To love is nothing. To be loved is something.
But to love, and to be loved that’s everything.
~T.Tolis~
“YEN, aku baru aje merasa duduk dekat ofis
ni tau. Tak sampai satu hari.” Aku pandang wajah Nazrin
Muazzim Shah dengan mimik wajah kasihan.
“Aku tak boleh nak kesiankan kau sebab aku pun
kena hantar sekali.”
“Tak ada orang lain ke?” E-mel yang baru sahaja
kuterima sebentar tadi kupandang dengan rasa berbaur.
“Super peak period, Hana. Mana ada staf yang
available last-last minute macam ni.”
“Habis tu klien aku yang dekat Subang tu siapa yang
akan handle?”
“Aisyahlah yang ganti tempat kau. Kan bos dah
exchange job korang. Kau pergi Sarawak, Aisyah pergi
Subang.”
“Yen, tu bukan exchange tau. Sarawak tu jauh,
Subang tu dekat aje. Ada satu benda aje yang sama.
Kedua-duanya bermula dengan huruf S. Selain daripada tu,
tak ada benda yang sama.”
Nazrin terus ketawa.
“Lame gila reasoning kau!”
Ceh!
“Kesianlah dekat Aisyah, dia tengah early pregnancy
tu. Early preganancy kan kena jaga betul-betul. Takkanlah
nak hantar dia pergi jauh-jauh. Yang single macam kita inilah
yang kena berkorban.”
Aku menjulingkan biji mata ke atas. Nak nyanyi lirik
lagu Yuna yang berbunyi ‘ini tidak adil’ itu boleh tak?
“Company apa?” nada suaraku sudah reda.
“Oil and gas. Team kita pergi ni untuk inventory
count aje dulu. Nanti aku share dengan kau company
background untuk your reading.” Jawab Nazrin.
“Flight bila?” soalku sambil menyandarkan tubuh
pada kerusi.
“Lusa.”
“Hah???”
“Lusa.” Nazrin sengih.
“Kenapa tak hari ni aje?” sindirku selamba dan
Nazrin terus ketawa.
“Aisyah baru dapat tahu dia pregnant semalam.”
Pulak dah! Haru sungguh.
“Nanti pukul 11 pagi ada meeting dekat boardroom.”
Pesan Nazrin sebelum dia berlalu pergi.
Dramatiknya hidup. Bila masa nak buat misi mencari
encik sempurna ni?
KLIA 2...
“KAU BUAT apa?” soal Nazrin sambil mengintai aku yang
sedang melukis doodles di atas sekeping poskad bergambar
Menara Condong Teluk Intan. Poskad ini kubeli sewaktu
singgah di salah sebuah kedai cenderamata sebentar tadi.
“Doodling.” Jawabku sambil sengih sebelum
menyerahkan poskad yang sudah separuh siap itu kepada
Nazrin.
“Use your smile to change the world, don’t let
the world change your smile.” Nazrin membaca perlahan
bait-bait perkataan yang kutulis di belakang poskad tersebut.
Aku senyum sambil menjongketkan kening.
“Nak bagi dekat siapa? Kau ada pak we dekat Sarawak
eh?” usik Nazrin.
“Eh, takdelah!” jawabku pantas.
“Dah tu?”
“Nak bagi poskad ni dekat orang yang duduk dekat
sebelah aku dalam flight nanti.”
“Kau tahu ke siapa?”
“Tak tahu.”
“Dah tu?”
Aku tarik senyum.
“Macam ini barulah ada thrill and sense of
excitement. Aku selalu buat benda ni bila naik flight.”
Nazrin membulatkan matanya yang sudah sedia
bulat itu.
“Maknanya setiap kali kau naik flight, kau akan bagi
dekat random people yang duduk sebelah kau?” soal Nazrin,
terkejut.
Aku angguk.
“Sebab?”
“Tak ada sebab apa-apa, saja aje. At least bila kita
doodle sikit dan tulis ayat-ayat yang positif macam tu,
mungkin boleh menceriakan sikit hati penerima tu. Dalam
masa yang sama, boleh promote Cuti-Cuti Malaysia sekali.”
Nazrin sudah menggelengkan kepalanya.
“Kau nak buat juga? Aku ada extra poskad dekat
dalam beg.” Balasku dan menunjukkan beg galas Cath
Kidston yang terletak di sisi.
Nazrin pantas menggelengkan kepalanya.
“Tak naklah. Buatnya yang duduk dekat sebelah aku
tu isteri orang, tak pasal-pasal dapat blusher free.” Beria-ia
Nazrin menggelengkan kepalanya.
“Setakat ni alhamdulillah, tak pernah lagi dapat
blusher free.” Aku tergelak kecil.
Perbualan kami terhenti apabila beberapa orang
staf AirAsia sudah menunggu di pintu masuk. Terus kami
menyertai barisan para penumpang yang sudah berbaris sejak
tadi. Sebaik sahaja memasuki perut kapal terbang, tiba-tiba
pula perut aku terasa kecut. Tiba-tiba rasa berdebar-debar
untuk menjalankan habit yang selalu kubuat sejak zaman
menuntut di Australia dahulu. Entah-entah nak jumpa bakal
encik sempurna dalam flight ni tak?
Aku sengih seorang diri.
Elok pula ketika itu seorang pramugara AirAsia
sedang berdiri di pintu masuk kapal terbang sambil tersenyum
manis.
“Selamat datang.”
Aku yang memang sejak tadi tersengih seorang diri,
terus tersenyum lebar.
Penerbangan dari KLIA2 ke Miri, Sarawak pada awal
pagi itu tidak terlalu penuh dengan penumpang. Buktinya,
hanya aku seorang yang duduk di barisan kerusi sebelah
kanan pesawat ini. Nampaknya, poskad bergambarkan Menara
Condong Teluk Intan itu tidak akan menemui pemiliknya
hari ini.
“Alhamdulillah.”
Suara lelaki yang tiba-tiba memanjatkan rasa syukur
ke hadrat Ilahi itu membuatkan aku menoleh ke sebelah. Mak
aihhh! Makhluk handsome planet bumi! Okey, Ulya Hana dah
mula aktifkan sensor makhluk-makhluk handsome. Terus
teringat kembali yang jodoh ada di mana-mana sahaja. Jika
tempoh hari duduk bersebelahan dengan pak cik di dalam
LRT, kali ini duduk bersebelahan dengan makhluk handsome
di dalam kapal terbang.
Aku tersengih seorang diri semula.
“Alhamdulillah, sempat. Kalau tak, dah kena
tinggal.” Dia tersenyum memandang aku dengan wajah yang
dibasahi dengan peluh.
Peramah!
Okey, dah boleh tick kriteria nombor lima daripada
lima belas kriteria encik sempurna yang tertampal di dinding
dalam bilik tidur aku.
“Terlajak tidur ke?” soalku memandangkan orang
di sebelah nampak sangat peramah. Aku sudah tidak
menumpukan perhatian pada penerangan keselamatan di
hadapan.
“Tersilap tengok timing flight. Nasib baik PA call
tengah malam tadi.” Dia senyum menampakkan barisan
giginya yang tersusun rapi.
Senyuman yang menawan!
Okey, dah boleh tick kriteria nombor tujuh.
“First time pergi Miri?” soalku pula.
“Taklah, I selalu juga pergi kerana ada urusan
business. You?”
“I pernah pergi last year. Yalah, travel to Brunei dan
terus pergi Miri.”
“Haah, Miri kan dah dekat sangat dengan border
Brunei. Sebelah aje.”
Aku terus teringatkan poskad bergambarkan Menara
Condong Teluk Intan yang tersimpan di dalam beg yang
sedang kuriba.
“Oh, ya... yang ini untuk you.” Aku menyerahkan
poskad tersebut kepadanya.
Jeda seketika memandangkan dia sedang membaca
poskad yang sudah bertukar tangan.
“By the way, I memang selalu buat macam ni.”
Anak matanya mencari wajahku.
“I mean, I selalu bagi poskad dekat orang yang duduk
dekat sebelah bila I naik flight. Ni memang habit sejak zaman
uni lagi.” Terangku.
“Cool! Well, you dah gunakan your smile to change
my world pagi ni.” Poskad itu diangkat dan dia tersenyum.
Sweet talker!
Okey, yang ini tak ada dalam list.
“Hana, kan?” soalnya lagi memandangkan aku
memang mencoretkan namaku di bawah poskad tersebut.
Aku angguk dan senyum.
“Terima kasih untuk poskad ni. Rare sangat jumpa
orang buat macam ni. Oh, ya! Nama I Hud Harraz. Boleh
panggil Hud.” Hud senyum lagi.
Nampaknya senyuman dia dah terpahat dalam hati.
Gituuu...
SELESAI MAKAN malam bersama Nazrin, Sam, Fizi dan juga
Kim di coffee house tadi, aku terus naik ke bilikku. Disebabkan
waktu di Miri lebih pantas bertukar malam berbanding di
Semenanjung, aku juga terasa sedikit penat dan bercadang
mahu tidur awal.
Namun, niat tersebut terbantut apabila angin laut
yang melambai-lambai dari arah balkoni bilik membuatkan
aku mengatur langkah ke arah balkoni. Lokasi bilikku ini
sangat strategik; menghadap laut. IPhone dari atas meja
kuambil dan kubawa ke balkoni. Niat dalam hati mahu
menghantar gambar pemandangan bilik kepada Farah yang
mungkin masih di pejabat klien.
Aku memusingkan badan dan mendongak ke
bumbung. Ada orang sedang duduk di atas bumbung.
Mungkin bukan orang, kerana aku tidak dapat melihat
wajahnya dengan jelas disebabkan waktu malam dan cahaya
yang kelam. ‘Orang’ itu sedang memegang satu benda yang
panjang. Pedang ke? Atau kayu? Aku lihat rambut ‘orang’ itu
juga menggerbang ditiup angin.
Ah, sudah! Samurai dah mai Miri ke? Dan, aku
terus menjerit terkejut memandangkan ‘samurai’ itu sudah
melompat masuk ke dalam balkoni bilik sebelah.
No comments:
Post a Comment