Hud Daniel
mempercepatkan langkah yang sedia panjang. Tujuannya satu, tangga kecemasan!
Hendak melepaskan gian yang bersarang akibat desakan perasaan yang menimpa dan mencelarukan
fikiran sejak akhir – akhir ini.
Hala tuju yang
paling sesuai? Bahagian atas tingkat bumbung menara Synergy Power Corporations!
Tempat paling sesuai untuk menyendiri sambil menghabiskan rokok sebatang dua.
Hud Daniel bukan perokok tegar. Cuma apabila rasa tertekan, Hud Daniel mencari
juga benda yang umum tahu merosakkan itu. Pada hematnya, sekarang inilah masa
paling sesuai untuk menikmati tar dan nikotin!
Mana nak
dicari wanita untuk dijadikan isteri? Mencari wanita daripada lingkungan
kenalan dan kaum keluarga pasti akan mencetus konflik kepentingan individual.
Hud Daniel mencari seorang isteri untuk melahirkan zuriat, bukan mencari cinta!
Masa pula semakin pantas berlalu. Nak cari wanita mengambil masa, nak merancang
mendapatkan anak pun satu hal lagi! Soal rezeki anak bukan di tangan manusia
fana sepertinya.
Pening...
Pening...
Dia sudah ada
Saffiya Safwa. Cukup. Baik buruk wanita itu sudah jelas dan dia menerima Saffiya
Safwa seadanya. Baginya, sebagai sepasang suami isteri, toleransi amat penting
untuk memastikan hubungan yang kekal dan sihat. Sekarang, dia terpaksa pula
menikah lagi satu. Sibuk seorang Hud Daniel, tidakkan ada masa untuk bercinta –
cinta.
Jadi
persoalannya sekarang,wujudkah wanita yang sudi dikahwini semata – mata hanya
untuk melahirkan zuriat? Tanpa cinta dan kasih – sayang daripada suami? Tanpa
perhatian yang lazim diberikan oleh seorang suami? Mahukah perempuan itu
pertaruhkan kemahuan dan harapan dalam institusi perkahwinan semata – mata
kerana dia? Seorang lelaki yang baru dikenali dan jelas mempunyai agenda untuk
kepentingan sendiri?
Hud Daniel
tidak yakin mampu memberi kasih sayang kepada wanita lain selain Saffiya Safwa.
Hud Daniel sebenarnya juga tidak sanggup mendera perasaan sesiapa hanya untuk
kepentingan diri. Pasti akan tercetus masalah di belakang hari. Tapi, dia
memang sudah terdesak. Oleh yang demikian, langkah yang paling bijak pada hemat
Hud Daniel ialah mencari wanita yang juga mempunyai kepentingan yang sama
dengan dirinya dalam perkahwinan ini!
Sebaik sahaja
Hud Daniel menjejakkan kaki ke lantai bumbung, bunyi tangisan seorang wanita
menyapa Hud Daniel terlebih dahulu. Siapa pulak yang meraung ni? Perempuan
mana? Entah – entah, erk! Meremang juga bulu roma, manalah tahu kan? Tapi,
takkanlah siang – siang buta ini ada
benda alah itu?
“Ya... Rose
faham Pak Mail, Rose faham sangat! Pak Mail jangan susah hati, Pak Mail dah
banyak bantu Rose.”
Hud Daniel
masih berdiri tegak di tempat persembunyiannya. Cuma kepala dijenguk keluar mencari
– cari si empunya suara. Terasa macam James Bond pulak main sembunyi – sembunyi
begini, fikir Hud Daniel menyungging senyum di bibir.
“Takpalah Pak
Mail, biar Rose hubungi pihak bank nanti pasal tanah dan rumah tu. Entahlah,
rasa – rasanya tak dapatlah Rose jaga satu – satunya harta pusaka peninggalan
arwah mak dan abah, Pak Mail! Manalah Rose nak cekau ribuan ringgit nak bayar
pihak bank? Bayaran pinjaman pendidikan Rose pun lepas cukup – cukup saja dari
gaji Rose sebulan, tambah lagi dengan belanja makan pakai Rose kat sini!”
Makin rancak
tangisan. Beralunan irama sendu di telinga Hud Daniel. Sedih betul perempuan
ni, pekerja Synergy Powerkah? Takkanlah pekerja syarikat bangunan sebelah pulak
kalau dah menapak membanjir atas bumbung menara Synergy Power? Agak – agaklah
Hud Daniel!
“Rose sanggup
buat apa saja Pak Mail untuk pertahankan harta mak dan abah, Rose sanggup!
tapi, Rose tak mampu. Rose tak ada sesiapa yang boleh Rose mintak tolong, Rose
hanya ada mak dan abah dalam hidup ni. Rose ni sebatang kara. Kalau bukan Pak
Mail dan Mak Lijah yang bantu Rose sedikit – sebanyak entah apa jadi dekat Rose
lepas mak dan abah tak ada!”
“Sampai Rose
habis belajar ni pun, Pak Mail dan Mak Lijah yang bantu, kalau nak harapkan
duit peninggalan arwah abah, dan pinjaman pendidikan Rose, tak lepas pun Pak
Mail! Sebab tu, Pak Mail tak payah susah – susah hati pasal Rose, Rose faham
Pak Mail tak mampu nak bantu Rose lagi!” Sambung gadis bernama Rose itu lagi.
Hud Daniel mengangguk
kepala. Anak yatim rupanya. Sanggup buat apa sahaja? Terangkat kening Hud
Daniel mendengar pernyataan itu. Serta – merta teringat – ingat perjanjian
antara Engku Junaidah dengannya. Mencari wanita yang mempunyai kepentingan yang
sama dengannya dalam perkahwinan ini, yang boleh mencapai kata sepakat demi
keuntungan masing – masing. Hmm...
Semudah inikah
jawapan bagi permasalahannya?
“Cik Rose?”
Tegur Hud Daniel setelah selesai bicara wanita itu melalui telefon bimbitnya.
Namanya Rose lah kot? Dah dia bahasakan sendiri dengan nama tu! Haisy! Fokus
Hud Daniel, ada misi yang perlu dijalankan. Misilah sangat! Langkah diorak ke
arah depan cuba untuk mendekati wanita yang mencuri perhatian.
“Ya?” Wanita
bernama Rose itu berpaling. Terbuntang juga mata Hud Daniel melihat wajah
dihadapannya. Putih dan gebu tanpa mengenakan solekan yang tebal. Rambut
panjang ikal di hujung melepasi bahu bersinar indah. Ketika ini, tubuh itu
sedang membelakangkan cahaya matahari, efek pergerakkan sudah menjadi macam
iklan syampu rambut pula!
Tubuh langsing
yang tinggi lampai itu disaluti baju kurung kapas berwarna biru. Sederhana,
tapi masih mampu menggetarkan jiwa. Sekalipun jiwa yang sudah berpunya
sepertinya. Ehem! Hud Daniel, tolonglah... Yang melalut ke sana ke mari ni
kenapa? Macam budak remaja sahaja, hormon tak boleh kawal langsung!
Tapi, Hud
Daniel masih tidak mampu menghalau rasa kagumnya. Yang paling menghambat dada
Hud Daniel, ialah sepasang mata berwarna coklat yang bulat dan cerah
merenungnya tak lepas. Walaupun wajah ini agak suram dan sembab kerana tangisan
yang panjang, tidak terjejas langsung kemanisan asli yang dimiliki oleh wanita
ini. Hud Daniel!
“Ada ap...
Apa, Tuan?” Jawab Rose Raihanah tergagap – gagap. Alamak! Habis aku. Naik atas
bumbung menara Synergy ni jadi satu kesalahan ke tak eh? Kira menceroboh tak?
Mampus! Kena tangkap pulak oleh CEO Synergy sendiri! Rose Raihanah, hari ni
memang hari malang bagi dirimu.
####
Rose Raihanah
binti Razlan, berusia 23 tahun, graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang
perakaunan. Baru sahaja berkerja di dalam Jabatan Perakaunan Synergy Power
Corporations selama enam bulan sebagai pembantu. Sah jawatan setelah tiga bulan
di bawah tempoh percubaan.
Status? Bujang.
Prestasi bekerja yang amat bagus. Rekomendasi daripada pegawai penyelia juga
sangat baik. Hud Daniel sempat mengarahkan pembantu peribadinyanya, Jennifer
untuk mengumpulkan maklumat dari jabatan
sumber manusia tentang wanita yang sedang duduk termangu – mangu di hadapan
mata ini. Wanita yang kewujudannya tidak pun disedari oleh Hud Daniel dalam
perut bangunan Synergy sebelumnya. Sehingga sampai detik pertemuan yang tidak
terduga mereka baru sebentar tadi. Pertemuan yang masih seumpama mimpi bagi
keduanya.
“Saya panggil
Cik Rose ini, bersebab. Saya... Err... I
have a good proposal for you. Well I
don’t want to beat around the bush, let me get this straight. Saya ada
masalah. Saya perlukan seorang wanita untuk dijadikan isteri kedua saya dan
melahirkan zuriat kami dalam satu tempoh masa yang sudah ditetapkan. Saya sebenarnya
sudah pun berkahwin dengan wanita pilihan saya. Malangnya kami belum
dikurniakan anak. Atas permintaan orang tua untuk mendapatkan waris kepada
harta keluarga, saya terdesak untuk berkahwin lagi.”
“Saya tidak
akan memulakan sebarang perhubungan dengan penipuan. Sebab itu seawal ini saya
tegaskan. Sekiranya saya ingin bernikah lagi, saya tidak mahu perkahwinan ini
berlangsung hanya sebagai sebuah hubungan di atas kertas. I am expecting a very civilize and mature relationship. And, to avoid
conflict of interest, I’m looking for somebody with mutual benefits in this
marriage. Saya mahukan awak jadi isteri saya, saya pilih awak sebagai bakal
ibu kepada zuriat saya, Rose Raihanah. Saya
percaya yang you’re that somebody who
will gain benefits from this marriage!”
“Hah?” Rose
Raihanah terlongo.
Kahwin? Siapa
yang nak kahwin? Benefits? Untung apa
pulak ni? Eh? Gila apa Encik CEO ini! Kenal belum pun selama mana, nak cakap
pasal kahwin? Panas kepala aku terbakar dek sinaran matahari kat atas bumbung
tadi belum pun reda. Kahwin? Jadi bini kedua dia pulak tu! Gila, apa? Baru
sahaja Rose Raihanah ingin membuka bicara, Hud Daniel terus memintas.
“Sebelum you jump into any conclusion, biar saya
jelaskan sedikit lagi.” Hud Daniel menyambung lagi.
“Saya dah
dengar perbualan awak di atas bumbung tadi. Saya rasa saya boleh agak apa yang
berlaku dalam hidup awak sekarang, awak perlukan duit. Banyak. Sebagai satu –
satunya anak kepada kedua mak abah awak, sudah tentu awak tidak mahu kehilangan
semua harta peninggalan mereka, bukan? Saya ada duit, dan saya boleh bantu
awak, Rose Raihanah. Awak perlukan saya. Saya perlukan awak. Nikahi saya. Lahirkan
zuriat kita, saya yakin kita kita mampu selesaikan masalah ini serentak!”
“Tuan bercakap
seolah – olah semua ini semudah 1, 2, 3. Ini soal kahwin tuan. Lagipun, di mana
jaminannya kalau kita berkahwin kita akan mendapatkan zuriat? Anak itu kurniaan
Ilahi. Kalau ditakdirkan kita tidak juga mampu melahirkan anak, bagaimana? Tuan
akan menceraikan saya, atau tuan akan bernikah lagi kali ketiga?”
“Kita boleh
elakkan semua itu dengan satu pemeriksaan doktor. Sekiranya awak tidak punya
apa – apa komplikasi untuk mengandung atau melahirkan, kita akan teruskan
rancangan ini. Walaupun begitu, sekiranya telah ditakdirkan setelah menjalani
semua pemeriksaan tersebut, kita masih
tidak dikurniakan anak, jangan risau. Saya tidak akan menceraikan awak. Hal
yang lain pula, saya akan uruskan kemudian. We take one step at a time,
Rose Raihanah.”
“Cukup!” Rose
Raihanah bangkit dari sofa empuk itu. Tidak betah menunggu bait bicara Hud
Daniel yang pada pendapatnya itu amat tidak masuk akal.
“Saya tidak
tahu apa yang menyebabkan tuan terfikir yang saya akan bersetuju dengan
perancangan mengarut seperti ini! Saya memang susah dan perlukan duit. Tapi,
saya bukan terdesak! Cari perempuan lain tuan. Jangan sebab saya ini hanya
pekerja bawahan, saya boleh dibodoh – bodohkan dengan cara sebegini! Apa yang
menyebabkan tuan terfikir yang saya sanggup untuk menjadi isteri kedua? Sebab Tuan
Hud Daniel ini CEO Synergy Power Corporations?” Bentak Rose Raihanah
melampiaskan geram.
Hud Daniel
mengeluh perlahan.
“Saya faham
maksud kamu. Ini memang mengarut, cuma kalaulah awak boleh mengambil masa
sedikit untuk berfikir dengan minda yang lapang, awak akan terfikir yang ini
semua tidaklah seteruk mana. As for me,
I’m more than ready to just simply follow with the flow. Rose Raihanah.
Afterall, this is my last resort. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau
tidak ada, saya reda. Untuk yakinkan awak, saya boleh tambah klausa dalam
perjanjian pre-nuptual kita, yang
saya tidak akan menceraikan awak kalau setakat sebab kita gagal mendapatkan
zuriat. Saya berjanji tidak akan mensia – siakan awak, walau apapun berlaku,
sekalipun awak jadi isteri kedua.”
Rose Raihanah
geleng kepala. Bimbang fikiran yang semakin keliru akan membawa kepada
keputusan yang salah, badan segera ingin diseret keluar dari pejabat Hud
Daniel. Tiba – tiba namanya dilaung kuat.
“Rose
Raihanah!”
“Hah?”
“Sebelum awak
menolak terus rancangan saya ini. Beritahu saya apa perkara utama yang
menghalang awak untuk bersetuju dengan perancangan yang awak anggap gila namun
tidak bagi saya ini, selain daripada gelaran ‘isteri kedua’ itu? Awak sudah
berkahwin? Bertunang? Atau sudah ada teman lelaki. Atau awak ada cara lain
untuk selamatkan rumah dan tanah pusaka arwah ibu dan bapa awak?”
“Ada sesiapa
lagi yang awak kenal yang boleh meminjamkan awak duit ribuan ringgit dalam masa
terdekat ini? Awak perlu duit yang bukan sedikit, tunggakkan sudah makan
berbulan. Saya tidak fikir awak mampu bayar dengan hanya gaji bulanan awak,
simpanan? Berapa yang awak ada memandangkan awak baru saja mula bekerja di
sini.” Hud Daniel mula memujuk lagi.
“Saya bukan
ajak awak untuk berbuat perkara yang tidak baik, saya ajak awak berkahwin!
Kalau awak bersetuju berkahwin dengan saya, saya akan langsaikan semua hutang –
hutang itu. Awak tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya. Malahan selepas
menjadi isteri saya, perbelanjaan kehidupan awak saya akan tanggung sepenuhnya.
Awak tidak akan hidup susah lagi.”
“Ya. Mungkin
tidak ada cinta, tapi, saya tetap akan jalankan tanggungjawab saya sebagai
suami dan In Shaa Allah, one day father to our children with all my
heart! Awak tidak akan kesunyian lagi, sekurang – kurangnya awak akan
mendapat sebuah keluarga baru. Seorang suami dan In Shaa Allah, anak sendiri! Face
it Rose Raihanah. Kita
perlukan antara satu sama lain. Kita adalah anak yang cuba untuk berbakti
kepada orang tua kita. Awak bertanggungjawab untuk mempertahankan harta dan
peninggalan ibu dan bapa awak dan begitu juga saya! Peluang ini takkan datang
bergolek lagi.”
Jujur, ucapan
panjang – lebar daripada Hud Daniel sudah dapat menarik perhatian Rose Raihanah
semula dan sedikit sebanyak membeli jiwanya. Terduduk Rose Raihanah semula di
atas sofa. Bingung! Semua ini terlalu pantas, doa baru saja dipanjat awal
petang tadi untuk memohon agar Dia memberikan jalan untuk melerai kebuntuan
fikiran. Secepat inikah jawapannya?
Jeda.
Rose Raihanah
memanggung kepala mencari wajah Hud Daniel. Satu soalan bermain – main dalam
fikirannya.
“Kenapa pilih saya,
tuan?”
Hud Daniel
menghela nafas panjang.
“Saya berdoa
kepada Allah, untuk menunjukkan saya jalan keluar untuk menyelesaikan masalah
ini. Kita berdua memang dipertemukan pada masa yang tepat!”
####
Rose Raihanah
menyulam jari jemari kedua tangannya. Suasana pejabat luas dan mewah yang
berhawa dingin itu terasa panas. Rasanya, inilah keputusan paling sukar yang
perlu dibuatnya sepanjang hidup selama 23 tahun ini. Terbayang wajah arwah mak
dan abah, berselang – seli dengan gambaran rumah teres setingkat sederhana
besar tempatnya lahir dan membesar.
Aduh! Jawab
soalan final exam pun tak susah macam
ni! Puas Rose Raihanah menimbang – tara baik buruk akibat daripada keputusan
yang bakal diambilnya kelak. Banyak yang buruk dari yang baik sebenarnya.
Namun, apa pilihan yang aku ada? Sedangkan, peluang untuk menyelesaikan masalah
pula sudah ada di depan mata.
Rose Raihanah
memberanikan diri mengangkat muka menghadap wajah lelaki di hadapannya. Wajah
yang sebenarnya turut gelisah menanti jawapan dari mulut Rose Raihanah. Lelaki
yang baru sahaja dikenalinya awal petang tadi. Di atas bumbung pula tu!
Siapa sangka
terserempak pula dengan CEO Synergy Power Corporations, sedang dia buat drama
melankolia tadi. Selepas itu, Rose Raihanah disuakan pula dengan rancangan yang
tidak masuk akal. Bibir Rose Raihanah bergerak – gerak menuturkan sesuatu.
Namun tiada bunyi yang keluar. Hud Daniel mendengus geram. Hati sudah tidak
sabar!
“Miss Rose, spill it out! I need an answer now! Your
answer should be very simple, it’s either yes or no?”
Tersentak Rose
Raihanah dengan jerkahan Hud Daniel. Eh! Garangnya lelaki ni!
Mata bulatnya
terkebil – kebil memancing simpati. Muncung itik hampir muncul, hampir! Kuat
Rose! Kalau ada jalan lain, takkan aku nak menyusahkan diri begini, tapi... Jalan
memang tiada. Yang ada hanyalah lorong berliku yang ditunjukkan oleh lelaki
sombong perasan bagus di hadapannya ini.
Sempat lagi
mengutuk! Jangan lupa wahai Rose Raihanah, lelaki sombong perasan bagus inilah
yang bakal membantu kau melerai masalah yang sudah menjerut di leher! Rose
Raihanah menarik nafas dalam. Cuba untuk menghalau gementar yang bertandang.
Ini kerana dia tahu keputusannya ini bakal merubah hidupnya sebentar lagi.
“Tak boleh
bagi masa lebih sikit nak untuk fikir dulu ke tuan?”
“Tak boleh!
Saya kesuntukkan masa Miss Rose, it’s now
or never!”
“Kurang –
kurang bagi saya fikir sampai besok?”
“No!”
“Malam ni?”
“Miss Rose!”
“Ok... ok... Baiklah.
Saya setuju dengan rancangan ini. Saya... Err... juga akur dengan semua syarat
yang tuan nyatakan tadi.” Luah Rose Raihanah akhirnya, menyerah nasib diri
kepada takdir. Allah! Moga – moga keputusan drastik ini tidak akan menjadi
masalah kepada aku satu hari nanti.
Huh! Mendesak
betul lelaki ni. Tak menyempat – nyempat nak bagi masa kat aku fikir – fikir
dulu. Bukan dia tak tahu, keputusan yes
or no dia tu bukan yes or no nak
beli kek perisa coklat atau kek perisa vanila untuk meraihkan harijadi dia! Ini
keputusan besar kot? Keputusan yang bakal merubah seluruh perjalanan hidup aku.
Ya, Allah! Betulkah jalan yang aku ambil ini? Keraguan makin mengasak di jiwa
Rose Raihanah.
“Awak pasti?”
“Ya. Saya
pasti.”
“Once we
proceed, tak akan ada toleh ke belakang lagi, Rose Raihanah.”
“Ya, saya
faham.”
Hud Daniel
mengangguk – angguk perlahan. Lega. Masalahnya hampir selesai. Berjaya juga dia
yakinkan wanita bermata bulat ini. Tidak sia – sia dia bertegas untuk
menyelesaikan masalah ini dengan cara sendiri. Tanpa perlu campur tangan Saffiya
Safwa ataupun Engku Junaidah. Cukup – cukuplah dia akhirnya terpaksa bersetuju
dengan rancangan tidak masuk akal ini. Dia tidak mahu menambah gila lagi dengan
membiarkan diri mengikut telunjuk mereka seratus – peratus! Mereka yang
mencipta drama ini, tapi Hud Daniel mahu menjadi teraju utama! Hasilnya,
lihatlah! Wajah polos itu direnung seketika. Dia ini wanita yang baik – baik,
pasti tidak akan ada penyesalan untuk menjadikan dia isteri kelak.
“Good. Besok tepat pukul 10 pagi, kita
akan berjumpa di pejabat ini bersama peguam peribadi saya untuk menandatangai
beberapa dokumen penting.”
Giliran Rose
Raihanah mengganguk – angguk tanda faham dan setuju. Takut aku lari lah tu! Kau
ingat aku sepupu – sepapat Usain Bolt ke nak main lari – lari pulak ni? Ini
Rose Raihanahlah! Bodoh manapun keputusan yang aku buat, aku tetap akan
teruskan juga. Rose Raihanah ini adalah seorang yang berpegang pada kata –
katanya.
“Saya bukan
takut awak lari, Rose Raihanah. Saya tidak sedikitpun percaya yang awak jenis
tidak mengotakan apa yang dikatanya. I
just want to validate this agreement in
black and white, to formalize everything untuk tidak menjadi masalah di
kemudian hari.”
Erk! Rose
Raihanah terasa hendak tercekik. Aku cakap dalam hati ke aku cakap kuat tadi?
Alamak! Dia ada sixth sense ke apa
ni?
“Tak. Saya
takde sixth sense or whatever. I just
know. It’s written all over your face!”
Erk!
####
“Nenek sihir
itu memang sudah melampau!” Dengus Saffiya Safwa.
Berita
pernikahan yang bakal berlangsung antara Hud Daniel dengan perempuan entah dari
ceruk mana Hud Daniel jumpa serasa seperti bom yang meletup dalam hatinya.
Tercabar juga rasanya. Apa yang nak dikisahkan Hud Daniel berkahwin lagi?
Saffiya Safwa bukannya kemaruk sangat dengan cinta. Kalau bukan harta Hud
Daniel yang berkepuk – kepuk itu, takkan dia sanggup mengakhiri zaman bujangnya
yang penuh gemilang dengan perkahwinan yang membosankan! Setia kepada seorang
lelaki sepanjang hidup? Oh! Gambaran yang menakutkan. Hei! Ini Saffiya Safwa,
berduyun lelaki kejar berebutkan dia, okay?
Namun, apa
yang betul – betul dikisahkan olehnya apa akan jadi dengan kedudukannya disisi
Hud Daniel sekiranya Hud Daniel beroleh zuriat daripada rahim perempuan lain,
sedikit – sebanyak pasti akan tergugat.
Tangan pantas
menggosok – gosok perut yang kempis. Huh! Hud Daniel itu bodoh, dia tidak tahu
sudah berapa kali Saffiya Safwa melakukan pengguguran. Doktor peribadi mereka sudahpun
dia beli dengan duit untuk memalsukan laporan perubatan mereka berdua. Hud
Daniel itu yang tidak mahu faham, anak tidak termasuk langsung dalam agenda
hidupnya!
Memanglah
harta papa dan mama pun cukup untuk dia seorang anak tunggal, tapi, status dan
kedudukan yang ada pada Hud Daniel itu yang mahal harganya! Tambahan pula, dia
tahu niat sebenar Engku Junaidah itu adalah untuk menyingkirkannya daripada
keluarga ini. Pada awak perkahwinannya dengan Hud Daniel, jenuh dia cuba gula –
gulakan orang tua itu dengan lakonannya yang dikira mantap! Mantaplah, kalau
tidak manakan jadi bodoh Hud Daniel olehnya! Sayangnya orang tua itu tidak
terkesan langsung dengan lakonan – lakonan yang dipersembahkannya. Malahan,
makin membenci pula nenek sihir itu! Saffiya Safwa mendengus lagi.
“Darling, belum tidur lagi?” Terdengar
suara garau menyapa cuping telinga Saffiya Safwa. Hariz Amrey lantas bangkit
dari pembaringan katil bersaiz king yang terdampar di bilik hotel
bertaraf 5 bintang di Singapura. Tangannya lantas meraih lengan Saffiya Safwa
yang sedang termenung di bucu katil.
“Come on darling, its 3 am! Let’s get some sleep, I’ve a
meeting tomorrow at 10 am! We have to catch flight back to Malaysia
afterwards.”
Saffiya Safwa
berpaling malas menyambut panggilan kekasih gelapnya. Malas berfikir tentang
masalah perkahwinannya dan nenek sihir yang liat nyawanya itu! Bersambung lagi
episod kecurangan seorang isteri terhadap suaminya!
No comments:
Post a Comment