DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 16 April 2017

Bukan Encik Sempurna - Bab 4

Keep love in your heart. A life without it is like
a sunless garden when the flowers are dead.
~Oscar Wilde~

LUTH melompat turun dari pengadang jambatan
yang menjadi tempatnya berdiri sebentar tadi. Aku betul-betul
rasa yang dia ni ada keturunan samurai. Kalau tak ada,
mungkin dia ni gila. Gila suka buat benda-benda pelik.
Cangkuk besi yang dicangkuk pada besi pengadang
jambatan itu dibuka dan tali yang melilit pinggangnya turut
ditanggalkan. Tali panjang itu diserahkan kepada seorang
lelaki.
La... mai daripada mana pula lelaki ni?
“Dapat ke, L?”
Aku toleh memandang ke arah suara itu. Bukan
seorang, tetapi ada seorang lagi. Yang seorang lagi turut
berpakaian serba hitam. Masing-masing memakai topi.
‘Dapat apa?’ soalku dalam hati sambil memerhatikan
gelagat mereka bertiga. Kejap, bukan nama encik samurai ni
Luth ke? Kenapa sekarang bertukar menjadi ‘L’ pula? Kalau
dia ‘L’, yang lelaki lagi dua orang ni siapa? ‘M’ dan ‘N’ ke?
Aku pandang Atiqah dan Atiqah pandang aku.
Kami berdua memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi.
Entah-entah mereka bertiga ni ahli kongsi gelap kut?
Ataupun mafia?
“Tak dapat. Dah minah busybody ni tiba-tiba sergah
aku tadi.” Tajam anak mata encik samurai memandang aku.
Aku telan liur dan wajah cuak Atiqah kupandang.
Dalam kepala sudah terngiang-ngiang kisah-kisah samseng
jalanan Miri yang pernah diceritakan oleh Atiqah.
Itulah, Ulya Hana! Busybody sangat ni kenapa?
“Tiqah, lari!”
Ibarat tidak cukup tanah, aku menarik tangan Atiqah
dan pantas memboloskan diri ke dalam Myvi putih milik
Atiqah. Kelam-kabut Atiqah menghidupkan enjin dan terus
menekan pedal minyak.
“Saya nak tumpang tidur rumah awak malam ni,
boleh?” soalku sebaik sahaja kereta berjaya bergerak jauh
daripada ketiga-tiga orang lelaki tadi.
“Hah?”
“Tiqah, mamat tu pun menginap di hotel yang sama.
Bilik dia betul-betul bersebelahan dengan bilik saya. Saya
takut!” Aku pandang wajah Atiqah.
“Macam mana awak tahu?”
“Sebab semalam saya nampak dia panjat bumbung.
Saya ingatkan dia samurai.”
Dalam keadaan yang cemas sebegini, Atiqah ketawa.
“Mana ada samurai zaman moden ni, Hana.”
“Tahu, saya yang tersilap.”
“Dan baru tadi awak jadi busybody lagi sekali?”
Aku pantas mengangguk.
“Habis tu, barang-barang awak macam mana?”
“Nanti saya call colleague saya, minta dia tolong
uruskan.”
“Yalah, Hana.”
Aku terus menarik nafas lega.

KLIA 2...
“HANA!”
Aku yang sedang menarik beg pakaianku
menghentikan langkah. Oh... Hud Harraz a.k.a. makhluk
handsome yang duduk di sebelahku dalam penerbangan dari
Kuala Lumpur ke Miri tempoh hari.
“Baru touchdown?” soal Hud sambil anak matanya
jatuh pada beg pakaian yang berdiri di sisiku.
“Haah, baru aje. Senang betul you recognize orang.”
Jawabku dan Hud ketawa senang. Alahai, bunyi ketawa dia ni
pun ibarat irama merdu.
“I takkan senang-senang nak lupakan orang yang
buat I tersenyum.”
Terus wajahku terasa panas. Hud... the sweet talker.
Memang habit dia agaknya.
“Dari mana?” soalku, berniat mahu mengubah topik
perbualan.
“I pun baru aje touchdown KL ni, tapi I naik MAS.”
“Oh, patutlah tak jumpa dalam flight yang sama.”
Hud ketawa semula.
“Balik macam mana ni?” soal Hud.
“Patutnya kawan I tolong jemput, tapi dia stuck in
the traffic jam, trafik tak bergerak katanya.” Jawabku dan
jam di pergelangan tangan kutilik sekali lagi. Kata Farah,
sudah hampir setengah jam trafik sesak teruk disebabkan
kemalangan.
“So, coffee? I pun tengah tunggu orang jemput ni.”
Ajak Hud mesra.
Aku teragak-agak menerima pelawaan Hud.
Satu, aku tak minum kopi. Bukan sebab kafein tak
elok untuk kesihatan, tapi sebab aku memang tak boleh telan
kopi. Nanti kepala keluar bintang.
Dua, aku tak kenal sangat lelaki yang peramah ini.
Sudahlah perasaan takut sejak peristiwa semalam dek kerana
aku terlampau prihatin menegur Luth yang memanjat
jambatan masih belum hilang.
Tiga, ini kali pertama orang yang menerima
poskadku memanjangkan pula sesi perkenalan.
Empat, adakah ini jodoh?
Lima, Ulya Hana sedang berangan di siang hari lagi
ke?
“Hana!”
Aku tersentak. Bubble-bubble buah fikiranku yang
banyak tadi terus hilang. Jelas di hadapan mata ialah Hud
yang sedang memandang aku dengan pandangan redupnya.
“I tak minum kopi.” Balasku.
“So, tea?” soal Hud lagi.
Aku diam, masih terfikir-fikir.
“Okey, kalau tak minum teh, kita boleh minum jus.
Kalau jus pun you tak minum, kita minum air kosong ajelah.
Ataupun mat salih sebut... sky juice.”
Aku terus ketawa mendengarkan komen bersahaja
Hud.
“Okey, jomlah.” Yalah, umi kata rezeki jangan
ditolak. Farah pula kata, kalau jodoh dah nak memunculkan
diri, jangan dibiarkan pergi.
Ceh, alasan semata-mata!

“NI BUSINESS card I.” Hud menarik keluar sekeping kad
berwarna perak dari dalam card holder sebelum kad tersebut
diletakkan di hadapanku.
“Okey, sekejap!” Aku pantas mencari business cardku
dari dalam beg galas Cath Kidston.
“External auditor?” soal Hud sebaik sahaja kad
businessku bertukar tangan.
Aku sengih.
“Patutlah eye bag you tu obvious sangat. Now it
makes sense yang you selalunya work long hours.” Usik Hud.
“I dah guna macam-macam eye product, tapi tak
berkesan.” Balasku bersahaja dan Hud ketawa.
Kad berwarna perak yang diberikan oleh Hud
sebentar tadi kubelek. Patutlah aura mamat ni lain macam
aje. Rupa-rupanya Marketing Director di sebuah syarikat
pengiklanan yang terkenal di Malaysia.
“Jadi you pergi Miri tu atas urusan kerja?” soal
Hud sebelum menyimpan kad milikku ke dalam card holder
miliknya.
“Haah. Dah nak masuk tahun baru ni, selalunya
kita orang akan start attend klien punya inventory count.
Terutama untuk klien yang financial year ended diaorang 31
Disember.” Terangku.
Perbualan kami yang seterusnya lebih banyak
berkisar mengenai hal-hal ekonomi dan juga berkenaan
business pengiklanan. Perbualan kami terhenti apabila
seorang lelaki yang berpakaian kemas datang menyapa.
“I gerak dululah, Hana. Nice meeting you again.
Insya-Allah, ada rezeki jumpa lagi.” Hud berdiri dan
tersenyum.
“Insya-Allah.” Aku senyum kembali dan
memerhatikan Hud yang sudah mengatur langkah sambil
berbual dengan rakannya yang nampak agak pendiam.
Aku juga turut bangun sebaik sahaja mendapat
pesanan Whatsapp daripada Farah yang mengatakan
dia hampir tiba. Beg galas Cath Kidston kugalas di bahu
dan sebelah tangan menarik beg pakaianku. Sedang aku
melangkah bergerak ke arah pintu keluar, anak mataku terus
terpaku pada tiga orang lelaki.
Encik samurai. Eh... Luth. Eh... L, kan? Dan dua
orang lelaki yang berpakaian serba hitam malam tadi.
Mungkin mereka ‘M’ dan ‘N’?
Tiga pasang anak mata sudah digamkan ke arahku.
Aku terus menelan liur. Kenapalah asyik terserempak dengan
mereka ni?

No comments:

Post a Comment