DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 19 April 2017

Cinta Asma & Ferhad - Bab 16

ASMA pandang suaminya. Kemudian dia pandang
butik pakaian di hadapannya. Dahinya berkerut. ‘Buat apa
nak masuk ke butik?’ Namun tangannya ditarik tanpa sempat
dia menahannya.
“Masuk butik mahal ni buat apa?” soal Asma.
“Cari bajulah.”
“Mahallah, bang. Asma bukannya pakai baju
mahal-mahal ni. Tak ada nak pergi mana pun.”
“Laaa... nanti Asma masuk universiti. Baju untuk ke
kuliahlah,” ujar suaminya.
“Isy, tak sesuailah pakai baju mahal-mahal ni ke
kuliah. Pakai baju kurung biasa dahlah. Asma dah beli
kain nak buat baju. Nanti Asma jahit sendiri. Lagi jimat.”
Seboleh-bolehnya Asma nak menolak cadangan suaminya.
Ferhad angkat kening.
“Bila Asma nak jahit? Sempat ke? Esok kita dah nak
naik Cameron Highlands.”
Asma terdiam. ‘Haah... betul jugak. Takkan nak
minta ibu tolong jahitkan pulak? Kasihan dekat ibu. Baru
sihat dan terpaksa pula berniaga sendirian.’
“Malam nanti Asma jahitlah. Dah siap potong.
Tunggu jahit je,” balas Asma tanpa berfikir panjang.
“No... no... no... abang tak benarkan. Abang tak nak
tidur sorang-sorang malam ni.”
Masam muka Asma mendengarnya. Sejak mereka
diijabkabulkan 3 hari lepas, pukul sepuluh malam Ferhad
pasti tariknya masuk ke bilik. Bangun pagi pula, pukul 7 pagi
baru boleh keluar dari bilik dengan rambut basah. Malu dia
dekat ibu dan Nek Som. Tapi boleh pula Ferhad relaks dan
selamba.
“Lagipun mana abang biasa tidur tanpa peluk Asma.
Abang mesti belai-belai isteri abang ni dulu sebelum tidur,”
bisik Ferhad betul-betul di tepi telinga Asma. Takut orang
lain dengar.
Merah muka Asma mendengarnya.
“Abang ni, tak senonohlah. Asma kan budak sekolah
lagi,” balas Asma geram.
Lagi Ferhad tarik sengih. Dia suka bila Asma
malu-malu dengannya.
“Budak sekolah pun dah jadi isteri abang. Kiranya
tak apa, kan? Dikecualikan,” usik Ferhad.
Asma cubit lengan Ferhad tapi lelaki itu lagi galak
mengusik isterinya.
“Sakitlah, sayang. Nak kena denda ni.”
Chup! Bibir Ferhad singgah di pipi merah Asma. Lagi
merah muka Asma dibuatnya. Dia ketap bibir. Tak tahu nak
cakap apa lagi. Wajahnya hampir menangis dek rasa malu.
“Abang, seriuslah sikit,” marah Asma dengan suara
tertahan.
Ferhad peluk bahu Asma. Dia ketawa. Seronok
menyakat isterinya. Perbuatan mereka diperhatikan oleh
jurujual wanita butik tersebut. Tersenyum-senyum dia
dengan gelagat mereka berdua yang sedang membelek
pakaian di butik itu. Sempat jurujual tersebut melihat inai di
jari Asma yang masih merah pekat itu.
‘Pengantin baru rupanya, patutlah mesra tak ingat
orang,’ kata jurujual itu dalam hati.
“Abang pun serius. Abang tak nak Asma bersengkang
mata siapkan baju tu. Abang mampu beli. Buat apa Asma
susah-susah nak jahit sendiri? Kita beli yang dah siap,” putus
Ferhad.
Asma buka mulut nak membantah. Tapi apabila
mata tajam Ferhad terus merenungnya, dia tak jadi bantah.
Sebaliknya dia gigit bibir.
“Gigit bibir lagi, abang heret Asma check-in dekat
Renaissance Hotel nanti.”
Itu memang betul-betul ugutan. Jika Asma buat lagi
memang itulah yang akan dia buat nanti. Sebab apa yang dia
rasai selepas berkahwin dengan Asma sungguh luar biasa.
Bersama Asma semuanya indah dan cantik. Dia seperti remaja
yang baru jatuh cinta. Baru merasai apa itu nikmat cinta
halal. Padahal perkara itu bukanlah perkara baru buatnya.
Di sana, dia bebas melakukan apa sahaja. Tapi nikmat yang
dia perolehi bersama Asma tidak pernah dirasainya. Mungkin
sebab perhubungan mereka halal di sisi agama.
“Abang ni menakutkanlah. Takkanlah tak puas-puas
lagi? Sampai sakit satu badan Asma,” bisik Asma geram.
Ferhad ketawa lepas. Dalam malu pun Asma berani
lagi nak membalas katanya. Itulah yang dia suka.
“Hahaha. Jom kita check-in, sayang!”
“Tak nak. Banyak lagi nak kena settlekan ni! Abang
jangan nak cari pasal pulak.”
Dek rasa geram dengan Ferhad yang tak habis-habis
mengusiknya itu, Asma lantas keluar dari butik tersebut. Lagi
dilayan, lagi melalut suaminya tu.
“Okey... okey... abang minta maaf.” Ferhad ikut
dari belakang. Ditarik lengan Asma supaya berhenti. “Kita
beli baju tapi ikut apa yang Asma nak. Tak nak beli kat butik
tu, kita beli tempat lain. Asalkan malam ni Asma temankan
abang tidur macam biasa.”
“Okey... kita pergi sana. Asma nak beli baju kurung
cotton, tracksuit, t-shirt, blaus dan jean je. Tapi bukan yang
mahal-mahal. Asma tak nak abang bazirkan duit beli pakaian
yang mahal-mahal. Padahal nak pakai pergi kuliah je.”
“Abang ikut apa yang Asma pilih. Okey sayang?”
Ferhad mengalah. Asalkan isterinya suka, dia sanggup buat
apa saja.
Asma tayang gigi. Dia tarik lengan Ferhad supaya
mengikutnya. Suaminya itu akhirnya pasrah saja dengan
kehendak Asma.

SELESAI MEMBELI barang keperluan isterinya untuk
menyambung pelajaran, Asma mengajak Ferhad
menemaninya ke bank pula.
“Buat apa masuk bank ni?” tanya Ferhad hairan.
“Asma kena buka akaun bank. Duit pinjaman untuk
sambung belajar Asma akan ditransfer masuk ke akaun bank.”
“Tak payah buat pinjaman. Segala perbelanjaan
pengajian Asma nanti abang akan tanggung. Abang tak nak
sebaik sahaja Asma habis belajar, Asma kena bayar hutang
belajar.”
“Tapi...” Asma mahu bantah sebelum dipintas oleh
Ferhad.
“Abang lebih daripada mampu, sayang. Asma nak
sambung sampai PhD pun abang boleh tanggung. Lagipun
ini tanggungjawab abang sebagai suami.”
“Asma tak nak susahkan abang,” ujar Asma.
“Tak susah pun, sayang. Abang mampu.”
“Sebagai suami, abang nak isteri abang berjaya dalam
pelajaran. Abang tahu Asma pelajar pandai. Pelajar terbaik
SPM. Jadi abang nak Asma belajar tanpa perlu risaukan
tentang duit yuran. Tugas Asma hanya belajar saja.”
Terharu Asma dibuatnya.
“Terima kasih, abang.”
“Sama-sama kasih, sayang.”
“Tapi... janganlah membazir duit sebab Asma. Mas
kahwin hari tu pun dah cukup tinggi,” kata Asma yang rasa
bersalah. Dia teringat pada malam akad nikah. Bila tok imam
menyebut lafaz akad, dia terkejut mendengar lima belas ribu
tunai jumlah mas kahwinnya. Terdengar orang kecoh berbisik
di belakangnya selepas upacara akad nikah.
“Perkara tu dah memang wajib untuk abang beri
seikhlas hati. Nanti, tiap-tiap bulan abang akan masukkan
duit nafkah. Jadi Asma kena guna duit tu.”
“Abang, Asma ni student. Tak perlukan duit
banyak-banyak pun,” protes Asma. Dalam hati, dia takut
kalau-kalau Ferhad fikir dia berkahwin dengannya disebabkan
wang.
“Selepas ni abang akan kembali ke UK, sayang.
Abang akan bagi duit secukupnya untuk keperluan Asma
sampailah Asma bekerja nanti,” perlahan suara Ferhad. Tanpa
Asma tahu, sebenarnya Ferhad risau dengan dirinya sendiri.
Benar, bersama Asma, dia sememangnya bahagia. Tapi bila
berjauhan nanti, dia takut lupa dengan kebahagiaan yang
sedang dikecapinya ini.
Asma terdiam. Sepertinya dia faham maksud di
sebalik tindakan suaminya itu. Namun dia hanya angkat
muka dan senyum kepada suaminya.
“Terima kasih, abang. Asma akan gunakan sebaiknya
duit yang abang bagi. Abang tak perlu risaukan Asma di sini
nanti.”

No comments:

Post a Comment