DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 16 April 2017

Bukan Encik Sempurna - Bab 9

Gravitation is not responsible for people falling
in love.
~Albert Einstein~

AKU mengetap bibir memandang Farah yang
tidak henti-henti ketawa sejak aku mula bercerita apa yang
telah terjadi sepanjang pertemuan aku dengan Luth hari ini.
“Aku dapat rasa dialah encik sempurna yang kau
cari-cari selama ini.” Farah mengesat air mata yang mengalir
disebabkan terlalu banyak ketawa.
“Farah, sempurna apanya macam tu? Itu gila, tau
dak! Tu kau tak tengok lagi mamat tu drive kereta apa.”
Balasku dengan nada suara mendatar. Bukanlah aku ni jenis
materialistik yang pandang kereta apa yang dipandu, tapi...
Kereta kancil bermotifkan Hello Kitty. Hello Kitty...
okey!
“Aku tengok kereta Kancil dia tu dah macam Hello
Kitty bergerak tau. Aku boleh terima kalau perempuan yang
drive kereta tu, tapi dia tu lelaki!”
Farah ketawa kembali sambil menekan perutnya
berkali-kali.
“Comel apa.” Balas Farah selamba.
Aku sudah menarik rambut sendiri. Seteghessnya
aku cakap dengan minah ni!
“No doubts, memang ‘Projek Uya Kena Kahwin
Sebelum Hujung Tahun’ ni boleh berjaya. Aku sebagai
assistant project manager, ada keyakinan yang tinggi.” Ujar
Farah bersemangat.
“Banyaklah kau punya keyakinan yang tinggi.”
“Kau dengan dia sama-sama gila. So, both of you will
make a perfect combo.”
“Kau nak cakap aku gilalah ni?”
Farah kembali ketawa.
“Farah, kau tak nampak ke list 15 ciri-ciri encik
sempurna aku ni?” Aku bergerak ke arah poster rekaan
sendiri yang tertampal pada dinding bilik tidurku.
“Kau tengok ciri-ciri nombor 1 ni ya.” Aku gerakkan
jari telunjuk pada ciri-ciri yang pertama.
“Beriman, menjaga hubungan dengan Allah. Aku
rasa, ciri-ciri yang pertama pun dia dah fail. So, tak payahlah
susah-susah nak tengok ciri-ciri yang seterusnya. Memang
fail with flying colours!” komenku serius.
“Kau ni, tak baik buruk sangka tau. Entah-entah
dia jenis yang memang macam tu. Jenis yang beriman, tapi
undercover.” Sangkal Farah tetapi aku pantas menggelengkan
kepalaku.
“Cuba kau bayangkan, dia pakai t-shirt The Rolling
Stones yang ada gambar lidah terjelir. Takkanlah nak solat
menghadap Allah macam tu?”
Farah diam.
“Mana kau tahu? Entah-entah dia ada bawa jubah
dalam kereta Hello Kitty dia tu?”
“Isy... kalau anak patung Hello Kitty, aku percayalah.”
“Habis tu, kau nak cakap apa dengan mak tok kau?”
“Aku kena jelaskan yang projek ni memang tak boleh
berjaya. Mak tok tak jumpa lagi Luth tu in person. Aku yakin,
kalau mak tok dah tengok Luth tu in person, tanpa ragu-ragu
mak tok akan reject Luth.”
“Kalau Hud tu?”
Aku diam dan automatik ingatanku menerawang
kepada lelaki yang sentiasa menjaga penampilan diri itu.
Aku senyum memandang Farah.
“Eh, mak cik! Mak tok tu nak kenenkan kau dengan
Luth, bukannya dengan Hud.” Pantas lenganku dicubit Farah.
“Ala, bukannya beza banyak sangat. Still satu
keluarga, cucu Ungku Harlina juga. Cuma ganti dengan cucu
yang lain aje.” Aku sengih.
“Kau tak kenal ke mak tok kau tu macam mana?”
Aku kembali diam. Yalah, mak tok itu tegas orangnya
walaupun penuh dengan kasih sayang. Dah nama pun pesara
guru besaq! Kalau mak tok dah tetapkan warna hitam,
memang susahlah nak diubah menjadi warna pelangi. Kalau
nak ubah, kena sertakan alasan yang munasabah.
Aku garu kepala. Boleh ke aku yakinkan mak tok?

SAMA SEPERTI reaksi Farah malam tadi, Haura dan Hani
juga gelak tidak berhenti apabila mendengar ceritaku. Hanya
mak tok sahaja yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Semata-mata mahu meyakinkan mak tok yang
‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ tidak
berjaya, aku sanggup memandu kereta pulang ke Ipoh pada
pagi Ahad itu juga. Farah selaku assistant project manager
turut kuheret bersama.
“Takkanlah mak tok sanggup nak tengok cucu mak
tok yang cun melecun ni kahwin dengan orang gila?” Aku
memandang mak tok dengan mimik wajah meminta simpati.
“Hang pun gila juga.” Komen mak tok selamba
membuatkan Farah, Hani dan Haura ketawa serentak.
“Mak tok, otak gila-gila dengan gila betul-betul mana
sama.” Balasku dengan nada suara yang sedih.
“Lagipun Kak Uya, Pedro Calderon de la Barca kata;
when love is not madness, it is not love.” Sampuk Hani pula.
“Pedro apa?” soalku, wajah adik tunggalku itu
kupandang dengan dahi berkerut.
“Isy... Pedro Calderon de la Barca la... takkan Kak
Uya tak kenal?” soal Hani sambil ketawa.
“Siapa tu?” soalku lagi.
“Dia tu dramatist, poet and writer waktu zaman
Spanish Golden Age dulu.” Jawab Hani.
Aku menjulingkan biji mata ke atas. Hani ni lupa ke
yang dia sorang sahaja faham apa yang dia cakap tu? Susah
juga kalau ada adik yang major dalam bidang literature
ini dan mengajar pula subjek Literature di Nottingham
University kampus Malaysia. Semua benda pun nak dikaitkan
dengan literature.
“So?”
“So, kalau tak gila maksudnya tak cinta!” Hani
kenyitkan mata.
“Hanglah yang gila!”
Hani ketawa lagi.
“Hang kata Luth tu macam orang tak ada hala tuju
hidup?” soal mak tok.
Aku angguk.
“Gaya rambut panjang macam samurai? Pakai t-shirt
kumpulan rock? Macam budak-budak suka melepak petik
gitar dekat kampung ni?” soal mak tok lagi.
Aku angguk lagi.
“Hang jumpa dia dekat Miri hari tu, dia duk panjat
atap?”
Aku angguk laju.
“Hang ada jumpa dia panjat jambatan juga?”
“Ya, mak tok. Gaya macam orang nak bunuh diri.”
Sokongku laju memandangkan mak tok macam sudah mahu
menerima hujah-hujah aku. Bukan mudah mahu meyakinkan
mak tok ni.
“Tapi...”
Aku terus pandang Farah. Ada perkataan ‘tapi’lah
pula.
“Waktu Lina tunjuk gambaq Luth tu dekat mak
tok, mak tok tengok elok ja. Mana ada rambut panjang
menggerbang macam yang hang duk habaq kat mak tok ni.
Pakaian dia pun kemas. Segak sangat.”
Aku sudah mahu menangis. Sepatutnya semalam aku
curi-curi tangkap gambar Luth kerana aku dapat merasakan
yang mak tok takkan percaya.
“Tapi tu gambar, mak tok. Mak tok pernah jumpa7
Luth dak?” Aku mencuba nasib lagi.
“Belumlah lagi.”
“Haaa... sebab tu mak tok kena jumpa Luth dulu.
Mana boleh tengok gambaq. Gambaq boleh menipu mak tok
oii.”
Aku sudah terasa bau-bau kemenangan.
“Haaa... sebab itulah mak tok minta Lina suruh
Luth balik hari ni. Sebab dah alang-alang hang pun mai
sini, Lina suruh Luth balik juga. Tu yang mak tok masak
macam-macam, boleh makan tengah hari sama-sama.”
Yes! Bila mak tok tengok aje Luth nanti, mesti mak
tok terkejut. Jangan pengsan sudahlah.
Dan, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan dan
diikuti dengan suara Ungku Harlina memberi salam.
“Tu mesti depa tu. Senang, rumah sebelah ja.”
Perlahan-lahan mak tok bangun melangkah ke pintu utama.
Aku turut bangun, mengikut langkah mak tok. Takut
jugalah kalau mak tok betul-betul pengsan sebaik sahaja
melihat Luth yang sebenar.
“Maaflah, lambat pula. Duk menunggu cucu bertuah
ni sampai.” Sapa Ungku Harlina mesra sambil bersalaman
dengan mak tok.
Kali ini anak mataku terpaku ke arah lelaki yang
sedang berdiri di belakang Ungku Harlina. Anak mataku terus
jatuh pada rambut pendek yang digayakan kemas dengan
rambut di depan dinaikkan sedikit ke atas, turun ke kemeja
Burberry biru tua yang lengan panjangnya dilipat sehingga
ke siku, turun ke sepasang seluar khaki potongan straight
cut dan akhir sekali pada sepasang loafer coklat gelap yang
tersarung di kakinya.
“Hakimah, inilah Luth Hannan. Hari tu nampak
gambar aje, hari ni Lina bawa orangnya terus.” Suara Ungku
Harlina sudah sayup-sayup di tepi telingaku.
Luth Hannan? Luth a.k.a. mamat samurai a.k.a. L
a.k.a. mamat gila yang aku jumpa semalam tu? Dah banyak
pula ‘a.k.a.’ aku ni.
Anak mataku mencari wajah Luth yang sedang
tersenyum ke arah mak tok.
Dan...
Aku terus pengsan!

No comments:

Post a Comment