DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 16 April 2017

Adel... I Love You!- Prolog



DIARI harian yang terletak di atas meja kecil
di sisi katil seperti menarik perhatiannya. Dia tewas dengan
kata hati. Diari harian itu diambil dan diselak demi helaian.
Tiada yang menarik, hanya tertulis aktiviti harian. Tiba-tiba,
tangannya terhenti daripada menyelak. Ada sesuatu yang
menarik minatnya untuk meneruskan pembacaan.

Wahai sayangku,
Ketika luka hatiku tak mampu
dizahirkan dengan kata-kata,
Hadirnya dirimu di sisi menjadi
penyembuh luka.
Tanpa mengeluh, aku berdoa dan
percaya,
Aku terus bersyukur dengan
kenikmatan yang diterima,
Semoga kehadiranmu membawa
seindah sinar sang suria.
Hatiku terus tetap tersenyum
walaupun kepahitan ditelan,
Dengan adanya dirimu di sisi,
Perlahan-lahan kepahitan itu
terganti dengan sejuta kemanisan.
Wahai permata hatiku,
Kehadiranmu membawa angin yang
tak memberi kedinginan,
Kata-katamu selalu menyejukkan,
Yang selalu membuatku pulas dalam
senyuman.
Hidup ini tak akan pernah lepas dari
cinta,
Kerana kita lahir, dibesarkan dan
disatukan atas nama cinta,
Dengan mencintai dirimu,
Kini, aku sedang menelusuri laluan
untuk hidup bahagia bersama-sama
dirimu, wahai kekasih hatiku.
-Yang akan mencintaimu selamanya-

Diari harian itu ditutup. Hatinya berasa sebak dengan
puitis indah itu. Syahdu. Air jernih membanjiri birai mata.

No comments:

Post a Comment