DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 19 April 2017

Sweet & Dangerous - Bab 1

MATA HELANG!
Dari atas bukit itu lelaki itu memerhatikan sebuah rumah sekitar 100 meter dari tempat dia bersembunyi. Seorang perempuan keluar dari rumah itu tidak lama kemudian. Serentak itu kelihatan subjek yang ditarget keluar ke balkoni. Lelaki bernama Pandak Itam itu memerhati wanita jelita itu keluar dari rumahnya.
Fakhrul segera mengangkat busur panah ke arah subjek itu.
“Stay where you are, baby...” ucap Fakhrul dalam bisikan. Serentak itu anak panah dilepaskan. Dalam sekelip mata lelaki di balkoni itu rebah. Seorang lelaki datang dari arah belakang lalu menyambut tubuh yang baru terkena mata panah itu. Sekali lagi Fakhrul melepaskan anak panah ke arah lelaki itu.
Kemudian dia melepaskan anak panah ke arah orang-orang di dalam kawasan banglo itu. Jackson berlari keluar dari tempat persembunyiannya. Pintu pagar utama dikunci dengan mangga dari luar. Kemudian dia berlari semula ke arah tempat persembunyiannya.
Fakhrul terus memasang anak panah pada busur lalu dilepaskan ke arah mana-mana orang yang dia lihat di dalam kawasan rumah itu. Sehingga dia melihat lengang kawasan itu. beberapa orang lelaki sudah tergeletak tidak bergerak di halaman rumah.
“Aun Nam?” bisik Fakhrul tidak lama kemudian.
“He’s dead.” Jawapan Aun Nam kedengaran di telinganya.
“Jack, gerak sekarang! Lima belas minit!” arahan diberikan melalui alat komunikasi kepada seseorang. Fakhrul terus memerhatikan rumah itu dari tempat persembunyiannya. Sesekali memandang jam di pergelangan tangannya. Menanti masa berlalu dan tugas mereka selesai sepenuhnya.
“Rul, kau kena tengok ni...” kedengaran suara Jackson tidak sampai lima belas minit.
“Tunggu sana. Aku datang,” ujar Fakhrul. Beg berisi busur panah itu diangkut bersamanya. Mudah baginya memanjat pagar rumah itu. Sebelum memanjat dia memasang sarung plastik berwarna biru pada kasut yang sedang dipakainya. Setelah masuk ke dalam dia bertemu Jackson dan Aun Nam di dalam pejabat Pandak Itam di tingkat atas rumah.
“Ada apa?”
Dua lelaki itu menoleh serentak. Jackson sedang memegang beberapa helai kertas di tangannya.
“Aku jumpa di tepi mesin tu,” ucap Jackson.
Mata lelaki itu terpaku lama saat memandang kertas putih itu. Ada gambarnya, Imran dan Fatyma. Pada nama masing-masing tertera simbol (PI) di hujungnya. 
“He is targeting you,” ucap Aun Nam kepada Fakhrul.
“Yes... he is,” jawab Fakhrul separuh berbisik. Hairan. Bagaimana Pandak Itam tahu tentang dia?
“Aku rasa Raiqal dah tahu tentang kau. Mungkin dia dah planning dulu sebelum datang. Cuma Raiqal mungkin tak tahu... kita dah tahu tentang Pandak Itam,” ucap Jackson.
“PI apa?” ucap Fakhrul masih tertanya-tanya dua huruf di dalam kurungan itu.
“PI... Maybe Pandak Itam kut?”
Fakhrul segera memandang ke arah Jackson. Namun kemudian dia menggeleng. “Kenapa dia nak letak nama dia sendiri di atas kertas tu? PI mungkin nama pembunuh yang akan datang cari aku.”
Jackson tidak menjawab. Kabinet di belakang meja itu masih belum mereka buka. Sedang mereka menggeledah kabinet itu, Hamdi muncul di kamar itu.
“Ada pesta ke?”
“Ham...” Fakhrul segera memuncungkan mulutnya ke arah komputer riba di atas meja itu.
Alright, bos!” jawab Hamdi dengan senang hati mendekati meja itu.
“Aku nak kau cari sesuatu yang ada kena mengena dengan PI,” ucap Fakhrul lagi kepada Hamdi. Hamdi sekadar mengangguk. Mudah baginya membuka kata kunci pada komputer itu. Segala macam fail disedutnya masuk ke dalam pemacu cakera miliknya. Namun kemudian dia terserempak dengan satu fail sulit. Ada beberapa email juga dihantar dengan dokumen yang sama yang dipegang Fakhrul.
“Rul... kau tengok ni!” ucap Hamdi lantas menunjukkan apa yang ada di skrin itu.
Fakhrul segera mendekati meja itu. Apa yang tertera di skrin itu dibacanya. Matanya terpaku lama sekali. PI tidaklah bermaksud Pandak Itam sebaliknya Permanent Interment. Bermakna ada rancangan hendak membunuh dia.
“Aku nak tahu ke mana email ni hantar. Aku perlukan alamat, Ham!” tegas Fakhrul.
“Okay. Senang aja.” Tidak sampai lima minit dia sudah dapat mengesan lokasi email itu diberikan.
Fakhrul segera mengambil pen di atas meja. Dia menulis alamat yang tertera di skrin.
“I’ll go with you!” ucap Aun Nam. Fakhrul menoleh dan mengangguk.
“Bakar beg itu segera. Segera tinggalkan tempat ni. Ham, berikan benda tu pada Nasrul. Kau orang semua tunggu aku di KLIA jam 5 nanti,” arah Fakhrul sambil menunding beg hitam di atas meja itu.
Fakhrul mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Telefon itu kembali dihidupkan. Kepada seseorang panggilan dibuat.
It’s done...” ucap Fakhrul kepada orang di hujung sana.
“Tinggalkan KL secepat mungkin. Aku akan hantar orang untuk cleaning. Hal yang lain aku akan uruskan,” ujar lelaki bernama Nasrul di hujung talian.
“Aku ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum itu.”
“Kerja apa?” tanya Nasrul.
Fakhrul memandang ke arah Aun Nam yang berjalan di tepinya. Dia menunjukkan ke arah sebuah kereta di belakang sebuah van yang sedia menunggu mereka. Mereka berdua akan pergi menaiki kereta itu.
“Pergi ke alamat ini. Cepat sikit!” ucap Fakhrul kepada pemandu setelah masuk ke dalam kereta. Kemudian dia kembali menumpukan perhatian kepada Nasrul yang masih menanti di talian.
“Aku perlu uruskan seseorang yang diupah oleh Pandak Itam untuk bunuh aku,” ujar Fakhrul kepada Nasrul.
“What?” Nasrul tersentak sedikit.
“Macam mana kau dapat dapat maklumat tu?” tanya Nasrul agak terkejut.
“Pandak Itam ada simpan banyak fail sulit dalam komputer dia. Betul cakap Tuan Dillon dulu. Mungkin Raiqal ada maklumat tentang aku. Dia tidak hanya sasarkan Fatyma atau Imran. Tetapi aku juga,” jawab Fakhrul sambil mengalihkan pandangan ke luar.
Nasrul menghela nafas perlahan. “Raiqal dah perangkap kau. Kau tak ada banyak masa. Aku mahu isteri kau tinggalkan Kuala Lumpur segera.”
“Kalau aku lambat, dia akan pulang sendiri. Kami dah ada perbincangan tentang itu.”
“Baik. Kirimkan lokasi. Aku akan uruskan yang selebihnya,” ujar Nasrul sebelum mematikan talian.
Fakhrul mendengus sebelum bersandar ke kerusi. Telefon itu dimatikan semula. sepanjang perjalanan dia termenung memandang ke luar. Fikir apa yang harus dibuat dengan masa yang tidak sebanyak mana.

DI dalam kamar hotel itu Humairah kian resah. Suaminya dijangka pulang jam tiga namun kini masih belum nampak batang hidung. Telefon pun tidak. Di tv berita tentang Pandak Itam mati dibunuh bersama dengan orang-orangnya sudah tersiar. Polis sedang melakukan sisatan tentang pelaku dan motifnya.
Tiba-tiba talian di dalam kamar itu berbunyi. Humairah meluru untuk menjawab.
“Puan mesti ke KLIA sekarang.”
“Saya menunggu suami saya. Dia belum call,” jawab Humairah kian resah.
“Dia sudah berpesan, sekiranya dia tidak pulang sehingga jam lima ini... puan mesti ke KLIA.”
Humairah meletakkan ganggang semula. Sempat memandang jam. Baru jam 4:40 petang. Hati semakin tidak tenang. Mahu pergi begitu sahaja, dia tidak sanggup. Namun sudahnya dia tetap ke kamar. Beg pakaian yang sudah siap dikemas segera diletakkan di pintu. Kemudian dia mengenakan tudung. Namun kemudian dia terdengar bunyi pintu kamar dibuka. Humairah segera pergi menjengah.
Betapa kegusaran tadi meluruh habis kesemuanya sebaik sahaja melihat wajah Fakhrul di muka pintu. Wanita itu meluru pula ke arah lelaki itu.
“Kenapa ni?” tanya Fakhrul saat dirinya didakap sang isteri.
“Maira risau abang langsung tak telefon!”
“Kita kena cepat. Naik commercial flight!” ucap Fakhrul tanpa bertangguh lagi. Sudah tiada masa untuk mereka berbual kosong di situ. Isterinya itu diseret ke kamar semula.
Fakhrul menukar pakaiannya. Selesai merapikan diri, dia terus membawa Humairah ke lobi. Seorang lelaki menyelesaikan urusan daftar keluar. Mereka berlalu ke kereta yang berada di hadapan lobi. Dan kereta itu terus meluncur pergi.
“Encik Fakhrul, Nasrul berikan ini...” ucap lelaki yang duduk di kerusi hadapan.
Fakhrul mengambil dua sampul surat itu. Di dalam sampul yang kecil terdapat beberapa tiket kapal terbang. Sampul itu terus disimpan di dalam kocek bahagian dalam jaketnya. Namun satu lagi sampul yang agak besar menarik perhatiannya. Ada satu dokumen dan di hadapannya terkepil satu kertas kecil.
Burn it!
Fakhrul tersandar penuh kelegaan. Akhirnya... Nasrul sedia memberikan semula kontrak ini kepadanya. Sebelum tiba di KLIA, Fakhrul meminta pemandu itu memberhentikan kereta di tepi jalan. Dokumen itu dibakarnya sehingga menjadi abu. Betapa hatinya merasa cukup aman. Inilah simbol kebebasannya.
Setiba di KLIA semua teman-temannya sudah berada di balai berlepas. Fakhrul menyeret laju isterinya ke arah sekumpulan lelaki itu.
“Bayaran dah dibuat. Aku akan contact nanti. Kita berpecah,” ucap Fakhrul kepada semua temannya itu. Semua lelaki itu mengangguk. Tiket penerbangan segera diagihkan.
“Good luck, guys...” ucap Fakhrul.
Setelah berjabat tangan masing-masing berpecah mengikut hala tuju yang ditentukan melalui tiket itu. Fakhrul bersama isterinya akan singgah di Dubai sebelum pulang ke Paris. Sepanjang perjalanan menuju ke pesawat Fakhrul kelihatan amat resah.

Hanya satu dalam fikirannya saat ini... dia hanya mahu segera dibawa keluar dari negara ini!

No comments:

Post a Comment