Hud Daniel
merenung jam di tangan. Satu jam lagi sebelum waktu keberangkatan. Malaysia
akan ditinggalkan dan dia akan menuju ke Bali. A getaway. Itu permintaan Saffiya Safwa, setelah rasa sesal menujah
hati selepas insiden drama di dalam pejabatnya petang tadi. Pertama kali
memarah Saffiya Safwa sebegitu, rasa menyesal pula.
Sepatutnya dia
lebih sensitif dengan keadaan Saffiya Safwa. Dia sudah berkorban perasaan
untuknya. Demi memujuk cinta pertamanya itu, langsung sahaja Hud Daniel
bersetuju untuk bercuti bersama, tanpa sebarang persediaan. Tidak tega
membiarkan rajuk Saffiya Safwa berlarutan, lebih – lebih lagi dalam keadaan
mereka sekarang.
Pejabat
ditinggalkan tanpa pesanan kepada sesiapapun kecuali Jennifer. Itupun sekadar
berpesan agar membatalkan semua janji temunya sehingga dia kembali ke pejabat.
Kepada Engku Junaidah, Datin Zara dan Rose Raihanah, Hud Daniel cuma berharap
mereka tidak terlalu risaukan dirinya. Malas mahu menitip pesanan, ataupun
sebarang penjelasan tentang pemergiannya secara mendadak ini, bimbang hanya
mengundang lebih banyak masalah.
“Hud darling... Give me your phone.”
“But, Saffi dear... What if...”
“No! You promised me, no distraction!”
“Fine.”
Hud Daniel
cuma mampu mengeluh. Demi Saffiya Safwa... Ucap Hud Daniel berulang – ulang di
dalam hati. Semacam mantera untuk meyakinkan hati yang mulai goyah. Kalau benar
semua ini kerana cintanya kepada Saffiya Safwa, kenapa rasanya seperti menipu
diri sendiri? Hud Daniel cuba melelapkan mata sejurus melabuhkan punggung di
kerusi empuk penerbangan kelas pertama itu.
Semua ini
memang meletihkan! Mata di kalih ke sebelah kanan, wajah jelita Saffiya Safwa
direnung lembut. Tangan putih itu diraih kemudian digenggam erat. No distraction! It’s only you and me! Hanya
Hud Daniel dan Saffiya Safwa. Kata – kata Saffiya Safwa kembali berulang di
ingatan. Akan tetapi yang peliknya wajah yang tergambar di dalam fikiran Hud
Daniel hanyalah wajah polos Rose Raihanah yang pasti sedang menunggu panggilan
telefon dan menunggunya untuk pulang ke rumah bersama – sama!
####
Saffiya Safwa
melirik kepada Hud Daniel yang sudah terlelap di sebelahnya. Sebuah senyuman
penuh muslihat terukir dibibir. Hah! Hud Daniel masih dalam genggaman rupanya!
Lega hati Saffiya Safwa. Selepas dihalau keluar oleh Hud Daniel dari
pejabatnya, Saffiya Safwa hanya mampu menahan amarah yang membakar rongga dada.
Rasa bimbang merajai hati. Bimbang sekiranya Hud Daniel sudah betul – betul
terpikat dengan perempuan itu! Siapa sangka baru saja tangan mencapai pintu
kereta Nissan Skyline merah itu, terdengar namanya dilaung satu suara yang
cukup dia kenal.
Hud Daniel!
“Saffi dear...look I’m so sorry about what just happened.”
“You hurt me, Hud!”
“I know. Tell me dear, what can I do to straight things
out? To earn your forgiveness?”
Saffiya Safwa
membuang muka. Sedaya upaya dia cuba menahan keterujaan hati. Kalau ikut rasa
sekarang, mahu saja dia berjoget riang! Yes!
Tak sangka bodoh Hud Daniel ni masih tak terubat! Kedua tapak tangan Hud Daniel
ditekap lembut di kiri dan kanan pipi Saffiya Safwa. Satu ciuman dilayangkan di
atas ubun – ubun sang isteri.
“You tahu I tak pernah ada niat untuk sakitkan hati you... I sayangkan you Saffi.”
“I sayangkan you juga, Hud.” Urgh!
Hah! Kembang
kempis hidung Saffiya Safwa menahan ketawa. Ini kalau perempuan tak guna tu
nampak, mahu dia menangis air mata darah ni! Oh! Woman... this man is mine!
Cancel
rancangan temu janji dengan bomoh Esah!
Kapal terbang
sudah mencecah ke langit tinggi. Suasana dalam perut kapal agak sunyi. Ramai
penumpang sudah mula mengarang mimpi lena. Saffiya Safwa masih terjaga. Bibir
giat mengoyak senyuman penuh makna. Lengan sasa Hud Daniel dipeluk kejap. Misi
menjarakkan Hud Daniel dengan Rose Raihanah sudah bermula! A getaway konon! Kalau ikutkan hati memang malas amat nak bercuti
dengan si kejung Hud Daniel. Lainlah kalau dengan Hariz Amrey!
Now that would be the real ‘getaway’!
Saffiya Safwa
sempat tersengih gatal. Tapi, ini mungkin peluang untuk dia menganyam kembali
hubungan mereka serapi mungkin. Pada masa yang sama kesempatan ini mesti
diambil, Hud Daniel mesti dipisahkan dari perempuan itu! Apa juga rasa yang
baru bertunas antara mereka mesti dicantas!
####
Sudah hampir
dua jam Rose Raihanah menunggu. Kaki yang sudah mulai lenguh direnung lama. Tak
lama lagi boleh bercendawan aku kat sini! Nafas dihembus kasar. Minda cuba mengulang
tayang adengan lewat petang tadi yang membawa kepada pesanan supaya dia
menunggu serupa tiang bendera di sini!
“Sorry about that. Rose balik office dulu. Petang nanti abang call, kita balik saing. Tunggu abang
tau!” Pesanan Hud Daniel masih terngiang – ngiang di corong telinga Rose
Raihanah.
Selepas drama
sebabak lakonan ‘madu’nya mengamuk di pejabat Hud Daniel sebentar tadi, Hud
Daniel yang jelas riaknya gusar tidak sabar ‘menghalau’nya keluar. Huh! Tadi
dia jugak yang panggil aku, siap dengan mood
gatal lagi! Sekarang bukan main halau, nak kejar bini dia lah tu! Rose Raihanah
sempat membebel di dalam hati.
“Tak payahlah
abang. Susah – susah Rose balik sendiri je lah. Kereta pun asing – asing kan?”
“No. Kita balik sama – sama. Tunggu
abang.”
“Tak payah
lah... Karang ganggu masa abang pulak. Bukannya Rose tak biasa pandu kereta!”
“Boleh tak jangan
degil?”
“Degil apanya?
Rose tak nak susahkan abang je.” Perlahan suara Rose Raihanah kedengaran.
“Siapa kata
Rose susahkan abang? Abang kata tunggu, Rose tunggu ajelah! Apa – apa hal abang
call!”
“Rose yang
cakap. Sebab Rose tau diri... Tau kedudukan Rose.” Hud Daniel mendengus geram.
Fikiran yang kusut bertambah bersimpul dengan sikap Rose Raihanah yang mula
menunjukkan degilnya.
“I said no, means no, Rose Raihanah! Tak faham ke?! Ni apa pulak pasal tau diri? Tau
kedudukan? Abang minta Rose benda yang mudah aje. Tunggu panggilan abang dan
tunggu abang balik! Takkan itu pun tak faham?!” Suara Hud Daniel sudah naik seoktaf. Terhenjut jugak bahu Rose
Raihanah.
“Yalah.” Jawab
Rose Raihanah lemah. Sabarlah wahai hati, ingat kedudukanmu! Langkah dibuka
laju menuju ke luar pintu. Belum sempat tangan mencapai tombol berwarna emas
itu, terasa lengan kirinya dipaut lembut.
“Rose, sorry...” Leret Hud Daniel.
Rose Raihanah
merentap kasar lengannya dari pegangan Hud Daniel. Hati tiba – tiba jadi lebih
sakit. Mata merenung tajam wajah suami yang tampak serba – salah. Tangan
kembali mencapai tombol emas, tanpa bicara Rose Raihanah terus meloloskan diri
dari pejabat yang terasa mula menyesakkan jiwa.
Dum!
Pintu dihempas
kuat. Hud Daniel meraup wajah kasar. Kasihan pula melihat wajah suram wanita
yang mula bertapak di dalam hatinya itu.
Kesudahannya,
jam sudah masuk pukul tujuh petang. Tiada panggilan daripada Hud Daniel.
Kelibat encik suami juga tidak kelihatan. Sudah masuk dua jam Rose Raihanah
menunggu Hud Daniel di tempat letak kereta menara Synergy. Kereta – kereta
kakitangan yang memenuhi petak tempat letak kereta mula berkurangan. Langit
makin gelap, Maghrib sudah hampir. Rose Raihanah mengeluh lagi. Tunggu dalam
kereta, aircond pulak buat hal!
Panasnya Subhanallah! Macam dalam ketuhar! Badan
melekit berpeluh – peluh minta disirami air. Tunggu kat luar kereta pulak ini
lah bahananya, mahu tercabut pinggang dengan tempurung lutut!
Jari runcing
mula mendail nombor encik suami lagi. Yang ke entah berapa puluh kali!
Panggilan tidak berjawab. SMS tidak dilayan. Satu jam yang lalu Rose Raihanah
sempat menghubungi Jennifer, pembantu peribadi Hud Daniel. Malangnya wanita
kacukan Serani Tionghua itu hanya mengulang pesanan terakhir Hud Daniel tentang
pembatalan temujanjinya.
Tiada pesanan
tentang ke mana dia pergi atau bila dia akan kembali ke pejabat. Hmm... Rose
Raihanah mengeluh buat kesekian kalinya. Skrin Nokia E71 dipandang sayu. Rasa hati hendak menidakkan bicara akal
yang menyatakan Hud Daniel sedang bersama dengan Saffiya Safwa. Barangkali
sedang memujuk.
Tangan dibawa
ke dada sebelah kiri. Sakit. Kenapa ada rasa sakit? Rose Raihanah mengeluh
lagi. Tangan laju menepuk dahi berkali – kali. Bodoh! Yang kau sakit hati
kenapa? Itu kan isteri dia? Jangan lupa, isteri yang dicintainya! Berapa kali
mahu diulang supaya hati ini makan ajar? Jangan sekali – kali lupa, tidak
mungkin akan ada perasaan lain selain daripada rasa tanggungjawab antara Hud
Daniel dan Rose Raihanah! Jangan berani lupa Rose bahawa kau dinikahi kerana
satu sebab, dan sebab itu bukan cinta!
Mata mula rasa
pedih dan panas. Sakit menjadi sayu. Rose Raihanah menyandarkan badannya ke
pintu Myvi miliknya itu. Tangan melurut lagi dada sebelah kiri. Apa rasa ini?
Baru sebulan menikah, takkan begitu mudah dia jatuh cinta? Jatuh cintakah?
Kalau bukan cinta jadi apa? Kenapa rasa sakit bila mengenangkan Hud Daniel
bersama dengan Saffiya Safwa? Cemburu? Kata orang cemburu itu bunga – bunga
cinta. Betulkah? Apa bengap sangat kau ni Rose Raihanah! Tangan sekali lagi
laju menepuk dahi, dengan harapan kali ini semua angan – angan berkubur saja.
“Fokus Rose
Raihanah, fokus! Jangan jadi lemah begini!”
“Uiks! Jangan
ditepuk dahi tu sayang... Karang bengkak tak cantik macam ikan flowerhorn!”
Rose Raihanah
pantas menoleh. Mata dijuling ke atas. Adoyaiii... Mamat ni lagi! Dah lah aku
ni mood tak berapa nak elok. Haisy!
Tanpa mempedulikan Amirul Haikal, Rose Raihanah terus saja masuk ke perut
kereta. Kunci kereta dipulas. Eh! Lain macam bunyi ni. Apesal tak boleh nak start pulak ni?
“Hah! Kan dah
kena daulat. Abang ni keturunan di Raja tau? Baru je nak sakitkan hati abang
nan halus lagi sensitif ini, kereta sayang dah tak boleh nak start! Lain kali, jangan main elak –
elak daripada jumpa abang lagi tau?” Tanpa segan Amirul Haikal sambil tersengih
– sengih selamba masuk dan duduk di sebelah Rose Raihanah.
“Kete sayang
rosak, eh?”
Rose Raihanah
membuang muka ke luar tingkap kereta. Alahai! Mamat ni, memang muke tembok
betul! Sah – sah tak kene layan dia boleh pulak masuk dalam kete aku!
“Ntah! Tak
boleh nak start pulak...” Rose
Raihanah menjawab juga. Buat masa sekarang keretanya lagi perlu diberi
perhatian. Hari dah makin gelap. Orang pun dah makin kurang. Manalah tau mamat
ni boleh tolong? Baik jangan nak menyombong sangat Rose Raihanah!
Amirul Haikal
sambung sengih lagi. Uiks! Ada respond!
Ini sudah bagus! Keep up Amirul
Haikal!
“Try start lagi sayang...” Rose Raihanah
akur.
“Tak boleh
lah... Hmm... Karang paksa – paksa meletup pulak! Naya je!” Rose Raihanah mula
mengeluh. Macamana nak balik?
“Dah lah,
tinggalkan aje kete kat sini. Karang abang call
mechanic untuk check kete sayang.
Jom!”
“Jom?”
“Yalah... Kete
ni tinggal kat sini, jadi sayang nak balik camne? Abang hantarlah!”
“Eh! Tak payah
kot. Rose boleh naik teksi.” Tolak Rose Raihanah sopan. Karang tak pasal –
pasal jadi gosip! Amirul Haikal menggelengkan kepala.
“Teksi? Waktu
– waktu begini? Di kawasan pejabat kita ni? Bahayalah... Dah! Mari abang hantar
je. Bukan abang nak buat apa pun. Takkan takut, kot? Hari dah makin lewat
karang sampai rumah tengah malam pulak!” Terdiam juga Rose Raihanah. Betul
juga, bahaya naik teksi sorang – sorang waktu begini.
“Jap. Rose
ambik beg tangan dulu.” Amirul Haikal tersenyum lebar. Alahai pujaan hati! Peluang
sudah mari! Laju Amirul Haikal membuka pintu kereta Mercedes Benz C 200 K nya.
Rose Raihanah
menyelinap masuk ke kerusi penumpang di hadapan.
“Terima kasih
ye Encik Amirul Haikal sebab tumpangkan Rose.” Ucap Rose Raihanah ikhlas.
“Amboi! Panjangnya
nama abang sayang sebut. Pesal tak bubuh nama ayah abang sekali?”
“Err...”
“Panggil
abanglah sayang...” Leret Amirul Haikal.
“Boleh tak
Encik Haikal jangan panggil saya begitu?”
“Panggil
macamana?”
“Sayang!”
“Ye,
sayang...”
“Encik!”
“Sorry... sorry... Ingat sayang panggil
abang tadi!” Rose Raihanah mula buat muka. Gedik betul mamat ni! Amirul Haikal
sambung gelak. Seronok sungguh mengusik pujaan hati ini!
“Ok... ok... Tukar
panggilan, err... Darling?”
“Encik!”
“Ok... ok... Honey!”
“Huh!”
“Tak suka
jugak? Emm... Baby?”
“Ewww...” Makin
kuat gelak Amirul Haikal. Bersungguh – sungguh Rose Raihanah membuat muka tidak
puas hati.
“Ok... yang ni
mesti best, Precious?” Rose Raihanah
geleng kepala. Karang macam watak si Smeagol
aka Gollum kat dalam movie Lord of
The Ring je!
“Angel?”
“Rose! Panggil
je Rose! Pleaseeee...” Naik meremang
bulu roma Rose Raihanah mendengar semua panggilan – panggilan sayang itu. Huh!
Boleh naik paras gula! Ketawa Amirul Haikal meledak lagi.
“Fine! I panggil you Rose. Tapi, dengan syarat?” Amirul Haikal angkat kening. Rose
Raihanah memeluk tubuh. Apalagi mamat ni?
“Rose takkan
panggil Encik Haikal, abang okey?”
Amirul Haikal
gelak lagi. Hailaa... Senak perut!
“Yalah...
yalah... I baru je nak feeling – feeling pun tak boleh! Drop the ‘encik’ panggil Haikal je,
okey?” Rose Raihanah menganggukkan kepala tanda setuju.
“Pinky promise?” Amirul Haikal lantas menyua jari kelingking kanannya.
Rose Raihanah mencebik.
“Tak sudi,
haram!”
Ketawa Amirul
meledak lagi.
No comments:
Post a Comment