DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 16 April 2017

Mr.Babe Magnet??? Not!!! - Bab 1

“Ara, kau balik KL bila?”
Azzahra yang sedang mengemas peralatan tulisnya
melangut. Wajah teman sekuliahnya yang tiba-tiba terpacak
di hadapannya dipandang sepintas lalu.
“Esok. Aku tak sempat nak packing apa-apa pun
lagi,” jelas Azzahra. “Sibuk dengan last paper hari ni. Kau?”
“Esok jugak. Shida balik kampung bila?” tanya Naim
tentang teman sebilik Azzahra.
“Petang karang. Dia tu dah tak sabar sangat nak
balik.”
“Errr... kau nak tumpang aku tak?” soal Naim lagi.
“Kau balik naik apa?” Azzahra berdiri dari meja. Beg
Nike digalas ke bahu.
“Dengan keretalah. Takkan nak tinggalkan buah hati
aku kat sini kut? Cuti bukan kejap. Tiga bulan tau!”
“Hmmm... boleh jugak. Jimat duit nak beli tiket bas.
Kau nak gerak pukul berapa?”
“Errr... tak pasti lagi. Malam karang aku roger,”
balas Naim.
“Okey, jom makan! Aku lapar,” ajak Azzahra.
Naim tidak membantah. Sudah agak biasa dengan
rutin teman baiknya ini. Asyik lapar saja. Lagipun, memang
sudah masuk waktu makan tengah hari pun. Sama-sama
mereka berjalan menuju ke kafeteria. Melihat teman-teman
sekuliah lain sedang menjamu selera, Azzahra serta Naim
menghampiri meja mereka. Sama-sama ingin menghabiskan
semester akhir tahun pertama ini dengan teman-teman yang
lain sebelum berpisah buat sementara.
Keesokan pa ginya, Azzahra sudah siap sepenuhnya.
Barangan yang ingin dibawa pulang ke rumah, sudah kemas
tersusun di dalam bagasi. Hanya menunggu panggilan
daripada Naim. Tiga puluh minit menunggu, Azzahra sudah
panas punggung.
“Janji Melayu betullah Naim ni!” dengus Azzahra.
“Malam tadi kata nak gerak kul 8.00 pagi. Ni mesti masih buat
taik mata ni!”
Azzahra tetap menunggu. Naim cuba dihubungi
beberapa kali, namun panggilannya asyik masuk ke dalam
peti suara saja. Akhirnya, telefon Azzahra berbunyi. Lama
dia memerhati nombor yang tidak dikenalinya itu di skrin.
Berkira-kira sama ada ingin menjawab panggilan daripada
orang yang tidak dikenali itu ataupun tidak. Malas mahu
melayan panggilan daripada orang yang mahu menjual
insuranslah, tawar kad kreditlah, atau menawarkan keahlian
untuk rangkaian hotel-hotel di Malaysia, seperti yang sering
diterimanya. Dia hanya seorang pelajar. Mana dia mampu?
Tak logik betul!
Bersama suatu keluhan, Azzahra melarikan jari ke
atas skrin.
“Helo,” sapanya malas.
“Ara!” jerit Naim di hujung talian. “Sorry! Aku
lambat ada sebab. Nanti aku jelaskan kat kau. Tapi sekarang
kau dah boleh turun. Aku dah ada kat bawah ni.”
“Hmmm... yalah!” gerutu Azzahra. Pantang betul
dia dengan orang yang tidak pandai menghormati masa.
Kalau tahu Naim akan lambat begini, sudah tentu dia boleh
melelapkan mata selepas subuh tadi. Lagi berfaedah!
Azzahra keluar dari bilik. Pintu dikunci. Bagasi
diseret untuk turun dari bangunan setinggi sepuluh tingkat
yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan di kampus ini.
Tiba di bawah, laju Naim menerpa ke arah Azzahra.
Tangkai bagasi Azzahra dicapai.
“Ara, lama ek kau tunggu aku?” soal Naim dalam
nada bersalah. Melihat ke wajah Azzahra saja pun dia sudah
tahu. Bukan sukar untuk membaca perasaan Azzahra yang
selalunya jelas terpampang di wajahnya. Dia bukan kenal
Azzahra sehari dua. Sejak dari tingkatan tiga lagi.
Tajam mata Azzahra menikam ke mata Naim. Kedua
belah tangan sudah mencekak pinggang.
“Kau janji pukul berapa?” jerkah Azzahra. “Sekarang
dah pukul berapa?”
Naim menggaru kepala. ‘Alamak! Mak singa dah
keluarlah!’
“Maaflah... Aku memang nak keluar awal tadi, tapi
pak cik aku tiba-tiba call kata kereta dia rosak. Dia pun kena
balik KL jugak hari ni. Jadi aku tolong pak cik aku settlekan
kereta dia dulu. Nak tunggu bengkel bukak pun dah pukul
berapa...” jelas Naim panjang lebar. “Sebab tu aku lambat.”
“Habis tu, tak reti nak WhatsApp atau call aku?
Ada telefon mahal-mahal pun tak guna kalau kau beli untuk
simpan kat muzium je wei!” sindir Azzahra. Hati masih panas.
“Telefon aku habis bateri arrr. Aku ingat aku dah
cas malam tadi. Rupa-rupanya aku lupa nak switch on kat
kepala soket tu,” balas Naim. “Lepas pak cik aku call je, terus
telefon aku kong! Sorrylah...” pinta Naim meleret. Berkerut
mukanya tanda dia betul-betul meminta maaf. “Aku tak ingat
langsung nak pinjam telefon pak cik aku. Dah sampai sini
baru terfikir.”
“Aku yang patut minta maaf. Bukan salah Naim,”
tegur suatu suara dari arah kiri.
Laju kepala Azzahra mencari suara yang berbunyi
tadi. Seorang lelaki enak bersandar di kereta kepunyaan
Naim sambil melipat tangan ke dada. Santai dia mengenakan
baju-T berwarna hitam serta jean juga berwarna hitam.
Aviator ditanggalkan lalu disangkut ke bahagian kolar baju.
Ini pak cik Naim? Muda gila!
Kening Azzahra bertaut.
‘Eh, sejak bila mamat ni ada kat sana? Apasal aku
tak perasan?’ Tangan di pinggang diturunkan ke sisi. Terlalu
asyik menghamburkan rasa tidak puas hatinya terhadap
Naim, keadaan sekeliling pun dia tidak endah.
“Ara, inilah pak cu aku.” Naim menarik bagasi
Azzahra menghampiri keretanya. But kereta dibuka lalu
bagasi Azzahra disumbat ke dalam ruang bersebelahan
dengan bagasinya sendiri.
Mata Azzahra terbeliak seketika. Siapa? Pak cu?
Inikah pak cu yang sering disebut-sebut Naim selama ini?
Melihat daripada gaya lelaki ini, jelas kini di mata Azzahra
sebab Naim begitu mahu mencontohi pak ciknya ini. Dan
yang lebih utama, mahu memegang gelaran yang sama
dengan lelaki itu. Mr. Babe Magnet! Selama berkawan dengan
Naim, tidak pernah sekali pun Azzahra bertemu dengan lelaki
itu, walaupun dia selalu bertandang ke rumah Naim, dan juga
sebaliknya.
“Pak cu, ni kawan abang, Ara.”
Suara Naim membuat Azzahra kembali ke realiti.
Naim menghampiri Azzahra.
“Jom, Ara!” Lengan gadis itu ditarik.
Pantas Azzahra menarik lengannya.
“Apa kau ni?” dengus Azzahra.
“Ooppss! Sorry, sorry. Aku terlupa.” Naim mengetuk
dahinya. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya hari
ini. Semuanya haru. Sudah tahu Azzahra seorang gadis
yang tidak suka menunggu, pagi ini saja gadis itu terpaksa
menunggu lebih sejam lamanya. Sudah tahu Azzahra seorang
perempuan yang tidak suka disentuh, lengan gadis itu pula
ditarik sesuka hati. Memang hendak kena hambur agaknya
dia.
“Ada yang makan kasut ni karang!” gerutu Azzahra
perlahan. Namun masih bisa ditangkap telinga lelaki yang
masih tidak berganjak dari posisi tadi.
Azzahra perasan kening lelaki itu terjongket ke atas.
‘Hesy! Dia ni dah kenapa duk posing kat situ? Perasan model
ke apa? Tahulah handsome. Eh, yang aku puji dia handsome
tu dah kenapa?’
Azzahra ingin membuka pintu bahagian penumpang
di sebelah kiri, namun tubuh pak cik Naim menghalang
laluannya. Mahu membuka pintu di bahagian kanan dan
mengambil ruang tempat duduk di belakang pemandu, tetapi
ada kotak besar terletak di tempat duduk itu. Mahu tak mahu,
Azzahra terpaksa mengambil tempat duduk di bahagian kiri.
Azzahra pula memeluk tubuh. Sebelah kaki sudah
berdetap-detap di atas jalan mengisyaratkan kesabaran
Azzahra semakin menipis. Matanya berani melawan pandang
mata lelaki di hadapannya.
“Boleh ke tepi tak?”
Suatu senyuman senget terbit di pinggir bibir.
Senyuman yang dibuat-buat. Tawar, tiada gula.
“Aku dah minta maaf tadi, kan?” Suara garau itu
berbunyi semula. “Tak payahlah nak marahkan Naim. Dia tak
bersalah pun,” sambungnya lagi. ‘Hei! Anak saudara aku nak
bagi tumpang free pun, dah cukup bagus tau! Tak payahlah
nak tayang muka cuka tu!’
“Yalah!” balas Azzahra bersama suatu jelingan.
“Eh, jomlah gerak. Dah lambat dah ni,” ajak Naim.
Tidak mahu Azzahra tambah hangat hati. Pak ciknya pun,
sekali-sekala kalau angin dia datang, boleh jadi ala-ala
bapak singa juga. Satu geng dengan Azzahra. Tapi selalunya,
pak ciknya itu terkenal dengan sikapnya yang menawan,
terutamanya di hadapan gadis-gadis yang masih bujang.
Charming and a gentleman.
“Pak cu nak drive atau abang je?”
“Pak cu drivelah.”
Tatkala lelaki itu berlalu menuju ke bahagian
pemandu, lekas-lekas Azzahra menghenyakkan punggungnya
masuk ke dalam kereta. Tidak sabar untuk pulang ke rumah.
Rindu akan kedua orang tuanya... dan teramat rindu akan
adik-adiknya. Tak sabarnya!!!

No comments:

Post a Comment