Seperti biasa,
Nur Imanina menunggu kedatangan setiap murid di pintu pagar. Sekali gus dengan
begitu dia dapat mengenali ibu bapa anak-anak kecil yang dihantar ke situ.
“Assalamualaikum Mama Iman.” Sapa satu suara yang amat dikenalinya.
“Waalaikumussalam sayang.” Tangannya dikucup seperti selalu dan
rutin wajib dilaksanakan seperti biasa.
“Siapa hantar Zarif hari ni?”
Tanya Nur Imanina sambil matanya meninjau ke sekitar. Dia tidak perasan siapa
yang menghantar si kecil itu tadi kerana leka beramah mesra dengan beberapa
orang ibu bapa anak-anak kecil lain.
“Mama.” Jawab Zarif Aimin ceria.
Nur Imanina menghela nafas lega kerana dia tidak perlu berjumpa
dengan lelaki yang semakin kerap muncul dalam mimpinya saban malam. Padahal
tidak pernah pun mereka mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
“Zarif masuk dulu okey? Mama Iman nak tunggu kawan-kawan lain.” Arah
Nur Imanina lembut.
“Kejap mama.” Balas si kecil itu sambil mengeluarkan sesuatu dari
dalam beg sandang yang dibawa.
“Zarif cari apa?” Nur Imanina sudah mengerutkan dahi.
“Ni..” Si kecil itu menghulurkan sekuntum ros merah berserta
sekeping kad comel.
“Thank you. Susah-susah
aje anak mama ni bagi bunga.” Ucap Nur Imanina seraya membawa sekuntum ros itu
ke hidung.
“Welcome mama. Papa Iman busy. Dia tak dapat hantar Zarif hari
ni.” Terang si kecil tanpa dipinta mengundang rasa pelik di hati. Senyuman di
bibirnya juga turut mati saat mendengar sebaris nama itu. “Eh, kenapa cerita
fasal Papa Iman pulak ni? Mama tak
tanya pun.” Lanjutnya sedikit pelik.
“Flower ni Papa Iman
bagi.” Jawab Zarif Aimin jujur.
Nur Imanina kematian kata-kata.
“Bye Mama Iman!” Kata
Zarif Aimin lagi sebelum terus berlari masuk ke dalam kelas.
Nur Imanina pula masih lagi diam tidak terkata. ‘Dah pandai kirim
bungalah pulak mamat tu. Hish!’
Gerutunya dalam hati.
“Cikgu Iman…” Sapa satu suara membuatkan Nur Imanina pantas menoleh.
“Hai, pagi-pagi lagi boyfriend
dah bagi bunga…” Usik Zulaikha yang baru sahaja tiba menghantar si kecil Afifi.
Ibu muda itu memang ramah menegurnya.
“Mana ada boyfriend Kak
Zu.” Akui Nur Imanina jujur dengan senyuman kelat. Bunga yang dipegang tadi
terus sembunyikan ke belakang.
“Iyalah tu. Orang cantik macam Iman ni takkan takda boyfriend. Akak tak percayalah.” Giat
Zulaikha lagi. Wajah ayu yang mula memerah di hadapannya itu dipandang lama.
“Ada-ada aje akak ni. Takdalah kak. Siapalah nak Iman ni. Iman takda
apa kak...” Nur Imanina merendah diri. Dia perlu menerima hakikat yang satu
itu. Tidak ada lelaki yang sanggup menerima wanita seperti dirinya. Serba
kekurangan. Kecantikan yang dimiliki tidak lagi bermakna.
“Mengadalah Iman ni. Entah-entah dah ada. Saja nak sorok dari akak
kan. Tu yang dapat bunga pagi-pagi tu, takkanlah Kak Ema yang bagi…” Zulaikha
menambah. Sememangnya dia senang berbual
dengan Nur Imanina walaupun mereka baru sahaja kenal.
“Apalah akak ni. Mana ada boyfriend
kak. Zarif yang bagi.” Jelas Nur Imanina tanpa menerangkan siapa pengirim
sebenar bunga tersebut. Sengaja dia tidak mahu berterus-terang kerana risau
menjadi gosip pula dia ada hubungan sulit dengan anak majikannya sendiri. Dia
sedar di mana kedudukannya. Jauh berbeza dengan lelaki itu. Tidak mungkin si
pipit boleh seiring dengan si enggang. Terbang sekali mungkin boleh. Tetapi
untuk bersatu, pelik benar bunyinya.
“Amboi! Kecik-kecik lagi
dah pandai bagi bunga? Bukan main lagi.” Balas Zulaikha berserta senyum penuh
makna. Sukar untuk mempercayai apa yang dijelaskan. Nalurinya kuat mengatakan
bukan si kecil itu pengirim sebenar. Melihat akan wajah Nur Imanina yang serba
tidak kena, dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan. ‘Abang, tak lama lagi
abang dapat adik ipar..’ Omelnya dalam hati. Gembira dia melihat perkembangan
terbaru itu. Tidak sabar untuk disampaikan kepada suaminya.
“Biasalah kak, budak sekarang. Semuanya dah advance.” Nur Imanina hanya mengiyakan kata-kata Zulaikha.
“Iyalah tu Iman. Macamlah akak nak percaya.” Usik Zulaikha lagi
membuatkan gadis di hadapannya itu tersenyum kelat.
Nur Imanina hanya tersengih kelat. Tidak mahu menambah atau memberi
komen lagi.
“Okeylah Iman. Kalau ada masa nanti, boleh kita borak lagi. Akak dah
lambat ni. Tengokkan anak akak tu ya?” Lanjut Zulaikha sebelum masuk semula ke
dalam kereta.
“Iyalah kak.
Inshaa Allah.” Balas Nur Imanina seadanya seraya melambaikan tangan. Hilang
sahaja kelibat Honda Civic di hujung jalan, Nur Imanina kembali menatap
sekuntum bunga yang diterima tadi. Siap dengan sekeping kad comel terlekat pada
batang bunga itu.
Dear
Mama Iman,
Zarif
berjalan berhati-hati,
Salam perkenalan suci dari hati.
Dia hampir tergelak membaca pantun dua kerat yang tertulis dengan
tulisan tangan hampir sama dengan tulisan Zarif Aimin. “Biar betul dia ni nak
berkenalan pulak.. Betul ke tak mamat
ni..” Omelnya sendiri dalam senyuman.
Pintu hatinya tidak pernah terbuka untuk menerima kehadiran mana-mana
lelaki selama ini. Bukan tidak ada yang mencuba. Tetapi dia yang kerap kali
menolak. Baginya, sukar bagi seorang lelaki dan seorang wanita menjadi sahabat.
Pastinya ada perasaan lain yang akan hadir walaupun pada mulanya ianya
berlandaskan persahabatan. Dan dia yakin, setiap lelaki yang cuba mendekati
dirinya bukan sekadar ingin bersahabat. Semua mengharapkan suatu hubungan yang
lebih istimewa daripadanya. Cuma dia yang tidak dapat merealisasikan hubungan
penuh pengharapan itu. Kini, lelaki bernama Iman Faliq Mohd Amin pula ingin
mencuba nasib.
………..
“Zarif,
lambatnya Pak Hashim datang. Mama nak balik dah ni. Fifi pun dah balik. Teacher Ema pun nak balik dah tu.” Ujar
Nur Imanina yang mendapatkan Zarif Aimin duduk di buaian. Seperti biasa wajah
si kecil akan masam mencuka sekiranya dia dijemput lewat.
“Semua busy…” Rungut Zarif
Aimin dengan wajah yang memuncung. Hari ini si kecil itu bukan main riang lagi
di dalam kelas. Tapi kini masam mencuka wajahnya.
“Mama pesan siapa ambik
Zarif hari ni?” Tanya Nur Imanina yang tidak sampai hati melihat wajah comel
itu bertukar kelat. Hari ini, tidak pula ibu si kecil itu berpesan apa-apa
kepadanya.
“Tak tahu…” Rengek Zarif Aimin hampir menangis.
Nur Imanina mengulum senyum. Rambut yang berceracak awal pagi tadi
sudah kusut masai. Hanya kerana marah, habis rambut yang menjadi mangsa. Jika
tidak, si kecil itu cukup pantang andai rambutnya disentuh.
“Iman, Datin Farah baru call.
Dia suruh Iman hantar Zarif balik. Hari ni dia ada hal dekat luar. Pak Hashim
tak sempat nak ambik dia.” Beritahu
Ema yang berdiri di muka pintu.
“Iyalah kak.” Jawab Nur Imanina pendek. Tidak keberatan pun mahu
menghantar si kecil itu pulang.
“Semua tak love Zarif.”
Rungut si kecil itu tiba-tiba.
“Mama Iman love Zarif
tau.” Sahut Nur Imanina memujuk si kecil yang sudah berpeluk tubuh itu. Comel
Zarif Aimin dilihatnya begitu dengan mulut yang memuncung. “Jomlah, Mama Iman
hantar Zarif okey?” Katanya lagi seraya terus menarik tangan si kecil itu.
Dia tidak hairan Zarif Aimin mudah mendengar kata-katanya. Keadaan
keluarga yang sentiasa sibuk menyebabkan si kecil itu dilihat lebih selesa
dengan dirinya. Baginya, kanak-kanak seusia Zarif Aimin memerlukan perhatian
dan kasih sayang yang lebih dari kedua-dua ibu bapa.
Zarif Aimin hanya mendiamkan diri saat di dalam kereta. Sepatah
perkataan pun tidak keluar dari mulut comel itu. Mata mengilas jam di dashboard kereta. Hampir pukul dua
petang.
“Zarif, kita makan dulu nak?” Pancing Nur Imanina agar si kecil itu
bersuara.
Zarif Aimin hanya menggelengkan kepala.
“Ala… Kalau Zarif tak nak makan, Zarif teman mama makan boleh?” Cuba
Nur Imanina lagi. Dan kali ini Zarif Aimin menganggukan kepala pula.
Nur Imanina tersenyum. “Erm… Mama Iman rasa nak makan fried chicken la…” Katanya lanjut untuk
menarik perhatian. Dia tahu kegemaran Zarif Aimin yang satu itu.
Zarif Aimin laju menoleh ke arahnya dengan senyuman dan mata yang
mula bersinar. Umpan dia mengena. Tidak sukar memujuk Zarif Aimin yang manja
itu. Dia cukup faham dengan perangai si kecil. Andai segala kemahuannya tidak
diturutkan, mengamuklah dia nanti. Mulalah mulut comel itu terkatup rapat.
Paling dia suka lihat apabila si kecil itu gemar sekali menjeling sekiranya
sedang marah. Comel! Tetapi, berulang-kali juga dia mengingatkan si kecil itu
agar tidak menjeling. “Eh, tadi bukan main masam lagi muka tu. Sekarang dah
senyum-senyum pulak.” Usik Nur
Imanina.
“Zarif nak drumstick
mama.” Balas Zarif Aimin sambil tersengih-sengih hingga menampakkan lekuk
sebelah pipi kirinya.
‘Iman Faliq!’ Terlintas sebaris nama dalam fikirannya apabila
perasan akan lekuk di sebelah pipi kiri Zarif Aimin. Lelaki itu juga memiliki
lekuk yang sama tetapi di sebelah kanan. “Amboi.. Kita belum pun sampai, Zarif
dah order?” Giatnya lagi.
“Zarif nak dua mama.” Tambah si kecil itu lagi tanpa mempedulikan
kata-katanya. Dia hanya mampu menggelengkan kepala.
Nur Imanina memilih untuk ke restoren makanan segera yang terdapat
di dalam pusat membeli-belah terhampir. Mudah untuk dia menghantar si kecil itu
nanti. Sebelum turun dari kereta, Nur Imanina sempat menghubungi Datin Farah
untuk memberitahu dia membawa si kecil itu makan terlebih dahulu.
“Okey jom.” Ujar Nur Imanina sambil membuka pintu kereta di sebelah
tempat duduk Zarif Aimin. Terus dipimpin si kecil itu ke destinasi yang dituju.
“Zarif tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana. Mama Iman pergi beli. Kalau
jumpa orang tak kenal mama ajar apa?” Tanya Nur Imanina cuba mengingatkan si
kecil saat mereka tiba di restoren makanan segera itu.
“Jerit kuat-kuat.” Balas Zarif Aimin penuh yakin.
“Good. Ingat, jangan pergi
mana-mana. Tunggu sampai mama datang.” Pesan Nur Imanina sebelum berlalu ke
kaunter. Dari situ dia boleh memerhatikan Zarif Aimin. Perasaan risau tetap ada
walaupun dia tahu si kecil tidak akan ingkar dengan arahannya.
Tidak sampai sepuluh minit dia kembali ke meja. Dia mengajak Zarif
Aimin ke meja lain yang lebih selesa dan tidak terlalu hampir dengan tempat
laluan pelanggan yang keluar masuk. Set ayam goreng berserta air malt coklat
buat Zarif Aimin. Manakala dia hanya memilih set kentang goreng. “Jom kita cuci
tangan dulu.” Ujarnya setelah meletakkan dulang makanan di atas meja. Dia
memimpin Zarif Aimin ke singki.
“Okey, baca doa dulu baru makan.” Peringat Nur Imanina setelah
meletakkan pinggan yang berisi dua ketul ayam bahagian peha seperti yang
diminta tadi.
“Okey mama.” Jawab Zarif Aimin senang. Si kecil itu menadah tangan
dan membaca doa makan.
“Makan elok-elok.” Sempat Nur Imanina berpesan sebelum si kecil itu
mula makan.
Zarif Aimin hanya tersengih sebelum mula menggigit peha ayam goreng
yang dipegang.
Nur Imanina pula hanya leka memandang si kecil itu makan dengan
penuh berselera. Sesekali matanya meliar ke sekitar restoren yang sudah agak
lengang memandangkan waktu makan tengah hari telah pun tamat. Jus oren di hadapannya
disedut perla han. Sesekali
tangannya akan mengelap mulut Zarif Aimin yang sedikit comot.
“Mama Iman, nah!” Zarif Aimin menyuap secebis ayam ke mulut Nur
Imanina. Jika dilihat pemandangan itu saling tidak tumpah seperti anak dan ibu.
Nur Imanina sentiasa sabar melayani kerenah Zarif Aimin. Sesekali tawa si kecil
itu pecah apabila Nur Imanina mengusiknya.
“Zarif, nak air lagi ke?” Tanya Nur Imanina apabila melihat cawan
kertas yang tadinya penuh telah pun kosong.
“Nak.” Jawab Zarif Aimin sambil tersengih. Cepat benar hilang
rajuknya tadi apabila mendapat apa yang disukai.
“Zarif tunggu sini, Mama Iman pergi beli tau. Makan elok-elok dekat
sini. Kalau ada apa-apa, Zarif datang pada mama okey?” Pesan Nur Imanina
sebelum berlalu.
“Okey mama!” Balas si kecil itu sebelum mengambil ketul ayam yang kedua. Leka dia
mengunyah.
Elok sahaja ayam goreng bahagian peha itu sudah kelihatan tulang,
Nur Imanina kembali dengan secawan lagi air malt coklat buat Zarif Aimin. Sisa
ayam di tepi mulut si kecil itu dilap lembut dengan kertas tisu. Nur Imanina
menghabiskan pula beberapa potongan wedges
kentang goreng yang masih berbaki.
“Papa Iman!” Jerit si kecil tiba-tiba membuatkan Nur Imanina yang
sedang menyedut jus oren tersedak.
“Apa Zarif ni jerit-jerit.” Tegur Nur Imanina sambil mengelap
mulutnya. Mujur juga air yang diminum tidak tersembur ke wajah si kecil itu.
“Tu! Papa Iman.” Tunjuk Zarif Aimin seraya turun dari kerusi
mendapatkan lelaki yang dimaksudkan itu.
Nur Imanina pantas menoleh ke arah yang dimaksudkan kerana saat itu
duduk membelakangkan pintu masuk restoren. Dilihat lelaki itu berjalan bersama
seorang gadis cantik berkebaya sendat melewati depan restoren. Dia hanya diam
memerhati dari jauh Zarif Aimin menegur sendiri bapa saudaranya itu. Kali ini dilihat
mata Iman Faliq mencari kelibatnya apabila Zarif Aimin sudah pun berada dalam
dukungan. Manakala dia segera melarikan bola matanya apabila pandangan mata
mereka bertembung. Mahu atau tidak, kini lelaki itu menghampirinya pula.
“Hai Mama Iman!” Tegur Iman Faliq dengan senyuman di bibir.
“Err… Hai!” Nur Imanina cuba memaniskan wajah. Tidak selesa bertemu
dengan lelaki itu. Ditambah pula gadis yang berdiri di sisi lelaki itu
memandang sinis kepadanya.
“Papa, duduklah sini.” Pinta si kecil lalu menarik tangan Iman Faliq
agar duduk di sebelahnya.
“Tak bolehlah sayang. Papa dengan Aunty Lana ada meeting lepas ni. Zarif makan aje dengan
Mama Iman okey.” Lembut Iman Faliq menolak permintaan anak saudaranya itu.
Nur Imanina hanya diam memandang kedua-duanya itu berbual mesra.
Sesekali matanya singgah ke wajah Iman Faliq yang bersih itu. Lelaki yang masih
lengkap dengan pakaian kerja itu tidak lokek dengan senyuman. Gadis yang
bersama-sama Iman Faliq tadi pula sudah menunggu di luar. Dia perasan sesekali
gadis itu menjeling tajam ke arahnya. Namun dia masih mampu beriak selamba.
“Er… Encik Iman, thanks for
the flower.” Ucap Nur Imanina teragak-agak apabila teringat akan sekuntum
bunga yang diterima pagi tadi. ‘Dasar lelaki! Dah ada kekasih, ada hati nak
berkenalan dengan perempuan lain!’ Umpat hatinya. Dia pasti Iman Faliq
mempunyai hubungan yang istimewa dengan gadis yang bersamanya tadi. Jika tidak,
gadis itu tidak mungkin menjeling kepadanya.
“Kasih diterima.” Jawab Iman Faliq dengan senyuman lebar.
Nur Imanina pula menarik senyum paksa.
“Maknanya sekarang kita bolehlah kawan kan?” Tanya Iman Faliq dengan
kening sebelah yang terjungkit.
“Er.. Encik Iman, saya rasa girlfriend
Encik tu dah penat tunggu dekat luar sana tu.” Balas Nur Imanina sengaja tidak
mahu menjawab pertanyaan Iman Faliq sebaliknya mengingatkan tentang gadis yang
sedang menanti.
“Ya Allah. Lupa pulak.”
Lelaki itu menepuk dahinya sendiri. “Saya sebenarnya nak cepat ni. Next time kita jumpa lagi. Zarif, Papa
Iman nak balik office ni. Jangan nakal-nakal.
Jaga Mama Iman untuk papa.” Sambung Iman Faliq lantas berdiri.
Nur Imanina telan liur yang terasa kesat apabila mendengar akan
pesanan Iman Faliq kepada si kecil Zarif Aimin.
“Okey papa.” Balas si kecil itu senang.
“Okey?” Iman Faliq menyoal kembali si kecil itu.
“Inshaa Allah papa.” Jawab Zarif Aimin dalam sengihan.
“Okey. Good! Kita jumpa
dekat rumah nanti okey!” Balas Iman Faliq seraya menghadiahkan kucupan ke pipi
mungil Zarif Aimin. “Mama Iman, nice to
meet you. And I hope, kita boleh jumpa lagi lepas ni.” Lanjutnya kepada Nur
Imanina pula.
“Er.. Inshaa Allah…” Jawab Nur Imanina terpaksa. Dia tidak mempunyai
pilihan. Tidak sanggup mahu menjawab ‘tak boleh’. Risau dikatakan sombong pula
nanti memandangkan dia berkhidmat dengan ibu lelaki itu.
“Drive carefully…” Pesan
lelaki itu lagi sebelum berlalu.
Nur Imanina pula hanya membalas dengan senyuman tawar.
********
“Siapa perempuan
tu?” Tanya Zetty Hirlana dingin selepas lelaki di sisinya hanya diam membisu
sejak masuk ke dalam kereta tadi.
“None of your business.”
Jawab Iman Faliq selamba. Sedikit pun dia tidak menoleh ke sisi. Dia tetap
tenang memandu.
Zetty Hirlana pula merengus kasar.
“Perempuan tu takda kena mengena dengan you. So, you tak payah nak sibuk ambik tahu.” sambung Iman Faliq lagi
yang faham benar dengan perangai wanita di sisinya itu.
“I tanya aje pun tak boleh ke?” Soal Zetty Hirlana lagi tidak puas
hati. Dia perasan mata Iman Faliq ketika memandang perempuan yang dipanggil
Mama Iman tadi. Bukan main mesra lagi.
“I rasa takda perlunya you
tahu hal peribadi I.” Jawab Iman Faliq yang tidak suka orang lain masuk campur
hal peribadinya.
“Okey! Fine! Huh!” Zettey
Hirlana mendengus lagi. Geram dengan Iman Faliq yang tidak mahu
berterus-terang.
Iman Faliq menjeling sekilas tetapi tetap beriak selamba. Bukan dia
tidak tahu Zetty Hirlana yang cukup pantang jika melihatnya menegur wanita
lain. Mulalah tidak senang duduknya. Ada sahaja yang akan ditanya dan disoal.
Macam polis pencen gayanya.
No comments:
Post a Comment