DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 1 March 2016

UNTUK SEKALI LAGI - BAB 4



“Hoi! Sibuk nampak?”

Hud Daniel panggung muka, kemudian tunduk balik menghadap Macbook Air Pro meneruskan kerjanya. Malas melayan Amirul Haikal, sahabat baiknya merangkap Pengurus Jabatan Sumber Manusia di Synergy Power. Geram tidak dilayan, Amirul Haikal mengambil sebatang pensel mekanikal kemudian melontar terkena tepat ke dada Hud Daniel.

“Kau ni dah takde keje?”

“Aku lapar ni. Jom gi breakfast!

“Makan je yang kau tahu. Aku sibuk ni, check financial report.”

Amirul Haikal menggeleng kepala. Hud Daniel yang dikenal lebih kurang 19 tahun ini memang gila kerja! Sejak dari rakan sekelas hingga rakan sekerja, perangai yang satu itu tidak pernah berubah. Kalau pasal kerja, makan pun boleh lupa. Tapi, itulah... antara Hud Daniel, Hariz Amrey dengan dia sendiri, pasal perangai gila kerja itu juga yang menyebabkan Hud Daniel lah yang paling berjaya antara mereka tiga bersahabat. Sungguh, walaupun Synergy Power Corporations itu adalah hasil titik peluh Dato’ Hail Iskandar, tapi, sejak Hud Daniel menerajuinya, Synergy Power semakin maju dari tahun ke tahun.

Hud Daniel memang yang paling pintar dan berkebolehan antara mereka bertiga. Hud Daniel terkenal dengan nama jolokkan ‘Mat Smart’, maklumlah 24 jam segak jaga penampilan! Pakaian pula tidak sah kalau bukan dari jenama yang mahal. Nasib si anak orang kaya! Kalau cakap pasal ‘Mat Romeo’ pula, itu memang Hariz Amrey. Pencinta wanitalah katakan! Teman wanita keliling pinggang. Orang lain hobi kumpul setem, kumpul duit syiling, si Hariz Amrey ini pula kumpul teman wanita!

Kalau Amirul Haikal, hmm... Sempat juga Amirul Haikal mengurut dagu tersengih nakal. Amirul Haikal itu yang paling superb! Paling handsome! Paling kacak! Paling smart! Pendek kata semua yang paling lah! Perempuan kalau pandang, sumpah terus jatuh hati! Adoilaaa... Perasan betul kau ni Haikal!

“Aduh!” Pensel mekanikal yang dibaling kepada Hud Daniel kini melayang ke dahi Amirul Haikal pula.

“Ko pesal ni, bro?

“Yang kau tersengih – sengih macam saje nak mintak penampar sulung aku tu kenapa? Buang tebiat? Kata tadi nak makan, pegilah... Aku tak boleh ni, banyak sangat nak kena buat!”

“Takkan habis kerja tu, bro? Jomlah... karang terlepas pulak nak mengorat si cantik manis pujaan hati!” Ujar Amirul Haikal sambil tersenyum – senyum kambing.

Hailaa... Tiba – tiba teringat dengan wanita pujaan hati. Si mata bulat yang menyebabkan Amirul Haikal angau kebelakangan ini.

Hud Daniel menghela nafas menyandar ke kerusi. Dalam rasa keletihan, matanya tunak melihat telatah Amirul Haikal yang sedang mengelamun. Wajah itu tersenyum – senyum kambing sendiri. Lain macam ni. Jangan cakap, err... Amirul Haikal jatuh cinta? The Amirul Haikal? Orang yang paling takut dengan komitmen dalam perhubungan? Hmm... Interesting!

“Si cantik manis pujaan hati?”

“Haah! Budak Finance... Cun, bro! Aku dah lama intai – intai dia, tapi, itulah! Jinak – jinak merpati, baru je nak dekat, terus terbang! Menggugat keimanan betul...” Keluh Amirul Haikal lagi. Sudah lima bulan mencuba nasib nak memikat, nombor telefon pun masih belum dapat!

Hailaa...

Budak Finance?

“Kau cakap apa? Budak Finance? Budak mana pulak?”

Janganlaa... Janganlaa...

“Namanya Rose Raihanah! Fuh! Sebut nama je dah menggetarkan jiwa!”

Bini aku!

“Jom! Aku teman kau breakfast! Move!” Hud Daniel bangkit pantas, dompet Louis Vuitton dan Iphone dicapai. Haisy! Tak boleh jadik ni, kena pantau pergerakkan diorang ni, ni lah akibat berahsia sangat, habis bini aku nak kena sebat kawan sendiri!

####

Keadaan Synergy Cafe, cafe yang dibuka khas di dalam Synergy Power Corporations untuk para pekerjanya agak sibuk pagi itu. Rose Raihanah memanjangkan leher seolah – oleh mencari seseorang. Nasi goreng di hadapan dikuis – kuis bosan. Mana laki aku ye? Tak sarapan ke? Tak takut sakit perut ke? Karang gastrik pulak. Aku jugak yang susah! Ke sarapan kat luar? Angau kau ni Rose, baru je berapa jam keluar dari rumah sama – sama. Takkan dah rindu?

“Ehem! Takkan tengok aje? Tak nak makan? Diet ke? Ko carik sape ni? Boyfriend kau ke? Tak info aku pun kau start nak bercinta?”

Sarinah menarikan kening nakal, tertanya – tanya sekiranya teman sekerjanya itu mencari kelibat mamat dari Jabatan Sumber Manusia tu! Yalah, setakat ni, hanya mamat tu saja yang bertahan berusaha memikat anak dara yang seorang ini. Yang lain tu, belum bertanding dah tersingkir!

“Diamlah!” Rose Raihanah buat muka bosan. Takkan nak bagitau Sarinah aku ni tengah cari suamiku, sang CEO? Mau sawan pompuan ni! Lepas tu, mesti dia cekik batang leher aku buat lepas marah. Hahaha.

“Hekeleh! Sentap pulak. Menyampah!” Gumam Sarinah sambil menyuap kasar mi goreng ayam kegemarannya.

Rose Raihanah memang tidak punya ramai kawan rapat di tempat kerja. Sarinah, itulah satu – satunya teman bergurau senda mahupun bertikam lidah selama dia berkerja di Synergy Power. Ramai yang mengata Rose Raihanah itu memang lawa orangnya, tapi, sombong! Jangankan hendak memikat, baru nak berkenalan bertanya nama pun belum tentu lepas! Sarinah pun jadi rapat sebab perangai tidak tahu malunya yang menempel dengan Rose Raihanah, dari awal perkenalan mereka hingga sekarang. Alasannya? Konon sebab susah mencari teman yang sehati sejiwa.

Rose Raihanah itu, hanya orang tertentu sahaja yang tahu peribadinya yang sebenar. Mungkin sebab kedudukan anak tunggal dalam keluarga, tidak ada pula sanak saudara yang lain menjadikan Rose Raihanah terlalu selesa dengan dunia sendiri. Bilangan orang yang boleh dipanggil kawan pun boleh dibilang dengan jari.

“Hoi! Kau cari siapa sebenarnya ni? Dari tadi tertoleh – toleh, karang kepala jadi teleng baru kau tak tau! Sia – sia aje bersanding kepala senget sebelah!”

“Takdelah... kau makan je lah sibuk je.” Jawab Rose Raihanah perlahan.

“Kau carik mamat Human Recource tu ye? Biasa time camni, biasanya ada je dia tu menempel dah cam saka kat engkau!” Seloroh Sarinah mengekek – ngekek ketawa.

“Haisy! Takdelah... mana ada, ko jangan merepek eh? Dengar oleh orang nanti, jadi salah faham pulak! Lagi parah kalau empunya diri dengar, karang perasan tak habis setahun!”

“Sape yang perasan tak habis setahun?”

Rose Raihanah menoleh ke belakang. Haisy! Macam diseru – seru pulak mamat ni! Eh? Abang! Wajah serius itu dipandang sekilas sebelum tunduk menghadap nasi goreng yang tidak luak sedari tadi. Walaupun gembira melihat yang ditunggu – tunggu sudah datang, terbesit juga rasa cuak melihat gandingan sang suami di sebelah. Gandingan yang agak bahaya!

Hmm... Selalu jugak encik suami makan dan minum di sini dengan teman baik dia tu? Eh? Mamat tu tau tidak aku ni bini kawan dia, hah? Tapi, hari nikah dulu aku tak nampak pun batang hidung dia.

“Eh! Encik Haikal. Datang nak sarapan ke? Eh! Dah datang ke kafe, takkan nak berperang pulak kan? Hehehe... Tuan Hud pun ada? Jem... jemput makan, tuan?” Pelawa Sarinah berbasa – basi. Kalut jugak tiba – tiba saja dikunjungi oleh orang yang terakhir hendak dijumpa di dalam bangunan pejabat ini!

Beberapa pasang mata tertumpu ke arah mereka berempat. CEO Synergy Power mencemar duli! Walaupun jarang, bukanlah tidak pernah langsung Hud Daniel duduk bersama – sama pekerjanya menikmati juadah di kafe itu. Namun, kehadirannya pasti akan menerbitkan rasa cuak juga di hati para pekerja yang terlalu menghormatinya.

“Boleh kami join?

Tidak menunggu jawapan Rose Raihanah dengan Sarinah, selamba Amirul Haikal mengambil kerusi bersebelahan dengan Rose Raihanah. Pinggan nasi lemak dan secawan kopi O di letak perlahan di atas meja. Rose Raihanah menjulingkan mata ke atas. Ulat bulu dah naik daun!

“Abang Haikal duduk sebelah Rose, bolehkan sayang?”

Burr!!!

Tersembur kopi dari mulut Rose Raihanah dan Hud Daniel serentak. Masam muka Sarinah dan Amirul Haikal menjadi mangsa semburan air kopi. Mujur sudahpun suam – suam, kalau tidak tak pasal – pasal masuk hospital.

“Sorry...”

Aduhai! Bersayang segala, mamat ni carik pasal betul tau! Mata mencari wajah cemberut yang terpaksa mengambil tempat bersebelahan dengan Sarinah yang jelas sedang kumat – kamit menyumpah Rose Raihanah.

“Takpe sayang... Rose Raihanah punya pasal, ape pun abang sanggup! Err... Aku gi washroom dulu, bro? Karang tak pasal – pasal kena hurung dek semut! Kalau Rose Raihanah yang hurung, takpe gak!” Seloroh Amirul Haikal sambil mengenyit mata kepada Rose Raihanah.

Rose Raihanah mula buat muka. Gatal betullah mamat ni... Depan laki aku pulak dia buat perangai ulat bulu dia. Karang ada jugak yang makan kasut perempuan saiz 7!

“Aku pun nak gi cuci muka dulu aaa, orang pakai mask mahal – mahal, aku pakai mask kopi! Dari mulut engkau pulak tu! Err... excuse me Tuan Hud.” Pamit Sarinah sempat menghantar jelingan tajam kepada Rose Raihanah. Hud Daniel mengangguk kepala sambil senyum segaris. Hilang sahaja kedua ‘mangsa’ tadi, pandangan dikalih ke wajah sang isteri yang sedang berusaha menahan ketawa.

“Gelak... Gelak!” Pecah jugak ketawa Rose Raihanah lepas saja kata – kata akhir keluar dari mulut Hud Daniel. Hud Daniel sembunyi senyum. Bahagia menggebu – gebu di ruang hati melihat keceriaan wajah Rose Raihanah. Betullah apa yang Amirul Haikal kata, si cantik manis pujaan hati!

Apa kena dengan hati ni?

“Kesian diorang kan, abang? Tak pasal – pasal mandi dengan air kopi.”

“Padanlah dengan muka, yang sorang nampak sangat muka busybody, yang sorang lagi bukan main merenyam dengan isteri abang!” Rose Raihanah tarik muncung.

“Tak baik cakap macam tu dekat diorang. Diaorang setakat bergurau, kot?” Leretnya perlahan.

“Dah lama kenal Haikal? Mesra betul nampak sampai berabang, bersayang?” Hmm... ada nada yang agak janggal di situ. Takkan jealous kot, Hud Daniel?

“Mana ada! Rose tak pernah pun layan sangat Encik Haikal tu, dia sendiri bahasakan diri abang. Ini kali pertama dia panggil Rose sayang.” Bantah Rose Raihanah perlahan. Tangan jadi ringan menyuap nasi ke dalam mulut. Maklum, ‘sajian pembuka selera’ dah ada?

“Habis, takkan berani Amirul Haikal menyimpan harapan kalau setakat bertepuk sebelah tangan? Kalau Rose tak melayan sebelum ni?” Hud Daniel mengangkat kening.

“Harapan? Harapan apa pulak ni? Apa maksud abang?”

“Maksud abang, jaga diri tu, ingat diri tu dah jadi isteri orang. Don’t break my trust, Rose Raihanah.” Rasa tersekat butir nasi di saluran kerongkong. Rose Raihanah pantas meneguk kopi yang berbaki.

“Rose tahu, Rose isteri orang, tapi, abang jangan lupa, orang lain tak tahu hakikat yang satu ini! Di mata orang Rose Raihanah ini masih bujang, abang! Jadi, jangan pulak salahkan Rose kalau ada orang nak mengurat, hati orang bukan Rose yang pegang!” Rose Raihanah terus bangkit meninggalkan Hud Daniel yang masih terpinga – pinga di meja makan.

“Aik? Dia pulak yang marah? Bukan sepatutnya aku yang sentap tengok orang lain mengurat bini aku?” Gumam Hud Daniel sendiri. Pening betul lah!

####

“Oitt! Rose... call for you!” Laungan Ms. Monica menggetar cuping telinga Rose Raihanah.

“Coming!” Rose Raihanah bergegas keluar dari bilik fotokopi Jabatan Kewangan Synergy Power, kemudian terus menuju ke kubikelnya. Gagang telefon di atas meja dicapai pantas.

Hello! Rose Raihanah bercakap,”

“Hello! Mrs. Rose Raihanah, I’m Jennifer from the CEO office. Mr. Hud Daniel would like to meet you at his office, Now.”

Erk?

“Sorry, Jennifer, by any chance do you know what is the purpose of this meeting? If it’s in regards of work, since I’m only an assistant, I personally think thay it would be more appropriate for Mr. Hud to meet Ms. Monica instead. By the way, she is available in the office.”

“Oh! Mr. Hud clearly asked for you, Mrs. Rose Raihanah.” Rose Raihanah merenung gagang telefon. Kenapa pulak ni? Tak penah – penah panggil masuk pejabat dia, buang tebiat ke apa lelaki tu? Aku ni dah lah tengah dalam mood merajuk. Ya, Allah! Mulut kau ni Rose Raihanah! Laki engkau tu!

Eh? Terbesit sesuatu di ingatan Rose Raihanah. Tadi, si Jennifer itu panggil dia dengan gelaran apa?

Mrs. Rose Raihanah?

Pertama kali Rose Raihanah jejak kaki ke tingkat ini, yang hanya menempatkan pejabat CEO Synergy Power Corporations. Keluar saja dari perut lif, kaki seperti diurut dengan kelembutan permaidani mewah tebal, yang pastinya diimport dari luar negara. Gah! Amboi! Kemain luas tingkat ni, fikir Rose Raihanah. Boleh golek – golek buat penggambaran filem sambil nyanyi lagu hindustan! Kehadiran Rose Raihanah disambut oleh penyambut tetamu dengan senyuman segaris kemudian memberi isyarat untuk Rose Raihanah terus saja masuk ke ruangan pejabat di belakangnya.

Seorang gadis manis yang kemas memakai kemeja beige lengan pendek dengan skirt hitam paras lutut menghentikan jari – jemarinya yang sedang asyik menari – nari di papan kekunci komputer. Saat menyedari orang yang ditungu sudah sampai, Jennifer mengangkat muka kemudian melayangkan senyuman menawan. Tangan dihulur untuk bersalaman.

“Hi! Mrs. Rose Raihanah, how do you do? I’m Jennifer, PA to Mr. Hud Daniel. Can I offer you something to drink? Coffee or tea?”

“Thank you, but I’m fine Jennifer. Perhaps you can inform Mr. Hud Daniel that I’m here?”

“In that case you may enter his office right away, he’s been expecting you! By the way...”

Jeda.

“Congratulations on your wedding!” Rose Raihanah angkat kening.

“Mr. Hud told me about the wedding before I gave you a call just now! Don’t worry, your secret is safe with me.” Sambung Jennifer lagi sambil mengenyit mata. Rose Raihanah Cuma mampu angguk kepala dan membalas senyuman Jennifer teragak – agak.

“You’ll be seeing me a lot afterwards Mrs. Rose Raihanah!”

Pintu bilik pejabat mewah tingkat 14, tingkat teratas Menara Synergy Power Corporations diketuk perlahan. Terdengar sayup – sayup suara garau dari dalam pejabat mempelawanya masuk. Kaki diheret masuk ke dalam ruangan itu. Di sebalik sebuah meja separa bulat yang kelihatan mewah dan sangat besar, kelihatan Hud Daniel yang tekun menghadap komputer ribanya. Kepala sedikit ditunduk, meneliti dokumen – dokumen di atas meja.

“Duduk.”

“Ada apa yang boleh saya bantu tuan?” Perkataan ‘tuan’ sengaja ditekan. Rimas juga melihat tidak ada tanda – tanda Hud Daniel berhenti menghadap komputer ribanya. Sedangkan dia masih lagi berdiri tegak serupa patung, tak pun tiang bendera! Buang masa aku ajelah! Rose Raihanah mengeluh kuat tanpa sedar.

“Marah lagi?”

Rose Raihanah mengangkat muka, cuba mencari wajah yang baru saja menutur kata. Hud Daniel menghela nafas panjang, tangan kanan menongkat dagu seraya memberi isyarat mata supaya Rose Raihanah duduk di hadapannya. Rose Raihanah masih lagi teragak – agak, apa perlu semua ini?

“Duduklah kat kerusi tu... Ke nak duduk kat atas riba abang? Biar yang abang pangku?” Usik Hud Daniel yang sedaya upaya menahan senyum melihat telatah isterinya yang jelas merajuk lagi. Cepat – cepat Rose Raihanah mengambil tempat duduk. Muncung itik sudah keluar sedepa. Alahai! Cute pulak bini aku ni buat muka!

“Muncung tu kenapa? Nak minta cium ke?” Wah! Sedaya – upaya Rose Raihanah menahan rasa cuak. Mata yang sedia bulat semakin membesar. Apesal pulak laki aku tetiba buat scene merenyam kat dalam office ni?

“Abang ni kenapa? Salah makan ubat ke?” Pecah ketawa Hud Daniel menjadi jawapan kepada soalan Rose Raihanah.

Aduhai! Isteriku...

“Come!” Ajak Hud Daniel sambil menepuk – nepuk pehanya.

“Abang nak ape sebenarnya ni? Rose ada kejelah kat bawah...”

Melihat Rose Raihanah yang masih cemberut dan jelas enggan menerima ajakan Hud Daniel, Hud Daniel terus saja bangkit menuju ke arah Rose Raihanah. Lengan isterinya ditarik lembut, menuju ke sofa yang memang tersedia di dalam pejabat mewahnya itu.

Tangan kanan melingkar di atas bahu Rose Raihanah. Tangan kiri pula erat menggenggam jemari mulus itu. Rose Raihanah memberanikan diri bertentang mata dengan pemilik rusuk kirinya itu.

“I’m sorry, my dearest wifey...”

Rose Raihanah terkesima sebentar. Matanya terkebil – kebil seolah terpukau dengan tutur kata Hud Daniel. Kata – kata itu, walaupun hanyalah ringkas, tapi, nadanya penuh mengasyikkan. Sementelah ayat itu diucap ketika Rose Raihanah berada dalam pelukan Hud Daniel. Seolah – olah memberi harapan kepada Rose Raihanah bahawa mungkin ada secubit perasaan yang bermukim untuknya dalam hati lelaki itu.

Hud Daniel merenung dalam mata berwarna coklat milik isterinya itu. Mata bersinar itu memukaunya sedari mula awal perkenalan mereka. Kadang – kadang rasa keliru pula dengan rasa hati ini. Apakah yang mula berladung di dalam sanubari ini? Mungkinkah ianya cinta? Tapi, bolehkah cinta lahir dengan sekelip mata? Tangan spontan mengelus pipi mulus Rose Raihanah, kemudian dengan sekilas Hud Daniel melayangkan ciuman ke ubun – ubun si isteri.

“I could stare into your eyes all day, and still believe they are the most beautiful eyes in the whole world.”

Waktu itu juga pintu pejabat Hud Daniel dibuka dari arah luar dengan keras. Tersentak Hud Daniel dan Rose Raihanah melihat wajah yang terpacul dari arah pintu. Muka Saffiya Safwa merah padam melihat aksi si suami dan madunya itu.

“Wow! I didn’t know we are filming a romantic movie right in here? Dah takde tempat lain nak bercengkerama dengan bini muda, Hud Daniel?” Soal Saffiya Safwa sinis, mata menjeling Rose Raihanah yang teringa – inga kehilangan punca.

Ooo... Drama tragis bakal bermula! Watak antagonis dah muncul. Rose Raihanah mengetap bibir menutup rasa cuak yang menjengah. Otak cuba menayang semula teknik – teknik silat yang pernah dibelajar sewaktu sekolah menengah. Manalah tahu perlu pulak nak buka bunga – bunga silat lepas ni?

“Sorry, Mr. Hud, I’ve tried to stop her...” Wajah Jennifer jelas diselubungi serba – salah, berdiri di samping Saffiya Safwa. Kurang asam betul perempuan ni! Buat pejabat ni macam laki die punya aje! Eh? Bukankah memang pejabat ni laki dia yang punya!

“It’s okay Jennifer, you may go now. Please close the door behind you.” Tutur Hud Daniel kelihatan tenang sahaja sambil bangkit menuju ke mejanya.

“Bila balik Saffi?”

Don’t you ‘bila balik Saffi’, me Hud! I want to move out from that hell! Orang tua tu memang saja nak menyakitkan hati I!” Hud Daniel masih lagi buat muka selamba. Sudah kalis dengan sikap biadap Saffiya Safwa.

“Kenapa lagi ni? Hmm...? Apalagi yang tak puas hati ni?”

“Kenapa you tanya? Eh! Kenapa perempuan ni diajak tinggal sekali dengan kita? I tau ni mesti keje orang tu tu kan? Tak cukup orang tua tu menyemak dalam hidup you ngan I sekarang nak tambah sorang lagi?”

“Orang tua yang you cakap tu, Tok I Saffi. Mind you words when you’re talking about Tok.” Lembut bicara Hud Daniel masih tidak cukup untuk menyejukkan hati seorang Saffiya Safwa. Sebaliknya, rasa kagum pula yang lahir di hati Rose Raihanah melihat sisi Hud Daniel yang satu ini. Sabar sungguh dia menghadapi karenah perempuan biadap ini.

I don’t give a damn, Hud! I want to move out! I benci ngan orang tua tu!”

“Cukup – cukulah, Saffi. Ini pejabat, bukan rumah. You balik dulu.”

I tak peduli, I nak you selesaikan semua ini sekarang jugak!”

“Shut up! Saffi! Get your face away from this office! Now!” Jerkah Hud Daniel. Terundur setapak Saffiya Safwa ke belakang. Inilah pertama kalinya Hud Daniel meninggikan suara kepadanya. Mata melotot melihat Hud Daniel dan Rose Raihanah bersilih – ganti.

This is bad! Really, really bad, Saffiya Safwa!

“You’re too much Hud Daniel!” Saffiya Safwa mengorak langkah sambil menghentak – hentak kaki menuju ke pintu. This is not over, woman! Korang belum kenal siapa Saffiya Safwa!







No comments:

Post a Comment