DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 1 March 2016

MY SOULMATE - BAB 12



Ayuni termenung di birai katilnya.  Sesungguhnya apa yang dilalui seharian cukup membuatkan sendi-sendinya lemah seolah-olah baru lepas melakukan kerja berat.  Sejak pulang dari kerja tadi, otaknya ligat memikirkan semula kata-kata Taufik.  Sebagai seorang wanita yang belum berpunya, sepatutnya hatinya akan berbunga-bunga keriangan apabila lelaki sesegak dan sekacak Taufik, ditambah dengan jawatan yang disandangnya itu meluahkan rasa cinta kepadanya, tetapi tidak bagi Ayuni.  Mungkin disebabkan dia permah melalui peristiwa dikecewakan. 
            Kata-kata luahan hati Taufik dirasakan seperti sebiji batu besar sedang menghimpit kepalanya.  Dia benar-benar kusut.  Memang Taufik tidak memaksanya dan sanggup mendengar apa saja keputusannya, tetapi dia tetap memikirkan pro dan kontra dari keputusannya.
 “Hei Ayu, apahal kau ni?  Termenung lagi?” sergah Hanis yang entah dari mana munculnya. 
“Astaghfirullah….hei Hanis, kau ni tak boleh ke beri salam dulu atau ketuk pintu tu dulu sebelum masuk.  Ni tak, masuk macam pencuri.  Nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak dah keras aku kat sini” Balas Ayuni agak marah akibat terkejut dengan kehadiran Hanis. 
Itulah satu perangai Hanis yang paling dibencinya.  Suka menyergah dan memeranjatkannya dan seperti biasa, Hanis akan terkekeh-kekeh ketawa bila melihat Ayuni terkejut.
Sorrylah kalau kau terkejut tapi dah berbuih mulut aku beri salam dan dah naik bengkak tangan aku mengetuk, tapi langsung tak berjawab.  Aku ingatkan kau dah pengsan kat dalam bilik ni” Hanis menjawab dengan ketawanya yang masih berbaki.  Kemudian dia menyambung lagi. 
“Oh ye…macamana kerja kau hari ni?  Ok? Maaflah, aku tak sempat pun nak contact kau tadi sebab hari ni aku betul-betul busy” Sambung Hanis. 
“Semuanya ok” Jawab Ayuni pendek. 
Dia malas nak ceritakan apa yang berlaku.  Seboleh mungkin dia hendak melempar jauh-jauh segala apa yang terjadi hari ini tapi mana mungkin?
 “Aikk…ok je?  Lain macam je nada kau ni Ayu?  Come on Ayu, jangan nak tipu aku.  Aku kenal kau bukan baru sehari dua.  Ni mesti ada yang tak kena kan?  Dari dalam kereta waktu balik tadi, kau asyik diam aje tambah lagi muka kau yang dah macam cemberut tu, ok apa bendanya?” Telah Hanis.
Ayuni sedar bahawa dia memang tidak boleh menyembunyikan apa-apa dari rakan baiknya itu.  Semua gerak-gerinya seolah-olah boleh dibaca Hanis.  Ada ilmu psikik agaknya.  Ayuni menghela nafas panjang.  Dia mencari kekuatan untuk menceritakan kepada Hanis.
 “Ni semua pasal bos-bos kau tulah.  Hishh..naik pecah kepala aku nak fikir perangai sekor-sekor” Marah benar Ayuni rasanya kepada dua orang lelaki itu hingga memanggilnya ‘seekor’, tapi berani di belakang sajalah.  Di hadapan mereka, Ayuni hanya menikus.
 “Siapa? Encik Hisyam atau Encik Taufik” Tanya Hanis pelik.
 “Ahh..dua-dua sekalilah.  Macam manalah aku boleh dapat bos macam diorang tu.  Aku ingatkan dapat bos yang handsome boleh menambah semangat aku bekerja, tapi lain pulak jadinya.  Rasa macam nak berhenti kerja adalah….” Omel Ayuni.
“Kenapa pulak dengan diorang tu?  Dia buat apa dengan kau?  Setahu aku, bos-bos handsome tu selama ni ok aje.  Takde pulak staf yang tension sampai nak berhenti kerja disebabkan diorang.  Makin bersemangat nak kerja lagi adalah.  Siap berangan-angan nak jadi makwe diorang lagi tau! Tapi sayangnya kedua-duanya memang single but not available…..” Terang Hanis untuk menjelaskan keadaan.
Single but not available?  Macam mana tu?” Soal Ayuni pelik yang nampak semakin berminat.
“Yelah….maksud aku Encik Hisyam tu memang single tapi not available sebab dia dah bertunang…..dan Encik Taufik pulak memang dah lama jadi single tapi sejak jumpa kau dia kata dia pun not available….” Balas Hanis bersungguh-sungguh.
“Eh, apa kena-mengena dengan aku pulak?  Kau jangan nak pandai-pandai scandalkan aku pulak ye!” Balas Ayuni kurang senang kerana padanya penerangan Hanis mengenai status kedua-dua lelaki itu langsung tidak menarik minatnya.
 “Aku nak tanya kau ni.  Kenapa kau tak pernah cerita yang salah seorang yang interview aku hari tu,  ialah Encik Hisyam.  Nak tercabut jantung aku tau bila aku tahu yang kutuk aku masa interview tu CEO syarikat and then siap cakap kat aku, bukan dia yang nak sangat ambil aku bekerja” Ayuni melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Hanis. 
“Encik Hisyam cakap macam tu?” Hanis agak terkejut. 
“Habis tu, kau cakap apa pada dia?” Tanya Hanis lagi tidak sabar. 
“Apa lagi, temperature aku pun mulalah naik.  Aku sound dia baliklah.  Aku cakap kat dia, kalau dah dia big bos tak terima aku, siapa lagi yang boleh bagi arahan pada dia.  Belum sempat dia jawab, tiba-tiba Encik Taufik masuk.  Kalau Encik Taufik tak masuk tadi, aku rasa aku dah ‘blah’ dari syarikat tu” Cerita Ayuni penuh perasaan. 
Hanis menarik nafas lega.  Mujurlah Encik Taufik menjadi penyelamat, kalau tidak  Ayuni  pasti sudah kehilangan pekerjaan.  Hanis masak sangat dengan perangai Ayuni, dalam kelembutannya, terselit sikap tegasnya.  Ayuni sanggup melakukan apa sahaja termasuk melepaskan jawatan yang amat diharapnya itu, jika maruah dirinya tercalar. 
So, maknanya sekarang Encik Taufiklah yang jadi hero kau hari ni ye?  Kan aku dah kata yang Encik Taufik tu memang sukakan kau sangat sebab tu dia sanggup buat apa saja untuk kau” Hanis senyum meleret. 
Dia tumpang gembira, bila Encik Taufik menjadi penyelamat Ayuni.
Ringan saja mulut Ayuni hendak menceritakan apa yang Taufik luahkan padanya tadi, tetapi Ayuni cuba tahan dirinya dari bercerita kepada Hanis.  Dia mahu memikirkan dengan caranya sendiri tanpa dipengaruhi oleh Hanis kerana dia tahu Hanis pasti akan berpihak kepada Taufik, kecuali jika dia sendiri sudah tidak mampu lagi untuk berfikir, barulah dia akan berkongsi dengan Hanis. 
Wahai hati, sabarlah!

No comments:

Post a Comment