DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 19 April 2017

Sweet & Dangerous - Bab 4

MALAM kian larut. Tetapi lelaki itu masih juga belum naik ke kamar. Humairah memutuskan untuk turun semula ke bawah. Terdengar suara orang berbual di ruang tepi rumah. Lekas kakinya dihalakan ke bawah. Terkejut melihat Isabel berada di hadapan pintu gelangsar, bercakap dengan Fakhrul yang sedang berada di dalam kolam renang.
Sepupunya itu mengalihkan pandangan sebaik sahaja terlihat Humairah mendekatinya.
“Angelina,” sapa wanita itu ceria.
“Hai...” balas Humairah lantas mendekati wanita itu.
“Comment ça va?” ujar Isabel sambil mendakap Humairah. Sudah lama mereka tidak bertanya khabar.
“Très bien. Merci,” balas Humairah biasa. Matanya mengerling Fakhrul yang sedang bersandar di tepi kolam mandi dalam keadaan separuh tubuhnya berendam di dalam air. Risau semacam melihat wanita ini ada di rumahnya. Isabel sudah menjanda lagi buat kesekian kalinya!
“It’s cold here. Come in,” ucap Humairah lantas menarik tangan Isabel. Sengaja mahu menjauhkan wanita mata keranjang ini dari suaminya.
Isabel memandang lelaki itu seketika. Dua jarinya dilambai dengan senyum manis sebelum dia mengekori Humairah masuk ke dalam rumah. Namun mereka terpandangkan Putra dan Jordan menuruni tangga dengan seluar renang dan tidak berbaju.
“Nak ke mana?” tanya Humairah agak terkejut.
“Swimming...”
“Dah malam, sayang!” tegas Humairah. Bimbang anaknya mendapat sakit pula.
“Papa ajak bogel sama. Bonsoir, Isabel,” ujar Putra dengan muka selamba melintasi mereka di ruang utama itu untuk ke kolam renang. Humaira terpaku mendengar jawapan anaknya. Mujurlah Isabel tidak faham apa yang diucapkan Putra.
Bonsoir, darling...” balas Isabel tanpa mampu mengalihkan pandangan dari dua anak itu.
“What happened to them?” ujar Isabel perlahan. Sama seperti Humaira, dia juga terpaku. Anak-anak itu ditatang bak minyak yang penuh selama ini. Usahkan berendam di kolam renang waktu begini, terkena salji pun tidak boleh! Bimbang mendapat sakit.
Humairah mendekati pintu gelangsar semula setelah meminta Isabel duduk di sofa. Tidak tertahan mahu melihat apa yang dibuat oleh anak-anak dan ayah itu. Jordan dan Putra sudah berendam di dalam air bersama suaminya.
Tidak sedar dia terpaku di situ. Tersenyum. Hati merasa damai sekali saat mendengar jerit pekik anak-anaknya keseronokan bersama sang ayah.
“I think I should leave now,” tegur Isabel tiba-tiba. Humairah menoleh kepada sepupunya itu. Isabel tersenyum lembut saat memerhatikan kegembiraan anak-anak itu.
“It’s okay. I’ll come back tommorow,” ujar Isabel sebelum wanita seorang lagi itu membalas. Tidak ingin menjadi penganggu masa terluang keluarga ini biarpun kedatangannya untuk melawat sepupunya ini.
Isabel menjengah tiga lelaki di kawasan riadah keluarga itu.
“Chérie, à plus tard. Ne soyez pas méchant,” ucapnya kepada Putra dan Jordan.
“Merci beaucoup, Isabel. Bonsoir...” balas dua beradik itu serentak.
Sesudah menghantar Isabel ke pintu utama, wanita itu menghampiri ruang riadah itu semula. Jordan macam orang baru pertama kali mandi kolam renang. Air berkocak besar dibuat dek anak itu.
Lain kesnya pula dengan Putra. Membuntang luas mata Humairah melihat anak lelakinya sedang berdiri dalam keadaan terbalik di dalam air. Telapak tangannya mencecah dasar kolam dan kaki ke atas. Fakhrul bersandar di tepi kolam memandang perbuatan anaknya seolah-olah tiada apa yang pelik dengan itu.
“Abang! Apa abang buat pada dia???” tekan Humaira tidak senang dengan perbuatan suaminya.
“Biarlah dia...” jawab Fakhrul selamba.
“Dia baru 10 tahun! Maira tak suka abang buat macam ni!” tegas Humaira.
“Dia anak lelaki. Abang tahu apa abang buat,” jawab Fakhrul selamba.
“What ever!” balas Humairah malas mahu bertekak dengan lelaki itu tentang ini. Hakikatnya dia benar-benar tidak suka anaknya diajar menjadi samseng. Sudahlah rambut anak itu dipotong macam askar.
“Tengah malam nanti giliran kita lemas kat dalam kolam ni sama-sama,” ujar Fakhrul masih dalam nada selamba.
“Tak kuasa!” sambut Humairah.
Tiba-tiba sahaja anak di dalam kolam itu bergerak lalu timbul di permukaan semula. Tercungap-cungap tidak cukup nafas. Wajahnya disapu berkali-kali. Kemudian dia berteriak kecil.
“Your turn, father...”
Fakhrul terus menenggelamkan diri ke dalam air.
Humairah menggeleng melihat suaminya sengaja menunjuk aksi berdiri terbalik di dasar kolam. Tapi hanya dengan sebelah tangan semata.  
“Show off!” jerit Putra kepada ayahnya. Jordan menjerit seronok melihat sesuatu seperti itu.
Melihat anak dan ayah itu sedang bertarung masa, Humairah melabuhkan duduk di kerusi. Sengaja mahu menjadi pemerhati. Namun setelah berlalu minit demi minit lelaki itu tidak bergerak langsung.
“Papa???” jerit Putra mula takut melihat lelaki itu masih tidak bergerak. Malahan tidak ada gelembung udara keluar dari mulut ayahnya lagi. Seterusnya lelaki itu tiba-tiba terapung lalu naik ke permukaan dalam keadaan telangkup.
Humairah bingkas bangun lalu ke tepi kolam. “Abang!!!”
Putra dan Jordan turut menjerit melihat tubuh ayah mereka terapung seperti sudah lemas. Putra berusaha keras untuk membalikkan tubuh sang ayah.
“Papa!!!” Putra menjerit seperti mahu menangis. Mata ayahnya terpejam.
“Huarghh!!!”
“Argh!!!” Humairah di tepi kolam yang menjerit paling kuat setelah disergah tiba-tiba oleh Fakhrul. Putra dan Jordan bertempiaran akibat terkejut. Namun dua beradik itu tergelak berdekah-dekah akhirnya. Paling lucu mendengar mama mereka menjerit tadi. Fakhrul ikut ketawa saat memandang isterinya yang masih masam mencuka.
Akibat geram tidak tertahan, Humairah mendekati kerusi tadi. Tuala yang masih berlipat di atas meja dicampaknya ke arah kolam itu.
“Tuala abang, Maira!” terkedu lelaki itu melihat tualanya sudah terapung di permukaan air.
“Padan muka!” ujar perempuan itu lantas berpaling untuk masuk ke dalam. Tidak sedar langsung Fakhrul berlari laju terkedek-kedek dalam keadaan kakinya licin ke arah Humairah. Dia hanya tersedar saat tubuhnya dipaut dari belakang. Seterusnya wanita itu menjerit akibat ditarik semula ke arah kolam itu.
Jordan dan Putra tergelak-gelak melihat mama mereka ikut jatuh ke dalam kolam bersama sang ayah. Bukan main marah lagi perempuan itu kepada Fakhrul. Namun lelaki itu hanya ketawa seronok.

Putra... tidak pernah kelihatan sesuatu seperti ini di antara mereka. Kerana sering saja ibu mereka sendirian bersama mereka tanpa kehadiran lelaki ini di antara mereka.

No comments:

Post a Comment