DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 16 April 2017

Bukan Encik Sempurna - Bab 7

It was love at first sight, at last sight, at ever
and ever sight.
~Vladimir Nabokov, Lolita~

“FARAH!”
“Kau ni Hana... kan aku selalu kata, siang-siang
macam ni mana ada hantu nak ligan kau. Kau dah kenapa?
Dengan rambut menggerbang macam tu, kau elok sikit aje
daripada hantu.” Selamba sahaja Farah duduk menyilangkan
kaki sambil meneguk air kopi buatan sendiri.
“Ni apa?” soalku sambil menayang iPhone yang
kupegang di hadapan wajah tenang Farah.
“Handphonelah. Hana, kau ada terlanggar tiang ke
sampai telefon bimbit pun kau dah tak boleh kenal?” soal
Farah sambil meneguk air kopi lagi.
“Aku bukan cakap pasal handphone ni. Aku tanya
pasal WhatsApp group ni.”
Farah terus ketawa.
“WhatsApp group ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum
Hujung Tahun’ tu ke?” soal Farah dengan tawa yang masih
bersisa.
Terjaga daripada tidur sebentar tadi, niat dalam
hati nak sambung tidur lama sedikit, memandangkan hari
ini hari Sabtu dan aku berada dalam keadaan ‘uzur’ atas
kunjungan ‘kawan baik’. Namun lenaku terganggu apabila
telinga menangkap bunyi pesanan WhatsApp yang masuk
tidak berhenti-henti. Apabila aku periksa telefon pintarku,
terus aku terjatuh dari katil. Sudahlah terjatuh dari katil,
telefon pintar itu pula jatuh ke atas muka aku. Inilah agaknya
maksud sebenar peribahasa ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.
Macam manalah aku tak terkejut? Sebuah grup
WhatsApp baru ditubuhkan. Tambah lagi terkejut, mak
toklah adminnya. Gila tak gila! Gambar profil grup WhatsApp
pula ialah gambar aku dengan gambar lelaki yang wajahnya
diletakkan tanda soal. Nampak sangat itu kerja si Hani yang
mengedit gambar aku sehingga jadi sebegitu.
“Aku suka mak tok kau. Terbaik!” Farah mengangkat
kedua-dua ibu jarinya.
“Banyaklah kau punya terbaik. Kau sebagai bff aku
sepatutnya kena tolong back-up aku.”
“Eh, ini projek baik punya. Of course aku akan
support. Bukan senang nak jumpa WhatsApp group macam
ni. Siap ada carta organisasi dan matlamat projek lagi. Sebab
tu aku cakap mak tok kau memang terbaik, da bom!”
“Farah!”
Farah ketawa semula sehingga merah wajahnya.
Geramnya aku!
Nak tahu tak macam mana aku boleh jatuh dari katil
tadi? Buka sahaja grup WhatsApp yang aku maksudkan itu,
aku sudah nampak carta organisasi rekaan mak tok.
Mak Tok

*PROJECT MANAGER
Puan Hakimah a.k.a. mak tok
*ASSISTANT PROJECT MANAGER
Farah a.k.a bff Uya
*PENASIHAT
Puan Hardina a.k.a. umi
*AJK
Hani & Haura
*IKON PROJEK
Ulya Hana a.k.a. Uya
*PARTNERSHIP PROJEK
Ungku Harlina & cucu lelaki dia
(nama dirahsiakan buat sementara
waktu)
MATLAMAT PROJEK
Untuk berganding bahu menjayakan
misi memastikan Uya dapat
berkahwin sebelum hujung tahun.
Disclaimer: Ini bukan projek kahwin
paksa!
MISI PROJEK
Usaha, doa dan tawakal. Ganbatte
kundasai!
“Farah...” Aku sudah mahu menangis.
“Mak tok kau memang rare!” komen Farah lagi.
“Farah!” Aku sudah menjerit.
“Kau kan tahu aku tak suka arranged marriage?”
Aku pandang Farah.
“Tahu sangat.”
“Dah tu?”
“Sebab tu kau kena faham betul-betul tentang projek
kita ni.”
“Projek kita?” Aku sudah menjulingkan biji mata ke
atas dan Farah ketawa lagi.
“Kita usaha sama-sama untuk cari encik sempurna
kau tu. Mungkin cucu bff mak tok kau tu jodoh kau. Mungkin
ya dan mungkin tidak. Kalau bukan, takkan ada paksaan
sebab at the end, kau yang akan pilih sendiri dengan siapa kau
nak kahwin. Sebab tu misi projek; usaha, doa dan tawakal.”
Bunyi pesanan Whatsapp yang baru masuk bergema
semula.
Hani
Kak Farah, Kak Uya dah bangun?
Anak mata Farah terus naik memandang wajahku
sebelum jari-jemarinya menyentuh skrin telefon pintar
miliknya.
Farah
Baru bangun tidoq, duk membebel
dekat akak non-stop. Ni rambut dia
menggerbang mengalahkan hantu
Kak Limah lari rumah!
Haura
Gambar please, Kak Farah.
Aku terus menjegilkan biji mata memandang Farah
dan Farah gelak lagi.
Farah
Akak tak berani nak share dengan
korang gambar dia. Nanti korang
tak boleh tidoq malam!
Hani dan Haura masing-masing menghantar ikon
ketawa yang banyak.
“Gilalah korang ni!” dengusku.
Umi kata, biar tak cantik, jangan
gila!
Farah gelak lagi.
Tiba-tiba... aku nampak perkataan ‘Mak Tok is
typing...’
Mak Tok
Uya, hari ni Uya free, kan? Uya pi la
jumpa cucu Lina tu.
Aku pandang Farah dan Farah pandang aku. Project
manager dah muncul!
Uya tak free la, mak tok.
Mak Tok
Farah kata hang free hari ni.
Aku pandang Farah dan Farah angkat dua jari
membentuk tanda ‘peace’. Sabarlah hati...
Nak pi jumpa dia buat apa?
Mak Tok
Pi la, kenai hati budi dulu. Lepas tu
tengoklah, boleh proceed ke tak.
Tu dia! Mak tok pun pandai guna perkataan ‘proceed’.
Hani
Pergilah Kak Uya.
Haura
Rara sokong!
Hani
Rara, kau tengah honeymoon tu
buat cara tengah honeymoon!
Hani
Tengah excited ni, noks!
Sah, memang semua pun gila!
Mak Tok
Uya pergi tau. Mak tok dah bagitau
Lina. Lina pun dah bagitahu cucu
dia tu.
Nampaknya ayat penyata dah keluar.
Yalah, yalah. Tapi macam mana Uya
nak tahu jumpa dia kat mana, rupa
dia tu macam mana?
Mak Tok
Nanti mak tok send location. Lina
kata cucu dia pakai t-shirt hitam,
pakai cermin mata dengan jean
warna biru.
Nama dia?
Mak Tok
Uya mesti akan jumpa punya ;)
Haura
Ya, jodoh ni kita tahu guna mata
hati.
Aku redaaaaa...

“HANA, KAU biar betul!” Kali ini giliran Farah pula menjerit.
“Apa yang biar betul?” soalku semula, pura-pura
tidak faham sambil mencari kunci kereta Volkswagen Beetle
di laci meja Ottoman.
“Kau ni fashionista ke? Fashion disaster?” soal
Farah. Anak matanya sudah turun naik memandang aku
berulang kali.
Shawl berwarna hijau, blaus berlengan panjang
berwarna merah dan seluar palazo berwarna kuning. Tidak
lupa, lipstick berwarna oren. Okey apa? Ni namanya colour
block! Trend masa kini.
“Inilah kita panggil colour block fashion!” Aku
sengih sambil menayang posing ala-ala model.
“Banyaklah kau punya colour block! Ni namanya
fesyen traffic light, tau dak?” nyaring suara Farah mengomel.
“Colour blocklah! Apa pula fesyen traffic light.”
Balasku selamba.
Telefon pintar dari dalam handbag kukeluarkan dan
aplikasi kamera kubuka. Selesai menangkap satu gambar
swafoto, aku terus muatkan gambar tersebut ke dalam grup
Whatsapp ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’.
Hani
Kak Uyaaaa!!! Awat pakai lagu tu?
Haura
Fesyen traffic light!
Apalah korang. Ni, OOTD tau dak!
Mak Tok
Cantik cucu mak tok!
Aku garu kepala. Mak tok ni biar betul? Takkan trick
fesyen traffic light aku ni mak tok tahu?
Haura
Mak tok! Cantik apanya tu? Orang
gila je yang pakai macam tu.
Kita tengoklah calon mak tok ni sudi
ke tak nak terima orang gila.
Meh kita cuba-try-test!!!

AKU TIBA di Wondermilk Cafe di Solaris Dutamas tepat pada
pukul 2.30 petang. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari
kereta, berpasang-pasang biji mata melihat aku tidak lepas.
Bak kata Farah, fesyen traffic light! Yang penting, apa yang
tersarung di badan menutup aurat. Kan?
“Yes, miss? Berapa orang?” tegur seorang staf
perempuan kafe ini sambil tersenyum memandang aku. Tidak
berkelip-kelip dia memandang aku sejak aku masuk ke sini.
“Table for two. Sekejap ya?” Aku memanjangkan
leher mencari gerangan calon encik sempurna mak tok itu.
Lelaki, pakai baju hitam, seluar jean biru dan bercermin mata.
Oh, itu dia! Hanya ada seorang sahaja lelaki yang
memakai t-shirt hitam di dalam kafe ini dan dia sedang duduk
membelakangi aku.
“Takpelah dik, saya dah nampak orang tu. Thanks.”
Aku senyum kepada staf kafe ini dan mengatur langkah ke
arah meja yang terletak di sudut paling belakang kafe.
Langkah aku atur dengan penuh keyakinan.
Tiba-tiba ritma jantung sudah bertukar rentak. Peluh sudah
merecik-recik di dahi. Padahal di dalam kereta tadi punyalah
bersemangat nak cuba-try-test penerimaan calon encik
sempurna ini kalau aku pura-pura jadi gila.
“Assalamualaikum.” Aku menarik kerusi di hadapan
lelaki yang masih menundukkan wajah membaca sesuatu di
skrin telefon pintarnya.
“Waalaikumussalam.”
Wajahnya diangkat memandang aku.
Crap! Habislah... baik jadi gila betul-betul!!!

No comments:

Post a Comment