kadang – kadang duit
sarapan dengan makan tengahari pun kita jimat!” Ujar Rose Raihanah tersengih –
sengih mengenang Amirul Haikal sudah seperti pemandu peribadi mereka berdua.
Pagi berjemput, pulang dihantar. Pergh! Nikmat juga hidup beberapa hari ini!
“Sebenarnya,
Haikal tu baik orangnya, kacak pulak tu! Aku senang dengan dia, sikap nakalnya
tu kadang – kadang buat hati aku tercuit jugak!”
“Kau jangan
ingatkan aku pasal mamat sengal tu, aku tak boleh lupa hari pertama dia nak
jemput pergi kerja! Malu aku ni dua tiga tahun pun belum tentu hilang tau?”
Rose Raihanah
menahan gelak. Terimbas pula hari pertama Amirul Haikal menjemputnya untuk
pergi ke pejabat. Riuh blok taman perumahan Sarinah dengan bunyi hon yang tidak
henti pagi – pagi buta! Jiran semua pun berpusu – pusu keluar rumah masing –
masing, rasa nak maki tuan punya kereta mewah yang bersadai di rumah bujang
Sarinah. Sarinah pulak, yang sedang asyik menenyeh gincu di bibir, tak terfikir
langsung bunyi hon yang menjengkelkan itu datang dari kereta Amirul Haikal.
Nasib baik Kak
Salmiah sebelah rumah terus menghubungi telefon bimbit Sarinah. Kak salmiah beritahu
ada seorang lelaki kacak dengan kereta mewah sedang menunggu di luar rumah.
Wah! Sempat lagi Kak Salmiah tu, nak kena lapor agaknya dengan suami dia!
Kepochi betul, siap nak tau sudah kahwin ke belum si Amirul Haikal tu!
Jatuh rahang
Sarinah melihat kelibat Amirul Haikal yang melambai – lambai ke arahnya. Ah!
Sudah, dia betul – betul ingat si Rose tu duduk sini ke? Adoyai... Budak Rose
ni betul – betul dah susahkan aku! Telan air liur juga nak menyuraikan dan meminta
maaf kepada jiran – jiran yang berkumpul di luar rumahnya. Nasib semua selesai
dengan aman, kalau tak ada jugak yang kena bambu dengan jiran – jiran!
Hailaa... Terpaksa menipu bagitau yang Amirul Haikal tu abang sepupunya,
pertama kali sampai ke Malaysia, baru balik dari London!
Ceh! Menipu
tak ingat Sarinah waktu itu.
Sudahnya,
Sarinah terus menghubungi Rose Raihanah yang sememangnya dalam perjalanan ke
pejabat, dihantar oleh Abang Hisyam pemandu peribadi Engku Junaidah. Berkerut
dahi Abang Hisyam apabila Rose Raihanah memintanya berpatah – balik
menghantarnya ke rumah Sarinah pula! Tak sudah – sudah Rose Raihanah buat kerja
bodoh menyelinap masuk ke dalam rumah Sarinah dari pintu belakang.
Itulah yang
berlaku sehingga pagi ini. Pagi Amirul Haikal menjemput mereka berdua, pulang
dia juga yang menghantar pulang ke rumah sewa Sarinah. Rose Raihanah pula akan
dihantar dan dijemput oleh Abang Hisyam balik ke rumah keluarga Hud Daniel.
Betul – betul membazir masa! Mujurlah juga Engku Junaidah dan Datin Zara tidak
pernah menyoal kenapa Rose Raihanah kerap pulang lewat sejak akhir – akhir ini.
“Hoi! Dia
pulak yang berangan!” Laju tangan Sarinah menepuk lembut bahu Rose Raihanah.
“Kau dengar
tak apa aku cakap tadi?”
“Ap... apa?”
“Kau tu sedar
tak yang si Haikal tu serius nak usyar kau babe!”
“Entahlah!”
“Kau jangan babe, Haikal tu member baik laki engkau!”
“Susyhhh!!!” Jari
telunjuk di luruskan di mulut.
“Mulut kau tu
jagalah sikit! Karang tak pasal – pasal rahsia aku terbongkar!”
“Sorry, tapi, betul tak apa aku cakap!
Haikal tu rapat dengan Encik Hud, kalau si mamat sengal tu tau status kau
dengan member dia, parah tu babe!”
Rose Raihanah cuma mampu mendiamkan diri.
“Aku bukan
apa, kesian pulak dengan si sengal tu nanti! Sebab aku tengok dia tu memang
beriya – iya nak usyar kau!” Jujur saja Sarinah meluahkan apa yang dirasa.
Melihat wajah
keruh Rose Raihanah, Sarinah belas pula.
“Laaa... babe! Aku bukan nak rumitkan lagi hal
ni, aku susah hati dengan keadaan kau ni babe!”
“Entahlah. Aku
buntu, tak tau nak buat apa. Aku sendiri tak tau ke mana arah perkahwinan aku,
rahsia atau pun tidak seolah – olah takde makna pun, babe! Dah hampir sebulan Hud tinggalkan aku, jauh di sudut hati aku
dapat rasa, Saffiya takkan biarkan semua ini berjalan dengan lancar, aku rasa
dia memang rancang untuk jauhkan Hud daripada aku!”
Sakit hati
teringat kisah dua malam lepas. Rose Raihanah tidak menyangka dalam hanya
mencuba – cuba untuk menghubungi Hud Daniel, tiba – tiba saja taliannya
bersambung. Menanti panggilan disahut, dada makin berdebar – debar.
“Assalamualaikum,
abang?”
“Hmm... it’s you!” Rose Raihanah tersentak, Saffiya Safwa?
“Kak Safi...
err... abang ada?”
“Oh! God, who’s your sister? Nak berkakak bagai dengan aku! Huh! Abang konon... Perempuan
kampung tak sedar diri! Dah lah kau rampas laki aku, berani pulak kau nak cari
– cari dia waktu dia dengan aku ya?”
“Tak, bukan
macam tu, Rose, err... Saya...” Kelu lidah Rose Raihanah dibuatnya. Tidak
langsung menyangka seumur hidup ini dia akan digelar perempuan perampas.
“Oh! Save your breath, woman! For your information, Hud Daniel memang dengan aku sekarang ni, kami sedang
meluangkan masa bersama – sama, celebrating
our endless love together! Aku akan pastikan kau menyesal bersetuju untuk
berkahwin dengan Hud Daniel! Aku nak kau rasa sakitnya hati aku ni, aku nak kau
rasa terseksa sepanjang perkahwinan kau dengan Hud Daniel! Sampai satu masa,
engkau sendiri yang akan angkat kaki! Kau faham tu?!”
“Dear? Whose that on the phone?”
“No one, wrong number!” Talian diputuskan. Rose Raihanah memejamkan mata
seketika. Berharap semua ini hanya mimpi. Suara Hud Daniel yang kedengaran
begitu ceria seolah – olah belati yang menoreh jantungnya. Dia langsung tak
fikirkan pasal aku? Rose Raihanah mengeluh lagi.
Sarinah
menggenggam kekura tangan Rose Raihanah, seolah – olah ingin menyalurkan
sedikit kekuatan.
“Jangan
mengalah Rose!” Rose Raihanah panggung muka, melihat Sarinah yang sedang
tersenyum menjongketkan kening.
“Babe, kau bukan paksa pun si Hud tu
kahwin dengan kau! Korang bukan kahwin kontrak, keluarga dia restui hubungan
korang! Perkahwinan korang sah! Even
si Dark Witch tu dah setuju benarkan
laki dia kahwin lagi satu, ikhlas tak ikhlas biar dia dengan Allah saja yang
tau!”
“Dark Witch?”
“Hehe... madu
kau tu lah!” Sarinah angkat dua jari isyarat, peace!
“Yang penting,
kedudukan kau dengan Dark Witch sama
saja di sisi laki korang, kau pun ada hak tau? Jadi kenapa tidak gunakan saja
hak kau tu?”
“Maksud?”
“Come on lah babe... Kau tu ada rupa, muka ala – ala artis! Lelaki kalau nampak
kau, walaupun dengan kurung kapas macam ni je, toleh pandang dua kali tau?
Kalau lelaki lain boleh tergoda dengan kau, takkan laki sendiri kau tak boleh
goda? Bayangkan ko make over wardrobe
kau! Pakai baju – baju moden sikit! Pergh! Terangkat!”
Rose Raihanah
kerut kening, jari ligat garu kepala yang tidak gatal.
“Dah! Tak
payah nak berlakon jadi beruk! Tergaru – garu... kau yang kata perkahwinan
korang takde cintalah, apalah, pupuklah cinta tu! Binalah kasih – sayang! Kau
godalah laki kau! Pastikan kau pregnant
cepat – cepat, biar melopong si Dark
Witch tu! Berani dia nak dajalkan kawan baik aku!”
“Nak buat
macamana? Aku tak reti lah nak make over,
nak goda – goda semua ni!” Sarinah tersenyum lebar. Tangan kanan menepuk –
nepuk dada.
“Ni anak Pak
Naim nak ajarkan bab menggoda. Biar aku je jadi mentor, kau jadi protege! Kau
panggil aku sifu! Walaupun aku ni nampak suci dan murni, tapi, berkat selalu
bergaul dengan makcik – makcik cleaner,
tea lady, akak – akak receptionist
dan yang sewaktu dengannya, ilmu rumah tangga ngan ilmu pasal lelaki memang
penuh kat dalam dada, kau tau?” Rose Raihanah mencebik.
“Jadi, aku nak
buat apa sekarang? Kau rasa patut tak aku terus – terang aje dengan Haikal?”
“No!
Jangan dulu, Haikal sangat penting dalam plan
kita ni. Dia merupakan senjata rahsia kita! Dialah umpan untuk pancing cemburu
laki kau nanti!” Tegas Sarinah bersungguh.
“Kau jangan
nak ajar aku peralatkan orang babe!”
Bentak Rose Raihanah pula tidak setuju.
“Haisy! Bukan
peralatkan, kita follow with the flow
aje. Bukankan dia tu memang tengah usyar kau kan? Kita guna lah kesempatan yang
ada untuk plan sendiri! Biar si Hud
tu tau, kau ni bukannya tak laku! Lelaki babe!
Penuh dengan ego, mesti dia akan bertindak kalau terasa dicabar! Manusia ni
kalau dah dihadapkan dengan kehilangan, barulah nak belajar menghargai!
Lagipun, kau pernah dengar tak satu pepatah ni? Ignore the risk, and take the fall, if it’s meant to be, it’s worth it
all!”
“Sorry, lama nak bawa kopinya, ramai orang!”
Tiga cawan kopi yang semerbak harumnya disua ke hadapan dua wanita itu. Amirul
Haikal terasa pelik, mata bersilih – ganti memandang wajah Rose Raihanah dan
Sarinah, yang tunak merenungnya.
“Kenapa? Dah
lapar sangat eh? Napa tak makan je tadi, tak payah tunggu saya.” Mata terkebil
– kebil berbalas pandang dengan Rose Raihanah yang masih lagi terdengar – dengar bait – bait kata Sarinah. Amirul
Haikal yang masih termangu – mangu langsung tidak diendahkan.
Aku nak goda
Hud? Nak ngorat lelaki? Pandai ke aku ni? Setahu aku si Sarinah ni pun takde
pakwe, memandai je dia nak jadi sifu aku! Berlapis dahi Rose Raihanah cuba
membaca gerakkan bibir, Sarinah.
Mulakan, misi!
No comments:
Post a Comment