DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 19 April 2017

Sweet & Dangerous - Bab 3

AWAL pagi lagi lelaki itu berkeliaran di kawasan luar rumah. Sambil menikmati udara luar, dia memerhatikan permandangan pergunungan yang kelihatan. Musim luruh memang indah di sini. cumanya, dek kerana kawasan itu amat dekat dengan pergunungan, suhu masih terlalu rendah.
Tidak lama kemudian Fakhrul berpaling memandang ke arah rumah itu. Rumah mewah itu sedikit riuh awal pagi itu. Jordan pastinya begitu ceria melihat ibunya sudah kembali. Putra pula perlu ke sekolah seperti selalu. Fakhrul meninggalkan tempat dia berdiri.
“Bonjour, papa...” sapa Putra saat lelaki itu tiba di ruang makan.
“Bonjour,” balas Fakhrul perlahan. Dia tidak suka anak itu berbahasa Perancis dengannya. Putra tahu yang dia tidak begitu faham bahasa itu. Namun anak itu sengaja!
Mata Fakhrul masih memandang anak lelaki sulungnya sedang menikmati sarapan di meja makan tanpa memandang kepadanya. Sapaannya sekadar dalam nada meleret. Fakhrul memandang lama anak itu sambil dia melabuhkan duduk di hujung meja. Terlalu jarak dari anaknya.
Pembantu rumah datang serta merta kepada lelaki itu. Ketika itu suara Humairah juga kedengaran dari kawasan tangga. Tidak lama kemudian wanita itu muncul bersama anak kecil mereka.
“Jordan...”
“Papa...” anak berusia lima tahun itu meluru ke arah sang ayah. Lekas sahaja tubuhnya dinaikkan lalu duduk di atas ribaan lelaki itu.
Putra mengerling. Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan dalam gerakan yang agak kasar sehingga menerbitkan bunyi kuat. Putra terus mengambil begnya dan memanggil pemandu dalam nada kasar dan lantang.
“Behave yourself!” tekan Fakhrul agak keras.
Anak itu menayang cebikan selamba memerli saat seorang lelaki datang mengambil beg sekolahnya. Kemudian dia memandang ke arah Humaira.
“Je vous aimez.” Bicara itu diucapkan Putra hanya untuk Humairah seorang.
Humairah sempat memandang suaminya. Riak wajah Fakhrul kelihatan tegang memandang ke arah Putra. Namun lelaki itu menghela nafas perlahan sebelum kembali menumpukan perhatian kepada Jordan. Terkilan. Namun lidahnya seperti kelu untuk meluahkan bicara buat sang anak.
Humairah segera mengekori anak lelakinya ke muka pintu.
“Boleh tak Putra jangan buat macam tu pada papa? Tolonglah jaga hati mama,” ujar Humairah. Tiba-tiba anak itu kembali memandang Humairah sebelum masuk ke dalam kereta.
“Kenapa dia ada di sini?”
“Dia ayah Putra. Ini rumah papa juga. Kalau bukan di sini mana lagi papa nak pergi? Kenapa tanya macam ni???” tekan Humairah dalam nada tertahan.
“Selalunya Putra tak tahu dia berada di mana.” Putra menjawab selamba tanpa rasa bersalah meninggalkan ibunya di situ. Kenderaan itu berlalu membawa anak itu ke sekolah dalam keadaan Humaira masih terkesan dengan bicara Putra.
Wanita itu kaku seketika sambil berpeluk tubuh memandang halaman rumah. Segalanya cukup di sini. Namun apa yang anak itu perlukan adalah jasad ibu dan ayahnya. Dia sedar anak-anak memerlukan lebih dari ini.
Wanita itu masuk semula ke dalam rumah. Kelihatan anak dan ayah begitu mesra makan bersama. Humairah sedar Jordan masih terlalu kecil untuk memberontak seperti abangnya.
Fakhrul mengangkat pandangan sebaik sahaja isterinya kembali ke situ.
“Putra dah pergi sekolah?” tanya lelaki itu.
“Dah,” jawab Humaira lantas melabuhkan duduk. Lama matanya memandang raut sang suami. Dia tahu Fakhrul kecil hati dengan kelakuan Putra.
“What?” tegur Fakhrul tiba-tiba. Dia tahu isterinya masih ralit membaca air mukanya. Namun Humaira menggeleng saat pandangan mereka berpadu.
“Cakaplah apa yang Maira nak cakap. Abang dengar,” ujar Fakhrul lagi.
“Maira nak happy. Maira tak nak keadaan macam ni. Abang tahu anak abang marah dengan abang. Dia dah lama tak jumpa abang. Tolonglah buat sesuatu sebelum keadaan dia jadi lebih teruk,” ucap wanita itu bersungguh.
Fakhrul diam pula. Masih sibuk melayan Jordan makan pagi. Anak itu cukup berselera menikmati daging salai di dalam pinggannya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dengan Putra sikap dan bicaranya jadi kaku. Dalam menungannya, Fakhrul menghela nafas panjang.
“Abang...”
“Abang akan buat!” lelaki itu memintas pantas. Agak keras.
Humairah menghela nafas perlahan. Terdiam. Anak dan ayah ini sama-sama ada egonya. Kadang-kala dia yang kelelahan.
“Maira...” panggil Fakhrul saat wanita itu mahu berlalu.
Wanita itu hanya menoleh tanpa membalas.
“Abang akan pujuk dia. Jangan bimbang ya?” ucap lelaki itu bersungguh. Humairah hanya mengangguk dan berlalu.

RUMAH itu sepi di waktu itu. Pekerja masih sibuk dengan tugas masing-masing. Fakhrul seperti mati kutu duduk bersendirian. Menonton tv dia tidak minat. Jordan masih di dalam kamarnya bersama guru. Humairah di dalam kamar kerja semenjak tadi. Biarpun sedang bercuti, wanita itu masih berkerja melalui dunia maya.
Hampir jam tiga siang, kelibat kenderaan yang membawa anaknya pulang dari sekolah tiba di ruangan porch. Humairah turun dari tingkat atas untuk menyambut kepulangan anak itu. Mereka berdua berpandangan dari jauh setelah wanita itu tiba di bawah.
Namun setelah anak itu masuk ke dalam rumah, Humairah terjerit kecil melihat hujung bibir Putra bengkak dan masih ada kesan darah.
“What’s wrong?”
“Nothing. I’m fine!” Spontan anak itu menepis tangan Humairah yang mahu menjamah wajahnya. Gelagatnya itu sempat dilihat oleh Fakhrul. Lelaki itu berjalan mendapatkan Putra.
“Let me see,” ucap Fakhrul pula.
Putra hanya buat bodoh berjalan ke arah tangga. Tidak peduli kepada kata-kata itu.
“I’m talking to you! Let me see!” nada sang ayah naik lagi. Lebih keras. Spontan Putra menghentikan langkahnya sambil mendengus. Fakhrul mendekati anaknya. Wajah anak itu ada kesan calar seperti dicakar. Sudah pastinya akibat bergelut.
“Siapa yang buat ni?” tanya Fakhrul.
“It’s nothing. Don’t worry,” jawab Putra biasa. Dia terus berpaling lalu naik. Terlalu mahal pertanyaan itu. Selama ini dia tidak punya ayah di hadapan matanya untuk mengadu tatkala dia dibuli oleh rakan sekelasnya.
Fakhrul terkebil-kebil memandang anaknya berlalu. Kemudian dia menoleh kepada isterinya. Humairah terpacak memandang kepadanya sambil berpeluk tubuh. Sudahnya lelaki itu memanjat tangga. Dia mencari anak lelakinya di kamar tidur.
“Putra,” panggil Fakhrul ketika melangkah di ambang pintu. Dia terlihat anaknya sedang duduk di lantai sambil bersandar di tepi katil.
Anak itu mengalihkan pandangan ke arah lain. Namun lelaki itu sempat terpandangkan Putra. Anak itu menangis! Fakhrul segera mendekatkan diri kepada Putra.
“Apa dah jadi? Cerita dengan papa,” ucap Fakhrul.
There is nothing you can do. Suatu hari nanti papa akan pergi juga, kan?” balas Putra seolah-olah menggumam sendiri.
Fakhrul melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Lama dia memandang Putra. Selama itu juga anak itu hanya memandang ke arah lain. Tidak sudi membalas renungannya.
“Cerita dengan papa,” pujuk Fakhrul lantas memaut bahu sang anak.
Putra mengalihkan pandangan ke hadapan pula. Merenung jemarinya yang saling digeselkan.
“Siapa pukul?”
“Putra gaduh dengan Jerequine...”
“Kenapa?” tanya sang ayah lagi.
Putra tunduk pula. Saban hari dia diejek-ejek kerana hidupnya begini. Dia tidak ramai kawan. Ke mana pergi pasti ada seseorang bersama dengannya. Lelaki itu menjaga keselamatannya dan Jordan. Jadi, dia diejek sebagai tidak jantan oleh kawan-kawannya.
“Dia kata Putra penakut sebab Uncle Sebastian selalu ada dengan Putra.”
Really?” Fakhrul tunduk sedikit mencari bola mata anaknya. Kala itu dia terpandangkan tepi dagu anaknya kemerahan. Mungkin akibat ditumbuk.
“Berapa kali Putra pukul dia?”
Putra menggeleng pula.
“Maksudnya?”
“I can’t beat him. He’s bigger than me..”
Fakhrul tergelak tanpa sengaja. Putra menoleh dengan pandangan tajam. Terasa dia dipersendakan oleh ayahnya.
“Funny, wasn’t it?” desis Putra tajam.
Wajah Fakhrul berubah serta merta. Bahu anaknya dipaut sehingga Putra rapat kepadanya. Kepala anaknya dikucup lembut.
“Papa tak bermaksud nak ketawa. Papa minta maaf kerana papa dah lama abaikan anak-anak,” ujar lelaki itu rendah.
Anak itu hanya membisu sambil memandang ke bawah. Pelupuk matanya diusap. Fakhrul memandang rambut anaknya.
“Papa tak pernah ajar anak-anak pertahankan diri sendiri dari orang yang cuba beri masalah kepada kita. Papa buat semua tu untuk orang luar,” luah lelaki rendah. Spontan anak itu memandang sang ayah.
“Meaning?”
“Orang akan respect kita bila ada prinsip diri. Tidak lemah di hadapan orang.”
Putra menggeleng pula. “I don’t know how,” jawab Putra rendah.
“Come with me, son...” bisik sang ayah lembut. Dia bangkit dari duduknya sambil mencapai tangan anaknya itu. Kali itu anak itu akur menuruti kehendak sang ayah. Namun kemudian dia disuruh menunggu di halaman rumah.
Halaman rumah yang menguning dengan luruhan daun dan bunga ditatap oleh mata anak itu tanpa jemu. Tidak lama kemudian sang ayah tiba di situ dengan beberapa pekakas di tangan. Putra bangun dari duduknya.
“Papa...” ucap Putra hairan.
“Duduk,” balas Fakhrul bersungguh.
Ragu. Matanya merenung gunting dan mesin pencukur di tangan ayahnya. Dia tahu apa yang hendak dibuat oleh ayahnya.
“Orang akan pandang kita lemah apabila kita nampak lemah,” ucap Fakhrul perlahan.
Putra memejamkan mata. Tidak faham. Rambut ala-ala model itu habis digunting oleh ayahnya. Persoalannya... apa tujuannya?
Done...” ucap Fakhrul lantas berdiri di hadapan anaknya. Putra mengangkat pandangan kepada ayahnya. Namun tiba-tiba lelaki itu menampar pipinya. Anak itu terkejut sambil memegang pipinya. Sekali lagi dia menampar pipi Putra dalam pada pipi itu sedang beralas jemari Putra.
“What did you do!”
“Don’t cry!” tegas lelaki itu. Putra merenung ayahnya dengan mata berkaca. Mahu menangis.
“Stand for yourself! Don’t cry! Be a man!” tegas Fakhrul. Sekali lagi dia mengangkat tangan mahu memukul Putra. Putra tiba-tiba menahan tangan lelaki itu. Pandangan matanya meliar seolah-olah mahu melawan. Dia menghayun tangan mahu membalas pukulan ayahnya semula. Tetapi lekas sahaja dielak oleh Fakhrul. Tidak berjaya menyentuh sang ayah. Malah tangannya terkunci dengan mudah.
“Not that easy, son...” ucap Fakhrul dengan sedikit senyuman. Putra memberontak mahu melepaskan tangannya namun tidak berjaya. Seketika kemudian Fakhrul memegang kedua-dua belah pipi anaknya. Raut itu ditatap dalam-dalam.
“Bila kita tak mampu nak melawan, kita mesti berundur. Tapi bukan menyerah begitu saja untuk dibuli orang. Kita mesti ada harga diri,” ujar Fakhrul lembut.
Putra terkebil-kebil memandang Fakhrul. Masih ada sisi mahu marah kerana ditampar begitu sahaja. Namun sang ayah duduk di hadapan anak itu. Masih tidak jemu menatap sang anak.
“Papa pernah alami sesuatu yang lebih besar daripada dibuli oleh rakan sekolah. Kalau papa tak kuat, mama yang akan mati...”
Berubah wajah anak itu mendengar bicara sang ayah. Kemarahannya melenyap serta merta.
“What do you mean?”
Fakhrul diam pula sambil menghela nafas. Teringat kisah lalunya bersama Humaira. Untuk sampai ke hari ini, bukan mudah. Saat dia kembali memandang anak sulungnya, Putra masih teguh merenungnya. Mengharapkan penjelasan.
“Pergi naik atas. Bersihkan diri,” ucap Fakhrul lembut.
Putra mengangguk agak lambat biarpun tidak puas hati. Fakhrul terus memerhatikan anaknya berlalu. Namun kemudian dia pula yang termenung di situ. Ketika dia di zaman sekolah dahulu tiada sesiapa berani membulinya kerana ramai yang tahu arwah ayahnya seorang guru silat.
“Abang...” tegur satu suara tatkala lelaki itu masih merenung ke luar. Fakhrul menoleh. Humairah menapak mendekati lelaki itu agak lambat.
“Kenapa dengan Putra?” tanya si ibu setelah berdiri di sebelah suaminya.
“Biasalah budak-budak. Kena buli,” jawab Fakhrul rendah.
“Kena buli...” balas Humairah sambil mengangkat kening, seakan-akan tidak percaya. Bukannya tidak percaya anaknya telah dibuli. Tetapi dia tidak percaya, anak lelaki ini akan dibuli orang!  
“Kita akan bawa dia pulang bersama kita,” ucap Fakhrul saat isterinya duduk di sisinya.
“Betul ke ni?” tanya Humairah sedikit terkejut dengan bicara suaminya. Mana ada ibu yang suka berpisah dari anaknya? Tetapi dia harus akur memandangkan keadaan di Yangon tidak selalunya aman.
Fakhrul mengangguk bersungguh. Dia tahu anak-anak memerlukan mereka berdua. Sebagai ayah, dialah yang harus membimbing anak-anaknya, melindungi mereka dari segala macam ancaman dunia! Tetapi selama ini dia lebih banyak sibuk di luar sana berbanding memberi perhatian kepada Putra dan Jordan.
“Dia perlukan abang,” ujar Fakhrul rendah. 10 tahun berlalu begitu sahaja. Tidak sedar anaknya kian meningkat usia. Punya perasaan dan keperluan. Bukan sekadar keperluan dunia.
Wanita itu mengalihkan pandangan ke arah pergunungan nun jauh di sana. Masih memutih oleh salji. Kedinginannya tempias sehingga ke tempat mereka duduk saat ini.
“Emm... lepas ni abang akan ada banyak masa di rumah. Kalau kita ada anak perempuan pulak, macam mana?”
Spontan Humairah memandang semula wajah suaminya. Kemudian dia bangun.
“Anak dua orang ni pun tak terjaga. Ada impian nak tambah lagi,” desis perempuan itu sebelum berlalu ke arah rumah semula.
Fakhrul sempat memerhatikan lenggok perempuan itu sehingga bayang Humairah menghilang. Kemudian kepalanya dikeruk.
“Cakap pun tak boleh. Apa pun tak boleh,” rungut lelaki itu seorang diri.









No comments:

Post a Comment