“Sah.”
Begitu mudah urusan pernikahan mereka. Khalis
dan Suhaila telah selamat diijabkabulkan. Tanpa majlis
besar-besaran dan baju yang cantik, mereka dinikahkan di
pejabat agama. Suhaila menangis teresak-esak. Dia tidak rela
menikah dengan orang yang baru dikenalinya beberapa jam
yang lalu.
“Tak payah nak drama sangat. Aku tahu, kau ni
orang suruhan mak tiri aku, kan? Kau sengaja nak perangkap
aku, kan?”
Suhaila bingung. Dikesat air mata. Kenapa
suami segeranya ini asyik menyebut nama itu? Dia tak ada
kena-mengena langsung dengan sesiapa pun. Dia masih lagi
bingung bagaimana dia boleh masuk ke dalam bilik yang
salah. Dan bagaimana pula kad aksesnya boleh membuka
pintu bilik suami segeranya itu?
Diperhatikan wajah suami segeranya dengan teliti.
Kenapa dia rasa macam kenal? Siapa sebenarnya suami
segeranya itu? Kenapa Allah menemukan jodohnya dengan
cara ini? Bagaimana pula hidupnya selepas ni? Dia menikah
dengan lelaki itu dalam majlis yang sangat ringkas. Tiada
baju pengantin atau sebarang hantaran.
“Tengku Khalis, Tengku Zabidi nak jumpa.” Seorang
lelaki agak berumur menunggu mereka di pekarangan masjid.
Baru Suhaila perasan suaminya berketurunan kerabat. Dari
tadi dia terasa macam kenal rupa suaminya itu. Nama pun
macam biasa dengar.
“Kau pergi cakap kat papa aku, jangan harap aku nak
jumpa dia. Aku benci dia!”
Ya Allah, kenapa dia bertemu jodoh dengan lelaki
seperti ini? Suhaila jadi simpati kepada lelaki yang diherdik
suaminya. Lelaki tadi tunduk dan segera berlalu.
Langkah Khalis, Suhaila ekori sehingga ke pagar.
Dengan bantuan cahaya lampu jalan raya, dia melihat
belakang suaminya sambil tunduk memerhatikan jalan.
“Kau nak pergi mana?”
Suhaila terkejut. Langkah kakinya terhenti. Tidak
sangka dia akan disergah sebegitu. Bengis betul suami
segeranya itu. Nampak aje rupa handsome.
“Seorang isteri kena ikut suaminya.” Dengan
takut-takut Suhaila menjawab. Pandangan tajam suaminya
membuatkan dia kecut perut. Walaupun ini perkahwinan
segera, dia tidak boleh lari daripada tanggungjawab. Suhaila
hanya tengok suaminya mengeluarkan buku cek dan menulis
sesuatu pada kepingan cek.
“Aku tahu kau memang nak duit, kan? Ambil cek ni
dan berhambus daripada hidup aku.” Khalis menarik tangan
Suhaila dan meletakkan sekeping cek di tapak tangan Suhaila.
“Tapi kita kan dah nikah.”
“Tak cukup ke?”
Khalis menulis sekeping lagi cek dan diletakkan di
tapak tangan Suhaila.
“Aku rasa urusan kita dah selesai. Aku akan anggap
semua ni tak pernah terjadi. Aku tak kenal kau dan kau tak
kenal aku. Kau boleh berhambus daripada hidup aku.”
Suhaila seperti orang bodoh ditinggalkan
keseorangan di hadapan pejabat agama. Suami segeranya
sudah beredar dari situ. Waktu sudah melepasi tengah
malam. Dia menikah pada tarikh yang dia pilih, tapi bukan
dengan lelaki pilihan hatinya. Dia menikah dengan seseorang
yang langsung tidak dikenalinya. Cek di tangan diletakkan ke
dalam beg.
Pin! Pin!!!
Suhaila terkejut dengan bunyi hon sebuah kereta
di seberang jalan. Tingkap diturunkan dan seorang lelaki
agak berusia menjengulkan muka. Walaupun keadaan agak
samar-samar, dia kenal lelaki itu. Lelaki yang Khalis panggil
papa tadi. Lelaki itulah yang bertegas mahukan mereka
berkahwin. Siap ugut lagi hidup mereka tidak akan selamat.
Kalau tidak kerana ugutan lelaki itu, dia rela turun naik
mahkamah daripada kena nikah paksa begini.
“Khalis tinggalkan kamu seorang kat sini?”
Suhaila angguk.
“Naik.”
Tanpa membuang masa, Suhaila mengikut arahan
yang diberi. Dia pun seram sebenarnya hendak berjalan
seorang diri pada waktu begini. Dah pun nama bapa mentua,
takkan lelaki itu hendak buat sesuatu yang jahat, kan?
Pemandu membukakan pintu kereta di sebelah
belakang. Suhaila duduk di sebelah bapa mentuanya. Dia
hanya diam memandangkan bapa mentuanya juga tidak
Bibik Milenium
16
bercakap. Suasana senyap sepanjang perjalanan.
Akhirnya mereka tiba di sebuah rumah banglo yang
agak besar. Suhaila ternganga sekejap. Reka bentuk rumah itu
macam dia pernah tengok. Tapi kat mana ya? Suasana gelap
malam dan ditambah dengan fikirannya yang berkecamuk,
dia gagal mengecam jalan. Reka bentuk rumah banglo tiga
tingkat itu seakan-akan biasa dilihat. Dia menganggarkan
harga banglo itu dalam 20 juta. Mati hidup balik pun dia tidak
akan mampu memiliki rumah sebesar itu.
“Puan, kita dah sampai.”
Leka memerhati, Suhaila tidak perasan kereta
sudah pun diparkirkan. Pemandu membukakan pintu kereta.
Langkahnya diatur keluar perlahan-lahan. Dilihat bapa
mentuanya sudah menunggu di pintu rumah. Ada seorang
perempuan separuh umur menunggu di sebelahnya.
“Ini ke budaknya?” tanya perempuan itu.
“Ini isteri Khalis.”
Isteri Khalis? Bunyinya macam pelik pula. Suhaila
bersalaman dengan perempuan itu. Sepatutnya dia bergelar
isteri Saiful, bukan isteri Khalis. Tapi takdir menentukan dia
menjadi isteri Khalis. Walaupun pelik, dia harus reda dengan
takdir.
“Kenapa abang paksa dia? Nanti dia tambah marah
dengan kita.” Perempuan itu kelihatan agak risau. Daripada
nada suaranya pun memang jelas kerisauan.
“Biar dia bertanggungjawab sikit dengan perbuatan
dia.”
Suhaila tertanya-tanya sendiri apa maksud bapa
mentuanya itu. Apa kena dengan suami segeranya?
“Saya salah masuk bilik. Saya tak buat apa-apa pun
dengan dia.” Suhaila menyampuk. Sudah berkali-kali dia
beritahu perkara ini.
Tiba-tiba terasa kecut perutnya apabila dua pasang
mata merenung.
“Kita masuk dulu, bincang.”
Suhaila mengikut mereka masuk. Dia dah ibarat
rusa masuk kampung sekarang. Kalau tengok dari luar
sebentar tadi dah menganga, sekarang rahang dia hendak
terjatuh pula. Memang cantik hiasan dalaman banglo itu.
Suhaila terpandang sebuah gambar potret yang sangat besar
di sudut ruang tamu. Dia melopong kagum. Potret keluarga
tokoh yang menjadi idolanya, Tan Sri Tengku Zabidi bin
Tengku Zainal, tersenarai dalam sepuluh orang tokoh terkaya
di Malaysia.
Suhaila pandang bapa mentuanya berkali-kali.
Tangannya menunjuk ke arah gambar. Dia ingin bertanya
sesuatu, tapi mulutnya seakan-akan terkunci. Lututnya
menggigil. Takkan bapa mentuanya ialah Tan Sri Tengku
Zabidi? Tapi orang dalam potret itu memang sama dengan
bapa mentuanya. Ini bermakna suaminya adalah playboy
termasyhur di Kuala Lumpur, Tengku Khalis Aiman bin Tan
Sri Tengku Zabidi atau nama glamornya Tengku Kaz. Tapi
kenapa dia boleh tak kenal langsung dua beranak itu? Dia pun
bukannya tidak pernah jumpa Tengku Zabidi.
“Kamu dah tahu siapa suami kamu?” Tengku
Zabidi yang sudah pun duduk di sofa bertanya. Perempuan
pertengahan umur tadi sudah tentu isterinya, Puan Sri Azrina.
Kata orang, Puan Sri Azrina ini asalnya orang gaji Tengku
Zabidi. Tapi itu cerita sebelum Tengku Zabidi menceburkan
diri dalam dunia hartanah.
“Tengku Kaz... tapi... kenapa mesti saya?” Suhaila
pandang potret itu semula, melihat imej seorang lelaki di
belakang Tengku Zabidi. Itulah suaminya, Tengku Khalis
Aiman. Pemilik wajah tampan dalam gambar itu telah sah
menjadi suaminya. Patutlah dia rasa macam kenal rupa
suami segeranya itu, tapi dia tidak cam sebab Tengku Zabidi
memanggil suaminya itu dengan nama Aiman.
“Papa dah penat nak layan kerenah Aiman. Banyak
sangat buat hal. Kamu bukanlah pilihan papa untuk Aiman.
Tapi kalau Allah menghantar kamu menjadi menantu papa,
apa daya papa untuk menolak.”
Suhaila senyap. Memang dia bukan menantu
pilihan, sebab dia menantu segera. Patutlah semua urusan
pernikahan mereka senang.
“Papa tahu Khalis pun tak suka kamu. Papa tak
nak paksa kamu terima Khalis. Tapi papa tahu Allah ada
perancangan lain untuk kamu berdua. Papa harap rumah
tangga ni akan kekal sampai jannah.”
Suhaila senyap lagi. Bapa mentuanya telah
membahasakan diri dengan panggilan papa. Adakah ini
bermakna dia diterima dalam keluarga ini? Tapi, semua ini
tidak ada gunanya, sebab suaminya sendiri tidak sukakan
dia. Siap bagi amaran, jangan beritahu sesiapa lagi pasal
perkahwinan mereka.
“Abang, kita bincang besok. Hari dah lewat ni.
Suhaila pun mesti penat, kan?” Melihat Suhaila diam, Puan
Sri Azrina bersuara. Dia faham kalau Suhaila sedang pening.
Siapa tak pening kalau tiba-tiba kena paksa kahwin?
“Hmm... baiklah. Bagi dia tidur kat bilik tamu.
Abang naik dulu, penat dah kepala ni fikir pasal anak bujang
seorang tu. Suhaila Aileen, apa yang terjadi sekarang pasti
ada hikmahnya.” Tengku Zabidi meninggalkan Suhaila dan
isterinya.
Suhaila tersenyum kelat. Dia belum mahu berfikir
soal hikmah sekarang. Segalanya berlaku terlalu cepat. Dia
belum mampu menerima semua ini. Dia berharap apabila dia
bangun esok, segalanya hanyalah mimpi.
“Jom Suhaila, mama tunjukkan bilik.”

No comments:
Post a Comment